You are on page 1of 11

TEKS PENGACARA MAJLIS MESYUARAT AGONG PIBG

CUE ANN.

Mengumumkan ketibaan,
 

Yang Berusaha,

Haji Razali bin Othman, Ahli Majlis/ Majlis


Perbandaran Sungai Petani, En. Abdul Tauwab bin Che
Ahmad, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Tunku Ismail.
Yang Dipertua PIBG En. Zulkifli bin Che Ani,
___________________ PPD Kuala Muda Yan , barisan
pentadbir Sekolah Kebangsaan Tunku Ismail serta AJK
PIBG menuju ke pentas utama.

KETIBAAN VIP
 

NABIHAH
(Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Kedah)

 
 

Hadirin dipersilakan duduk.

 
SALUTASI Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan
  salam sejahtera.
 
 SYAFIQ
Jika ada pancing di tangan,
 
Mari mengail ikan kerapu,
 
Kami menunggu datangmu tuan,
 
Majlis berseri bertambah mutu.

Yang Berusaha,

Haji Razali bin Othman

Ahli Majlis/ Majlis Perbandaran Sungai Petani.

 Yang Berusaha,

En. Abdul Tauwab bin Che Ahmad,

Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Tunku Ismail

 
Yang Dihormati,

En. Zulkifli bin Che Ani

Yang Dipertua PIBG

Sekolah Kebangsaan Tunku Ismail

Yang Dihormati,

___________________________

Pegawai Pendidikan Daerah

Kuala Muda Yan

Yang dihormati,

En. Mohd Tahar bin Jusoh,

Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

Sekolah Kebangsaan Tunku Ismail

Pn. Zuraida bt Zakaria

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid


Sekolah Kebangsaan Tunku Ismail

Pn. Che Roslina bt Sudin,

Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Sekolah Kebangsaan Tunku Ismail

Ahli Jawatan Kuasa

Persatuan Ibu Bapa dan Guru

Sekolah Kebangsaan Tunku Ismail

Guru-guru Sekolah Kebangsaan Tunku Ismail,

Ibu bapa, para jemputan,

Seterusnya, hadirin yang dikasihi. 

Hadirin yang dimuliakan,


UCAPAN ALU-  
ALUAN MC
 NABIHAH Kapur gambir dalam puan,

Menggobek sirih tepi serambi,


Selamat datang hadirin dan taulan,

Tambah sempurna majlis kami. 

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t kerana


dengan berkat kerahmatan dan keizinan-Nya dapat
juga kita berkumpul di D’Rindu Café Sekolah
Kebangsaan Tunku Ismail ini untuk menjayakan
Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru kali ke-31
bagi sesi 2022/2023.

 Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada ibu


bapa dan para tetamu yang sudi hadir dalam majlis
yang sangat signifikan ini. 

Mesyuarat PIBG ini akan menjadi medan pertemuan


dan percambahan idea, maklum balas dan pandangan
bagi meningkatkan pencapaian sekolah seterusnya
menjadikan Sekolah Kebangsaan Tunku Ismail lebih
cemerlang di masa akan datang.

BACAAN DOA Hadirin yang dirahmati,


SYAFIQ  

Gosok tembaga sampai berkilat,

Nampak cahayanya semakin hebat,

Majlis kita insya Allah berkat,

Bersulam dengan rahim dan rahmat.

Bagi memohon keberkatan majlis kita pada hari ini,


marilah sama-sama kita mengaminkan doa yang akan
diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Muhamad Nazri bin
Jahri

Majlis mempersilakan.

-Amin, amin Ya Rabbal A’lamin. Semoga bacaan doa


sebentar tadi memberikan kelancaran dan keberkatan
kepada majlis kita pada hari ini.

UCAPAN YDP PIBG Para tetamu yang dihormati,


NABIHAH  
 
Terbang di awan burung jentayu,

Di atas papan batang selisih,

Tampillah tuan kami merayu,

Bersama ucapan pengikat kasih.

Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya menjemput


dan mempersilakan Yang dihormati, Encik Zulkifli bin
Che Ani, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan
Tunku Ismail untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.
 

-Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan


sebentar tadi.

 Hadirin yang dimuliakan,


 

Kalau hendak ke Pekan Dengkil,

Belikan saya kain belacu,

Silakan tuan segera tampil,


UCAPAN
PENASIHAT (GB)
Menyampaikan bingkisan di kalbu.
 SYAFIQ

 Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En.


Abdul Tauwab bin Che Ahmad, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Tunku Ismail untuk menyampaikan
ucapan. Majlis mempersilakan.

 -Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan yang


cukup bermakna sebentar tadi.

UCAPAN Hadirin yang dihormati,


PERASMIAN  
NABIHAH
Daun semulur di pekan sari,

Batang jerami rebah ke bumi,


Madah dihulur sembah diberi,

Kata perasmi hajatnya kami.

 Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan  


Yang berusaha, Haji Razali bin Othman, Ahli Majlis,
Majlis Perbandaran Sungai Petani untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan
Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Tunku
Ismail bagi kali ke-31 ini. Majlis mempersilakan.

(Gimik Perasmian)

Begitulah tadi pelancaran gimik perasmian Laman


Media Sosial Sekolah sebagai gimik perasmian Majlis
Mesyuarat Agung PIBG bagi Kali Ke -31 Sekolah
Kebangsaan Tunku Ismail.

   
PENYAMPAIAN Bagi menyempurnakan acara penyampaian
SIJIL/ cenderamata kepada Ahli jawatankuasa PIBG sesi
CENDERAMATA 2020/2021, majlis menjemput sekali lagi, Yang
KEPADA AJK PIBG berusaha, En. Zulkifli bin Che Ani Yang Dipertua PIBG
2020/2021 dan En. Abdul Tauwab bin Che Ahmad Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Tunku Ismail bagi mengiringi
SYAFIQ yang berusaha Haji. Razali bin Othman, Ahli Majlis,
Majlis Perbandaran Sungai Petani untuk
menyempurnakannya. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
 

-Majlis merakamkan ucapan terima kasih

JAMUAN Hadirin, para tetamu yang dikasihi,


 NABIHAH  

Kalau tuan pikat cemara,

Buatlah bara bakar selasih,

Sudilah tuan jamu selera,

Hidangan mesra pengikat kasih.

Majlis mempersilakan Yang Berusaha, En. Abdul


Tauwab bin Che Ahmad Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Tunku Ismail bagi mengiringi, para
tetamu jemputan untuk meninggalkan majlis dan
menikmati hidangan yang telah disediakan.

Pihak majlis juga memohon kerjasama agar ibu bapa


terus kekal di tempat duduk masing-masing dan
menikmati kudapan yang telah dibekalkan.

Untuk itu, majlis berhenti rehat seketika dan akan


disambung semula pada jam ___________               .
 

Terima kasih. Assalammualaikum warahmatullahi


wabarakatuh.

 -Mesyuarat dikendalikan oleh YDP

 
Bertiup bayu di pantai indah,
Burung kedidi terbang melayang,

Mana yang kurang silap dan salah,

Jangan menjadi bekalan pulang,

Hadirin dan hadirat,


BERSURAI
 SYAFIQ Majlis kita berakhir di sini

Saya mewakili pihak majlis mengucapkan terima kasih


kepada semua tetamu, ibu bapa dan murid-murid
yang hadir pada hari ini. Semoga kita bersua lagi pada
masa yang akan datang. Dijemput semua menikmati
jamuan hari raya yang telah disediakan

Assalammualaikum w.b.t

You might also like