You are on page 1of 3

Syarahan : Perpaduan

Yang dihormati tuan pengerusi majlis, barisan hakim yang arif


lagi bijaksana, warga pendidik seterusnya hadirin yang dikasihi.
Salam sejahtera buat semua. Tajuk syarahan saya pada hari ini
ialah “Perpaduan Nadi Kecemerlangan Bangsa”.

Hadirin yang dihormati,

Perkataan sering kita dengar dan ucapkan, namun


pernahkah kita berfikir apakah sebenarnya erti perpaduan?
Definisi perpaduan membawa maksud bergabung menjadi satu
atau bersepakat tanpa mengira bangsa, agama, dan budaya.
Manakala nadi kecemerlangan bangsa bermakna penggerak
kepada kegemilangan bangsa yang merujuk kepada bangsa
Malaysia.

Warga dewan sekalian,

Asas perpaduan yang kental dalam masyarakat


Malaysia mampu melahirkan rakyat Malaysia yang cemerlang dari
aspek ekonomi, sosial dan pendidikan. Pendidikan merupakan
elemen penting dalam membangunkan bangsa yang maju kerana
tanpa pendidikan mustahil kita dapat melahirkan bangsa yang
cemerlang dan berilmu. Kita diasuh dengan semangat cintakan
Negara menerusi bidang pendidikan yang amat menitikberatkan
semangat muhibbah antara kaum. Penubuhan sekolah wawasan
yang menempatkan pelbagai kaum dalam satu lokasi merupakan
satu langkah kerajaan bagi merealisasikan cita-cita ini. Harus kita
ingat di bahu kita tergalas hasrat yang perlu kita tunaikan iaitu
merealisasikan hasrat Malaysia menjadi Negara maju dengan
acuannya sendiri.

Warga dewan sekalian,

Perpaduan merupakan nadi kecemerlangan bangsa .


perpaduan bangsa adalah prasyarat bagi pembangunan Negara.
Hari ini Malaysia menjadi Negara industri yang moden yang mampu
mengeluarkan pelbagai barangan yang di eksport ke seluruh dunia.
Pertumbuhan industry dan ekonomi yang pesat membawa
perubahan fizikal kepada lanskap negara. Bangunan pencakar
langit berdiri megah seperti Menara Berkembar Petronas dan
Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Kita menjadi
tumpuan dunia dalam industri IT apabila terbinanya Koridor Raya
Multimedia. Apakah faktor yang membawa kepada kejayaan ini?
Ya, Sudah tentulah perpaduan yang terbentuk hasil sikap toleransi
sesama kita. Tanpa perpaduan rakyat , segala apa yang dirancang
oleh pemimpin Negara akan menjadi angan-angan Mat Jenin
semata-mata.

Hadirin yang dimuliakan,

Kita tidak boleh alpa dengan keharmonian dan keamanan


yang kita kecapi sekarang. Perkara asas yang perlu diwujudkan
dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat-
menghormati , keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara
kaum. Kita seharusnya berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa
Malaysia yang menuntut rakyat daripada pelbagai kaum dan
agama berfikir dan bertindak melepasi tembok kepentingan kaum
masing-masing. Oleh itu, marilah kita membina, memupuk dan
mengekalkan semangat perpaduan yang dulunya rapuh sehingga
membawa kepada pertumpahan darah kini berdiri teguh dengan
perpaduan jitu rakyatnya.

Hadirin sekalian,

Aktiviti sukan juga merupakan medan untuk memupuk


perpaduan antara kaum. Kejayaan yang dicipta oleh atlet Negara
kita seperti Datuk Nicol David, Datuk Lee Chong Wei dan Azizul Hasni
Awang dalam bidang sukan masing-masing membuktikan bahawa
sukan bukan sahaja mampu mengharumkan nama Negara bahkan
mampu untuk mengeratkan hubungan seluruh rakyat Malaysia.

Oleh yang demikian, warga dewan marilah kita bersama-sama


mengeratkan perpaduan agar Negara kita terus gemilang, bangsa
Malaysia terus cemerlang.

Sekian terima kasih.

You might also like