You are on page 1of 8

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

HEM 2023
QUE ANN CATATAN
KETIBAAN Mengumumkan ketibaan
PERASMI Yang Dihormati

Diiringi oleh dif -dif jemputan


Masuk ke dalam dewan

NYANYIAN LAGU
KEBANGSAAN, Negaraku & Negeri Perak
LAGU ( tidak perlu umum )
NEGERI PERAK,
LAGU SEKOLAH Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian sebentar itu tadi.
Hadirin dipersilakan duduk.

Bismillah….
SALUTASI Assalamualaikum…

-RUJUK SALUTASI-

Yang Berusaha
Tn. Hj. Hassan bin Abd Ghafor
Pengetua SMK Pangkalan TLDM

Yang Berusaha
En.Ahmad Daman Huri bin Mansor
Penolong Kanan Pentadbiran SMK Pangkalan TLDM

Yang Berusaha
Pn. Sharidatul Shafinaz binti Zainul Ariffin
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Pangkalan TLDM

Yang Berusaha
Pn. Rokiah binti Hj. Hassan
Penolong Kanan Kokurikulum SMK Pangkalan TLDM

Guru-guru,
Ahli-ahli jawatankuasa ANUGERAH KECEMERLANGAN HAL EHWAL
MURID TAHUN 2023 ,
para penerima anugerah
dan hadirin sekalian.
Dari AUDITORIUM M.SIDEK SHABUDIN, majlis mengalukan
kehadiran hadirin semua ke

1
ANUGERAH KECEMERLANGAN HAL EHWAL MURID TAHUN
2023

Majlis pada hari ini amat bersesuaian dengan misi sekolah untuk
melahirkan modal insan generasi terbilang. Pada petang ini,
murid-murid yang menunjukkan ketokohan dalam pelbagai
bidang mencakupi kepimpinan dan keperibadian akan diberikan
anugerah sebagai bukti penghargaan pihak sekolah.

Justeru, adalah menjadi harapan kami warga pendidik SMK


PANGKALAN TLDM agar ianya menjadi tonggak bagi memulakan
anjakan paradigma dan pencetus revolusi dalam diri setiap murid.

Hadirin sekalian,

Lebat kemiri pohonnya rendah,


BACAAN DOA Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat Yang Maha Esa.

Bagi memberkati majlis kita pada petang ini, marilah bersama -


sama kita mengaminkan doa yang akan dibaca oleh saudara
MUSLIM SYAFI BIN MOHD MASYUDEE

Dengan penuh takzimnya, majlis mempersilakan.


( bacaan doa )
Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa itu td.

Ucapan Pengetua Bukan rumput sebarang rumput,


Rumput penghias tepi halaman,
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan.

Hadirin sekalian,

Tirai majlis kita pada petang ini akan dimulakan dengan ucapan
aluan.

Untuk itu majlis menjemput dan mempersilakan

Yang Berusaha Tn. Hj. Hassan bin Abd. Ghafor,


Pengetua SMKPTLDM
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

( ucapan tamat )

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan itu tadi.

2
UCAPAN Terbang di awan burung jentayu,
PEGAWAI Kerana penat gugur ke bumi,
PENDIDIKAN Tampillah Tuan, kami merayu,
DAERAH Bersama amanat bekalan kami.

Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan

ENCIK ROSMAN BIN YAAKUB


Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan
Murid
PPD Manjung

untuk menyampaikan ucapan.

( ucapan tamat )

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

UCAPAN Daun semulur di Pekan Sari,


PERASMIAN Batang jerami rebah ke bumi,
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Hadirin sekalian
Kita teruskan lagi majlis kita dengan ucapan perasmian. Untuk itu
majlis menjemput dan mempersilakan

ENCIK RIZAL BIN ABDUL KARIM


Pengurus Kanan Strategi & CSR Yayasan LTAT

untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan HARI


ANUGERAH KECEMERLANGAN HAL EHWAL MURID TAHUN 2023

( ucapan tamat )

Majlis mengucapkan terima kasih.

3
Hadirin sekalian,

PENYAMPAIAN Majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian


SIJIL Sijil ANUGERAH KECEMERLANGAN HAL EHWAL MURID

Untuk itu majlis mempersilakan


SESI 1
Penyampai : Tn. Hj. Hassan bin Abdul Ghafor ( Pengetua
SMKPTLDM )

Diiringi oleh : En. Mohd Shahrizal bin Shafie ( GK Sains dan


Matematik )

Untuk menyampaikan sijil. Majlis dengan segala hormatnya,


mempersilakan…..

*****************************************************

Majlis mengucapkan terima kasih atas kesudian Tuan Pengetua


menyampaikan sijil-sijil itu tadi.

Seterusnya, majlis mempersilakan En. Mohd Shahrizal bin Shafie


untuk menyampaikan cenderahati kepada Tn. Hj. Hassan bin
Abd Ghafor sebagai tanda penghargaan dari pihak sekolah.

SESI 2 Majlis diteruskan bagi penyampaian sijil untuk Skor Amalan Baik
Murid dan Pengurusan Sub Unit Cemerlang HEM

Majlis dengan sukacitanya, menjemput dan mempersilakan,

Penyampai :

Diiringi oleh : Puan Rokiah bt. Hj. Hassan ( Penolong Kanan


Kokurikulum )

Majlis mempersilakan…

Majlis mengucapkan terima kasih atas kesudian Tuan untuk


menyampaikan sijil-sijil itu tadi.

Seterusnya, majlis mempersilakan Pn. Rokiah bt. Hj. Hassan


untuk menyampaikan cenderahati kepada

4
sebagai tanda penghargaan dari pihak sekolah.

PERSEMBAHAN Sehabis merah daun yang sihat,


MONTAJ Dahan melebar bercerita sakan,
Majlis anugerah mohon berehat,
Persembahan montaj kita saksikan.

JAMUAN MAKAN Lebat rumbia di Sungai Kedah,


HI TEA Sayang senduduk di tepi muara,
Hidangan makanan tersedia sudah,
Samalah duduk menjamu selera.

Dijemput para hadirin untuk menikmati juadah yang telah


disediakan.

PERSEMBAHAN Awan bersua citra berkisah,


KELAB Ukiran sukma kilauan kelisa,
KEBUDAYAAN Penyampaian hadiah selesai sudah,
Persembahan murid menyusul pula.

Majlis akan diteruskan lagi dengan persembahan yang akan


dipersembahkan oleh ahli Kelab Kebudayaan.

Majlis mempersilakan
*************************************************
Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan itu tadi

SESI 3 Majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian


Sijil ANUGERAH KECEMERLANGAN HAL EHWAL MURID

Untuk itu majlis mempersilakan

Penyampai : KDR. Mohd Kamal Irfan bin Hassan Basri TLDM


Assisten Ketua Staf Tadbir, Markas Pangkalan TLDM

Diiringi oleh : Pn. Sharidatul Shafinaz bt Zainul Ariffin ( Penolong


Kanan HEM )

Untuk menyampaikan sijil. Majlis dengan segala hormatnya,


mempersilakan…..

*****************************************************

5
Majlis mengucapkan terima kasih atas kesudian Tuan untuk
menyampaikan sijil-sijil itu tadi.

Seterusnya, majlis mempersilakan Pn. Sharidatul Shafinaz bt


Zainul Ariffin untuk menyampaikan cenderahati kepada KDR
Mohd Kamal Irfan bin Hassan Basri TLDM sebagai tanda
penghargaan dari pihak sekolah.

SESI 4 Majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian :

Guru Aktif Pengisian Skor Amalan Baik - Skor Amalan Baik adalah
Catatan amalan terpuji yang dapat memberi keseimbangan dan
menggalakkan lagi amalan baik dalam kalangan murid-murid
serta pemarkahan dalam sistem ini akan menjadi lebih telus dan
harmoni. Guru memberikan skor berdasarkan kerja buat murid
tersebut.

Kehadiran Penuh - Senarai murid yang memperoleh senarai


kehadiran penuh pada setiap hari sesi persekolahan 2023.

Murid Gemilang Sahsiah - Murid yang dipilih oleh guru - guru


kelas berdasarkan sahsiah terpuji yang ditunjukkan.

Untuk itu majlis mempersilakan

Penyampai : En. Rosman bin Yaakub ( Timbalan Pegawai


Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan Murid PPD Manjung )

Diiringi oleh : En. Ahmad Daman Huri bin Mansor ( Penolong


Kanan Pentadbiran )

Untuk menyampaikan sijil. Majlis dengan segala hormatnya,


mempersilakan…..

*****************************************************

Majlis mengucapkan terima kasih atas kesudian Tuan


menyampaikan sijil-sijil itu tadi.

Seterusnya, majlis mempersilakan En. Ahmad Daman Huri bin


Mansor untuk menyampaikan cenderahati kepada En. Rosman
bin Yaakub sebagai tanda penghargaan dari pihak sekolah.

6
SESI 5 Majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian :

Untuk itu majlis mempersilakan

Penyampai : En. Rizal bin Abdul Karim ( Pengurus Kanan Strategi


& CSR Yayasan LTAT )

Diiringi oleh : Tn. Hj. Hassan bin Abd Ghafor ( Pengetua


SMKPTLDM )

Untuk menyampaikan sijil. Majlis dengan segala hormatnya,


mempersilakan…..

*****************************************************

Majlis mengucapkan terima kasih atas kesudian Tuan


menyampaikan sijil-sijil itu tadi.

Seterusnya, majlis mempersilakan Tn. Hj. Hassan bin Abd


Ghafor untuk menyampaikan cenderahati kepada En. Rizal bin
Abdul Karim sebagai tanda penghargaan dari pihak sekolah.

SESI FOTOGRAFI Majlis memohon kepada En. Rizal untuk tenang di atas pentas,
kerana majlis kita beralih kepada acara penamat tirai iaitu sesi
fotografi.

Majlis menjemput semua tetamu jemputan untuk bersama naik


ke atas pentas bagi sesi bergambar.

Dipersilakan……

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN HEM SMK PANGKALAN


TLDM 2023 telah pun ingin melabuhkan tirai.

Majlis mengucapkan jutaan tahniah dan syabas kepada semua


penerima anugerah pada petang ini. Anda semua adalah layak
dan terbaik.

Tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis mengundur


diri. Saya Noor Azlina Said dan Maizatul Shima Othman menyusun
jari sepuluh, memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur
kata, terlampau cara sepanjang kami berbicara.

7
Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada para tetamu
jemputan dan warga SMKPTLDM yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung bagi menjayakan majlis anugerah ini.
Sesungguhnya kerja dan amal yang penuh dengan keikhlasan
akan mendapat ganjaran dan keberkatan dari Allah s.w.t, Insya
Allah.

Akhir sekali, terimalah 2 rangkap pantun dari kami :

Bersyukur kini kami panjatkan,


Majlis anugerah telah disempurnakan,
Sekalung penghargaan kami hulurkan,
Segulung tahniah kami ucapkan.

Buah rambutan untuk dimakan,


Simpan sedikit buat Cik Siti,
Salah dan silap harap dimaafkan,
Ada jodoh berjumpa lagi.

Sekian, wabillahhitaufik wal hidayah


Assalamualaikum w.b.k.t.h.

You might also like