You are on page 1of 3

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3
MINIT MESYUARAT AJK PERGERAKAN PUTERI ISLAM
PERHUBUNGAN DAERAH BATU PAHAT
BIL 1 /TAHUN 2018

Tarikh : 21 Februari 2018

Masa : 2.30 hingga 5.00 petang

Tempat : Bilik Sumber SMK Dato’ Syed Esa

Pengerusi : Pn. Roziah binti Tawil

Kehadiran(Bilangan) : 24 / 27

Turut Hadir (Jika ada) :

1 PERUTUSAN PENGERUSI

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK yang hadir dalam mesyuarat
dan mengucapkan tahniah kepada semua AJK yang menggerakkan PPIM peringkat daerah
walaupun sibuk dengan tugasan di awal persekolahan. Pengerusi juga mengucapkan terima
kasih kepada AJK yang telah pergi bermesyuarat di peringkat negeri pada 27Januari yang
lalu. Beliau mengucapkan tahniah atas peningkatan penilaian tahap PPIM tahun 2017
sebanyak lima peratus berbanding penilaian tahun 2016.

2 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
2.1.Tiada perkara berbangkit

3 FOKUS MESYUARAT
3.1 Puan Rosmawati selaku setiausaha telah memperkenalkan AJK PPIM Perhubungan
Daerah Batu Pahat Sesi 2018 merujuk lampiran yang telah diberi kepada semua AJK yang
hadir. Surat pelantikan telah pun dibuat dan hanya menunggu pengesahan dari pihak PPD
untuk diserahkan kepada AJK yang telah dilantik. Diharap AJK yang telah dilantik membuat
penambahbaikan tahap penilaian mengikut zon dan sekolah masing-masing. Penyusunan
semula AJK yang dilantik boleh dirujuk pada lampiran yang diedarkan.

3.2 Pengerusi telah membincangkan aktiviti PPIM Perhubungan Daerah 2018 dengan
merujuk lampiran yang disediakan kepada semua AJK .

3.3 Pengerusi meminta agar Mesyuarat Agung Kali Ke 30 yang bertarikh 28 Februari 2018 di
tunda ke tarikh 7 Mac 2018. Merujuk kepada perlembagaan meyuarat agung hendaklah
dibuat sekurang-kurangnya 14 hari daripada tarikh surat panggilan.

3.4 Pengerusi juga mencadangkankan agar program ziarah kasih yang telah dilaksanakan
pada 4 Januari yang lalu diteruskan untuk meraikan persaraan Puan Nafsiah binti Hussin
pada bulan Mac 2018 ini.

3.5 Pengerusi juga telah membuat penambahan program iaitu aktiviti Perkhemahan PPIM
yang akan dilaksanakan pada 1-3 November 2018.

3.6 Berkenaan dengan Mesyuarat Agung PPIM Daerah, pengerusi bersetuju menjadikan
SMK Dato’ Syed Isa sebagai tempat untuk bermesyuarat. Beliau berharap jawatankuasa yang
telah dibentuk dapat menjalankan peranan dan tanggung jawab yang telah diagihkan
mengikut zon dan sekolah masing-masing.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

3.7 Pengerusi telah menambah jawatankuasa kerja dalam tugasan bahagian protokol,
cenderahati dan kebersihan beserta zon dan sekolah yang akan mengelolakan bahagian
tersebut.

3.8 Pengerusi memaklumkan HELWA Daerah Batu Pahat akan mengadakan karnival pada 9
Mei 2018. Pihak HELWA telah meminta sekolah rendah membuat pertandingan nasyid
ketemporari dan menghantar wakil satu pasukan bagi setiap zon.

3.9 Pengerusi meminta pengerusi-pengerusi zon agar mengingatkan guru penasihat PPIM di
dalam zon masing-masing membuat penialain tahap dan menghantar mengikut tarikh yang
telah ditetapkan.

3.10 Puan Muzaimah telah mengumumkan sekolah yang telah membuat tahap penilaian dan
sekolah yang tidak buat tahap penilaian bagi tahun 2017.

3.11 Daftar secara online hendaklah dicetak bersama nama murid serta bayaran yuran tahun
semasa dan dihantar kepada bendahari semasa mesyuarat agung dijalankan. Tarikh tutup
pendaftaran online akan ditentukan oleh bendahari.

3.12 Sekolah yang tidak membuat penilaian tahap akan diberitahu melalui group telegram
PPIM atau terus melalui guru penasihat atau pengerusi setiap zon.

3.13 Respon daripada pengerusi semasa menghadiri mesyuarat AJK peringkat negeri yang
lalu, dalam program Ijtima’ Puteri,

4 HAL-HAL LAIN

4.1 Puan Zamilah selaku Timbalan Pengerusi 1 mengharapkan aktiviti PPIM yang dirancang
akan membuat perubahan seiring dengan arus abad 21 yang sedang membangun.

4.2 Setiausaha mengingatkan setiap pengerusi zon dan guru penasihat sekolah membuat
pendaftaran online untuk sekolah dan zon masing-masing sebelum mesyuarat agung
berlangsung. Setiausaha juga berpesan kepada pengerusi zon agar segera memberi tindak
balas sekiranya perlu menghantar atau mencadangkan wakil dalam program yang dianjurkan
oleh PPIM peringkat negeri.

4.3 Puan Rozitah berpesan agar memperkasakan lagi setiap aktiviti yang dijalankan di dalam
PPIM dan mahukan setiap kali perjumpaan PPIM,tatacara perjumpaan perlu dilaksanakan
untuk penambahbaikan lagi organisasi PPIM.Tatacara Perjumpaan perlu dipraktikkan dan
dilaksanakan di peringkat sekolah.Guru-guru dan pelajarlah yang jadikan PPIM hebat.

4.4 Bendahari, Puan Hjh Halijah memaklumkan setiap sekolah perlu menghantar dua orang
wakil ke Mesyuarat Agung pada 10 Mac 2018 nanti dengan bayaran RM6.00 seorang.

5 PENUTUP

6.1 Pengerusi mengharapkan agar setiap aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan jayanya.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.50 petang

Disediakan oleh,

ROSMAWATI BINTI MUNAFAAT


Urus Setia Mesyuarat
Tarikh : 25 Februari 2018

* Minit mesyuarat tidak perlu ada tanda tangan, no. PK, header dan footer.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00

You might also like