You are on page 1of 10

TEKS PENGERUSI MAJLIS TAUTN BUDI KASIH ABADI

Tarikh : 30 Mei 2022


Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan SK Kampong Bukit Chendering

PERKARA/ BUTIRAN CATATAN


PEMBACA
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Ketibaan
Tetamu Dijemput semua tetamu dah guru mengambil tempat untuk
perarakan.

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Puan Jauuhiri binti


Abdul Rahman, diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam
dewan.

Majlis dengan sukacitanya menjemput Puan Siti Halijah


binti Ramli, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, mewakili Tuan
Guru Besar ke pentas untuk menyarungkan selempang pada
yang diraikan. Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Siti


Halijah atas kesudian beliau menyempurnakan majlis
sebentar tadi.

****************************

Hadirin dipersilakan duduk.

Bismillahirrahmanirrahim.
pembukaan
Alhamdulillahirabbilalamin

Wassolatu wasalamua ala asrofil anbiyaa e walmursalin, wa


alaalihi wasohbini ajmain,

Rabbissrohli sodri, wayassirli amri, wahlul uqdatan


minlisaani, yaqohuqauli

Assalamualaikum w.b.t,
Adat kita menyambut tetamu
Salam dihulur mesra bertamu
Hamparkan tikar lebarkan pintu
Pemanis bicara aluan didahulu

Yang Diraikan
Puan Jauuhiri binti Abdul Rahman
Mantan Guru Akademik SK Kampong Bukit Chendering

Yang Berusaha
Encik Mohd Shamsudin bin Mahmood
Guru Besar SK Kampong Bukit Chendering

Yang dihormati Encik Ahmad Nazim bin Jusoh


Penolong Kanan Pentadbiran

Yang Dihormati Puan Siti Halijah binti Ramli


Penolong Kanan Hal-ehwal Murid

Yang Dihormati Encik Ahmad Yusri bin Yusof


Penolong Kanan Kokurikulum

Yang Dihormati Encik Mohd Zainuddin bin Muda


Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah
Kebangsaan Kampong Bukit Chendering

Dif-dif jemputan,
Seterusnya
Barisan guru, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah.

Selamat datang ke Majlis “Tautan Budi, Kasih Abadi”


sempena persaraan Yang Diraikan ,Puan Jauuhiri binti Abdul
Rahman SK Kampong Bukit Chendering.

Terlebih dahulu, marilah kita mengucapkan syukur kerana


dengan limpah dan kurniaNya, maka kita dapat bersama-
sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan persaraan
beliau.

Bacaan doa Hadirin yang dimuliakan,


Tangan ditadah penuh inayah,
Majlis dibuka penuh rahmat,
Mohon keberkatan serta hidayah,
Moga majlis senantiasa selamat.

Bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh bermakna


ini, saya menjemput Ustaz Kamarudin bin Ali untuk bacaan
doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** bacan doa.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada Ustaz Kamarudin bin Ali atas bacaan doa itu
tadi.

Ucapan Wakil
Murid Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Adat berbahasa menyampaikan pesan,


Adat majlis menyampaikan ucapan

Sebagai pembuka tirai , majlis dengan sukacita


mempersilakan Adik Izzul Ikhwan bin Zainuddin, Ketua
Murid bagi menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Ucapan Wakil Murid

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada adik Izzul


atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan Tuan Hadirin dan hadirat yang dihormati,


Guru Besar

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Yang


Berusaha Encik Shamsuddin bin Mahmood, Tuan Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kampong Bukit Chendering untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

***………Ucapan Tuan Guru Besar

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru


Besar atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Encik Zainuddin
Ucapan Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan bin Muda, YDP
PIBG
Pengerusi
PIBG/ Wakil Yang Berusaha, Encik Mohd Zainuddin Bin Muda,
PIBGQ Yang Dipertua PIBG SK kampong Bukit Chendering untuk
menyampaikan ucapan Dipersilakan.

***………Ucapan YDP PIBG.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Encik Mohd


Zainuddin bin Muda atas kesudian beliau menyampaiakan
ucapan sebentar tadi.

Peersambahan Hadirin yang dihormati sekalian,


sajak

Sebagai halwa mata dan telinga, terimalah persembahan


pertama iaitu persembahan sajak oleh Adik Khalish bin
Khairul Nizan dari kelas 6 Bestari. Majlis mempersilakan.

(Persembahan sajak)

Terima kasih diucapkan kepada adik Khalish yang atas


persembahan membanggakan sebentar tadi. Untuk
makluman, persembahan sebentar tadi dipimpin oleh Puan
Roslina binti Awang.

Ucapan yang Hadirin yang dimuliakan,


diraikan

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu


ucapan daripada Yang Diraikan Puan Jauuhiri binti Abdul
Rahman. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan.

***………Ucapan Puan Jaauhiri.


Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada Yang Diraikan Yang Diraikan atas ucapan itu
tadi.

Potong Pulut
Kuning Hadirin yang dimuliakan,
Seperti yang kita sedia maklum, hari ini, 31 Mei 2022,
adalah hari terakhir perkhidmatan Puan Jauuhiri sebagai
seorang guru.

Majlis dengan ini, menjemput yang diraikan sekali lagi,


untuk tampil ketengah pentas diiringi semua pentadbir bagi
memotong pulut kuning sebagai simbolik menyambut
persaraan. Dipersilakan.

***********majlis potong pulut kuning***********

Majlis merakamkan ribuan terima kasih diucapkan kepada


Puan Jauuhiri yang sudi menyempurnakan majlis tadi.

Persembahan Hadirin dan hadirat yang Dirahmati Allah,


Multimedia

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Sekarang, marilah sama-sama kita saksikan persembahan


multimedia sempena persaraan Yang Diraikan Puan Jauuhiri
Abdul Rahman.

*** Persembahan multimedia beserta biodata.

Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan


multimedia sempena persaraan Yang Diraikan yang
disediakan oleh Encik Azman Abdullah. Mudah-mudahan
ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua.

Penyampaian Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Watikah

Inilah yang dikatakan, umpama belayar


telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh, telah sampai di muara
Umpama pelari, telah sampai ke garisan penamat,

Majlis seterusnya ialah penyampaian sijil penghargaan.

Untuk itu, majlis mempersilakan Encik Shamsuddin bin


Mahmood untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan
majlis tersebut. Dipersilakan.

Majlis sekali lagi menjemput dan mempersilakan Puan


Jauuhiri Abdul Rahman untuk menerima sijil daripada Tuan
Guru Besar, mewakili pegawai PPD Kuala Terengganu.
Majlis mempersilakan.

************penyampaian watikah***************

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan guru


besar atas kesudian beliau menyampaikan sijil sebentar tadi.

Persembahan
kedua Hadirin yang dihormati sekalian,

Kemeriahan majlis akan dihangatkan lagi dengan


persembahan koir yang akan dipersembahkan oleh
pelajar kelas 4 Bestari. Sama – sama kita saksikan.

(Persembahan 2)

Terima kasih diucapkan kepada kumpulan pelajar yang


bergabung tenaga menghasilkan persembahan yang hebat
sebentar tadi. Untuk makluman, persembahan sebentar
tadi dipimpin oleh Puan Roslina Awang.

Penyampaian Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah


Hadiah & dan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan
cenderamata yang kita raikan pada hari ini iaitu Puan Jauuhiri Abdul
Rahman.
Jue
1. Mendahului penyampaian cenderahati, majlis
menjemput Puan Siti Halijah binti Ramli, mewakili
semua guru Sekolah Kebangsaan Kampong Bukit
Chendering untuk menyampaian hadiah. Majlis
mempersilakan.

2. Seterusnya, majlis mempersilakan Tuan Guru


Besar, Encik Shamsuddin bin Mahmood mewakili
semua pentadbir dan Anggota Kakitangan Sokongan
Sekolah. Dipersilakan.

3. Majlis seterusnya menjemput Encik Mohd


Zainuddin bin Muda, Yang Dipertua PIBG SK
Kampong Bukit Chendering untuk menyampaikan
hadiah. Dipersilakan.

4. Seterusnya, mewakili Kelab Warga Sekolah,


dijemput Encik ‘Aizatfikri bin Jamaludin selaku
Pengerusi untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

5. Seterusnya dipersilakan pula Puan Wan


Norhasmizan binti Wan Sulaiman, mewakili Pusat
SUmber Sekolah untuk menyampaikan cenderamata
kepada yang diraikan.

6. Majlis seterusnya menjemput Encik Azman bin


Abdullah mewakili Unit Bimbingan dan Kaunseling ke
pentas untuk menyampaikan cenderamata kepada
yang diraikan. Dipersilakan.
7.

8. Bagi mewakili Panitia Bahasa Melayu, dijemput Puan


Che Radiah binti Che Ramli ke pentas bagi
menyampaikan hadiah.

9. Bagi mewakili Panitia Matematik, di jemput Puan


Fatmawati binti Adenan untuk menyampaikanm
cenderamata kenang-kenangan.

10. Majlis seterusnya


menjemput………………………………………………. Mewakili
guru-guru KAFA untuk menyampaikan
hadiah/cenderamata. Dipersilakan.
11. Seterusnya majlis mempersilakan murid -murid
yang ingin menyampaikan hadiah kepada Puan
Jauuhiri Abdul Rahman ke pentas untuk
menyampaikan hadiah.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah,

Umpama memanjat dah sampai ke puncak


Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang


kenangan khusus untuk Yang Diraikan iaitu Puan Jauuhiri.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada beliau atas
kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut
merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang
Berusaha Encik Shamsuddin bin Mahmood mengiringi Yang
Diraikan sebentar tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua


penyampai cenderamata sebentar tadi.

Kepada Cikgu Ja, ini pantun untuk Kak Ja.

Kuning emas masak padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi kak ja jadi kenangan

Tuai padi antara Nampak


Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara Nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan nyanyian yang


akan dipersembahkan oleh guru SKKBC. Majlis dengan ini
mempersilakan.

(Persembahan 3)
Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang
bergabung tenaga menghasilkan persembahan nyanyian
sebentar tadi.
.
Dengan ini, berakhirlah majlis kita pada pagi ini. Majlis
Penutup mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan
Puan Jauuhiri kerana sudi untuk bersama kita pada hari
Jue
yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar
Yang Diraikan bertambah ceria dan bahagia di dalam
kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua


tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-
sama memeriahkan Majlis “Tautan Budi Kasih Abadi” ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan


kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang saya
mengacarakan majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq


walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa
Barakatuh
Encik Nor Jamri
Ucapan Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Ariff bin Ngah,
pegawai USTPP
Wakil PPD (Unit Sumber
Yang Dihormati Encik Nor Jamri Ariff bin Ngah Teknologi
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu Pendidikan) PPD
Kuala Terengganu
untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan. merangkap
Pegawai
***………Ucapan Wakil PPD Perhubungan
Sekolah SK
KAMPONG
BUKIT
Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati CHENDERING

……………………………………………………………………… atas ucapan yang


telah disampaikan sebentar tadi.

Encik Azwadi bin


Ucapan Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Amzah
Wakil jpnt Ketua Penolong
Yang Dihormati ……………………………………………………………………. Pengarah Unit
Penolong Pegawai Pendidikan Negeri Terengganu untuk Prasekolah dan
Rendah JPNT
menyampaikan ucapannya. Dipersilakan. merangkap
Pegawai
***………Ucapan Wakil JPNT Perhubungan
Sekolah

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati

……………………………………………………………………… atas ucapan yang


telah disampaikan sebentar tadi.

You might also like