You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN JELUTONG

09000 KULIM, KEDAH DARUL AMAN


Tel: 04-4954444 / Fax : 04 4915609
Emel: kba5031@edu.moe.my

Ruj. Kami : SKTJ 50/002/2 ( )


Tarikh : 24hb. Januari 2018

Pegawai Daerah Kulim,


Pejabat Daerah Kulim,
09000 Kulim,
Kedah Darul Aman.

Tuan,

MEMOHON MENGGUNAKAN KHEMAH BAGI KEJOHANAN BALAPAN DAN


PADANG SK TAMAN JELUTONG KALI KE-15.

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kokurikulum akan mengadakan kejohanan balapan


dan padang pada ketetapan berikut :

Hari : Ahad
Tarikh : 11.02.2018
Tempat : Padang SK Taman Jelutong
Masa : 7.30 pagi hingga 01.00 petang

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dengan berbesar hati ingin memohon 6 unit khemah untuk
menjayakan kejohanan tersebut. Pihak sekolah memerlukan 2 khemah besar untuk tetamu dan VIP serta
4 unit khemah untuk menempatkan peserta dan murid bagi setiap rumah sukan. Kami berharap
pemasangan khemah dapat dibuat pada pagi hari Khamis, 08hb. Februari 2018 bagi memudahkan
persiapan awal.

4. Kerjasama dan sokongan dari pihak tuan meluluskan permohonan sumbangan ini
amatlah dihargai dan pihak sekolah dahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan,
sila hubungi En. Mohd Zulhaizie bin Yahya di talian 011 2070 2613.
Sekian, terima kasih.

“KBB SMART 2016-2020”


“MUAFAKAT KEDAH”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

PUAN ROSLINA BINTI RASLI


Guru Besar
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN JELUTONG
09000 KULIM, KEDAH DARUL AMAN
Tel: 04-4954444 / Fax : 04 4915609
Emel:sktamanjelutong.kbb@gmail.com

Ruj. Kami :SKTJ 50/001/5(17)


Tarikh : 29 Disember 2016

PUAN ROMZIAH BINTI TAM

PUAN,

PELANTIKAN SEBAGAI AHLI JAWATANKUASA KOKURIKULUM 2017

Berhubung perkara di atas, dimaklumkan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya
oleh Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti termaktub dalam Peraturan (4) Warta Kerajaan
bertarikh 21 Mei 1998 P.U. (A) 196 bahawa tuan telah dilantik sebagai :

i) Unit Beruniform : TIDAK BERKENAAN


ii) Kelab / Persatuan : TIDAK BERKENAAN
iii) Kelab 1M1S : GURU PENASIHAT PASUKAN BALAPAN &
PADANG
iv) Rumah Sukan : GURU RUMAH DELTA (KUNING)
v) Jawatan Khas : JURULATIH PASUKAN BALAPAN & PADANG

2) Pelantikan ini berkuat kuasa mulai 1 JANUARI 2017 hingga 31 DISEMBER 2017.
Senarai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh tuan boleh dirujuk dalam Buku Panduan
Pengurusan Sekolah 2017 yang telah dibekalkan.

3) Semoga dengan pelantikan ini, tuan dapat melaksanakan tugas dengan tanggungjawab
serta berintegriti demi meningkatkan prestasi sekolah.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“KEDAH AMAN MAKMUR BERSAMA MEMACU
TRANSFORMASI”

Saya yang menurut perintah,

PUAN ROSLINA BINTI RASLI


Guru Besar
SK Taman Jelutong,
09000 Kulim,
Kedah Darul Aman.

You might also like