You are on page 1of 2

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LEMBAH SUBANG


JALAN PJU 1A/4, KELANA JAYA,
47301 PETALING JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN

TEL : 0378461883
FAKS : 0378424063

Ruj. Kami : SMKLS 100-1/5/1( )


Tarikh : Mac 2024

Kepada,
Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama,
Selangor Darul Ehsan.

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN KARNIVAL IHYA RAMADAN 2024 PERINGKAT DAERAH

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan PIBG SMK Lembah Subang ingin menganjurkan Karnival Ihya Ramadan
peringkat daerah 2024. Program ini bertujuan memenuhi hasrat sekolah untuk mengimarahkan bulan Ramadan
sekaligus menjadikan ia sebagai gedung ilmu yang berkesan di samping dapat mengeratkan lagi hubungan
silaturahim antara pelajar, guru, ibu bapa, masyarakat dan sekolah sekolah berdekatan. Persepakatan ini akan
menambahkan lagi kerjasama yang erat dalam mencapai objektif untuk membangunkan insan yang seimbang
terutama bagi pelajar. Antara aktiviti yang akan dilaksanakan ialah aktiviti mengacau Bubur Lambuk, SMART
SOLAT, pemeriksaan kesihatan, aktiviti menghasilkan kuih tradisional, HIJAB stylista dan beberapa lagi aktiviti
yang menarik.

3. Program ini akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 27 Mac 2024


Masa : 9:00 pagi - 10:00 malam.
Tempat : SMK Lembah Subang, Petaling Jaya
Sasaran : Semua warga SMK Lembah Subang, guru, pelajar, PIBG.

4.Pihak sekolah dan PIBG berhasrat untuk menjemput sekurang-kurangnya 5 buah sekolah berdekatan untuk
menjadikannya program daerah dan sekaligus berkongsi ilmu dengan pelajar pelajar yang terlibat.

5. Bersama-sama ini dilampirkan kertas kerja program Karnival Ihya Ramadan 2024. Jawatankuasa PIBG dan
Program Karnival Ihya Ramadan berharap agar pihak tuan dapat meluluskan Karnival Ihya Ramadan 2024.
Kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

“MALAYSIA MADANI ”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………..
(ROSLI BIN ALI )
Yang Dipertua PIBG
SMK Lembah Subang
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LEMBAH SUBANG
JALAN PJU 1A/4, KELANA JAYA,
47301 PETALING JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN

TEL : 0378461883
FAKS : 0378424063

Ruj. Kami : SMKLS 100-1/5/1 ( )


Tarikh : Mac 2024

Pengetua,
Sekolah Menengah Daerah Petaling Utama.

Tuan,

JEMPUTAN MENGHADIRI KARNIVAL IHYA RAMADAN 2024 ANJURAN SMK LEMBAH SUBANG

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa PIBG SMK Lembah Subang akan menganjurkan Karnival Ihya
Ramadan 2024. Program ini bertujuan memenuhi hasrat sekolah untuk menjadikan ia sebagai gedung ilmu
yang berkesan di samping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pelajar, guru, ibu bapa dan
masyarakat. Persepakatan ini akan menambahkan lagi kerjasama yang erat dalam mencapai objektif untuk
membangunkan insan yang seimbang. Terdapat banyak aktiviti yang dianjurkan sepanjang program
berlangsung.

3. Program ini akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 27 Mac 2024 (Rabu)


Masa : 9.00 pagi – 2.00 petang.
Tempat : SMK Lembah Subang, Petaling Jaya
Sasaran : Guru dan murid

4. Pihak sekolah berharap agar pihak tuan dapat mengesahkan kehadiran dan penyertaan sebelum 25 Mac
2024 . Sebarang pertanyaan sila hubungi Cik Nur Maizatul Kautsar Binti Azmi (12-5895497).

Kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

“MALAYSIA MADANI ”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………….
(ROSLI BIN ALI )
Yang Dipertua PIBG
SMK Lembah Subang

You might also like