Professional Documents
Culture Documents
Pengarah,
AADK Melaka,
Kompleks KDN,
75450 Ayer Keroh,
Melaka.
Tuan,
MEMOHON KEBENARAN UNTUK MENGADAKAN CERAMAH & PAMERAN AADK
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa PENGURUSAN 3K ( KEBERSIHAN, KESIHATAN
DAN KESELAMATAN) Sekolah SK Bukit Baru, Melaka ingin memohon kebenaran pihak
tuan untuk mengadakan ceramah dan pameran AADK di sekolah kami.
3. Untuk makluman pihak tuan, program ini akan diadakan ketetapan berikut:
Tarikh : 18 Ogos 2022 (Khamis)
Tempat : SK Bukit Baru Melaka ( Dewan terbuka )
Masa : 8.30 pagi ( Ceramah tahap 1 & 2 juga pameran )
4. Pihak sekolah amat berharap dan berbesar hati sekiranya pihak tuan sudi menerima
permohonan kami.
Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan amatlah dihargai dan disanjung tinggi.
Sekian, terima kasih.
………………………..…………………
(NAFISAH BINTI AMAT MUSTAKIM)
Guru Besar,
SK Bukit Baru, Melaka
_________________________________________________________________________