You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan Temoh


35350 Temoh, Tel : 011-65566954
PERAK DARUL RIDZUAN Email : ABA0004@moe.edu.my

___________________________________________________________________
“PENDIDIKAN BERKUALITI, SEKOLAH UNGGUL, MURID HOLISTIK”
Ruj : SKT700-4/3/4
Tarikh : 9 Ogos 2022

Ibubapa / Penjaga / Waris Murid


(Seperti Lampiran)

Tuan,

JEMPUTAN UNTUK MENERIMA BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH


PELAJAR MISKIN (KWAPM) TAHUN 2022

Adalah dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan, pihak sekolah ingin menjemput tuan/puan ke program


tersebut seperti ketentuan berikut:

Tarikh : 11 OGOS 2022 (KHAMIS)


Masa : 1.00 Petang
Tempat : Kantin Sekolah

3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan (Seperti Nama Murid Di Lampiran)


dijemput hadir ke sekolah berserta dokumen peribadi (Kad Pengenalan) bagi
menerima bantuan tersebut bagi pihak murid yang terlibat. Selain daripada itu,
tuan/puan harus mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN dan memakai pelitup
muka sepanjang urusan dijalankan.

4. Kerjasama dan perhatian tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian, terima kasih

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(MOHAMED YUNUS BIN ALLAH BUS)


Guru Besar

Sk : Fail Hem

You might also like