You are on page 1of 5

HAIWAN PELIHARAANKU

Terdapat banyak haiwan yang jinak yang boleh dipelihara oleh manusia. Antaranya kucing, burung, ayam dan anjing. Setiap orang mempunyai haiwan peliharaan mereka. Saya juga mempunyai haiwan peliharaan yang saya sayangi. Antara haiwan peliharaan kesayangan saya ialah kucing. Nama kucing saya ialah Omel. Kucing saya merupakan kucing daripada baka Parsi. Ayah menghadiahi saya kucing itu semasa hari jadi saya pada tahun lepas. Kucing saya ialah seekor kucing jantan. Kucing saya berusia lima tahun. Bulu kucing saya berwarna putih dan panjang. Bulu kucing saya sangat lebat dan lembut. Mata kucing saya berwarna coklat. Kucing saya merupakan kucing yang agak agresif. Kucing ini amat peka dengan persekitarannya. Kucing saya sentiasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Kucing saya tidak pernah duduk diam pada waktu siang hari. Saya selalu memandikan kucing saya sekali dalam seminggu. Saya

menggunakan syampu khas ketika memandikannya. Makanan yang paling kucing saya sukai ialah ikan. Kucing saya suka minum susu. Kadang-kadang, saya membawa kucing saya bersiar-siar di halaman rumah. Kucing saya sangat suka bermain bola. Pada tahun lepas, saya memasukkan kucing saya dalam satu pertandingan kucing di sebuah pasar raya. Saya berasa sangat gembira kerana kucing saya berjaya mendapat kedua dalam pertandingan tersebut. Bulu kucing saya yang putih, panjang dan bersih dapat menarik perhatian orang yang melihatnya. Apatah lagi apabila melihat aksinya yang manja. Ada orang yang teringinkan kucing saya hingga sanggup membeli kucing saya dengan harga RM1000. Namun, saya tidak mahu menjual kucing saya itu kerana saya sangat sayang akan kucing tersebut. Saya berharap agar kucing saya akan sentiasa sihat.

Bina ayat tunggal berdasarkan gambar-gambar haiwan di bawah,

You might also like