You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BARU


KM. 5, BUKIT BARU, 75150 MELAKA

Tel & Fax : 062827572 email : MBA2014@moe.edu.my

Pengarah,
JPAM Melaka,
Kompleks KDN,
75450 Ayer Keroh,
Melaka.

Tuan,
MEMOHON KEBENARAN UNTUK MENGADAKAN CERAMAH & PAMERAN JPAM
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa PENGURUSAN 3K ( KEBERSIHAN, KESIHATAN
DAN KESELAMATAN) Sekolah SK Bukit Baru, Melaka ingin memohon kebenaran pihak
tuan untuk mengadakan ceramah dan pameran JPAM di sekolah kami.
3. Untuk makluman pihak tuan, program ini akan diadakan ketetapan berikut:
Tarikh : 16 Ogos 2022 (Selasa)
Tempat : SK Bukit Baru Melaka
Masa : 8.00 pagi
4. Pihak sekolah amat berharap dan berbesar hati sekiranya pihak tuan sudi menerima
permohonan kami.
Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan amatlah dihargai dan disanjung tinggi.
Sekian, terima kasih.

"MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA"


"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

………………………..…………………
(NAFISAH BINTI AMAT MUSTAKIM)
Guru Besar,
SK Bukit Baru, Melaka

_________________________________________________________________________

“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”


#jpnmelakajenamakerajaanno1

You might also like