You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP PEMANIS 1


FELDA PEMANIS 1,
85009, SEGAMAT, No Tel/ Fax : 07-9456528
JOHOR DARUL TAKZIM E-mail : jba7036@moe.edu.my

Rujukan : SKFP1.700-4/3/1 ( )
Tarikh :25 Januari 2022

Ibubapa / Penjaga Murid


Sekolah Kebangsaan LKTP Pemanis 1

Tuan/ Puan

PENYERAHAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan melaksanakan program tersebut
seperti ketetapan berikut :

2.1 Tarikh : 27 Januari 2022 ( Khamis)


2.2. Masa : 12.00 tgh
2.3 Tempat : Kantin Sekolah

3. Sehubungan dengan itu,diharapkan pihak tuan (salah seorang ibu/ bapa /penjaga)
dapat memberi kerjasama untuk hadir mengikut masa yang ditetapkan serta mematuhi SOP
yang telah ditetapkan bagi melicinkan proses tersebut. Sila bawa bersama kad pengenalan
ibubapa/penjaga bagi memudah serta melancarkan urusan penyerahan bantuan khas awal
persekolahan.
4. Kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian terima kasih.

”WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

MOHAMED SALEHIN BIN MOHAMED YASSIN


Guru Besar
SK LKTP PEMANIS 1
Segamat, Johor.

You might also like