You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN CHUKAI

24000 KEMAMAN, TERENGGANU


tba2001@moe.edu.my Tel: 09-8591529

Ruj. Kami : SKC/08/01/001/(02)


Tarikh : 08 Mei 2022
Melalui dan Salinan,
Guru Besar,
SK Chukai
24000, Kemaman,
Terengganu

Y.B Tan Sri/Y.B Dato’/Y.B Datin/Tuan/Puan,

MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN BAGI KELAB GURU DAN KAKITANGAN SK CHUKAI 2022
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Saya bagi pihak Kelab Guru dan Kakitangan SK Chukai ingin memohon sumbangan berbentuk
kewangan/hadiah/barangan untuk Jamuan Hari Raya dan Hari Guru.

3. Untuk makluman, dana yang ada setakat ini belum mencukupi untuk menampung bilangan guru dan
kakitangan yang ramai di sekolah ini. Sumbangan ini turut akan digunakan untuk melaksanakan aktiviti-akiviti yang
dianjurkan oleh pihak kelab seperti:

i. Kebajikan guru dan kakitangan


ii. Kursus/ Bengkel perkembangan Guru dan Kakitangan
iii. Jamuan Akhir Tahun

4. Sehubungan dengan itu, saya berharap agar pihak Y.B Tan Sri/Y.B Dato’/Y.B Datin/Tuan/Puan dapat
menghulurkan sumbangan bagi menampung perbelanjaan untuk menjayakan program tersebut.
Sumbangan boleh diserahkan seperti berikut:

i. Hadiah/Barangan : Kelab Guru dan Kakitangan SK Chukai


ii. Kewangan/Cek :
iii. No akaun : 1205-0622-7249-22 (BANK ISLAM)

5. Untuk sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Pengerusi, En Anual Bin Husin (013-9832064) atau
Bendahari, Puan Nor Amalina Bt Musa (017-9658328)

6. Segala kerjasama dan keperihatinan Y.B Tan Sri/Y.B Dato’/Y.B Datin/Tuan/Puan saya dahulukan dengan
ucapan ribuan terima kasih

Sekian. Terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

__________________________
ANNUAL BIN HUSIN
Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan
Sekolah Kebangsaan Chukai
24000 Kemaman, Terengganu
SEKOLAH KEBANGSAAN CHUKAI
24000 KEMAMAN, TERENGGANU
tba2001@moe.edu.my Tel: 09-8591529

Ruj. Kami : SKC/08/01/001/(02)


Tarikh : 08 Mei 2022
EN. AMIRULIZAM BIN AB MOKHTAR,
24000 Kemaman,
Terengganu

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN (MAKANAN) UNTUK SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Chukai, Kemaman akan mengadakan kejohanan tersebut mengikut
ketetapan berikut:

Tarikh : 16 Mei 2022


Hari : Isnin
Masa : 10:45 pagi hingga 12:45 tengahari
Tempat : SK Chukai
Bil. Peserta : 984 murid

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon jasa baik daripada pihak tuan untuk memberikan
sumbangan dalam bentuk Tajaan Minuman kepada murid dan guru dalam anggaran 1000 orang.

4. Segala perhatian dan sumbangan daripada pihak tuan amat kami hargai dan dahulukan dengan ucapan
ribuan terima kasih

Sekian untuk tindakan dan makluman tuan. Terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

__________________________
HAJI AZHAR BIN HAMAD
GURU BESAR
Sekolah Kebangsaan Chukai
24000 Kemaman, Terengganu

You might also like