You are on page 1of 11

ISI KANDUNGAN

SOALAN 1 (a)

Pengenalan................................................................................................................... 2

Maksud Demokrasi Berparlimen................................................................................... 2

Latar Belakang Sistem Demokrasi Berparlimen............................................................ 2

Ciri-Ciri Pemerintahan Demokrasi Berparlimen............................................................. 2 - 4

Kesimpulan.................................................................................................................... 4

SOALAN 1 (b)

Pengenalan................................................................................................................... 4

Kaitan sistem demokrasi berparlimen dengan isu Perkara 153


(Hak keistimewaan Melayu dan Bumiputra)................................................................. 4 - 5
Kesimpulan.................................................................................................................... 6

SOALAN 2

Pengenalan.................................................................................................................... 6

Kuasa-Kuasa YDPA Berserta Implikasi Dalam Menggunakan Kuasa-Kuasa


Tersebut, Terutama Mengenai Isu Perlantikan Perdana Menteri Dan
Pembubaran Parlimen................................................................................................... 6 - 8
Kesimpulan.................................................................................................................... 9

RUJUKAN................................................................................................................................... 9 - 10

1
SOALAN 1 (a)

Pengenalan

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, [ CITATION She14 \l 17417 ] Demokrasi bermaksud sistem
permerintahan negara oleh rakyat menerusi wakil-wakil mereka yang dipilih dalam pilihanraya. Di
dalam sistem demokrasi ini, perwakilan iaitu wakil yang dipilih oleh rakyat untuk bersuara di Dewan
Rakyat dan Dewan Negara bersama-sama mengubal undang-undang. Negara yang mengamalkan
sistem ini dinamakan negara demokratik. Secara ringkasnya, negara yang melaksanakan sistem
demokrasi ini merupakan negara yang memperjuangkan hak dan kedaulatan rakyat seperti di
Malaysia.

Maksud Demokrasi Berparlimen

Sistem pemerintahan negara yang melibatkan rakyat dinamakan Demokrasi Berparlimen. Dengan ini,
rakyat berpeluang menyuarakan hak dan kedaulatan dalam membentuk kerajaan. Rakyat bebas
memilih perwakilan yang layak melalui pilihan raya iaitu dengan menyokong, mengekal atau
menukarkan kerajaan yang sedia ada dalam proses pengundian. Sistem Demokrasi Berparlimen di
Malaysia telah menggunakan Perlembagaan Malaysia sebagai garis panduan. Perlembagaan ini
dipinda dari masa ke semasa untuk menyesuaikan sistem pentadbiran dengan perkembangan politik.

Latar Belakang Sistem Demokrasi Berparlimen

Pada tahun 1963, jentera pentadbiran kerajaan telah diperkemaskan iaitu selepas pembentukan
Malaysia. Selepas merdeka iaitu pada tahun 1957, sistem pemerintahan dan pentadbiran berlandaskan
sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Sistem Raja Berperlembagaan yang mengekalkan raja
sebagai pemerintah tertinggi negara merupakan corak pemerintahan demokrasi. Pemerintahan ini juga
telah dibantu oleh Perdana Menteri.

Ciri-Ciri Pemerintahan Demokrasi Berparlimen

a- Perlembagaan
Undang-undang tertinggi yang menjadi asas pembentukan negara kita dinamakan
perlembagaan. Ianya merupakan dokumen rasmi yang mengandungi segala peraturan dan
prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir
negara. Pada 16 September 1963, Perlembagaan Malaysia telah diperkenalkan dengan
mempunyai 183 perkara. Kerajaan Persekutuan,Kerajaan Negeri,Senarai Bersama, institusi

2
Yang DiPertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Badan Kehakiman merupakan senarai
di dalam Perlembagaan Negara. Pembahagian kuasa telah dibuat antara Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri kerana Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan.
Negeri-negeri yang bergabung dengan Persekutuan Malaysia diberikan seperti yang
diperuntukkan dalam perlembagaan negeri telah memperuntukkan hak,kuasa dan
tanggungjawab melalui negeri-negeri yang bergabung.
b- Raja Berperlembagaan Kuasa Yang Dipertuan Agong
Sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam perlembagaan Malaysia dinamakan
Raja berperlembagaan[ CITATION Moh13 \l 17417 ] . Yang Dipertuan Agong perlu bertindak
berdasarkan dari Perlembagaan dan nasihat Perdana Menteri. Dalam tempoh 5 tahun, Yang
DiPertuan Agong akan dipilih daripada kalangan sembilan Raja-Raja Melayu secara bergilir-
gilir.Baginda juga merupakan asas kepada kerajaan Malaysia ,ketua utama negara dan
merupakan ketua tertinggi angkatan bersenjata. Baginda juga berhak memberi keampunan
atau menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah
Tentera. Badan Perundangan, Badan Pemerintah dan Badan Kehakiman juga diketuai oleh
Yang Dipertuan Agong. Baginda mempunyai hak untuk memanggil dan membubarkan
parlimen. Baginda dikehendaki dan diberi amanah untuk menjaga dan memelihara kedudukan
dan hak istimewa orang Melayu. Ketua Agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau
Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah juga merupakan tugas baginda.
Melantik Perdana Menteri merupakan kuasa budi bicara dari Yang Dipertuan Agong (YDPA).
Jika negara menghadapi masalah atau dalam terancam, Baginda boleh mengisytiharkan
undang-undang darurat di bawah ‘ Undang-Undang X’.
c- Badan-badan Pemerintah/Kuasa Pemerintahan
Konsep pengasingan kuasa antara perkara yang diamalkan di negara Malaysia. Antara
pembahagian kuasa pemerintahan adalah Badan Perundangan,Badan Pelaksana dan Badan
Kehakiman. Pihak yang berasingan harus memegang ketiga-tiga badan ini untuk mengelakkan
pembolotan kuasa.
d- Pilihan raya

Pilihan raya dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Pilihan raya adalah suatu proses
pemilihan wakil rakyat untuk memerintah negeri atau persekutuan. Pemilihan ini dilakukan secara
rahsia dengan menggunakan prosedur yang ketat. Pengiraan undi dilaksanakan secara terbuka dan
keputusannya direkodkan. Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang majoriti. Di dalam
sistem demokrasi berparlimen, pilihan raya merupakan antara ciri penting. Pihak pemerintah atau

3
pembangkang tidak boleh memberi tekanan kepada suruhanjaya pilihan raya. Yang di Pertuan Agong
melantik anggota suruhanjaya pilihan raya [ CITATION Raj13 \l 17417 ]. Kesemua prosedur pemilihan
adalah ditentukan oleh SPR. Pilihan raya umum diadakan 5 tahun sekali untuk memilih ahli Dewan
Rakyat dan ahli Dewan Undangan negeri serentak di seluruh negara.

Kesimpulan

Sistem demokrasi berparlimen dapat mewujudkan sifat taat setia rakyat kepada pemimpin yang dipilih.
Dalam menentukan hala tuju politik negara, rakyat juga terlibat. Melalui demokrasi berparlimen, rakyat
mempunyai hak bersuara dan berpeluang memililh pemimpin yang berkebolehan dan berkualiti.
Justeru itu, pemimpin yang terpilih akan berkhidmat dengan sebaik mungkin kepada rakyat. Ini
membantu ekonomi Negara berkembang maju serta mengekalkan kestabilan politik negara. Sistem ini
juga menggunakan pengkongsian kuasa untuk memastikan tiada pemimpin tidak berkuasa mutlak. Ini
kerana untuk menjamin masa depan Negara yang lebih baik. Segala pemasalahan yang wujud di
dalam Negara diselesaikan melalui rundingan melalui Kecekapan pentadbiran Negara. Apabila Negara
menjadi maju dan kurang permasalahan, nama serta imej Negara meningkat di mata dunia. Seluruh
Negara juga akan mengiktiraf kejayaan Malaysia dalam pelbagai bidang. Malaysia menjadi model
sistem pemerintahan untuk negara lain.

Soalan 1 (b)

Pengenalan

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menjadi sebagai Ketua Negara Malaysia di
bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan menggunakan Sistem Demokrasi Berparlimen.
Beliau adalah Ketua Negara yang telah diperuntukkan oleh perlembagaan. Sebagai seorang Raja
Berperlembagaan, Beliau bertindak mengikut nasihat serta cadangan daipada Jemaah Menteri. Majoriti
daripada rakyat di dalam negara ni berfikiran bahawa Perlembagaan Persekiutuan adalah hanya
sebuah dokumen undang-undang yang hanya difahami oleh mereka yang mempelajari undang-undang
sahaja. Tetapi ianya agak sukar juga untuk memberi kefahaman kepada rakyat jika mereka tidak
terdidik dalam bidang ini. Pada ketika ini, Perlembagaan merupakan sebuah dokumen perundangan
yang berkaitan untuk dijadikan bahan pertikaian atau rujukan di mahkamah.

Sebagai cagaran atau gantian kepada kesediaan rakyat melayu secara bersama, hak istimewa
Orang Melayu telah dipersetujui oleh para pemimin sejak dahulu lagi yang telah diberikan kepada
orang melayu. Bagi melindungi orang melayu, hak ini dipinda lagi kerana pada ketika itu, orang melayu
tidak menerima kehadiran kaum india dan cina sebagai rakyat di tanah melayu [ CITATION Kho09 \l

4
17417 ]. Akibat dari ingin menegakkan hak kaum sendiri, proses kemerdekaan pada masa itu menjadi
sukar.

Kaitan sistem demokrasi berparlimen dengan isu Perkara 153 (Hak keistimewaan Melayu dan
Bumiputra)

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan suatu tugasan serta tanggungjawab kepada
Yang di-Pertuan Agong untuk menjaga kedudukan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera. Kuota
kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam ada juga dinyatakan di
dalam artikel ini. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial, dan biasanya
dikatakan sebagai pertahanan secara sah bagi ketuanan Melayu dimana menguatkan lagi
kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia. Dengan kepercayaan ini,
sultan masih menjadi peneraju yang penting di dalam hal pemerintahan Negara. Bahkan sesetengah
orang melayu masih beranggapan bahawa raja dan sultan berbeza dengan rakayat biasa kerana
mempunyai keramat serta kesaktian.

Selain itu, Hak untuk orang Melayu juga untuk mendapat tanah persendirian dengan
kebenaran oleh Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri boleh memperuntukkan tanah khas untuk Melayu
yang dinamakan Rezab Melayu. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri juga harus memperuntukan
pembukaan tanah bagi orang ramai serta keluasan tanah untuk orang Melayu tidak boleh melebih luas
tanah orang ramai. Manakala, orang melayu pula tidak boleh mengambil tanah milik orang bukan
Melayu. Tujuan perkara ini dilakukan adalah untuk melindungi hak orang melayu. Akan tetapi kuasa itu
tidaklah bermaksud Yang di-Pertuan Agong harus bersikap berat sebelah atau melucutkan segala
perkara yang telah dinikmati oleh warganegara itu sendiri. Seperti contoh kes dari [ CITATION Ret13 \l
17417 ] Majlis Perbandaran Seberang Perai telah menetapkan syarat bahawa projek perumahan yang
dijalankan oleh pihak pemaju (Rethi Development Sdn Bhd) akan mendapat kelulusan dengan syarat
bahawa 30% unit yang dibina perlulah dikhaskan untuk golongan bumiputera dengan kadar diskaun
5% bagi setiap unit. Ianya dilihat bersifat rasis kerana syarat yang dicadagkan itu dilihat tidak adil dan
jelas bertentangan dengan peruntukan yang telah digariskan di bawah perkara 8 Perlembagaan
Persekutuan dan perkara 153. Jadi, mahkamah telah memutuskan bahawa untuk memastikan ianya
tidak berat sebelah dan adil syarat yang diletakkan tersebut perlulah dibuang kerana meletakkan
syarat berdasarkan kaum-kaum tertentu.

Tambahan lagi, mengikut perkara 153 (8A), dapat melindungi hak keistimewaan orang melayu
secara keseluruhannya dalam koata kemasukan pelajar ke Universiti tempatan. Ini kerana terdapat

5
akibat daripada masalah kemiskinan dan kemunduran, terdapat anak orang melayu yang ingin
sambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tetapi mereka terlepas peluang itu.

Kesimpulan

Hak Keistimewaan Orang Melayu di dalam perkara 153 seharusnya tidak perlu dpersoalakan di dalam
parlimen. Ini kerana, perkara ini telah termaktub dan dipersetujui di dalam perlembagan sejak dahulu
lagi. Kerana ini juga, rakyat Malaysia yang berbilang kaum hidup aman dan damai. Menurut pakar
sejarah iaitu Professor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, [ CITATION Mal10 \l 17417 ] rakyat Malaysia
dari mana-mana kaum sekalipun yang menyangkal dan mempertikaikan hak keistimewaan orang
melayu dianggap sebagai seorang yanng buta sejarah dan tidak memahami perlembagaan.

Soalan 2

Pengenalan

Sejak tahun 1957, Yang di-Pertuan Agong telah menjadi sebagai Ketua Negara berdasarkan
Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan. Jawatan ini menunjukkan lambang perpaduan rakyat di
Malaysia. Di dalam Jadual III Perlembagaan Persekutuan telah termaktub mengenai pelantikan Yang
di-Pertuan Agong. Antara syarat-syarat pelantikan Raja Melayu adalah Raja yang cukup umur, mahu
dipilih menjad YDPA dan difikirkan layak oleh Majlis Raja-Raja. Pemilihan ini diadakan lima tahun
sekali oleh Majlis Raja-Raja Melayu yang terdiri sembilan orang sultan berkuasa melantik YDPA.

Kuasa-Kuasa YDPA Berserta Implikasi Dalam Menggunakan Kuasa-Kuasa Tersebut, Terutama


Mengenai Isu Perlantikan Perdana Menteri Dan Pembubaran Parlimen

Mengikut Perkara 150 di dalam Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong telah
diberi kuasa di dalam beberapa keadaan dan perkara seperti:

1- Menjamin keselamatan negara dan ketenteraman awam.


2- Memelihara dan melindungi hak dan kedudukan istimewa Orang Melayu dan kaum pribumi
Negeri Sabah dan Sarawak.
3- Melantik Peguam Negara, Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi,
Jemaah Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri.
4- Berkuasa untuk menghukum dan mengampun terhadap kes yang telah dijatuhkan oleh
Mahkamah Tentera kerana beliau merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera
Persekutuan.
5- Mengampunkan pesalah-pesalah tertentu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

6
Selain itu juga, Yang di-Pertuan Agong mempunyai tiga bidang kuasa yang luas seperti yang
ditetapkan oleh Perlembagaan iaitu:

Badan Eksekutif

Yang di-Pertuan Agong mendapat kuasa eksekutif melalui Fasal 39 Perlembagaan. Baginda menerima
nasihat dari Kabinet atau lebih khusus, Perdana Menteri walaupun terdapat beberapa pengecualian
dalam Perlembagaan mengenai kuasa dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong. Beliau juga bertindak
mengikut budi bicara dalam tiga fungsi Perlembagaan iaitu:

1- Melantik seorang Perdana Menteri. Baru-baru ini, Negara Malaysia telah dikejutkan dengan
perletakan jawatan Perdana Menteri ke-7 dan kemudian Yang di-Pertuan Agong melantik
Perdana Menteri ke-8 kerana beliau berkuasa untuk melantik Perdana Menteri berdasarkan
Perlembagaan.[ CITATION Ber2011 \l 17417 ] . Rakyat tidak berhak menafikan keputusan yang
telah dibuat oleh YDPA kerana semuanya telah tertakluk di dalam Perlembagaan. Perkara ini
bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditentukan. Yang di-Pertuan Agong juga telah berbincang
serta bersemuka hampir kesemua ahli parlimen dan kabinet. Setiap apa yang beliau lakukan
adalah untuk kesejahteraan dan keselamatan Negara Malaysia. Kemelut politik tidak boleh
berlarutan kerana akan mengganggu ekonomi negara. Ianya mesti berakhir dengan segera
[ CITATION Ram13 \l 17417 ]
2- Yang Di-Pertuan Agong berkuasa samada bersetuju atau tidak mempersetujui permintaan
membubarkan Parlimen. Di Malaysia, Dewan Rakyat sahaja yang boleh dilibatkan dengan
pembubaran Parlimen. Manakala, Yang di-Pertuan Agong akan membubarkan Dewan Rakyat
ini dibubarkan setelah mendapat perkenan oleh atas nasihat Perdana Menteri [ CITATION
Moh13 \l 17417 ]. Mengikut Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agung
sahaja yang boleh memanggil parlimen untuk bersidang serta mempunyai hak mutlak untuk
menghentikan atau membubarkan parlimen [ CITATION Has20 \l 17417 ] Tempoh maksimum
bagi sebuah penggal Dewan Rakyat Malaysia ialah 5 tahun dan kemudian akan dibubarkan
dengan sendirinya. 60 hari dari tarikh pembubaran parlimen merupakan masa pilihan raya
yang mengikut Perlembagaan. Seperti yang sedia maklum, Pembubaran parlimen di atas
permintaan dari Perdana Menteri tiada di dalam perlembagaan. Walaubagaimanpun, ianya
terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menerima atau menolak permintaannya itu.
[ CITATION Moh201 \l 17417 ]. Perkara ini mesti diadili dengan adil dan saksama untuk
memastikan tiada pergaduhan diantara parlimen dan kabinet kerana kitakpuasan hati.

7
3- Perbincangan mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja dan
mengambil tindakan dalam mesyuarat dijalankan bersama-sama Majlis Raja-Raja.

Badan Perundangan

Dewan Negara dan Dewan Rakyat merupakan Kuasa perundangan Persekutuan yang mengandungi
Yang di-Pertuan Agong. Beliau merupakan sebahagian daripada komponen Parlimen mempunyai hak
seperti berikut:

1- Memanggil Parlimen bermesyuarat dari semasa ke semasa.


2- Memberhentikan dan membubarkan Parlimen
3- Memberi ucapan dalam mana-mana majlis Parlimen
4- Memperkenankan Rang Undang-Undang.
5- Melantik dua orang senator untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang untuk
Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya serta mempunyai kuasa melantik 40 orang
senator lain.

Badan Kehakiman

Selain itu juga, Yang di-Pertuan Agong mempunyai fungsi penting di dalam bidang kehakiman.
Antaranya ialah:

1- Setelah menerima nasihat dari Perdana Menteri dan berunding dengan majlis Raja-Raja YDPA
ditugaskan untuk melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah
Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya, Sabah dan Sarawak, Hakim Mahkamah
Agung, rayuan dan Tinggi.
2- Yang di-Pertuan Agong boleh mengangkat mana-mana pegawai yang berkelayakan dalam
jawatannya sebagai Hakim Mahkamah Tinggi untuk menjadi Pesuruhjaya Kehakiman.
3- Memanjangkan perkhidmatan seorang hakim yang berumur lebih 65 tahun sehingga 6 bulan
selepasnya.
4- Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Perdana Menteri atau Ketua Hakim Negara
boleh mengemukakan cadangan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menyingkirkan seorang
hakim Mahkamah Persekutuan atas alasan yang munasabah. Kemudian, samada pegawai
tersebut disingkirkan atau dikekalkan, terpulang atas budi bicara dari baginda.
5- Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan Perisytiharan darurat apabila terdapat ancaman
dari segi keselamatan, kehidupan, ekonomi atau ketenteraan awam dalam Persekutuan atau
negeri mengikut Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan

8
6- Berdasarkan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Yang di-Pertuan
Agong akan dilantik sebagai Ketua Agama Islam di beberapa buah Negeri iaitu Pulau Pinang,
Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah-wilayah Persekutuan.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, tugas-tugas yang harus dipikul oleh Yang di-Pertuan Agong merupakan
tugasan yang berat yang memerlukan bertindak secara adil dan saksama. [ CITATION Ber2012 \l
17417 ]. Sebagai rakyat Malaysia seharusnya menghargai dan berbangga kerana masih mempunyai
Sultan atau Raja yang dilihat sebagai simbol perpaduan didalam negara kerana kebanyakan negara-
negara yang ada diseluruh dunia yang pada masa dahulu mempunyai Sultan atau raja kini lenyap
institusi beraja itu. Salah satu tugas dan fungsi YDPA adalah melantik perdana menteri dan
membubarkan parlimen. Ramai di antara rakyat yang kurang arif mengenai hal ini yang mana terla
tertulis di dalam Perlembagaan sejak dahulu lagi. Terdapat juga diantara Rakyat yang tidak setuju
malah menolak perlatikan serta pembubaran yang dilakukan oleh YDPA. Walaubagaimanapun,
tindakan yang dilakukan oleh YDPA merupakan tidakan yang bernas, adil dan saksama demi
memperbaiki sistem politik Malaysia serta ekonominya.

Rujukan

Abdullah Ayob. (1957-1963). Cara pemerintahan Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Abdullah Sanusi Ahmad. (1980). Kerajaan Pentadbiran Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Berita Harian. (10 Januari, 2020). Tugas ketua negara amat mencabar -agong. Retrieved from
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/645569/tugas-ketua-negara-amat-
mencabar-agong

Berita Harian. (29 februari, 2020). Jangan persoal ketetapan Agong. Retrieved from
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/660699/jangan-persoal-ketetapan-
agong

Hasniza Hussain. (27 Februari, 2020). Agong Boleh Bubuar Parlilmen Tanpa Nasihat PM. Retrieved
from Sinar Harian: https://www.sinarharian.com.my/article/71692/KHAS/Peralihan-
Kerajaan/Agong-boleh-bubar-Parlimen-tanpa-nasihat-PM-Peguam

9
Khoo Kay Kim. (23 November, 2009). Kedaulatan Raja dan Perannanya Dama Sebuah Negara
Berbilang Bangsa. Wacana: Kedaulatan Raja - Warisan Yang Mesti Dipertahankan. Selangor,
Shah Alam: Dewan Jubli Perak Sultam Abdul Aziz.

Malaysia Kini. (6 september, 2010). Hak istimewa melayu tak boleh dipadam. Retrieved from
Malaysia Kini: https://www.malaysiakini.com/news/142082

Mohd Hafiz Ismail. (28 Februari, 2020). Sinar Harian. Retrieved from
https://www.sinarharian.com.my/article/71891/KHAS/Peralihan-Kerajaan/Bubar-Parlimen-
atas-permintaan-PM-tiada-dalam-Perlembagaan

Mohd Sufiean Hassan. (1 Julai, 2013). Melaka Prihatin IsuInstitusi Raja-Raja Melayu dan Doktrin Raja
Berpelembagaan Negara. Melaka Hari Ini, pp. 17-18.

Mohd Salleh Abas & Salleh Buang. (2007). Prinsip Perlembagaan & Pemerintahan di Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bhasa dan Pustaka.

Raja Nazrin Shah. (5 Jun, 2013). Perlembagaan dan Islam: Peranan Institusi Raja, Titah Duli Yang
Maha Mulia Pemangki Raja Perak Darul Ridzuan. Siminar Institusi Raja. Kuala Lumpur, Bank
Negara Malaysia, Lanai Kijang.

Ramlah Adam. (5 Jun, 2013). 7 Wasiat Raja-Raja Melayu . Satu Analisis Sejarah dan Perlembagaan
Negara Malaysia, Prosiding Seminar Institusi Raja. Kuala Lumpur, Bank Negara Malaysia,
Lanai Kijang.

Rethi Development Sdn Bhd v Majlis Perbandaran Seberang Perai, 10 MLJ (916 2013).

Salim, S. O. (2014). Kamus Dewan Edisi Ke-Empat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

10
11

You might also like