You are on page 1of 9

TEKS PENGERUSI MAJLIS SELAUT BUDI SERIBU MEMORI

Tarikh : 20 April 2022


Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan SK Kampong Bukit Chendering

PERKARA/ BUTIRAN CATATAN


PEMBACA
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Ketibaan
Tetamu Dijemput semua tetamu dah guru mengambil tempat untuk
perarakan.

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Encik Razali bin


Ismail, diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan.

Majlis dengan sukacitanya menjemput Tuan Guru Besar,


Encik Shamsuddin bin Mahmood ke pentas untuk
menyarungkan selempang pada Encik Razali.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru


Besar atas kesudian beliau menyempurnakan majlis
sebentar tadi.

****************************

Hadirin dipersilakan duduk.

Bismillahirrahmanirrahim.
pembukaan
Alhamdulillahirabbilalamin

Wassolatu wasalamua ala asrofil anbiyaa e walmursalin, wa


alaalihi wasohbini ajmain,

Rabbissrohli sodri, wayassirli amri, wahlul uqdatan


minlisaani, yaqohuqauli

Assalamualaikum w.b.t,

Yang Diraikan
Encik Razali bin Ismail
Mantan Pembantu Operasi SK Kampong Bukit Chendering
Yang Berusaha
Encik Mohd Shamsudin bin Mahmood
Guru Besar SK Kampong Bukit Chendering

Yang Dihormati Puan Siti Halijah binti Ramli


Penolong Kanan Hal-ehwal Murid

Yang Dihormati Encik Ahmad Yusri bin Yusof


Penolong Kanan Kokurikulum

Yang Dihormati Encik Mohd Zainuddin bin Muda


Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah
Kebangsaan Kampong Bukit Chendering

Dif-dif jemputan,
Seterusnya
Barisan guru, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah.

Selamat datang ke Majlis “Selaut Budi, Seribu Memori”


sempena persaraan Yang Diraikan ,Encik Razali bin Ismail,
mantan Pembantu Operasi SK Kampong Bukit Chendering.

Terlebih dahulu, marilah kita mengucapkan syukur kerana


dengan limpah dan kurniaNya, maka kita dapat bersama-
sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan persaraan
beliau.

Bacaan doa Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh bermakna


ini, saya menjemput Ustaz Kamarudin bin Ali untuk bacaan
doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** bacan doa.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada Ustaz Kamarudin bin Ali atas bacaan doa itu
tadi.
Ucapan Tuan Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Guru Besar

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Yang


Berusaha Encik Shamsuddin bin Mahmood, Tuan Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kampong Bukit Chendering untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

***………Ucapan Tuan Guru Besar

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru


Besar atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Ucapan GB yang Hadirin yang dimuliakan,


diraikan

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu


ucapan daripada Yang Diraikan Encik Razali bin Ismail.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan.

***………Ucapan Encik Razali bin Ismail.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada Yang Diraikan Yang Diraikan Encik Razali bin
Ismail atas ucapan itu tadi.

Potong Pulut
Kuning Hadirin yang dimuliakan,
Seperti yang kita sedia maklum, esok iaitu 21 hb adalah,
adalah hari ulang tahun kelahiran Encik Razali Ismail.

Majlis dengan ini, menjemput yang diraikan sekali lagi,


untuk tampil ketengah pentas diiringi semua pentadbir bagi
memotong pulut kuning sebagai simbolik menyambut ulang
tahun kelahiran dan persaraan. Dipersilakan.
Hadirin hadirat sekalian,

Marilah sama-sama kita menyanyikan lagu Allah selamatkan


Kamu.

Allah selamatkan kamu


Allah selamatkan kamu.
Allah selamatkan Encik Razali
Allah selamatkan kamu.

***********majlis potong pulut kuning***********

Majlis merakamkan ribuan terima kasih diucapkan kepada


Encik Razali bin Ismail yang sudi menyempurnakan majlis
tadi.

Persembahan Hadirin dan hadirat yang Dirahmati Allah,


Multimedia

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Sekarang, marilah sama-sama kita saksikan persembahan


multimedia sempena persaraan Yang Diraikan Encik Razali
bin Ismail.

*** Persembahan multimedia beserta biodata.

Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan


multimedia sempena persaraan Yang Diraikan yang
disediakan oleh Encik Azman Abdullah. Mudah-mudahan
ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua.

Penyampaian Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Watikah

Inilah yang dikatakan, umpama belayar


telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh, telah sampai di muara
Umpama pelari, telah sampai ke garisan penamat,

Majlis seterusnya ialah penyampaian sijil penghargaan.

Untuk itu, majlis mempersilakan Encik Shamsuddin bin


Mahmood untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan
majlis tersebut. Dipersilakan.

Majlis sekali lagi menjemput dan mempersilakan Encik


Razali bin Ismail untuk menerima sijil daripada Tuan Guru
Besar mewakili pegawai PPD Kuala Terengganu. Majlis
mempersilakan.

************penyampaian watikah***************

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan guru


besar atas kesudian beliau menyampaikan sijil sebentar tadi.
Mohon Tuan Guru Besar dan yang diraikan kekal berdiri di pentas.

Penyampaian Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah


Hadiah & dan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan
cenderamata yang kita raikan pada hari ini iaitu Encik Razali Ismail.

Jue

1. Mendahului penyampaian hadiah, majlis


mempersilakan Tuan Guru Besar, Encik Shamsuddin
bin Mahmood mewakili semua pentadbir dan
Anggota Kakitangan Sokongan Sekolah untuk
menyampaikan cenderamata. Dipersilakan.

2. Majlis seterusnya menjemput Encik Mohd


Zainuddin bin Muda, Yang Dipertua PIBG SK
Kampong Bukit Chendering untuk menyampaikan
hadiah. Dipersilakan.

3. Seterusnya, mewakili Kelab Warga Sekolah,


dijemput Encik ‘Aizatfikri bin Jamaludin selaku
Pengerusi untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

4. Bagi mewakili Panitia Bahasa Melayu, dijemput Puan


Che Radiah binti Che Ramli ke pentas bagi
menyampaikan hadiah.

5. Seterusnya majlis mempersilakan Puan Roslina binti


Awang mewakili Panitia Bahasa Inggeris untuk
menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

6. Bagi mewakili Panitia Matematik dan Sains, di


jemput Puan Fatmawati binti Adenan untuk
menyampaikanm cenderamata kenang-kenangan.

7. Dijemput Ustaz Kamarudin bin Ali selaku Ketua


Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab ke pentea
untuk menyampaikan hadiah. DIpersilakan.

8. Majlis seterusnya menjemput Encik Azman bin


Abdullah mewakili Unit Bimbingan dan Kaunseling ke
pentas untuk menyampaikan cenderamata kepada
yang diraikan. Dipersilakan.

9. Seterusnya dipersilakan pula Puan Wan


Norhasmizan binti Wan Sulaiman, mewakili Pusat
SUmber Sekolah untuk menyampaikan cenderamata
kepada yang diraikan Encik Razali.

10. Majlis seterusnya


menjemput………………………………………………. Mewakili
guru-guru KAFA untuk menyampaikan
hadiah/cenderamata. Dipersilakan.

11. Bagi mewakili …………………………….., dijemput


……………………………………………. Bagi menyampaikan
hadiah kepada Tuan Guru Besar. Dipersilakan.

12. Seterusnya majlis mempersilakan


……………………………………….daripada…………………..untuk
menyampaikan hadiah.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah,

Umpama memanjat dah sampai ke puncak


Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang


kenangan khusus untuk Yang Diraikan iaitu Encik Razali bin
Ismail atau dikenali sebagai Pok Li. Majlis merakamkan
ribuan terima kasih kepada beliau atas kesudian menerima
cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan
terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha Encik
Shamsuddin bin Mahmood mengiringi Yang Diraikan
sebentar tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua


penyampai cenderamata sebentar tadi.

Kepada Pok Li, ini pantun untuk Pok Li.

Kuning emas masak padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi Pok Li jadi kenangan

Tuai padi antara Nampak


Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara Nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan ini, berakhirlah majlis kita pada pagi ini. Majlis


Penutup mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan
Encik Razali bin Ismail kerana sudi untuk bersama kita pada
Jue
hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan
agar Yang Diraikan bertambah ceria dan bahagia di dalam
kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua


tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-
sama memeriahkan Majlis “Selaut Budi, Seribu Memori” ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan


kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang saya
mengacarakan majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq


walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa
Barakatuh

Encik Nor Jamri


Ucapan Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Ariff bin Ngah,
pegawai USTPP
Wakil PPD (Unit Sumber
Yang Dihormati Encik Nor Jamri Ariff bin Ngah Teknologi
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu Pendidikan) PPD
Kuala Terengganu
untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan. merangkap
Pegawai
***………Ucapan Wakil PPD Perhubungan
Sekolah SK
KAMPONG
BUKIT
Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati CHENDERING

……………………………………………………………………… atas ucapan yang


telah disampaikan sebentar tadi.

Encik Azwadi bin


Ucapan Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Amzah
Wakil jpnt Ketua Penolong
Yang Dihormati ……………………………………………………………………. Pengarah Unit
Penolong Pegawai Pendidikan Negeri Terengganu untuk Prasekolah dan
Rendah JPNT
menyampaikan ucapannya. Dipersilakan. merangkap
Pegawai
***………Ucapan Wakil JPNT Perhubungan
Sekolah

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati

……………………………………………………………………… atas ucapan yang


telah disampaikan sebentar tadi.

You might also like