You are on page 1of 1

SOALAN:

Sebagai seorang rakyat malaysia apa yang dapat diperhatikan dalam budaya masyarakat
malaysia amalan suatu kaum yang telah diterima semua oleh rakyat malaysia sebagai
contoh 'angpau' dalam masyarakat cina diterima oleh semua kaum di malaysia sewaktu
tiba hari perayaan dan sila beri contoh.

JAWAPAN:

Keharmonian di Malaysia merupakan bukti perpaduan dan persefahaman pelbagai kaum


dan etnik yang telah terjalin sejak bertahun lama. Pelbagai latar belakang dan asal usul
penduduk di Malaysia ini menjadi satu keunikan dalam budaya yang berbeza-beza. Lebih
mengejutkan, walaupun terdapat banyak kaum dan etnik, namun setiap daripada mereka
berjaya mengekalkan identiti dan budaya masing-masing. Namun begitu, tidak dapat
dinafikan bahawa ada pengaruh budaya-budaya daripada kaum lain yang diserap kepada
budaya kaum lain.

Budaya memberi angpau pada musim perayaan cina dilakukan juga pada
perayaan kaum-kaum lain tetapi dipanggil sebagai duit raya. Pemberian angpau ini
sebagai tanda kesyukuran pada hari perayaan disamping memberi kegembiraan kepada
orang lain. Orang melayu turut memberi duit raya pada hari raya Aidilfitri yang tidak
bertentangan dengan pegangan agama yang menggalakkan bersedekah. Pada
sambutan perayaan juga, budaya kunjung mengunjung saudara mara dan jiran-jiran
diamalkan oleh semua kaum di Malaysia. Apa yang lebih menarik, perayaan kaum lain
juga disambut dengan cara menghadiri jemputan rumah terbuka serta majlis-majlis dan
sebahagian daripada mereka memakai pakaian tradisional kaum lain.

Selain itu, dalam etika pemakaian penjawat awam terdapat satu pakaian
tradisional yang menjadi pakaian rasmi yang perlu dipatuhi oleh semua penjawat awam
tanpa mengira kaum iaitu baju batik. Baju batik telah menjadi edentiti pakaian sektor
kerajaan yang perlu dipakai pada hari tertentu atau majlis-majlis tertentu. Pakaian ini
asalnya daripada budaya masyarakat Melayu terdahulu yang menghasilkan baju
bercorak-corak melalui contengan batik. Baju batik tanpa asing lagi boleh dipakai oleh
sesiapa sahaja tidak mengira kaum dan agama kerana ciri-cirinya yang kelihatan sopan
dan formal.

You might also like