You are on page 1of 1

Ng Yi Qi 4I

Membeli-belah Di Pasar Raya


Pada suatu hari, kami sekeluarga pergi ke Pasar Raya Krico. Kami pergi ke
sana dengan menaiki kereta.
Keadaan di Pasar Raya Krico riuh-rendah. Kami melihat banyak kereta di
parkiran. Di pasar raya itu, sebahagian barangan diberi potongan harga
sehingga 70%.
Barang-barang di pasar raya disusun di rak-rak mengikut jenisnya, ada
bahagian makanan, bahagian minuman, bahagian pakaian dan sebagainya.
Bahagian pakaian dibahagi kepada tiga kategori, iaitu pakaian lelaki,
pakaian wanita dan pakaian kanak-kanak. Ibu membeli beberapa helai pakaian
yang cantik dan istimewa untuk saya. Selepas membeli-belah, kami menolak
troli ke kaunter untuk membuat pembayaran. Selepas membuat pembayaran,
kami pun pulang.
Saya berasa gembira kerana dapat membeli-belah di Pasar Raya Krico
dengan keluarga.

You might also like