You are on page 1of 1

Rancangan Pengajaran Harian

KSSM Bahasa Melayu Peralihan


Minggu 14 Tarikh 09/04/2019 Hari Selasa Kelas Peralihan Masa 0655-0825
Tema Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau
Tajuk Kitar Semula
Standard 1.4 Berbicara tentang sesuatu perkara dalam pelbagai situasi
Kandungan
Standard 1.4.1 Berbicara tentang sesuatu perkara dalam pelbagai situasi secara bertatasusila.
Pembelajaran
Objektif Pada akhir pembelajaran ini murid dapat:
a. Berbual dalam kumpulan tentang bahan yang boleh dikitar semula secara
bertatasusila.
b. Menerangkan tentang hasil kitar semula daripada bahan terbuang secara
bertatasusila.
Pengisian i. Ilmu Kitar Semula
Kurikulum ii. Kemahiran Membaca
iii. Nilai Kebersihan
Strategi PdP i. EMK Kelestarian Alam Sekitar
ii. KBAT Menilai
BBM / Media Projektor,laptop,papan tulis.
Aktiviti Set Induksi (5 minit)
1. Guru melukis logo kitar semula di papan putih. Murid diminta untuk memberi pendapat
mereka mengenai logo tersebut. Dari sini guru boleh menilai pengetahuan sedia ada murid.

Langkah 1(30 minit)


1. Murid diminta untuk menyuarakan apa-apa saja idea yang mereka ketahui mengenai
kitar semula.
2. Guru memain peranan sebagai pemudahcara dengan memberikan soalan yang
menggalakkan pengembangan idea murid mengenai topik yang dibincangkan.
3. Murid dipilih secara rawak 2 orang dan diminta untuk membaca teks perbualan di
lampiran 1 berkaitan kitar semula

Langkah 2 (35 minit)


1. Murid kemudiannya diminta didalam kumpulan membincangkan tentang bahan yang
boleh dihasilkan daripada bahan yang diberikan (lampiran 2)
2. Proses pembentangan dilakukan.

Langkah 3 (15 minit)


1. Sesi soal jawab antara kumpulan.

Penutup (5 minit)
-Guru merumus aktiviti hari ini dan membetulkan kesalahan murid jika ada.
Pemulihan
-Murid yang lemah diberikan latihan pengayaan.(Bacaan/ejaan/bina ayat)
Refleksi

You might also like