You are on page 1of 2

Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang 

kebaikan program
kitar semula. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah
perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan.

 Kini program kitar semula bahan buangan telah mula diberi perhatian oleh kerajaan kerana
kawasan pelupusan sampah sudah semakin terhad. Sampah yang semakin banyak perlu
diuruskan dengan baik demi kebaikan semua.

Tujuan kerajaan mengadakan kempen kitar semula sampah adalah kerana kawasan pelupusan
sampah yang semakin kecil. Keadaan seperti ini jika tidak diuruskan dengan baik akan
menyebabkan pencemaran tanah dan pencemaran udara yang boleh mendatangkan wabak
penyakit. Program kitar semula dapat  mengurangkan kuantiti sampah yang dibuang di
Malaysia kerana beberapa jenis bahan buangan boleh dikitar semula menjadi pelbagai
barangan untuk pelbagai kegunaan.

Pengitaran semula sampah sarap juga akan menjimatkan kos pengurusan sampah oleh pihak
majlis perbandaran dan pihak swasta. Kos pengurusan sampah bukanlah murah kerana proses
ini melibatkan banyak pihak dan kenderaan yang besar.

Mengitar semula bahan buangan juga penting untuk sumber industri berasaskan
logam, kertas dan plastik. Oleh sebab itu, bagi sesetengah golongan program mengitar semula
bahan buangan ini merupakan mata pencarian mereka. Tamsilnya, kertas surat khabar lama
penting untuk kilang kertas. Manakala besi buruk boleh dijadikan bahan logam yang lain
penting untuk industri besi dan logam. Botol minuman dan bekas makanan plastik boleh
dijadikan sumber industri yang berasaskan barangan plastik. Semua bahan berkenaan boleh
djual dan  tidak harus dibuang di merata-rata tempat kerana ada banyak faedah yang boleh
kita peroleh jika memanfaatkannya dengan sebaik-baiknya.

Mengitar  semula sampah juga penting agar alam sekitar sentiasa bersih sepanjang
masa. Kitar semula mendidik semua generasi mencintai kebersihan alam sekitar yang indah.
Kebersihan alam akan menambah keceriaan di sesuatu kawasan. Orang ramai boleh
menikmati keindahan alam dengan sepenuhnya jika alam sekitar bersih. Kehidupan menjadi
lebih seronok dan selesa.

Sesuatu yang penting ialah kempen kitar semula juga dapat mendidik masyarakat
supaya mementingkan kebersihan alam sekitar. Kerajaan mengharapkan semua penduduk
Malaysia dapat memainkan peranan masing-masing untuk menjaga alam sekitar setiap masa.
Orang ramai harus mengetahui tempat pembuangan sampah yang betul. Mereka hendaklah
membuang sampah di tempat yang telah ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan. Program
kitar semula telah dapat menyemaikan rasa tanggungjawab dalam jiwa masyarakat untuk
bersama-sama membantu memelihara alam sekitar dengan membuang sampah di tempat
pembuangan sampah yang sepatutnya.

Rakyat Malaysia mesti sanggup berkorban demi kebersihan alam secara berkekalan. Kita
mesti sanggup bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menjayakan program kitar semula
bahan terbuang. Alam sekitar yang bersih akan menjamin keselesaan hidup di mana-mana
juga kita berada di negara ini.

You might also like