You are on page 1of 7

TEKS PENGACARA KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SKPC 2023

PERKARA/PEMBACA PENGUMUMAN CATATAN


PENGUMUMAN KETIBAAN Mengumumkan ketibaan,

Yang Dihormati Cikgu Angel,Pengurus Syarikat Top Angel Computer Centre,diiringi oleh
Yang berusaha Cikgu Rozali bin Hashim, Guru Besar SK Pulau Chapa,
barisan guru-guru, dan ahli jawatankuasa PIBG.

PERARAKAN MASUK Hadirin,


PERBARISAN RUMAH SUKAN
Marilah sama-sama kita berikan tumpuan kepada perarakan lintas hormat perbarisan rumah sukan.
Sebelum itu, pihak majlis menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati Encik Nazarul bin Jaafar,
Pegawai Tadbir Ketua Bahagian Pembangunan Komuniti Majlis Perbandaran Pasir Gudang diiringi
Cikgu Haji Zainuddin bin Haji Mohd Alie, Guru Besar Sk Kota Masai untuk menyempurnakan perarakan
lintas hormat. Dipersilakan.

Hadirin di hormati ,
Kontinjen pertama yang berarak masuk merupakan kontinjen dari rumah sukan hijau dengan
keunggulan semangat juang seorang pahlawan . Berlandaskan motto pasukan
"_HIJAU MARA BURU JUARA PANTANG UNDUR SEBELUM KALAH"
. Pasuakan rumah Hijau dipimpin oleh Cikgu….

*********
Menyusul di belakang ialah kontinjen dari rumah Biru dengan semangat perwira sejati .
Dengan motto pasukan RUMAH BIRU TERUS MARA..TERUS MAJU…TERUS LAWAN SAMPAI
JUARA
Pasukan rumah Biru dipimpin oleh Cikgu …..

************
TEKS PENGACARA KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SKPC 2023

Menyusul seterusnya adalah dari kontinjen rumah Merah


bertunjangkan perwira bangsa . Dengan bertunjangkan motto
"SELAGI HIDUP SELAGI BERJUANG"
Pasukan ri=umah merah dipimpin oleh Cikgu …….

***********

Dan kontijen terakhir ialah kontinjen dari rumah kuning dengan pejuang bangsa Pahlawan Mat
Salleh. Dengan motto
" “ JANGAN PERNAH BERHENTI BERJUANG”
Pasukan rumah KUNING dipimpin oleh Cikgu ……

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Bderusaha Cikgu Mariati binti Abdul
Rahman dan atas kesudian menyempurnakan perarakan lintas hormat sebentar tadi.

KATA SALUTASI

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Yang Dihormati,
Cikgu Angel,Pengurus Syarikat Top Angel Computer Centre
Yang berusaha,
Cikgu Rozali bin Hashim, Guru Besar SK Pulau Chapa,
Yang Berusaha,
Cikgu Mariati bin Abd Rahman , Guru penolongkanan pentadbiran ,
Yang berusaha,
Cikgu Mohd Zahir b Hj Harun Guru penolongkanan HEM,
Yang Beruasaha,
TEKS PENGACARA KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SKPC 2023

Cikgu Mhd Zalil Izham b Abd Wahab Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Yang dihormati,
Ustaz Abd Samad bin Yusof, Yang dipertua PIBG SK Pulau Chapa;
Yang Dihormati
barisan guru-guru, dan ahli jawatankuasa PIBG, para waris dan seterusnya murid-murid yang dikasihi
sekalian.

Sesungguhnya kami, amat berbesar hati serta menghulurkan salam menyambut mesra
kehadiran tuan puan serta dif-dif jemputan ke Hari Kemuncak Kejohanan Olahraga Tahunan
SK Pulau Chapa kali ke- 49 bagi Tahun 2023

NYANYIAN LAGU Hadirin yang dihormati,

Seterusnya adalah nyanyian " LAGU NEGARAKU" dan " LAGU NEGERI KEDAH"
Hadirin dipersilakan berdiri.

*Hadirin dipersilakan duduk.

BACAAN DOA Hadirin yang dihormati,

Awal pertama, marilah sama-sama kita merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. kerana
dengan izin dan inayahnya dapat kita bersama-sama menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan SK
Pulau Chapa kali ke- pada hari ini.

Doa dipohon restu dipinta, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Mohd Zahir
bin Haji Harun untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Mohd Zahir atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
TEKS PENGACARA KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SKPC 2023

MENAIKKAN BENDERA
Hadirin yang dihormati,
KEJOHANAN DAN IKRAR
KEJOHANAN
Majlis diteruskan lagi dengan upacara menaikkan bendera kejohanan.

( MURID AKAN MENAIKKAN BENDERA)


Seterusnya, dipersilakan SAUDARA Muadzam Syah Badredin bin ……………………….untuk
memimpin bacaan ikrar kejohanan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan terima kasih kepada SAUDARA Muadzam Syah Badredin bin
……………………….atas pimpinan ikrar kejohanan sebentar tadi.

UCAPAN ALUAN GURU BESAR


Hadirin yang dimuliakan,

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Cikgu Rozali bin Hashim, Guru Besar Sk Pulau
Chapa untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan.

- Majlis mengucapkan terima kasih.

UCAPAN PERASMIAN Tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin yang dikasihi,

Daun semulur di pekan sari


Batang jerami rebah ke bumi
Madah dihulur sembah diberi
Kata perasmi hajatnya kami
Seterusnya majlis dengan segala hormat mempersilakan Cikgu Rozali bin Hashim, Guru Besar Sk
Pulau Chapa untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Kejohanan
Olahraga Tahunan SK Pulau Chapa kali ke 49 bagi Tahun 2023
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
TEKS PENGACARA KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SKPC 2023

Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Cikgu Rozali bin Hashim, Guru Besar
Sk Pulau Chapa atas kesudian merasmikan majlis pada hari ini.

PENYAMPAIAN CENDERAMATA Tuan-tuan dan puan-puan,


KEPADA PERASMI

Seterusnya, sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, dipersilakan, Cikgu Rozali bin Hashim,
Guru Besar Sk Pulau Chapa untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Dihormati Cikgu
Angel,Pengurus Syarikat Top Angel Computer Centre . Dipersilakan

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Cikgu Angel,Pengurus Syarikat Top Angel Computer
Centre atas kesudian menerima cenderamata sebentar tadi.

Majlis juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Cikgu Rozali bin Hashim
atas penyempurnaan penyampaian cenderamata itu tadi.

PERARAKAN KELUAR Hadirin yang dihormati,


PERBARISAN
Acara seterusnya adalah perarakan keluar kontinjen perbarisan.
ACARA 100 M L12 & P12 Hadirin,

Seterusnya, apa kata kita tumpukan perhatian kepada acara yang akan berlangsung sebentar
sahaja lagi iaitu acara (rujuk buku program)

PENYAMPAIAN HADIAH Sidang hadirin yang dimuliakan,

Seterusnya adalah acara penyampaian hadiah.


TEKS PENGACARA KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SKPC 2023

Untuk itu, pihak majlis menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati Cikgu Rozali bin Hashim,
Guru Besar Sk Pulau Chapa diiringi Cikgu Mariati bt Abd Rahman Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK
Pulau Chapa untuk menyempurnakan acara penyampaian hadiah.

- Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Cikgu.................,menyampaikan


hadiah sebentar tadi.

JAMUAN MAKAN Hadirin,

Terbang rendah burung merbah,


Hinggap berdua di pohon ara,
Penganan mulia terletak sudah,
Dijemput tuan menjamu selera.

Sama-sama kita berikan laluan mesra kepada, Yang Berhormat Tuan Gopalakrishnan A/L
Subramaniam, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Dun Tiram , barisan pentadbir serta dif-dif
jemputan ke laman selera untuk menikmati juadah yang telah disediakan. Dipersilakan.

MAJLIS PENUTUP DAN


PENYAMPAIAN HADIAH Hadirin yang dihormati,
Sebentar lagi tibalah acara penutup dan penyampaian hadiah bagi acara yang telah
dipertandingkan. Untuk itu semua murid diminta berhimpun ke tengah padang untuk
meneruskan acara. Dipersilakan.

Sekarang adalah acara penyampaian hadiah bagi acara yang baru dipertandingkan sebentar
TEKS PENGACARA KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SKPC 2023

tadi. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput yang berusaha Cikgu Rozali bin
Hashim diiringi Cikgu Mhd Zalil Izham bin Abd Wahab, Guru penolong kanan kokurikulum bagi
menyempurnakan acara. Dipersilakan.

PENUTUP Hadirin yang dihormati,

Tuan-tuan dan puan-puan,


Majlis kita pada hari ini telah sampai ke penghujungnya.
Kami mewakili pihak majlis dengan rendah hati memohon ampun dan maaf atas segala
keterlanjuran bicara, tutur dan tingkah.

Sama-sama kita akhiri Kejohanan Olahrga Tahunan SK Pulau Chapa kali ke 49 ini dengan ……..

Sekian, terima kasih

Majlis bersurai.......

Disediakan oleh,

(CIKGU ANUAR BIN CHE OMAR)

You might also like