You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN SINGKIR


08110 BEDONG, KEDAH
Telefon / Fax : 04-4573166
Emel : kba9021@moe.edu.my

Ruj. Kami : SKS/40/002/05(01)


Tarikh : 4 Disember 2022

Kepada :

Pengarah
PETRONAS Twin Towers
Level 4 Suria KLCC
50088 Kuala Lumpur .

Tuan,
PERMOHONAN MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, saya bagi pihak guru-guru Sekolah Kebangsaan Singkir,
Yan Kedah bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Petrosains.

3. Berikut adalah maklumat cadangan untuk lawatan tersebut:


Tarikh : 12 Januari 2023
Masa : 11.30 pagi hingga 4 petang
Bilangan peserta : 38 orang pelajar dan 6 orang guru pengiring.

4. Sehubungan itu, bersama surat ini, disertakan guru pengiring yang boleh dihubungi untuk
sebarang maklum balas daripada pihak tuan.
4.1 En Khairulnizam bin Abd Aziz (012 3550670)
4.1 En Muhammad Yusof Farhan bin Ahmad Hilme (019 4721344)

Kerjasama dan jasa baik pihak tuan amat kami sanjung tinggi dan kami dahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

( CIKGU CHE TOM BINTI SHAARI)


Guru Besar,
SK Singkir.

You might also like