You are on page 1of 1

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS PENUTUP MINGGU PUSAT SUMBER &

MINGGU KOAKADEMIK

Yang Mulia Tengku Norlin Bt. Tengku Majid, Pengetua SMK Segambut;

Yang Berusaha Puan Chuah Siew San, Penolong Kanan Tadbir & Kurikulum;

Puan Normah bt. Hasan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid;

Puan Noriza bt. Murad, Penolong Kanan Kokurikulum;

Encik Ridzuan b. Mohd Yusof, Penolong Kanan PPKI;

Guru-guru kanan, guru-guru dan murid-murid sekalian.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sepanjang minggu lepas, pelbagai aktiviti telah berlangsung dengan jayanya sempena
Minggu Pusat Sumber Sekolah dan Minggu Koakademik. Oleh itu, majlis pada hari ini
diadakan khusus untuk memberikan penghargaan kepada murid-murid yang telah
menyertai dan memenangi aktiviti-aktiviti tersebut. Tanpa melengahkan masa, saya
menjemput Puan Pengetua Yang Mulia Tengku Norlin bt Tengku Majid diiringi oleh Puan
Chuah Siew San menyampaikan hadiah kepada pemenang.

*baca senarai pemenang

Terima kasih Puan Pengetua dan Puan Chuah. Tahniah diucapkan kepada semua
pemenang. Semoga semua murid sentiasa bersemangat untuk menyertai pelbagai aktiviti
yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Sekian, terima kasih.

You might also like