You are on page 1of 16

TEKS PENGACARA

MAJLIS KUNTUMAN KASIH JAMBANGAN BUDI

MAJLIS PERSARAAN PN SITI MARIAM BINTI AMIN, PUAN ROZIZMI


BINTI ISMAIL, PUAN NORHAYATI BINTI ABU HASSAN DAN ENCIK
KAMAL BIN ALIAS

MAJLIS PERTUKARAN ENCIK MOHD FAISAL BIN HAMADUN, PUAN SITI


AISHAH BINTI ABDUL AZIZ DAN PUAN NOORA ASHIKIN BINTI MOHD
HASHIM

TARIKH: 31 MAY 2022 (SELASA)

CUE ANN.

Mohon pelajar-pelajar mengambil tempat dan bertenang


sebelum majlis bermula.

KETIBAAN YANG Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan,


DIRAIKAN
1. Puan Siti Mariam Binti Amin
2. Puan Rozizmi Binti Ismail
3. Puan Nor Hayati Binti Abu Hassan
4. Encik Ahmad Kamal Bin Alias
5. Encik Muhammad Faisal Bin Hamadun
6. Puan Siti Aisyah Binti Abdul Aziz
dan
7. Puan Noora Ashikin Binti Mohd Hashim

*SELEPAS DUDUK DI TEMPAT MASING2


Hadirin sekalian,

Selamat datang ke Majlis Kuntuman Kasih Jambangan


Budi Sempena Persaraan, empat orang guru dan
pertukaran dua orang guru serta seorang kakitangan
sekolah yang sangat berdedikasi di Sekolah Menengah
Kebangsaan Seri Ampangan.

SALUTASI Bismillahirahmanirahim

Assalammualaikum w.b.t. dan Salam sejahtera.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,

Sayang pesanan terlupa sudah,

Majlis bermula tirai dibuka,

Dengan alunan madah yang indah.

1. Yang berusaha, Puan Nor Azah Binti Abdul Aziz,


Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri
Ampangan, Tuan Haji Mohd Nor Bin A. Wahab, Penolong
Kanan Pentadbiran, Encik Saifullah Bin Mohd Hussain,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Nor Aishah Binti
Abbas, Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Nor Hayati
Binti Muhammad, AJK PIBG SMK Seri Ampangan.

2. Yang diraikan,

Puan Siti Mariam Binti Amin


Puan Rozizmi Binti Ismail
Puan Norhayati Binti Abu Hassan
Encik Ahmad Kamal Bin Alias
Encik Faisal Bin Hamadun
Puan Siti Aisyah Binti Abdul Aziz
Dan
Puan Noora Ashikin Binti Mohd Hashim

4. Guru-guru ketua bidang

8. Guru-guru dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.

KATA-KATA ALUAN Hadirin yang dikasihi,.


PENGACARA

Pakat bersama menunggang kuda,

Biarpun seketika masanya cuma;

Sisihkan sengketa kiranya ada,

Bertemu berpisah perencanaan-Nya.

Anak Cina main gelombang,

Terlihat jauh di Tanjung Jati,

Tuan umpama bunga yang kembang,

Sentiasa hidup di dalam hati.

Sudah menjadi adat dan lumrah kehidupan, setiap


pertemuan pasti mengundang perpisahan. Hadirin, kita
berkumpul pada hari ini adalah untuk meraikan persaraan
empat orang guru

Puan Siti Mariam Binti Amin


Puan Rozizmi Binti Ismail
Puan Norhayati Binti Abu Hassan
Dan
Encik Ahmad Kamal Bin Alias

Pertukaran dua orang guru

Encik Muhammad Faisal Bin Hamadun ke SMK Senawang


Dan
Puan Siti Aishah Binti Abdul Aziz ke SMK Enstek Sendayan

serta seorang kakitangan sekolah

Puan Noora Ashikin Binti Mohd Hashim ke PKG SK


Ampangan

yang bakal meninggalkan jejak kenangan serta taburan


budi yang tidak terkira di sekolah ini.

Andainya bintang di angkasa tidak mampu dikira


begitulah juga besarnya jasa guru-guru dan kakitangan ini
sehingga tidak mampu untuk kami membalasnya.

Hadirin sekalian,

Sebelum memulakan majlis marilah kita menyaksikan


persembahan dari Kumpulan Gerak Tari bimbingan Puan
Aida Jalil dan Cik Syafiqah.
PERSEMBAHAN 1 Dipersilakan…

(PERSEMBAHAN)

Terima kasih kepada kumpulan Gerak Tari diatas


persembahan sebentar tadi.
Hadirin para jemputan yang dihormati,

Kalau pergi Tanjung Keramat,

Anak manis jangan diangkat,

Bersama kita memohon rahmat,

Moga majlis mendapat berkat.

BACAAN DOA

Untuk itu, pihak majlis menjemput dan mempersilakan, Al-


Fadhil Ustaz Zamak untuk memimpin bacaan doa.

Majlis mempersilakan.

– Amin, amin ya Rabbal A’lamin. Majlis merakamkan


ucapan terima kasih di atas doa itu tadi.

Para tetamu yang dihormati,


UCAPAN WAKIL Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan
MURID
Nur Aleeya Syafitri Binti Hussin

Ketua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri


Ampangan untuk menyampaikan ucapannya.

Majlis dengan segala hormat mempersilakan.

(UCAPAN)
– Terima kasih diucapkan kepada

Nur Aleeya Syafitri

atas ucapan sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan menjemput Puan Aidayus Binti


Abdul Hamid, Pengerusi Kelab Keluarga, SMK Seri
Ampangan untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam
majlis yang berbahagia ini. Dipersilakan.

(UCAPAN)

UCAPAN WAKIL
KGS

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan


Aidayus atas ucapan itu tadi.

UCAPAN Hadirin yang dikasihi,


PENGETUA

Besar langit di tepi busut,

Besar tak muat di dalam peti,


Besar hajat kami menjemput,

Besar niat di dalam hati

Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan, Yang


berusaha, Puan Nor Azah Binti Abdul Aziz untuk
menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

(UCAPAN)

– Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima


kasih atas kesudian Puan Nor Azah menyampaikan
ucapan sebentar tadi.

BIODATA PN SITI Para tetamu yang dihormati,


MARIAM BINTI
AMIN

Sudah teradat si anak lelaki,

Mati berjuang berundur jangan,

Berani kami menjunjung adat,

Bukan memberi kata dan puji,

Hanya budi dalam ingatan,

Buat kenangan sepanjang hayat.


Hadirin, marilah sama-sama kita mendengar biodata yang
diraikan Puan Siti Mariam Binti Amin yang akan
disampaikan oleh Puan Ashikin.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan,

BACAAN BIODATA

– Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


Puan Ashikin atas bacaan biodata itu tadi.

Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan,

Pihak majlis dengan sukacitanya menjemput dan


mempersilakan Yang Diraikan, Puan Siti Mariam Binti
Amin untuk menyampaikan ucapan beliau. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

UCAPAN YANG
DIRAIKAN
(UCAPAN)

– Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas


kesudian Puan Siti Mariam yang diraikan menyampaikan
ucapan sebentar tadi.
Hadirin Sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan bacaan biodata yang


diraikan Puan Rozizmi Binti Ismail yang akan disampaikan
oleh Puan Khairiah.
BIODATA PUAN
ROZIZMI BINTI
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan,
ISMAIL
(BACAAN BIODATA)

Terima kasih diucapkan kepada Puan Khairiah atas bacaan


biodata itu tadi.

Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara dibuat halwa,
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Dengan ini, majlis menjemput dan mempersilakan, yang


UCAPAN YANG diraikan, Puan Rozizmi Binti Ismail untuk menyampaikan
DIRAIKAN ucapan. Majlis mempersilakan.

(UCAPAN)

– Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


Puan Rozizmi atas ucapan sebentar tadi.

Hadirin yang dikasihi,

Marilah kita menyaksikan persembahan seterusnya dari


Kumpulan Semarak Lantera,
PERSEMBAHAN 2
Majlis mempersilakan.

(PERSEMBAHAN)

BIODATA PUAN Majlis diteruskan lagi dengan bacaan biodata yang


diraikan Puan Nor Hayati Binti Abu Hassan yang akan
disampaikan oleh Puan Khairiah.

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan,


NOR HAYATI ABU
HASSAN
BACAAN BIODATA

Terima kasih diucapkan kepada Puan Khairiah diatas


bacaan biodata yang diraikan sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,

Jangan tertawan alpa duniawi,


Hanya indah serupa mimpi,
Duhai tuan kesatria dirai,
Hulurkan madah kata bersakti.

UCAPAN YANG Majlis menjemput dan mempersilakan yang diraikan, Puan


DIRAIKAN Nor Hayati Binti Abu Hassan untuk menyampaikan ucapan
dan titip pesanan. Majlis mempersilakan.

UCAPAN

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan


Norhayati Binti Abu Hassan di atas ucapan beliau sebentar
tadi.

Hadirin yang dihormati,

Majlis menjemput Puan Ashikin untuk membacakan


biodata guru yang diraikan Encik Ahmad Kamal Bin Alias,
BIODATA ENCIK
dengan segala hormatnya dipersilakan.
AHMAD KAMAL
BIN ALIAS
BACAAN BIODATA

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Puan Ashikin di


atas bacaan biodata itu tadi.

UCAPAN YANG Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput


DIRAIKAN dan mempersilakan Encik Ahmad Kamal Bin Alias untuk
memberikan titip kata terakhir beliau, dipersilakan.

(UCAPAN)

Itulah tadi ucapan perpisahan dari insan yang kita raikan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada


yang diraikan Encik Ahmad Kamal atas ucapan itu tadi.

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan khas yang


akan disampaikan oleh yang diraikan Puan Siti Mariam
dan Encik Ahmad Kamal.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


PERSEMBAHAN
KHAS 3
PERSEMBAHAN

Terima kasih diucapkan kepada Puan Siti Mariam dan


Encik Ahmad Kamal diatas persembahan yang sungguh
mempersonakan sebentar tadi.

PENYAMPAIAN Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah


HADIAH kepada yang diraikan. Dengan ini, dijemput Pn Pengetua
SMK Seri Ampangan, Pn Nor Azah binti Abdul Aziz dan
HADIAH Puan Siti Mariam ke pentas bagi menyempurnakan majlis.
PERSARAAN 1
Kita mulakan dengan penyampaian cenderamata
daripada:

BACA LIST HADIAH


Terima kasih diucapkan kepada Pn Pengetua atas
penyampaian hadiah itu tadi.

Majlis juga merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan


Siti Mariam atas kesudian menerima cenderamata itu tadi.

Seterusnya, majlis menjemput yang diraikan Puan Rozizmi


ke pentas bagi menyempurnakan majlis penyampaian
hadiah bersama-sama dengan puan pengetua,
HADIAH
BACA LIST HADIAH
PERSARAAN 2
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan
Rozizmi atas kesudian menerima cenderamata itu tadi.

Majlis menjemput yang diraikan Puan Norhayati ke pentas


bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah
bersama-sama dengan puan pengetua.
HADIAH
PERSARAAN 3
BACA LIST HADIAH

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan


Norhayati atas kesudian menerima cenderamata itu tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput yang diraikan


Encik Ahmad Kamal untuk ke pentas bagi
menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.

HADIAH BACA LIST HADIAH


PERSARAAN 4
Majlis merakankan ribuan terima kasih kepada Encik
Ahmad Kamal atas kesudian menerima cenderamata itu
tadi.
Seterusnya, majlis menjemput Encik Faisal Bin Hamadun
untuk ke pentas bagi menyempurnakan majlis
penyampaian hadiah semperna pertukaran beliau.
HADIAH GURU
BERPINDAH 1 BACA LIST HADIAH

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Encik


Faisal atas kesudian menerima cenderamata itu tadi.

Majlis menjemput Puan Siti Aishah untuk ke pentas bagi


menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.
HADIAH GURU
BACA LIST HADIAH
BERPINDAH 2
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Siti
Aishah atas kesudian menerima cenderamata itu tadi.

Majlis diteruskan dengan menjemput Puan Noora Ashikin


ke pentas untuk menyempurnakan majlis penyampaian
hadiah.
HADIAH
KAKITANGAN BACA LIST HADIAH
BERPINDAH
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan
Noora Ashikin atas kesudian menerima cenderamata itu
tadi.

Majlis menjemput Cik Raihana untuk ke pentas bagi


menyempurnakan majlis penyampaian hadiah sempena
minggu terakhir beliau bersama-sama kita sebagai guru
ganti.
HADIAH GURU
GANTI
BACA LIST HADIAH

Terima kasih diucapkan kepada Cik Raihana atas kesudian


menerima cenderamata itu tadi.

PENUTUP Hadirin yang dihormati,


DAN SENDING OFF
Menggamit rindu datang ke mari,

Waktu bersama duka gembira,

Kenangan lalu memahat memori,

Taburan budi kilauan kejora.

Waktu terasa cepat berlalu. Tiada kata secantik bahasa


untuk menggambarkan beratnya hati melepaskan pergi.
Namun, yang tersirat telah pun tersurat. Kami mendoakan
semoga guru-guru dan kakitangan sekolah yang
meninggalkan kita pada hari ini akan sentiasa sihat dan
menikmati hari-hari bahagia bersama keluarga tercinta.

Selamat bersara Cikgu. Selamat bertukar Cikgu. Segala


kenangan akan terpahat menjadi memori sepanjang
zaman.

Hadirin, sekian berakhirlan majlis kita pada hari ini. Pihak


majlis merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan
kepada semua yang terlibat dalam menyempurnakan
majlis kita pada hari ini.

Guru-guru dan pelajar diminta untuk mengambil tempat


untuk upacara sending off guru-guru bersara kita pada
hari ini.
Duduk sekawan si burung unta,

Tepi keramat di waktu malam,

Padamu tuan kami meminta,

Kata azimat pembuka kalam


UCAPAN YDP PIBG Para tetamu yang dikasihi,

Pergi ke kota beli selasih,

Sayang si dara dibuat halwa,

Berilah kata simpulan kasih,

Sulamkan mesra satukan jiwa.


Majlis diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan, Yang berbahagia, Datin Azimah Binti
Abdul Aziz YDP PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampangan untuk menyampaikan ucapan.
Majlis mempersilakan.

– Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Datin Azimah atas ucapan sebentar tadi.

Hadirin yang dikasihi,

Jangan tertawan alpa duniawi,

Hanya indah serupa mimpi,

Duhai tuan kesatria dirai,

Hulurkan madah kata bersakti.

You might also like