You are on page 1of 1

‫سكوله كبغساءن كامفوغ بارو كرتيه‬

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BARU KERTEH


24300 KERTEH KEMAMAN TERENGGANU
Tel: 09 8266088, FAX : 09 8263699

Ruj. Kami : SKKBKth/02/06/005 ( )


Tarikh : 26 Julai 2020

Ibu Bapa/ Penjaga


Semua murid Tahun 6

Tuan,

MAKLUMAN PELAKSANAAN UJIAN PSIKOMETRIK IKeP TAHUN 6 2020

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa semua murid tahun 6 diwajibkan menduduki Ujian


Psikometrik IkeP sesi 2020. Untuk makluman ibu bapa, walaupun Ujian UPSR dibatalkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akibat Pandemik Covid19, Ujian Psikometrik tetap akan
dilaksanakan kerana ia nerupakan salah satu komponen PPSR yang akan dinilai untuk kemasukan ke
sekolah menengah sesi 2021. Sijil akan diberikan kepada semua murid tahun 6 yang menduduki ujian
Psikometrik pada akhir tahun nanti. Oleh itu, ujian akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 29 Julai 2020 (Rabu)


Masa : 8.15 pagi – 9.15 pagi
Tempat : Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Kerteh

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon kerjasama tuan /puan untuk memastikan
kehadiran anak-anak ke sekolah untuk menjalani ujian tersebut. Ujian ini akan dikendalikan oleh Unit
Bimbingan dan Kaunseling SK Kampung Baru Kerteh.

4. Sokongan dan kerjasama daripada pihak tuan/ puan di dalam perkara ini didahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“Mendepani Pendidikan Global ”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

.............................................................
ZAINAL SUBARI BIN ABU BAKAR
Guru Besar
SK Kampung Baru Kerteh

You might also like