You are on page 1of 1

SEKOLAH RENDAH ISLAM AL MASRIYAH

1267 JALAN ABDUL KADIR, 14000 BUKIT MERTAJAM


PULAU PINANG
TEL : 04- 537 1705 FAKS : 04- 5305521
___________________________________________________________________
Rujukan Kami: SRIM/BK/009/22
Tarikh: 3 Oktober 2022

Ibu bapa / Waris / Penjaga


Sek. Ren. Islam Al Masriyah

Tuan/Puan,

MAKLUMAN MENGIKUTI PROGRAM GERAK GEMPUR UPKK 2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman tuan/puan, Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Panitia
Pendidikan Islam akan menganjurkan satu program Gerak Gempur yang akan membantu murid-murid
dari segi teknik menjawab soalan serta meningkatkan semangat dan motivasi murid-murid. Program
ini menyasarkan semua murid Tahun 5 iaitu seramai 50 orang calon Ujian Penilaian Kelas KAFA
(UPKK) 2022. Butiran program adalah seperti berikut:

Nama program : Program Gerak Gempur UPKK 2022


Tarikh : 7-8 Oktober 2022
Hari : Jumaat - Sabtu
Tempat : An-Nahdhoh Inn, Kubang Semang

3. Oleh itu, disertakan borang kebenaran waris yang perlu dipulangkan kembali selewat-
lewatnya 6 Oktober 2022 (Khamis) kepada guru kelas anak tuan/puan. Sebarang pertanyaan,
tuan/puan boleh menghubungi Cikgu Ahmad Aliuddin bin Shaharin di talian 017-563 8645. Segala
kerjasama dan jasa baik daripada tuan/puan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”


“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………..
(MUNA BT HJ AHMAD FUAD)
Guru Besar
Sekolah Rendah Islam Al Masriyah
Bukit Mertajam

You might also like