You are on page 1of 4

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR (DSKP TAHUN 1)

Standard Kandungan 1.1 Bertutur untuk menyampaikan maklumat


dan idea bagi pelbagai tujuan

Standard Pembelajaran 1.2.2 Menyampaikan maklumat daripada bahan

Penerangan Murid dapat menceritakan pengalaman, maklumat


mereka ketahui dan kesannya kepada alam
sekitar daripada bahan yang disediakan.

Langkah-langkah aktiviti Tema: Alam Sekitar dan Teknologi Hijau

Soalan ramalan : Apakah yang akan berlaku


sekiranya kita tidak mengitar semula bahan-
bahan terbuang?

1) Murid-murid ditayangkan slaid kitar semula


oleh guru.
2) Murid-murid ditanya soalan ramalan oleh
guru.
3) Murid-murid diberitahu oleh guru mengenai
tajuk pembelajaran pada hari tersebut.

Pengenalan bahan-bahan kitar semula


1) Guru menunjukkan bahan-bahan kitar
semula kepada murid. Contohnya, kertas,
kaca dan tin.
2) Murid-murid diminta oleh guru untuk
menyatakan bahan-bahan tersebut secara
kuat.
3) Murid-murid dipanggil secara rawak oleh
guru iaitu murid-murid diminta oleh guru
untuk memberi penerangan secara ringkas
sekurang-kurangnya 2 maklumat mengenai
bahan kitar semula tersebut.
4) Murid-murid lain diminta mengambil
perhatian kepada rakan mereka yang
sedang memberikan maklumat ringkas
tentang Kitar Semula.
Bahan kitar semula perlu dibuang mengikut
jenisnya
1) Guru menayangkan klip video kepada
murid berkaitan bahan kitar semula yang
harus dibuang mengikut jenisnya.
2) Guru meminta murid-murid untuk berdiri
sambil menyanyikan klip video beserta
pergerakan bebas yang ditayangkan oleh
guru.
3) Murid-murid perlu membuat kesimpulan
daripada klip video yang ditayangkan.
(C:\Users\AIMAN\Downloads\Video kitar
semula.mp4)
4) Guru menyediakan kotak yang mempunyai
tiga warna yang berbeza iaitu biru, coklat
dan jingga.

5) Guru meminta mana murid-murid untuk


mengambil bahan-bahan terbuang yang
telah disediakan untuk dibuang kedalam
kotak tersebut mengikut jenisnya
berdasarkan klip video yang telah
ditayangkan.
6) Murid-murid bersama-samad engan guru
membincangkan hasil aktiviti yang telah
dilakukan oleh murid.

Penutup
1) Guru mengimbas kembali pelajaran pada
hari ini.
2) Murid diberikan nasihat oleh guru
mengenai kepentingan kitar semula
kepada alam sekitar.
3) Guru meminta murid mengaplikasikan
aktiviti mengitar semula dengan meminta
murid membaca bahan seperti surat
khabar dan botol-botol kosong untuk
melaksanakan program kitar semula di
sekolah.

You might also like