You are on page 1of 8

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN IHYA RAMADAN 1443 HIJRAH/2022

AMMAR RAEF / M.DARWISY UL-HAQ

UCAPAN
ALUAN MC

Assalamualaikum WBT, dan Selamat sejahtera saya ucapkan.

Pergi mencari buah bidara,


Terjumpa pula burung tempua; AMMAR
Salam di beri pembuka bicara,
Selamat Datang untuk semua.

Yang berusaha,
Puan Hajah Mariam Binti Muda
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kiaramas

Yang dihormati,
En Mohamed Salim bin Ibrahim
Yang dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Kiaramas,

Yang Dihormati,
Ustaz Syapol Maarof bin Mohd
Ketua Kebajikan dan Sosial
Merangkap Imam Kanan
Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Yang dihormati guru-guru penolong kanan:

Puan Raba`ah binti Kadir,


Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

Puan Zarinom binti Md Noor


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Seterusnya, guru-guru, serta hadirin yang disayangi sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan rasa


syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia Nya
juga, maka kita diberikan kesempatan dalam meniti
Ramadanul Karim yang penuh keberkatan ini, walaupun kita
sedang melalui Fasa endemik Covid 19 pada ketika ini.
Semoga kita semua dilindungi dan dijauhkan daripada wabak
dengan izin Illahi.

Oleh yang demikian, dalam kesederhanaan, kita


dipertemukan dan bersama-sama dalam dewan nan permai
ini, Dewan SK Kiaramas Kuala Lumpur, untuk MAJLIS
PENUTUPAN PROGRAM IHYA RAMADAN 1443
HIJRAH bersamaan 2022 Masihi.

Lebat kemiri pohonnya rendah


BACAAN DOA Dahan terikat tali perkasa
Sepuluh jari kami menadah
Mohon berkat Yang Maha Esa.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dijemput


Ahmad Rayyan Firdaus bin Zulkifli Amin Untuk DARWISY
mengetuai bacaan doa. Dipersilakan.

(Bacaan Doa)

Amin amin yarabbal alamin.


Terima kasih diucapkan kepada Ahmad Rayyan Firdaus
bin Zulkifli Amin di atas bacaan doa sebentar tadi.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,


PENDAHULUAN
Buat pengetahuan semua ,Panitia Pendidikan Islam,

Panitia Bahasa Arab, dengan kerjasama

Surau al-Muttaqin SK Kiaramas dan

juga Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan

program sepanjang bulan ramadan untuk memberi AMMAR

galakan kepada warga sekolah agar terus dapat

menghayati bulan yang penuh kemuliaan ini.

Di antara aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan

yang mulia ini ialah pertandingan mewarna, teka silang

kata, sumbangan, kuiz, dan lain-lain lagi.

Oleh itu, hari ini diadakan majlis penyampaian hadiah

kepada pemenang dan juga sumbangan aidilfitri

kepada mereka yang memerlukan.

Sesungguhnya bulan Ramadan mengandungi seribu satu kebaikan


yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. kepada hamba Nya yang
berusaha merebut peluang yang datang setahun sekali.

Hadirin yang dihormati sekalian,


UCAPAN GB
Emas tempawan buatmu puteri,
Busana indah buat rupawan;
Sudilah puan tampilkan diri,
DARWISY
Bersama madah kata aluan.
Tanpa membuang masa, majlis mempersilakan
Puan Hajah Mariam Binti Muda,
Guru Besar
SK kiaramas untuk memberikan ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Ucapan Guru Besar)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Hajah


Mariam binti Muda di atas ucapan sebentar tadi.

UCAPAN Daun semulur di pekan sari,


PERASMI Batang jerami rebah ke bumi,
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Meneruskan acara, Majlis dengan penuh takzimnya


menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati Encik AMMAR
Mohamed Salim Bin Ibrahim, Yang Dipertua PIBG
sekolah Kebansaan Kiaramas, untuk menyampaikan
ucapan seterusnya merasmikan Majlis Penutup Ihya
Ramadan dan Sumbangan Aidikfitri 1443 hijrah 2022
masihi.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan


mempersilakan.

(Ucapan Perasmian YDP)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada , Encik


Mohamed Salim Bin Ibrahim di atas ucapan perasmian
sebentar tadi.

SESI Majlis akan diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada


PENYAMPAIA para pemenang yang telah menyertai pertandingan yang
N HADIAH 1 dianjurkan sepanjang program ini.

Dengan itu, majlis menjemput


Puan Raba`ah Binti Kadir diiringi oleh
Pn Zarinom Binti Md Noor bagi menyampaikan
hadiah kepada para pemenang. Dipersilakan.
DARWISY
Pemenang Pertandingan Teka Silang kata
(Rujuk senarai nama pemenang)

Berikut ialah pemenang bagi Kuiz Ramadan


(Rujuk senarai nama pemenang)

Diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi pertandingan


mewarna:
(Rujuk senarai nama pemenang)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


Puan Raba`ah Binti Kadir dan Pn Zarinom Binti Md
Noor di atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar
tadi.
SESI Majlis meneruskan acara penyampaian hadiah kepada para
PENYAMPAIA pemenang.
N HADIAH 2
Dengan itu, majlis menjemput Puan Hajah Mariam
binti Muda diiringi oleh Puan Rabaah Binti Kadir
Bagi menyampaikan hadiah.
Majlis mempersilakan.

Pemenang Pertandingan Mewarna dan mencipta sampul serta AMMAR


kad hari raya:
(Rujuk senarai nama pemenang)

Berikut ialah pemenang bagi pertandingan Azan Online tahap


1
(Rujuk senarai nama pemenang)

Azan online tahap 1


Azan online tahap 2
Daie Cilik tahap 2
Hafazan tahap 1
Hafazan tahap 2

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


Puan Hajah Mariam binti Muda dan Puan
Rabaah Binti Kadir di atas kesudian
menyampaikan hadiah kepada para pemenang sebentar tadi.

Penyampaian Tunduk menguning serumpun padi,


Pohon palas dipinggir hutan
Sumbangan Penderma Mencurah selaut budi
Tidak terbalas segunung ingatan.
Aidifitri
Majlis diteruskan lagi dengan pemberian sumbangan
Asnaf
aidifitri kepada golongan asnaf.
DARWISY
Majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan
mempersilakan, YDP PIBG Sekolah Kebangsaan

Kiaramas, En Mohamed Salim Bin Ibrahim diiringi

oleh Puan hjh Mariam binti Muda untuk

menyampaikan Sumbangan. Majlis mempersilakan.

Dijemput........

(rujuk lampiran)

Diminta Puan Hajah Mariam binti Muda untuk kekal sebentar di


atas pentas.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada

En Mohamed Salim Bin Ibrahim dan Puan hjh Mariam

binti Muda di atas kesudian menyampaikan

sumbangan aidifitri sebentar tadi.

Penyampaian Majlis diteruskan lagi dengan pemberian sumbangan

Sumbangan aidilfitri kepada anak yatim dan penerima sumbangan baitulmal.

Aidilfitri Majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan

ANAK YATIM mempersilakan, Iman Kanan Ustaz Syapol Maarof bin


Mohd, Ketua Unit Kebajikan dan sosial Masjid Wilayah
BAITULMAL Persekutuan Kuala Lumpur diiringi

oleh Puan Hajah Mariam binti Muda untuk


AMMAR
menyampaikan Sumbangan. Dengan segala hormatnya,
dipersilakan.

Dijemput........

(rujuk lampiran)

Diminta Ustaz Syapol Maarof bin Mohd dan Puan Hajah


Mariam Binti Muda kekal sebentar di atas

pentas.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz


Syapol Maarof bin Mohd dan Puan Hajah Mariam Binti
Muda di atas kesudian menyampaikan sumbangan aidifitri
sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
PENYAMPAIAN
CENDERAMATA Seterusnya, majlis menjemput Puan Hajah Mariam

Binti Muda bagi menyampaikan cenderamata

kepada Ustaz Syapol Maarof bin Mohd sebagai DARWISY


tanda penghargaan. Dipersilakan.

(penyampaian cenderamata)

Dijemput

Encik Mohamed Salim bin Ibrahim untuk menerima


cendramata sebagai tanda kenang-kenangan.

(penyampaian cenderamata)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada

Puan Hajah Mariam Binti Muda di atas kesudian

menyampaikan cenderamata sebentar tadi.

Serta majlis merakamkan jutaan terima kasih

kepada Ustaz Syapol Maarof bin Mohd dan


En Mohamed Salim bin Ibrahim kerana sudi

hadir bagi merasmikan majlis penutupan Program Ihya


Ramadan serta menyampaikan hadiah dan

sumbangan sebentar tadi. Terima kasih daun

keladi.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

PENUTUP
Dengan berakhirnya pemberian sumbangan

sebentar tadi, maka majlis sudah sampai ke

penghujungnya. AMMAR

Inilah yang dikatakan,

umpama belayar telah sampai di pelabuhan

Umpama berkayuh telah sampai di muara

Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Harum baunya Si bunga cengkih

Dibawa orang dari ambon

Buang yang keruh ambil yang jernih

Jari disusun kemaafan dipohon.

Kutanam-tanam padi seladang


Malang nasibku lalang yang jadi

Andai ada masa terluang

Salam hormat berjumpa lagi.

Dikesempatan ini juga, kami seluruh warga kerja

program ihya’ ramadhan ingin

merakamkan sekalung penghargaan dan terima

kasih kepada semua yang terlibat secara

langsung atau tidak langsung dalam

menjayakan program ihya’ ramadhan pada

tahun 2022 ini.

Kami berdua di sini, juga selaku pengerusi majlis

memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan

silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa

Kelapa muda si kelapa barli

Jari disusun maaf dipinta

Panjang usia bersua kembali.

Sekian, Wibillahitaufiq wal hidayah

wassalamualaikum warah matullahiwabarakatuh.

Majlis bersurai

You might also like