You are on page 1of 3

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan Mambang Telefon : 011-65566542


26600 Pekan, : 011-65755663
Pahang Darul Makmur Email : cba5034.skmambang@gmail.com

____________________________________________________________________________________________________________________________________________

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : SKMBG.600-3/2/13 (6)
Tarikh : 05 OKTOBER 2022

Kepada,
Ibu Bapa/Penjaga
Murid Tahun 4,5, dan 6

Tuan/Puan,

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SK MAMBANG 2022

Adalah dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Dengan ini dimaklumkan pihak sekolah akan mengadakan Perkhemahan Bersepadu Unit
Beruniform seperti ketetapan berikut. Semua murid tahun 4,5, dan 6 diwajibkan menghadiri aktiviti
perkhemahan ini.

3. Oleh yang demikian, tuan/puan diminta untuk memastikan anak tuan/puan dapat melibatkan diri
pada tarikh dan masa seperti berikut :

TARIKH : 21 – 22 Oktober 2022


HARI : Jumaat & Sabtu
MASA :

4. Segala kerjasama dan tindakan pihak tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.

Sekian.

“ WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030 ”

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menjalankan amanah,

(ROSMAN BIN AB RASID)


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Mambang
26600 PEKAN

Sk. Fail Sekolah


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Sekolah Kebangsaan Mambang Telefon : 011-65566542
26600 Pekan, : 011-65755663
Pahang Darul Makmur Email : cba5034.skmambang@gmail.com

____________________________________________________________________________________________________________________________________________

Guru Besar,
SK Mambang.

Tuan / Puan,

KEBENARAN IBU BAPA/PENJAGA

Saya ____________________________________________________________________* Ibu bapa/penjaga kepada

____________________________________________________ Kelas ______________________________________________

* MEMBENARKAN/TIDAK MEMBENARKAN*anak/jagaan saya melibatkan diri dalam aktiviti


Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SK Mambang seperti ketetapan berikut :

TARIKH : 21 - 22 Oktober 2022


HARI : Jumaat & Sabtu
MASA :

2. Saya faham bahawa pihak sekolah telah pun memberikan segala penerangan dan akan mengambil
langkah-langkah keselamatan dan pengawasan sepanjang kegiatan tersebut diadakan.

3. Saya bersetuju untuk memaklumkan pihak sekolah sekiranya terdapat apa-apa perubahan kepada
kesihatan atau keadaan fizikal anak/jagaan saya sebelum tarikh kegiatan/aktiviti bekenaan. Saya juga
telah memastikan bahawa anak/jagaan faham bahawa setiap peraturan dan arahan yang diberikan oleh
pihak sekolah hendaklah dipatuhi bagi memastikan keselamatannya.

4. Pihak saya tidak akan mengambil sebarang tindakan kepada pihak sekolah sekiranya anak jagaan
saya mendapat sebarang musibah.

5. Saya memberi kebenaran kepada pihak sekolah atau wakilnya memberikan apa-apa pertolongan
cemas ke atas anak/jagaan saya jika didapati perlu.

_____________________________
Tandatangan Ibu bapa/Penjaga

Nama : _______________________________________

No.KP : _______________________________________

No. Telefon : _______________________________________

You might also like