You are on page 1of 5

25 JULAI 2013 [PROGRAM 3K]

KERTAS KERJA PROGRAM KHAS

PROGRAM 3K

PERSATUAN KEMAHIRAN HIDUP SKSAT

1.0 PENDAHULUAN

Kebersihan, kesihatan dan keselamatan(3k) adalah merupakan satu program yang


berhasrat menjadikan sekolah sebagai organisasi pendidikan yang mempunyai
kemudahan fizikal dan infrastruktur yang selamat. Persekitaran yang bersih dan sihat
akan memberansang suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

2.0 MATLAMAT

Membentuk ketrampilan dan keperibadian murid yang unggul melalui pengukuhan


program 3K berlandaskan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

 
.
3.0 OBJEKTIF

3.1 Melahirkan modal insan yang berkeperibadian unggul menerusi pemupukan


pengetahuan, sikap dan amalan yang berkekalan dalam aspek kebersihan,
kesihatan dan keselamatan.
3.2 Membina dan memelihara diri, persekitaran sekolah yang bersih, sihat dan
selamat.
3.3 Meningkatkan jalinan pemuafakatan strategik antara Kementerian Pelajaran
Malaysia dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan begi
membentuk jalinan kerjasama dalam usaha merealisasikan Perlaksanaan
Program 3K.
25 JULAI 2013 [PROGRAM 3K]

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang ialah pada 25 7 2013.


4.2 Dilaksanakan pada hari persekolahan.
4.3 Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1.

5.0 RASIONAL

5.1 Mewujudkan impak kualiti dan kuantiti yang terhasil melalui iklim sekolah
yang konduksif dan selesa
5.2 Membantu perkembangan sahsiah murid yang bersepadu seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek.
5.3 Mewujudkan kerjasama dan persefahaman antara warga sekolah.

6.0 KUMPULAN SASARAN

6.1 Semua ahli dalam persatuan Kemahiran Hidup


6.2 Semua guru penasihat

7.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

PENAUNG : K.THACHANAMURTHY (GURU BESAR)

PENASIHAT : PUAN HJH. HAFILAH BT MAN (PENOLONG KANAN PENTADBIRAN)


: EN. ABD RASHID BIN ABDULLAH (PENOLONG KANAN HAL EHWAL
MURID)
: EN. MOHD NIZAM BIN SAIDIN (PENOLONG KANAN KOKURIKULUM)

SETIAUSAHA : PUAN SYAMIZAH BT IBRAHIM AMIR


25 JULAI 2013 [PROGRAM 3K]

8.0 PERBELANJAAN

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini :

Bil Perkara Kuantiti Jumlah (RM)


1 Makanan - -
2 Minuman 31 ahli x RM1.00 31
Jumlah 31.00

Jumlah wang yang diperlukan mungkin tidak sama dengan anggaran bajet yang
disenaraikan kerana terdapat individu yang akan memberi tajaan dalam melaksanakan
perkhemahan Kemahiran Hidup.

9.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancangkan ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan. Semoga segala ilmu, Suasana yang selamat sama ada di dalam atau di luar
sekolah boleh meningkatkan keyakinan dan kekuatan dalam diri(jati diri murid)
daripada sebarang pengaruh dan ancaman luar. .

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………………… …………….………………………..
( Syamizah bt Ibrahim Amir ) ( K. Thachanamurthy )
Setiausah Persatuan KH Guru Besar
SK Sultan Ahmad Tajuddin SK Sultan Ahmad Tajuddin
06000, Jitra 06000, Jitra
Kedah Darul Aman Kedah Darul Aman
25 JULAI 2013 [PROGRAM 3K]
25 JULAI 2013 [PROGRAM 3K]

TENTATIF PROGRAM

PERSATUAAN KEMAHIRAN HIDUP

PROGRAM 3K
SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN AHMAD TAJUDDIN JITRA, KEDAH .

2.30 ptg : pendaftaran murid

2.40 ptg : bermulanya Program 3k

4.30 ptg : Bersurai

You might also like