You are on page 1of 2

WAN ATHIRAH BINTI WAN ZIN

941213035464

SISTEM PENTADBIRAN NEGARA

Sistem pentadbiran negara di amalkan adalah sistem demokrasi berparlimen dan


raja berperlembagaan yang diterajui oleh Yang Di-Pertuan Agong. Perundangan
utama negara menjadi punca kuasa kepada penggubalan Perlembagaan
Persekutuan yang meliputi Badan Perundangan, Badan Eksekutif dan Badan
Kehakiman.
Demokrasi Berparlimen adalah penglibatan rakyat dalam sistem pentadbiran
negara melalui pilihanraya dan bebas memilih wakil untuk mengurus negara. Medan
demokrasi Malaysia ialah Parlimen berteraskan kebebasan dan diselia oleh tiga
badan iaitu Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman. Dalam demokrasi berparlimen ,
mengenali calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi cawangan dan
bahagian adalah tanggungjawab setiap warganegara. Jelaslah bahawa demokrasi
merupakan satu konsep yang amat bermakna bagi sesebuah negara yang
mendaulatkan kebebasan individu dalam menentukan pucuk kepimpinan negara.
Pilihan raya dan parlimen merupakan saluran rasmi dan sah di sisi undang-undang
bagi semua rakyat Malaysia yang cukup syarat-syaratnya membuang undi.
Justeru itu, Raja Berperlembagaan bererti kuasa yang diberikan kepada Raja
untuk memerintah oleh Perlembagaan atas nasihat kabinet Am yang biasanya
Perdana Menteri. Yang Dipertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-raja mengikut
kriteria yang ditetapkan selama 5 tahun. Perlembagaan juga memperuntukkan
kuasa dan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong melindungi orang Melayu dan
bumiputra di Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain. Sistem
Raja Berperlembagaan bererti Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu
menjalankan pemerintahan negara dan negeri atasa nasihat ketua kerajaan di mana
Perdana Menteri adalah ketua kerajaan di peringkat pusat manakala Menteri Besar
atau Ketua Menteri sebagai ketua kerajaan negeri. Selain itu, Yang di-Pertuan
Agong juga melantik anggota Jemaah Menteri dan Hakim Mahkamah dengan
nasihat Perdana Menteri. Oleh itu, pentadbiran negara perlu ditadbir baik oleh tokoh
pemerintah yang berwibawa supaya dijamin selamat.
Di samping itu juga, badan perundangan parlimen yang membuatkan undang-
undang di peringkat persekutuan. Dari segi perlembagaan, Parlimen sebenarnya
terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Dewan
Negara adalah lebih tinggi daripada Dewan Rakyat tetapi amalannya, Dewan Rakyat
menjadi lebih utama berdasarkan keanggotaannya yang dipilih. Ahli kedua-kedua
Dewan itu adalah sama tarafnya iaitu Ahli Parlimen. Mereka juga boleh dilantik
menjadi ahli Jemaah Menteri. Selain itu, badan pelaksana undang-undang ialah
Jemaah Menteri atau kabinet iaitu badan penggubal dasar yang tertinggi di negara
Malaysia dan melaksanakan kuasa eksekutif di peringkat persekutuan atau kerajaan
pusat.
Selain itu, mahkamah mempunyai kuasa yang lebih besar jika dibandingkan
dengan badan perundangan dan badan pelaksana. Ciri penting badan kehakiman
selain tidak memihak, ia bebas daripada kawalan sama ada badan perundangan
dan badan pelaksana atau sesiapa pun. Terdapat dua kategori mahkamah iaitu
Mahkamah Rendah dan Mahkamah Utama. Mahkamah Rendah terdiri daripada
Mahkamah Penghulu, Mahkamah Majistret Kelas Satu, Mahkamah Majistret Kelas
Dua dan Mahkamah Seksyen. Manakala Mahkamah Utama terdiri daripada
Mahkamah tinggi iaitu Mahkamah Tinggi Malaya yang diketuai oleh Hakim Besar
Malaya dan Mahkamah Tinggi Borneo yang diketuai oleh Hakim Besar Borneo yang
berpusat di Kuching.
Di Malaysia juga mengamalkan sistem parti politik yang diambil dari Britain
iaitu sistem parti politik pelbagai. Politik partisan bererti suatu perjalanan politik
adalah berpihak kepada parti yang memegang tampuk pemerintahan iaitu Parti
Perikatan dan sekarang Parti Barisan Nasional yang mempunyai pelbagai lagi parti
di dalamnya. Pilihanraya adalah satu cara memilih wakil ke Dewan Rakyat dan
Dewan Undangan Negeri melalui undi. Pilihanraya di negara Malaysia adalah
dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Pilihanraya sangat penting dalam
menentukan kerajaan yang memerintah serta corak sistem dan proses keadilan
sosial negara Mlaysia. Oleh yang demikian, setiap warganegara perlulah melibatkan
diri dan mengambil tahu perkembangan politik semasa.
Selepas pilihanraya, Wakil Rakyat yang memegang jawatan adalah
memberikan kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang
bercorak sosio ekonomi bagi keselesaan, kehidupan pemastautin. Selain itu,
bertanggungjawab menyedia dan menyelengarakan semua projek-projek
prasarana(infrastruktur) seperti jalanraya, perparitan, bekalan air minuman, bekalan
elektrik dan sebagainya.
Akhir sekali, sistem pentadbiran negara di Malaysia sangat sistematik bagi
memastikan rakyat di Malaysia bersatu padu, bekerjasama, saling tolong menolong,
tidak ada sifat yang iri hati sesama rakyat bahkan sesama wakil rakyat sendiri. Wakil
rakyat yang memegang jawatan dalam parlimen atau dun perlulah memberi contoh
yang baik kepada rakyat-rakyat di bawah pimpinan sendiri. Semoga negara
Malaysia semakin maju dan harmoni sampai bila-bila untuk kesejahteraan dan
keamanan negara Malaysia ini sendiri.

You might also like