You are on page 1of 5

Perpustakaan Sekolah Saya

Di sekolah saya terdapat sebuah perpustakaan. Perpustakaan sekolah


saya besar dan cantik.

Terdapat pelbagai jenis bahan bacaan di perpustakaan sekolah


saya. Antaranya termasuklah buku rujukan 参考书, buku cerita, surat
khabar dan majalah. Semua bahan bacaan tersusun rapi di atas rak.

Pada waktu rehat, murid-murid akan berkunjung ke perpustakaan


untuk meminjam buku 借书 atau memulangkan buku 还书. Terdapat juga
segelintir murid yang membaca surat khabar dan mengulang kaji
pelajaran di situ. Selain itu, murid-murid juga boleh melayari Internet 上
网 di perpustakaan untuk mencari maklumat 找资 料.

Semasa berada di perpustakaan, kita mesti mematuhi peraturan


perpustakaan 遵守图书馆的规则. Kita dilarang bermain, makan, minum dan
berbuat bising di perpustakaan supaya tidak mengganggu murid-murid
lain 不会打扰其他的同 学. Kita juga wajar menghargai buku 珍惜书本 di
perpustakaan.

Setiap hari, pustakawan 图书管理员 akan bertugas 值日 di dalam


perpustakaan. Mereka bertanggungjawab membantu guru menyusun buku
dan membalut buku 包书本. Semua urusan perpustakaan 所有图书馆的管理
事务 dilaksanakan dengan komputer 用电脑来执行.

Perpustakaan amat bermanfaat kepada murid-murid. Saya sentiasa


berkunjung ke perpustakaan untuk membaca. Amalan membaca dapat
menambahkan ilmu pengetahuan saya 增加我的知识 agar tidak menjadi
seperti katak di bawah tempurung 井底之蛙.
Cara-cara Melestarikan 使永恒不变 / Menjaga 照顾 / Menyayangi 爱惜
Alam Sekitar
Alam sekitar sangat penting dalam kehidupan kita. Terdapat pelbagai
cara untuk menjaga alam sekitar.

Antaranya, kita haruslah mengamalkan amalan kitar semula.


Barang-barang seperti kertas, tin-tin aluminium, kaca, plastik dan lain-
lain boleh dikitar semula untuk menghasilkan barangan yang baharu
seperti pensel, buku dan sebagainya. Cara ini dapat mengurangkan
kuantiti sampah dan menjimatkan sumber alam.

Selain itu, kita hendaklah mengelakkan pembakaran secara terbuka.


Hal ini perlu supaya kualiti udara kekal bersih. Udara yang bersih boleh
memberi impak yang baik kepada manusia. Oleh itu, manusia akan
terhindar daripada pelbagai penyakit seperti asma, penyakit kulit dan
penyakit paru-paru.
Majlis Hari Jadi 生日会
Perhimpunan di Sekolah Saya 我校的周会

Sekolah saya mengadakan perhimpunan pada setiap hari Isnin. Apabila


loceng berbunyi 当 铃 声 响 pada pukul 7.30 pagi, semua murid pun
berkumpul 集合 di dewan sekolah.

Mula-mula, semua warga sekolah 所有学校成员 berdiri tegak 站直


untuk menyanyikan lagu “Negaraku”, lagu negeri dan lagu sekolah. Murid-
murid menyanyikan lagu-lagu tersebut dengan bersemangat 充满精神地 .
Pengawas yang bertugas 值日的巡查员 menaikkan Jalur Gemilang hingga
ke puncak tiang 旗杆的顶端.

Kemudian, Guru Besar menyampaikan ucapan 致 词 . Beliau


menyampaikan ucapan dengan suara yang lantang 响 亮 的 声 音 . Dalam
ucapannya, beliau menasihati murid-murid supaya belajar bersungguh-
sungguh dan mendengar nasihat guru.

Selepas itu, Penolong Kanan 副校长 akan mengumumkan keputusan


kelas terbersih pada minggu lepas 宣 布 上 个 星 期 的 清 洁 比 赛 成 绩 . Guru
bertugas 值 日 老 师 juga akan membuat pengumuman tentang aktiviti-
aktiviti yang akan dijalankan pada minggu itu. Semasa perhimpunan
diadakan, semua murid senyap 安静 dan memasang telinga 仔细聆听 pada
perkara-perkara yang disampaikan oleh guru-guru 被老师传达的事情.

Pada pukul 8.15 pagi, perhimpunan pun bersurai 解 散 . Murid-murid


beratur dengan tertib 有次序地排队 untuk pulang ke kelas masing-masing
回各自的班.
Cara-cara Menjaga Kesihatan 照顾健康的方法

Menjaga kesihatan sangat penting kepada kita. Terdapat pelbagai cara


untuk menjaga kesihatan.

Antaranya, kita haruslah makan makanan yang seimbang dan


berkhasiat mengikut piramid makanan. Contohnya, kita boleh makan
daging, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan. Dengan ini, kita akan
mendapat semua zat yang diperlukan oleh badan kita.

Selain itu, kita mestilah bersukan dan bersenam sekurang-


kurangnya tiga kali seminggu. Contohnya, kita boleh berjoging, berbasikal
dan bermain badminton di taman pada setiap petang atau hujung minggu.
Dengan ini, badan kita akan menjadi sihat dan cergas. Kita juga dapat
menghilangkan stres.

Seterusnya, kita perlu mendapatkan tidur dan rehat yang


mencukupi. Kita perlu tidur lapan jam setiap hari untuk merehatkan
badan dan minda kita. Dengan ini, kita dapat menjalankan tugasan harian
dengan baik. Tidur yang mencukupi juga dapat menguatkan daya ingatan.

Akhir sekali, kita hendaklah membuat pemeriksaan kesihatan di


hospital atau di klinik dua kali setiap tahun. Dengan ini, kita dapat
mengetahui tahap kesihatan kita. Kita juga dapat mencegah pelbagai
penyakit yang berbahaya seperti obesiti, tekanan darah tinggi dan
diabetes.

Bak kata pepatah, otak yang cerdas terdapat pada badan yang
sihat. Oleh itu, kita haruslah menjaga kesihatan sejak kecil lagi kerana
melentur buluh biarlah dari rebungnya.

You might also like