You are on page 1of 5

MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL SUKAN SEKOLAH DAN HARI PIBG

SEKOLAH KEBANGSAAN MERITAM, TAHUN 2017

Tentatif Teks pengacara Catatan


Ketibaan ttmu Mengumumkan ketibaan
kehormat/ttm Yang Berbahagia Tuan Haji Mahmud Bin Haji Gampal, Ketua Kampung Meritam, diiringi
u kejohanan oleh En. Raman Bin Tusin, Guru Besar SK Meritam, bersama Puan Rapeah Binti Haji
Siosman , Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Meritam, Guru Penolong Kanan
C. ROZI Kokurikulum dan AJK PIBG SK Meritam

C.HISHAM Assalamualaikum w.r.b , salam sejahtera, salam Negaraku Malaysia dan salam
menjulangi pendidikan Sarawak
Yang Berbahagia
Tuan Haji Mahmud Bin Haji Gampal
Ketua Kampung Meritam

Yang Berusaha,
Encik Raman Bin Tusin
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Meritam.

Puan Rapeah Binti Haji Siosman , Yang dipertua PIBG SK Meritam.

En.Patrick Rudy Sela, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Meritam.

Ahli Jawatankuasa PIBG SK Meritam,


Guru-guru, tuan-tuan, puan-puan seterusnya murid-murid SK Meritam yang sekalian.

Kami mewakili barisan jawatankuasa pengelola kejohanan mengalu-alukan kehadiran


C.ROZI tuan-tuan dan puan-puan ke Kejohanan Sukan Tahunan SK Meritam. Semoga dengan
kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan menyuntik semangat kesukanan kepada atlit-
atlit muda yang akan beraksi dalam acara pada hari ini. Untuk itu, kami ucapkan

Selamat datang ke majlis perasmian Karnival Sukan Sekolah dan Hari PIBG Sekolah
Kebangsaan Meritam Tahun 2017.

Perbarisan Tuan-tuan  dan Puan-puan,


lintas hormat
C.ROZI Pembuka tirai Karnival Sukan Sekolah dan Hari PIBG ini, kita mulakan dengan
Perbarisan Lintas Hormat kontingen rumah sukan yang mengambil bahagian.
******* bila dah masuk*****
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan En Raman Bin Tusin , Guru Besar SK Meritam,
C.ROZI dan Puan Rapeah Binti Haji Siosman , YDP PIBG SK Meritam mengiringi Yg Berbahagia
Tuan Haji Mahmud Bin Haji Gampal untuk tampil ke hadapan pentas bagi menerima
tabik hormat daripada kontingen-kontingen rumah sukan. Dipersilakan.

C.HISHAM Mengetuai perbarisan lintas hormat kejohanan adalah kontinjen rumah sukan Waja
dengan mottonya Waja Go For Champion. Kontinjen ini diketuai oleh adik Muhd Danish
Asyraf Bin Hanafi Fazil dan dianggotai seramai 20 orang peserta. Pembawa sepanduk
bagi rumah Waja ialah adik Fadlin Nazziha Binti Rosli. Ketua bagi kontinjen rumah waja
ialah Cikgu Patrick Rudy Sela.

Disusuri Kontigen daripada rumah sukan Saga dengan mottonya Saga Bukan Biasa-Biasa
C.HISHAM Kami Pasti Juara .Kontinjen ini diketuai oleh adik Akmal Syafiq Bin Sakdi . dan dianggotai
seramai 21 orang peserta. Pembawa sepanduk bagi rumah Suka Saga ialah adik Nur
Dannia Umairah Binti Mohd Hanafi Fazil. Ketua bagi kontinjen rumah Saga ialah Ustaz
Mohd Najahuddin Bin Zulkipli.

Kontinjen seterusnya ialah rumah Sukan Iswara dengan mottonya Iswara Selamanya
C.ROZI wira. Kontinjen ini diketuai oleh adik Asyraf Hasif Bin Lakat dan disertai seramai 20
orang peserta. Pembawa sepanduk bagi rumah Iswara ialah adik Nur Azrina Binti
Latif .Ketua kontinjen rumah Iswara ialah Cikgu Husin Hafiz Bin Abu Bakar.

Prasekolah Kontinjen yang terakhir yang turut memeriahkan acara perbarisan pagi ini adalah
C.ROZI merupakan murid-murid Prasekolah seramai 10 orang murid di bawah bimbingan Pn.
Mazlinawati Binti Sarkawi dan Puan Ajiah Binti Sidop.

Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih atas kesudian Yg Berbahagia


Tuan Haji Mahmud Bin Haji Gampal ,Ketua kampung Meritam menerima tabik hormat
daripada semua kontingen sebentar tadi.
Nyanyian lagu Tuan-tuan dan puan-puan,
Negaraku/Fly
C.HISHAM Acara dimulakan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik iaitu Lagu Negaraku, dan Ibu
Pertiwiku.. Semua hadirin diminta berdiri.

Hadirin dijemput duduk.


Bacaan doa Bagi memperoleh keberkatan agar kejohanan ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan
sempurna, Majlis dengan hormatnya menjemput : Al Fadzil Ustaz Mohd Najahuddin Bin
C.HISHAM Zulkipli untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

*** Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Al fadzil Ustaz Mohd Najahuddin
Bin Zulkipli diatas bacaan doa sebentar tadi. Semoga segala perancangan kejohanan
berjalan dengan lancar hendaknya.
Sireh pinang berlipat tiga
Sirih dibawa ke Indrapura
Selamat datang bersua muka
Ke majlis indah nian penuh ceria
Hadirin sekalian,
Pihak pengelola sekali lagi mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan ke
Karnival Sukan Sekolah dan Hari PIBG Sekolah Kebangsaan Meritam 2017.
Kami berharap agar semua athlit dan ketua-ketua kontingen dapat bertanding dengan
penuh semangat, mendukung misi dn visi kejohanan, menyahut slogan MAJULAH
SUKAN UNTUK NEGARA serta akur dengan peraturan-peraturan yang termaktub dan
telah ditetapkan.
Ucapan aluan Tuan-tuan/Puan-puan Sekalian,
YDP
Kita teruskan majlis dengan menjemput Puan Rapeah Binti Haji Siosman, Yang dipertua
C.ROZI PIBG SK Meritam bagi menyampaikan ucapan alu-aluan.

Dengan sukacitanya dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih. Segala madah dan amanat akan kami dukung
menuju kejayaan
Ucapan Guru Terima kasih diucapkan kepada Puan Rapeah Binti Haji Siosman , YDP PIBG SK Meritam
Besar atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
C.ROZI
Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha Encik Raman Bin Tusin, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Meritam untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Encik Raman Bin Tusin atas kesudian
beliau menyampaikan ucapan.
Ucapan Saat yang ditunggu telah pun tiba,
Perasmian
Kalau tuan memikat kenari
C.HISHAM Jangan patah batang jerami
Kepada tuan sembah dari kami
Mohon rasmikan kejohanan ini,

Untuk itu, majlis dengan penuh hormat dan takzim menjemput Yg Berbahagia Tuan Haji
Mahmud Bin Haji Gampal untuk menyampaikan ucapan, seterusnya merasmikan
Karnival Sukan Sekolah dan Hari PIBG SK Meritam,. Majlis dengan hormatnya
mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas ucapan perasmian itu tadi.

Usainya madah hikmat sebentar tadi menandakan dengan rasminya…bermulalah


Karnival Sukan Sekolah dan Hari PIBG SK Meritam.. Semoga semangat kesukanan terus
menyala dan membara sepanjang kejohanan.

Persembahan Hadirin yang dihormati,


Senam tari Hendakku petik si mawar duri
Sayangkubuang simatahari
C.HISHAM Gentari sakti kumpulan tari
Bersenam tari penyeri hati
Bagi Melengkapkan simbolik perasmian,majlis diteruskan dgn menjemput Kumpulan
Gentari Sakti untuk melakukan persembahan senam tari. Dipersilakan.

Lafaz ikrar Acara diteruskan dengan Lafaz Ikrar Kejohanan yang akan diketuai Oleh adik Noor
Hisyam Bin Daim .
C.ROZI Dipersilakan
****
Berkibar megahnya bendera kejohanan dan gagahnya lafaz ikrar sebentar tadi
diharapkan mampu membangkitkan semangat kesukanan dikalangan atlet kejohanan

Kenyalang menguning warnanya gemilang


Gagah sang bjg senang mudik ke hulu,,
Semangat kental terus berjuang,
Di gelanggang ini pingat diburu.
Penympaian Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang Berbahagia Tuan Haji Mahmud Bin Haji
cnderahati Gampal dengan diiringi Yang Berusaha Encik Raman Bin Tusin , Guru Besar SK Meritam
bagi menyempurnakan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang.
C.ROZI &
C.HISHAM Tempat ketiga bagi acara ………………………………….dimenangi oleh
adik………………………………………… daripada rumah…………………..

Seterusnya, tempat kedua dimenangi oleh adik ………………………daripada


rumah………………………… .

Pemenang tempat pertama dimenangi oleh adik …………………….. daripada


rumah……………………………………..

Sebagai tanda terima kasih atas kesudian Yg Berbahagia Tuan Haji Mahmud Bin Haji
Gampal bersama-sama kita pada pada pagi ini, serta merasmikan Karnival Sukan
Sekolah dan Hari PIBG SK Meritam, Dipersilakan En Raman Bin Tusin, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Meritam untuk menyampaikan cenderahati. Majlis mempersilakan.

Majlis sekali lagi megucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yg
Berbahagia di atas kesudian pihak tuan untuk menyampaikan hadiah dan meluangkan
masa menyerikan majlis perasmian kejohanan kami pada pgi ini.
Nyanyian lagu Seterusnya hadirin hadirat yg dikasihi dijemput berdiri tegak bagi menghormati
Fly Kenyalang seterusya menyanyikan lagu rasmi Fly Kenyalang Fly.
Fly
Hadirin dijemput duduk
C.ROZI

Perbarisan Berakhirnya lagu itu tadi, maka…..usai sudah Karnival Sukan Sekolah dan Hari PIBG SK
keluar pdg Meritam Tahun 2017. Dengan itu….sy mewakili seluruh warga kerja Kejohanan pd kali
mengucapkan selamat maju Berjaya kepada semua atlet
C.HISHAM .
“Majulah Sukan demi menyahut seruan 1 Murid 1 Sukan. Sukan untuk kecergasan,
sukan untuk semua’. Sekian

Wabilahitaufik wal hidayah….wasslamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh


Kejohanan Mengumumkan perbarisan keluar padang kontigen kejohanan.
dimulakan Hadirin sekalian,
Acara yang bakal berlangsung selepas ini ialah ……………………………
C.ROZI Diminta semua guru, para ibu bapa dan murid mengambil tempat masing-masing untuk
memulakan acara. `

You might also like