You are on page 1of 2

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN NASYID PPIM

Syarat-syarat dan peraturan pertandingan Nasyid Anjuran PPIM diwujudkan sebagai garis
panduan dalam membuat pemilihan peserta, menjalankan Pertandingan Nasyid dan
menentukan pemenng melalui proses pengadilan yang tersusun dan adil. Ia diadun
berpandukan syarat-syarat dan peraturan Pertandingan Nasyid Peringkat Kebangsaan yang
telah ditetapkan oleh JAKIM.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN

1. Setiap penyertaan hendaklah terdiri daripada 6 orang ahli PPIM sekolah rendah yang
berdaftar sahaja.

2. Peserta pasukan nasyid hendaklah warganegara Malaysia.

3. Kumpulan yang berminat boleh memohon untuk menyertai pertandingan dengan


menghantar borang permohonan beserta cakera padat rakaman lagu yang ingin
dipertandingkan.

SYARAT –SYARAT LAGU

1. Setiap kumpulan Nasyid hendaklah mempersembahkan 1 buah lagu nasyid moden


dan hendaklah disampaikan dalam masa tidak lebih daripada 8 minit setiap lagu
yang dipersembahkan .

2. Senikata lagu hendaklah dalam bahasa Melayu

3. Senikata lagu boleh diambil dari saduran /ciplak/palagiat, yang pernah dirakam,
dicetak atau disiarkan untuk sebarang siaran.

4. Lirik lagu mestilah berunsurkan nilai-nilai Islam yang bertujuan untuk memupuk
semangat dakwah islamiah, semangat patriotik dan kehidupan sejahtera.

SYARAT MUZIK

1. Pertandingan mestilah menyanyikan secara langsung ( live performance ) dengan


iringan muzik dalam bentuk Minus One yang disediakan oleh setiap kumpulan.
PENGHAKIMAN

1. Penghakiman akan diadili oleh panel hakim yang dilantik oleh penganjur dan
keputusan hakim adalah muktamad. Penghakiman berdasarkan kepada aspek-aspek
berikut:

1 Suara- Kesepaduan, suara solo dan nada suara ramai 35 markah


2 Lagu- irama nasyid moden 15 markah
3 Lirik ( mesej ) 20 markah
4 Persembahan-gaya persembahan,ekspresi, keceriaan 30 markah
dan disiplin
5 Jumlah 100 markah

2. Rakaman video dan / atau audio ke atas lagu dan lirik adalah menjadi kepunyaan
penganjur.

3. Pakaian para peserta hendaklah uniform rasmi PPIM .

You might also like