You are on page 1of 4

SKRIP MAJLIS PERASMIAN HARI KERJAYA SMK TUNKU ABDUL RAHMAN 2017

PERKARA SKRIP
Ketibaan Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Encik Fazruddin b Abdul Rahman, Ahli Dewan
tetamu Undangan Negeri N6 Tupong, merangkap Penaung PIBG SMK Tunku Abdul Rahman.
kehormat
(salawat berkumandang)bila salawat berhenti pengacara baca skrip di bawah)

Nyanyian Hadirin yang dimuliakan, marilah kita sama-sama berdiri tegak untuk menyanyikan lagu
izat Negaraku dan Ibu Pertiwiku.(jika VIP tidak duduk, tidak perlu jemput)
.....................nyanyian................
Semua hadirin dipersilakan duduk.
Bismillahirrahmanirahim.....Alhamdulillah....
Alu-aluan 1
Mengalu-alukan,

izat 1. Yang Behormat Encik Fazruddin b Abdul Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri N6 Tupong
merangkap Penaung PIBG SMK Tunku Abdul Rahman.
2. Yang Berusaha, Cikgu Senah Bt Jan, Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman
3. Yang Berusaha, En. Mohd. Khairulzaim B Abdullah, Yang Di Pertua PIBG SMK Tunku Abdul
Rahman
4. Yang Berusaha, Cikgu Sipiah bt Muhi, Ketua Unit Pengurusan Sekolah merangkap wakil PPD
dan JPN Sarawak.
5. Yang Dihormati Dr. Shahrol Mohamaddan, Wakil Dekan Fakulti Kejuruteraan, Universiti
Malaysia Sarawak.
6. Yang Dihormati, En. Mohamad Shamsuddin b Hj Sanusi, wakil Ketua Pegawai Eksekutif
(CEO) PERYATIM
7. Yang dihormati, Encik Mohamad Nasir b Said, guru besar SK Gita, wakil pengetua SMK
Petra Jaya, dan wakil guru besar-guru besar.
8. Yang dihormati, Penghulu Hj Obeng bin Abang Koteng, dan ketua-ketua kaum.
9. Yang berusaha, exco-exco PIBG SMK Tunku Abdul Rahman, para penolong kanan, guru-
guru pengiring, para guru, serta murid-murid yang dikasihi sekalian.
SELAMAT DATANG KE MAJLIS PERASMIAN MINGGU KERJAYA
SMK TUNKU ABDUL RAHMAN 2017
Untuk makluman Yang Berhormat serta Hadirin,
Pihak sekolah berbesar hati kerana Yang Berhormat Encik Fazzruddin b Abdul Rahman, sudi

1
Muhibah meluangkan masa bersama dengan kita pada pagi ini, bagi merasmikan, Minggu Kerjaya
SMK Tunku Abdul Rahman, buat julung kalinya. Warga STAR merakamkan jutaan terima
kasih yang tidak terhingga.

Doa
Hadirin sekalian, bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis mempersilakan adik Awangku
Haffizan b Awang Sukor , untuk memimpin kita dalam bacaan doa. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Muhibah ............................................

Majlis merakamkan ucapan terima kasih, kepada adik Awangku Haffizan b Awang Sukor atas
bacaan doa itu tadi. Semoga majlis kita mendapat keberkatan.

Emas tempawan buatmu puteri


Alu-aluan Busana indah buat rupawan
Pengetua Sudilah puan tampilkan diri
Bersama madah kata aluan
Izat

- Untuk itu, majlis dengan segala hormat dan takzimnya mempersilakan, Yg Berusaha Cikgu
Senah Bt Jan, Pengetua SMK Tunku Abd Rahman untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

.........................................

- Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Pengetua atas ucapan alu-aluan itu
tadi.

Terbang di awan burung jentayu,


Di atas papan batang jerami;
Muhibah Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi

2
Hadirin yang dimuliakan,
Majlis dengan penuh hormat dan takzimnya mempersilakan, Yang Berhormat Encik
Fazruddin b Abdul Rahman , Ahli Dewan Undangan Negeri N6 Tupong, merangkap Penaung
PIBG SMK Tunku Abdul Rahman untuk menyampaikan ucapan perasmian, dan seterusnya
merasmikan Simbolik Perasmian Minggu Kerjaya SMK Tunku Abdul Rahman 2017. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.
.........................................
(selesai sahaja YB berucap Cikgu Izat terus umum skrip di bawah)

- Diminta Yang Berhormat terus berada di atas pentas bagi merasmikan simbolik minggu
Simbolik Kerjaya STAR 2017.
Perasmian Untuk itu majlis menjemput Yang Berusaha Cikgu Senah bt Jan, serta tetamu kehormat yang
lain tampil ke hadapan pentas bagi mengiringi Yg Berhormat. Dipersilakan.
Izat
…………………………………………

- Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yg Berhormat Encik Fazruddin b Abdul
Rahman
Ahli Dewan Undangan Negeri N6 Tupong merangkap Penaung PIBG SMK Tunku Abdul
Rahman atas ucapan dan perasmian simbolik Minggu Kerjaya STAR 2017. Majlis juga
merakamkan ribuan terima kasih kepada tetamu kehormat yang lain.

Persembahan Hadirin sekalian,


nasyid Sebagai santapan minda kita pada pagi ini, majlis akan disajikan dengan persembahan nasyid
oleh kumpulan Al-Ikhwan yang akan menyampaikan sebuah lagu yang bertajuk Perjuangan
muhibah Rasulullah.
Marilah kita saksikan persembahan mereka.
............................................

Begitulah tadi persembahan nasyid oleh kumpulan Al-Ikhwan di bawah bimbingan Ustazah
Juwita bt Kana. Majlis merakamkan ribuan terima kasih.

Hadirin sekalian,
Penyampaian Sebelum tirai majlis kita berlabuh, dengan itu, majlis mempersilakan Yg Berusaha, Cikgu Senah

3
cenderamata bt Jan, serta tetamu kehormat yang lain tampil ke hadapan pentas untuk menyampaikan
sekalung penghargaan berupa cenderamata kepada Yg Berhormat Encik Fazruddin b Abdul
Izat Rahman. Dipersilakan.
…………………………….

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Pengetua atas kesudian menyampaikan
cenderamata sebentar tadi.

Lawatan ke Dengan ini majlis mempersilakan Yang Berusaha Cikgu Senah bt Jan untuk mengiringi dan
tapak pameran menjemput Yang Berhormat Encik Fazruddin b Abdul Rahman, serta tetamu kehormat yang lain
di bilik untuk melawat tapak pameran Kerjaya di Bilik Serbaguna dan seterusnya merasmikan Makmal
serbaguna dan Pendidikan STEM SMK Tunku Abd Rahman. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
bilik STEM ......................................................

Muhibah Majlis diserahkan kepada Cikgu Christoper(setelah VIP bergerak ke bilik serbaguna)

You might also like