You are on page 1of 1

‫سكوله كبغساءن تلوق كالوغ‬

SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK KALONG


24000 KEMAMAN, TERENGGANU, Tel / Fax : 09 - 8631360
TERENGGANU DARUL IMAN. Kod Sek : TBA 2012
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN Email : tba_2012@yahoo.com
SEKOLAH AMANAH MALAYSIA Laman Web : www. sktelokkalong.edu.my

Rujukan kami: SKTK /


Tarikh :18 Ogos 2020
Bersamaan : 28 Zulhijjah 1441
Kepada:
Sarjan Marina binti Ahmad,
Ketua Polis Daerah Kemaman,
Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia,
Jalan Air Putih,
24000 Kemaman,
Terengganu.
(Pegawai Perhubungan Sekolah)

Tuan,

JEMPUTAN CERAMAH PERANGI BULI DI SEKOLAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan SK Telok Kalong akan mengadakan program tersebut untuk memberikan pendedahan
dan pengetahuan mengenai buli yang berlaku di kalangan pelajar dan mengetahui cara-cara mencegah buli.

3. Sehubungan itu, pihak sekolah amatlah berbesar hati untuk menjemput tuan menyampaikan ceramah
tersebut. Berikut adalah butiran lanjut untuk makluman pihak tuan.

Tarikh : 27 Ogos 2020


Hari : Khamis
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Makmal Komputer SK Telok Kalong

4. Besarlah harapan kami agar tuan dapat meluangkan sedikit masa untuk menjayakan program tersebut.
Keperihatinan dan jasa baik pihak tuan amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“Mendepani Pendidikan Global”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………….
(SARINA BINTI MOHAMAD)
Guru Besar
SK Telok Kalong,
24000 Kemaman,
Terengganu.

You might also like