You are on page 1of 10

SKRIP MAJLIS APRESIASI TTMIP SEKOLAH AMANAH 2022

BIL AGENDA SKRIP


Pengumu Mengumumkan ketibaan dif-dif jemputan ke
man majlis Apresiasi TTMIP SK Telok Kalong

Ucapan Sireh berlipat sireh pinang


Aluan Sireh dari Pulau Mutiara
Pengerusi Pemanis kata Selamat datang
Majlis Awal Bismillah pembuka bicara

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Bismillahirahmanirrahim…..

Yang Mulia Engku Harris bin Engku Murad


Pegawai Pengurusan Program Yayasan Amir,

Yang berusaha Puan Sarina binti Mohamad Guru


Besar SK Telok Kalong,

Puan Juliza binti Mohd Zakaria Ketua Penolong


Pengarah, Unit Sekolah Jenis Khas Jabatan
Pendidikan Negeri Terengganu,

Encik Azmi bin Ibrahim Timbalan Unit


Perancangan Pejabat Pendidikan Daerah
Kemaman

DSP Muhammad Haikal Hendry bin Abdullah


Pegawai Turus Koordinasi Sumber sokongan
Jabatan Pencegahan Jenayah & Keselamatan
Komuniti,

Encik Wan Mohd Effaizul bin Wan Jaafar Wakil


daripada Quary Kemaman sdn bhd,
Pegawai-pegawai PPD Kemaman, Barisan
pegawai-pegawai Lead ed, YDP PIBG, Pegawai
Perhubungan Sekolah, Pensyarah-pensyarah IPG,
Pensyarah UNISZA, Pensyarah UC TATI, Mantan
Guru Besar SK Telok Kalong, Barisan Guru besar
sekolah-sekolah Amanah, Pegawai BSN, bekas-
bekas guru SK Telok kalong, rakan-rakan guru,
tetamu jemputan dan murid-murid yang di kasihi
sekalian.

Assalamualikum w.b.t.. dan Selamat Datang ke


Majlis Apresiasi Tamat Tempoh Matang
Intervensi Program (TTMIP) SK Telok Kalong.

Terlebih dahulu, setinggi-tinggi kesyukuran


dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t, kerana dapat
kita berhimpun dalam majlis yang julung kali
diadakan ini.

Majlis berbesar hati merungkai ucapan setinggi-


tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih
kepada semua hadirin yang sudi hadir bagi
menyerikan majlis pada hari ini.

Untuk makluman semua, Majlis ini diadakan bagi


tujuan menzahirkan rasa syukur kerana sekolah
telah Berjaya mencapai matlamat strategik.
Sekolah Berjaya melepasi 323 indikator yang
telah ditetapkan dan dicapai dalam tempoh 5
tahun pelaksanaan.

Bacaan Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah


Doa sekalian,

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan majlis pada hari ini,


Majlis mempersilakan Al Fadhil Ustaz Mohd
Yusof bin abd Majid Untuk memimpin bacaan
doa.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

------------------------------------------------------------
*
Amin3 Ya Rabbal alamin.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan Terima kasih kepada ustaz atas bacaan doa
itu tadi.

Nyanyian Sebagai tanda cinta akan Negara, Majlis


diteruskan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan
Sekolahku Sejahtera.

Para Hadirin, Diminta Berdiri.

------------------------------------------------------------
Mohon Para Hadirin mengambil tempat.

Ucapan GB Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


SKTK Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak berkat ilmu tanpa amalnya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang
berbicara.

Bagi meneruskan Acara, Majlis mempersilakan


yang berusaha Puan Sarina binti Mohamad Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Telok Kalong untuk
menyampaikan ucapan, dengan segala
hormatnya dipersilakan.
----------------------------------------------------------
*
Terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan Hadirin dan hadirat sekalian,


Pegawai Seterusnya pihak majlis dengan sukacitanya
Yayasan menjemput Yang Mulia, Engku Haris bin Engku
Amir Murad Pegawai Pengurus Program Yayasan Amir
untuk memberikan ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

-----------------------------------------------------------------
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada
Yang Mulia Engku Harris bin Engku Murad atas
ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Gimik Seterusnya, dijemput Puan Sarina binti


perasmian Mohamamad guru besar SK Telok Kalong, Puan
Juliza binti Mohd Zakaria, Encik Azmi bin Ibrahim
untuk mengiringi Yang Mulia Engku Harris bin
Engku Murad Pegawai Pengurus Program
Yayasan Amir bagi menyempurnakan gimik
Pelancaran Majlis TTMIP SK Telok Kalong.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Gimik ini menunjukkan simbolik 5 tahun warga


sekolah bertungkus lumus dalam menempuhi
halangan seperti masa, komitmen, kesediaan,
usaha dan pengisian.

Terima kasih diucapkan kepada …………………………


atas penyempurnaan gimik sebentar tadi.
Agihan Mohon Yang Mulia Engku Harris bin Engku
Gerobok Murad kekal di atas pentas bagi meneruskan
Rezeki acara seterusnya.

Baiklah, kita akan teruskan lagi dengan acara


Agihan Gerobok Rezeki.

Dijemput Puan Sarina binti Mohamad Guru


Besar SK Telok Kalong mengiringi Yang Mulia
Engku Haris bin Engku Murad untuk
menyampaikan sumbangan Gerobok Rezeki.

Dipersilakan ( ikut nama yang kak ash Bagi)untuk


menerima sumbangan.

( 5 Orang)

Terima kasih diucapkan kepada YM Engku Harris


atas kesudian menyampaikan sumbangan
sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan penyampaian


sumbangan Gerobok Rezeki yang seterusnya.
Dengan ini majlis menjemput Tuan DSP Mohd
Haikal Hendry bin Abdullah dan Encik Wan Mohd
Effaizul bin Wan Jaafar untuk naik ke pentas
bagi menyempaikan sumbangan seterusnya.

Dipersilakan Tuan DSP Mohd Haikal Hendry.

(5 orang penerima GR )

Terima kasih Tuan DSP Mohd Haikal Hendry atas


kesudian tuan menyampaikan sumbangan GR
tadi.

Seterusnya dipersilakan pula Encik Wan Mohd


Effaizul untuk penyampaian sumbangan
seterusnya.

(5 orang penerima GR)

Terima kasih atas kesudian tuan menyampaiakn


sumbangan sebentar tadi.

Untuk makluman semua Gerobok rezeki ini telah


diilhamkan oleh Guru Besar SK Telok Kalong
Puan Sarina binti Mohamad setelah beliau
membuat lawatan kerja di Kuala lumpur oleh
Humanity. Gerobok Rezeki SK Telok Kalong telah
dirasmikan oleh Mantan Pengarah Jabatan
Pendidikan Negeri Terengganu iaitu Cikgu Salim
bin AB Ghani pada bulan disember 2020.
Syukur Alhamdullilah Gerobok Rezeki SK Telok
Kalong telah mengagihkan sumbangan kepada
yang memerlukan pada setiap bulan dengan
jayanya.
Kami juga mempunyai penyumbang yang tetap
setiap bulan iaitu dari Quary Kemaman Sdn Bhd.
Terima kasih kepada semua penyumbang.
Penyampai Majlis diteruskan dengan penyampaian
an cendehati kepada pegawai-pegawi yan
Cenderhati merupakan tulang belakang yang menjayakan
sekolah Amanah.

Dijemput Puan Sarina bt Mohamad Guru besr SK


Telok Kalong dengan diiring barisan SLT Cikgu
Mohd Bustamam Alladin bin Sulong, Cikgu
Rukiah binti Rosemen dan Cikgu Nur Athirah
binti Harun bagi menyampaikan cenderhati
tersebut.

Majlis mempersilakan YM Engku Harris bin


Engku Murad.
Seterusnya Encik Zaharuddin
Encik Amin
Puan Hamidah
Tuan Haji azhar
Puan Juliza binti Mohd Zakaria(JPN)
Encik Azmi bin Ibrahim (PPD)
Encik Mohd Arifhakimi bin Alias (PPD)

Terima kasih diucapkan kepada Puan Sarina atas


penyampaian cenderhati sebentar tadi.

Perasmian Untuk makluman hadirin sekalian hari ini juga


Testka kita akan menggadakan satu lagi perasmian iaitu
Them Park perasmian Taman Tema yang dikenali dengan
nama TesTKa Theme Park.

Mohon guru besar dan SLT mengiringi YM Engku


Harris bin Engku Murad, Wakil JPNT, Wakil PPD
ke belakang dewan bagi menyempurnakan
perasmian TesTKa Theme Park.

Dijemput YM Engku Harris bn Engku Murad


untuk menyempurnakan perasmian TesTKa
Theme Park. Dipersilakan.

----------------------------------------------------------

Terima kasih YM Engku Harris bin Engku Murad


Atas perasmian TesTKa Theme Park sebentar
tadi.

Untuk pengetahuan hadirin TesTKa Theme Park


diwujudkan untuk tujuan pembelajaran luar bilik
darjah yang mempunyai 16 stesyen antaranya
ialah keselamatan jalan raya, laman buku teks,
memanah, hoki dan permaianan tradisional.

Jemput Kalua tuan pikat cemara


makan Buat lah bara bakar selasih
Sudilah tuan jamu selera
Hidangan mesra pengikat kasih.
Sungguh indah Bunga kemboja,
Di bawah atap tepi halaman
Juadah sudah letak dimeja
Sudilah santap tuan Budiman.

Hadirin sekalian jemputla menjamu selera.


Tayangan Seterusnya mari sama-sama kita saksikan
Montaj tayangan video Journey of Trust School dan
video TesTKa Theme Park.
Saksikan.
----------------------------------------------------------------
Begitulah tadi antara perjalanan suka duka
warga sekolah harungi sepanjang menjalani
Program Sekolah Amanah.

Persembah Bersarang merbah di Kuala Langat,


an Murid Manis madunya pabila dimakan,
Suasana meriah bertambah hangat,
Pelbagai persembahan kami sembahkan.

Hadirin Hadirat yang dihormati,

Majlis diteruskan dengan persembahan bakat


murid TesTKa yang dimulakan dengan selawat
dan Nasyid dari kumpulan Nasyid Sekolah.

Dipersilakan.
-----------------------------------------------------------------
Majlis Merakamkan terima kasih atas
persembahan nasyid sebentar tadi.

Persembahan seterusnya dijemput anak-anak


comel dari pra sekolah untuk membuat
persembahan.

Dipersilakan.

--------------------------------------------------------------
Terima kasih buat anak-anak comel pra atas
persembahan tadi.

Seterusnya di jemput kumpulan Tarian sekolah


yang akan mempersembahkan Tarian
tradisional. Dengan segala hormatnya
dipersilakan ke pentas.

Terima kasih team Tarian sekolah atas


persembahan yang agak menarik sebentar tadi.
Kita teruskan lagi persembahan kita dengan
persembahan Kalam Jamie sekolah dipersilakan.

-----------------------------------------------------------------
Terima kasih atas perembahan kalam jamei
sebentar tadi.

Jom kita saksikan lagi bakat murid kita dalam


mempersembahkan Tarian cina oleh adik
Dayana. Dipersilakan..
--------------------------------------------------------------

Terima kasih adik Dayana atas persembahan


yang mempersonakan sebentar tadi.

Kite teruskan lagi persembahan nyanyian dari


murid tahun 6 dengan lagu Lemak Manis.
Dipersilakan.

-----------------------------------------------------------
Terima kasih wakil murid tahun 6.
Seterusnya majlis menjemput team coral
speaking untuk membuat persembahan
dipersilakan.

--------------------------------------------------------------
Terima kasih diucapakan di atas pesembahan
sebentar tadi.

Baikla kita hangatkan lagi suasana dengan


persembahan Tarian Bollywood oleh adik
dayana. dipersilakan.

Terima kasih atas pesembahan yang cukup


menarik.
Seterusnya persembahan terakhir dari kelab silat
sekolah. Dipersilakan.
Dengan berakhirnya persembahan silat sebentar
tadi maka berakhirlah persembahan untuk kali
ini.
Penutup Berdayung sampan ke Tanah Semenanjung,
Hendak membeli tikarlah rotan
Budi di kenang Bakti di sanjung,
Kekal subur dalam ingatan

Anak tanjong anak mami,


Sekali di sapa semakin lawa
Kasih dijunjung sekalung budi
Takkan di lupa selagi bernyawa.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Majlis bagi pihak Tuan Rumah merakamkan


ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada hadirin hadirat atas
kesudian bersama-sama pada hari ini. Kami bagi
pihak majlis juga ingin memohon kemaafan jika
terdapat sebarang kekurangan dan kecacatan
sepanjang mengendalikan majlis ini.
Dengan itu, berakhirlah sudah majlis kita pada
hari ini.
Sekian. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

You might also like