You are on page 1of 1

SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-MASRIYAH

1267, JALAN ABDUL KADIR, 14000 BUKIT MERTAJAM


PULAU PINANG
TEL : 04- 537 1705 FAKS : 04- 5305521
___________________________________________________________________________
Rujukan Kami: SRIM/BK/014/20
Tarikh: 11 Mac 2020
YB Muhammad Faiz Bin Fadzil
Pusat Khidmat Adun Permatang Pasir,
Lot 191, Mukim 5,
Kampong Petani, Kubang Semang
Bukit Mertajam,
Pulau Pinang

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK KEM BINA KHALIFAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, Unit Hal Ehwal Murid dengan kerjasama Jawatankuasa
Pengawas Sekolah dan Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah Islam Al-Masriyah
akan menganjurkan satu kem kepimpinan kepada badan kepimpinan SRI Al-Masriyah sesi
2020. Seramai 92 orang murid dan 9 orang guru yang terlibat dalam kem ini. Oleh itu,
sejumlah dana yang besar amat diperlukan bagi menjayakan kem yang dirancang ini. Pihak
sekolah amat berbesar hati kiranya tuan dapat memberikan sumbangan untuk program
tersebut.

3. Bersama-sama ini disertakan kertas kerja Kem Bina Khalifah Peringkat SRI Al-
Masriyah sebagai rujukan pihak tuan. Sekiranya pihak tuan ingin membuat sumbangan,
bayaran cek hendaklah di tulis di atas nama:
SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-MASRIYAH
BANK : CIMB ISLAMIC BANK BHD
AKAUN NO : 86-0098834-8

4. Amatlah berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat memenuhi permohonan ini dan saya
dahului dengan jutaan terima kasih. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Cikgu Ahmad
Aliuddin bin Shaharin di talian 017-563 8645.

Sekian, terima kasih

ILMU, TAQWA, UNGGUL

Saya yang menjalankan tugas,

………………………………..
(Muna Bt Hj Ahmad Fuad)
Guru Besar
Sekolah Rendah Islam Al-Masriyah

You might also like