You are on page 1of 6

TEKS PENGACARA MAJLIS PERSARAAN PUAN HANITA 2022

LIYANA Mengumumkan, ketibaan masuk yang diraikan Pn Hanita Binti Ahmad Basri
diiringi guru besar SK Marian Convent, Ahli keluarga yang diraikan dan
barisan pentadbir masuk ke dalam dewan.

BismilLahir Rahmanir Rahim .


 Assalamu `Alaikum W.B.T

Yang Berusaha Pn Hjh Puziah Binti Hj Abdul Rahman guru besar Sk Marian
Convent,
Yang Diraikan Pn Hanita Binti Ahmad Basri PK Hal Ehwal Murid,

Yang Dihormati Encik El Jiffy Bin Abdul Azis NYDP PIBG,


Pegawai perhubungan sekolah, Koperal Hazlizan Bin Awang.
Penolong Kanan Pentadbiran , Pn Hazlina Binti Mustapha
Penolong Kanan Kokurikulum , Pn Halida Binti Zakaria
Penolong Kanan Petang, Puan Sarimah Binti Omar,

Seterusnya barisan guru-guru serta murid-murid sekalian.

Selamat datang ke :
Majlis “SULAMAN BUDI SANJUNGAN BAKTI” sempena persaraan , Pn
Hanita Binti Ahmad Basri.

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal BismilLah pembuka bicara.

Bunga mawar cantik tersemat,


Dipetik gadis di tepi titi;
Doa dibaca memohon Rahmat,
Moga Majlis sentiasa diberkati.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh  Ustaz Mohd Rizam bin Zamri
Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

<< BACA DOA >>


Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Ustaz Mohd Rizam bin Zamri atas bacaan doa itu tadi.

1
ADAM Jasamu dikenang,
Budimu tak terbilang;
Semangatmu dijulang,
Kepimpinanmu gemilang.

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang
ditaburkan oleh Pn Hanita Binti Ahmad Basri sepanjang perkhidmatan beliau
di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai PK Hal Ehwal Murid.

Hadirin dan hadirat warga dewan sekalian,

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan ketua murid, saudari


Nasreen binti muhsin kamil untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

<< UCAPAN WAKIL MURID >>

Terima kasih diucapkan kepada  Nasreen binti muhsin kamil, atas ucapan


yang telah disampaikan sebentar tadi.

Seterusnya ,majlis ingin menjemput dan mempersilakan kepada yang


Berusaha Pn Hjh puziah binti hj abdul Rahman , guru besar Sk Marian
Convent, untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

<< UCAPAN GURU BESAR>>

Terima kasih diucapkan kepada Pn Hjh puziah binti hj abdul Rahman,atas


ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

LIYANA Hadirin warga dewan,

Terbang di awan burung jentayu,


Di atas papan batang selisih;
Tampillah puan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada


Yang Diraikan , Pn Hanita Binti Ahmad Basri ,PK Hal Ehwal Murid,.
Majlis dengan segala hormatnya  menjemput dan mempersilakan.

<< UCAPAN PUAN HANITA

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pn


Hanita Binti Ahmad atas ucapan itu tadi.

2
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
ADAM
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Walau sukar untuk ditelan
Namun diri tetap mengorak  jalan
Selagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita menyaksikan persembahan multimedia


sempena persaraan Pn Hanita. Dijemput Puan Hanita untuk menyaksikan
persembahan yang disediakan.

<< PERSEMBAHAN MULTIMEDIA>>

Begitulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia


sempena persaraan Yang Diraikan. Mudah-mudahan persembahan tersebut
dapat memberi sumber inspirasi dan kenang-kenangan buat kita semua.

Dengan ini, majlis secara sukacitanya menjemput Kembali Puan haita untuk ke
singgahsana yang telah dihiasi indah di atas pentas.

<< PN HANITA NAIK PENTAS SEMULA>>

Hadirin sidang dewan,


LIYANA
Majlis kita pada hari ini akan dimeriahkan lagi dengan persembahan dari
murid-murid tahap 1

Dipersilakan..

<< PERSEMBAHAN TAHAP 1>>

Berakhirlah sudah persembahan murid tahap 1. Persembahan tersebut


merupakan hasil bimbingan puan suzze dan cik farhana .

Sidang dewan sekalian,


seterusnya Majlis akan dimeriahkan lagi dengan persembahan dari murid
tahap 2
<< PERSEMBAHAN TAHAP 2>>

Berakhirlah sudah persembahan murid tahap2. Persembahan tersebut


merupakan hasil bimbingan puan sharmini dan cikgu wani .

Berakhirlah sudah persembahan-persembahan dari anak-anak skmc buat Puan

3
Hanita. Semoga puan Hanita terhibur dengan persembahan-persembahan
tersebut.

Hadirin sekalian,

Besar langit di tepi busut,


Besar tak muat di dalam peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Tinggal beberapa detik lagi kita pasti kerinduan mendengar suara -suara
indah dari puan Hanita. Dengan itu, mewakili pihak sekolah..kami amat
berbesar hati kiranya puan Hanita sudi untuk menyampaikan sebuah lagu
kepada kami sebagai tanda kenang kenangan. Dipersilakan puan Hanita.

ADAM Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian watikah persaraan kepada


puan Hanita Dengan ini majlis menjemput Puan hjh puziah untuk
menyampaikan watikah ini kepada puan che zainab. Dipersilakan.

<<PENYAMPAIAN WATIKAH PERSARAAN>>

Seterusnya, majlis akan diteruskan dengan penyampaian cenderamata


sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini
iaitu  Puan Hanita Binti ahmad basri.

1. Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil-


wakil kelas.
Dipersilakan wakil daripada kelas tahun 6,
wakil tahun 5,
tahun 4,
tahun 3,
tahun 2,
dan terakhir dari tahun 1.

Seterusnya, pemberian cenderamata dari

2. PIBG. Dijemput Encik El Jiffy Bin Abdul Azis untuk naik ke pentas
menyampaikan cenderamata.
3. Pentadbir. Dijemput Puan Hjh Puziah untuk menyampaikan
cenderamata.
4. Wakil guru-guru sesi petang. Dijemput Puan Amutha .
5. Wakil guru-guru pagi. Dijemput Puan Salina Binti Omar.

4
Hadirin warga dewan sekalian.
LIYANA
Majlis penyampaian hadiah akan diteruskan lagi cenderamata dari BKGK.
Majlis dengan ini menjemput suami kepada puan Hanita binti ahmad basri ,
Tn Hj Kamarudin Bin Omar
Untuk menyarungkan hadiah ini kepada isteri yang dikasihi.

<sambil upacara sarung cincin>

Simboliknya,kami warga sekolah dengan ini menyerahkan kembali puan Hanita


kepada suaminya sebagai suri hati sepenuh masa. Berakhirlah sudah
tangungjawab serta tugasan kerja puan Hanita di sekolah.

Hadirin sekalian,

Begitulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus


untuk Yang Diraikan Pn Hanita binti ahmad basri . Majlis merakamkan
ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn Hanita binti ahmad basri atas
kesudian menerima cenderamata itu tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai


cenderamata sebentar tadi.

Hadirin warga dewan, seterusnya pula majlis akan diteruskan dengan upacara
memotong pulut dan kek hari jadi. Dijemput puan hanita serta suami untuk
memotong pulut.

<potong pulut>

Seterusnya bagi upacara memotong kek, dijemput guru-guru yang meraikan


hari lahir dari bulan januari hingga jun untuk Bersama-sama puan Hanita naik
ke atas pentas. Dipersilak an.

ADAM Inilah yang dikatakan,


umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai ke destinasi

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn
Hanita kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini
dan kami semua mendoakan agar Pn Hanita bertambah ceria dan bahagia di
dalam kehidupan seharian.

5
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi
meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis “SULAMAN BUDI
SANJUNGAN BAKTI “ini.
Di kesempatan ini juga, izinkan kami menyampaikan pantun khusus buat yang
ADAM diraikan Pn Hanita binti ahmad basri .

Assalamualaikum pembuka bicara


Madah disusun mengungkap rasa
Pagi yang ceria kini suram dan hiba
Bagai mengerti gelodak di jiwa

Kini sudah tibanya masa


Berundur puan Hanita kerana bersara
Hilanglah permata cukup berharga ADAM
Hilang seri hilang cahaya

Sudah biasa kita dengari


patah tumbuh hilang berganti
namun tak sama guru yang ini
sukar dicari galang ganti

Ampun dan maaf kami pinta


Andai pernah mengusik rasa YANA
Jenguklah kami  sekali sekala
Andai rindu datang menjelma

Semoga puan sihat sejahtera


Menyusuri hari-hari yang ceria
Di samping beribadat pada yang Esa
Moga dilindungi Allah sentiasa.

Majlis sudah sampai ke penghujungnya, kami selaku pengacara ingin memohon


ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan
Majlis ini.Dengan ini, berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini.

Sebelum bersurai, dijemput Puan Hjh Puziah Bersama barisan pentadbir


mengiringi puan Hanita untuk meng

etip “punch card” terakhir beliau di pejabat. Selepas itu, kita akan
menyaksikan perarakan pulang puan Hanita sebagai lambaian akhir beliau
selaku penolong kanan HEM di skmc.

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu


`Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

You might also like