You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU SOFIAH


O5460 ALOR SETAR,
KEDAH DARUL AMAN. Tel : 04 7333730
Fax : 04 7346723
Email : keb2162@moe.edu.my
Ruj. Kami : SMKTS600-4/2/6 Jld.2
Tarikh : 8 Ogos 2021
IBU BAPA / PENJAGA
TINGKATAN 5 SEROJA
SMK TUNKU SOFIAH

Tuan,

MAKLUMAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS SPM 2021


MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN SAINS RUMAH TANGGA (3769/2 )

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa semua pelajar Tingkatan 5 Seroja terlibat dengan kerja
kursus SPM 2021 bagi matapelajaran Sains Rumah Tangga.

3. Hasil kerja pelajar akan dinilai oleh guru matapelajaran berkenaan. Bagi tujuan ini,
semua pelajar akan menjalankan kerja kursus dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru mata
pelajaran.

4. Pihak sekolah memohon kerjasama daripada waris untuk memastikan anak-anak


tuan/puan melaksanakan kerja kursus sehingga selesai. Pelaksanaan kerja kursus ini akan
bermula pada Ogos 2021.

Kerjasama daripada pihak tuan amatlah kami hargai dan disanjung tinggi.

Sekian, terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

…....…..............……………..............................
(FATHIIYAH BINTI MOHD POZI@ MOHD FAUZI)
Pengetua
SMK. Tunku Sofiah

You might also like