You are on page 1of 1

SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-MASRIYAH

1267 JALAN ABDUL KADIR, 14000 BUKIT MERTAJAM


PULAU PINANG
TEL : 04- 537 1705 FAKS : 04- 5305521
___________________________________________________________________
Rujukan Kami: SRIM/BK/007/20
Tarikh: 13 Februari 2020

Ketua Polis Daerah


Ibu Pejabat Polis Daerah
Seberang Perai Tengah,
14000 Bukit Mertajam
(U.P PPS Sek. Ren. Islam Al-Masriyah)

Tuan,

PERASMIAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH 2020

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan


Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melaksanakan kolaborasi setiap tahun dalam usaha
menangani masalah disiplin dan salah laku dalam kalangan murid sekolah. Program ini
diadakan serentak di seluruh Malaysia. Oleh itu, bagi peringkat Sekolah Rendah Islam Al-
Masriyah diadakan seperti butiran berikut:-
Tarikh : 17 Februari 2020
Masa : 7.00 pagi – 9.00 pagi
Tempat : Dewan Hj Ahmad Fuad

3. Justeru, pihak sekolah berbesar hati menjemput Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS)
bagi Sekolah Rendah Islam Al-Masriyah untuk merasmikan pelancaran program Jom Ke
Sekolah (JKS).

4. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan didahului dengan ucapan jutaan terima
kasih. Sebarang maklum balas, hubungi Cikgu Ahmad Aliuddin Bin Shaharin di talian
017-563 8645.

Sekian, terima kasih.

ILMU, AMAL, TAQWA

Saya yang menjalankan tugas,

……………………………………
(Muna Bt Hj Ahmad Fuad)
Guru Besar
Sekolah Rendah Islam Al-Masriyah

You might also like