You are on page 1of 2

SITI HAJAR BINTI JELANI

931121-04-5180

SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

Sejak berabad lamanya, negara kita diterajui dengan sistem pemerintahan yang
diketuai oleh raja. Institusi beraja wujud dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan
pendidikan supaya lebih tersusun. Ahmad Zaharudin Sani Ahmad Sabri (2014),
menyatakan sekiranya dibandingkan dengan negara-negara lain Asia Tenggara, Politik
di Malaysia adalah lebih diinstitusikan. Perundangan atau sistem pemerintahan
merupakan ciri asas pembinaan tamadun. Dalam mengendalikan masyarakat lebih
besar, sistem pemerintahan dibentuk untuk menjalankan pentadbiran.
Bagi memastikan sistem pemerintahan ditadbirkan dengan lebih sistematik dan
tersusun maka pengasingan kuasa dikuatkuasakan. Baharudin Che Pa dan Farizah
Zulkafli (2014), menyatakan pengasingan kuasa merupakan satu doktrin perlembagaan
yang mengesyorkan pengasingan fungsi dan kuasa kerajaan supaya ianya
dikuatkuasakan oleh beberapa orang atau institusi yang berlainan. Hal ini tercetus
supaya dapat mengelakkan berlakunya ketidakadilan yang dijangka akan wujud jika
kuasa itu dipegang oleh seorang individu. Pengasingan kuasa secara amnya
berdasarkan fungsi yang berlainan yang dijalankan oleh badan atau institusi
pemerintahan yang berlainan. Fungsi-fungsi ini dijalankan oleh badan-badan tertentu
mengikut bidang kuasa masing-masing. Terdapat tiga badan atau institusi yang terlibat
iaitu badan perundangan (legislative power), badan pentadbiran (executive power) dan
badan kehakiman (judiciary power).
Sistem pemerintahan Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen dan raja
berperlembagaan. Pengertian demokrasi berparlimen ialah pemerintahan demokrasi
yang dijalankan secara perwakilan. Ianya dijalankan melalui proses pilihan raya dimana
memberi peluang kepada rakyat untuk memutuskan dan membentuk kerajaan dengan
cara memilih perwakilan melalui proses pengundian semasa pilihan raya umum. Setiap
calon yang terpilih melalui pilihan raya akan diberikan kuasa eksekutif. Dalam pada itu,
kuasa tersebut dijalankan oleh Jemaah Menteri atau Kabinet serta kakitangan
perkhidmatan awam yang terpilih. Perlaksanaan kuasa eksekutif akan dipantau oleh
Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dewan Rakyat merupakan satu majlis yang
diadakan untuk rakyat menyampaikan hasrat dan mendapat pembelaan melalui wakil
mereka manakala Dewan Negara berperanan membincangkan rang-rang undang-
undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat. Sistem pemerintahan juga berpandukan
Negara Persekutuan terdiri daripada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Kerajaan Persekutuan ditadbir oleh Ketua Eksekutif iaitu YDPA dan Kabinet serta
Jemaah Menteri yang menjalankan kuasa eksekutif manakala Kerajaan Negeri
dipegang oleh Raja, Sultan dan YDP negeri.

1
Selain itu, antara ciri demokrasi berparlimen ialah perlembagaan.
Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi susunan peraturan dan
undang-undang dasar yang dianggap penting dalam pemerintahan dan pertadbiran
negara. Abdul Aziz Bari (2008), menyatakan di Malaysia, Perkara 4(1) Perlembagaan
Persekutuan antara lain menekankan ketinggian atau keagungan perlembagaan
(supremacy of the constitution) itu. Peruntukan tersebut mengisytiharkan perlembagaan
adalah undang-undang tertinggi persekutuan. Kesannya, mana-mana undang-undang
yang bertentangan dengan perlembagaan undang-undang akan terbatal. Oleh itu,
perlembagaan menjadi kayu ukur kepada kesahan segala tindakan termasuk undang-
undang dalam persekutuan. Kita telah beroperasi bawah satu perlembagaan lebih
daripada 50 tahun, walaupun perlembagaan kita telah dipindakan lebih daripada 60 kali.
Abdul Aziz Bari (2006), menyatakan konsep raja berperlembagaan
(constitutional monarchy) timbul sebagai implikasi tuntutan dan batasan demokrasi
khususnya kedaulatan rakyat yang mahukan kuasa ditentukan oleh rakyat. Yang
Dipertuan Agong merupakan institusi bebas yang melambangkan keyakinan rakyat
terhadap sistem pemerintahan demokrasi. Seri Paduka Baginda secara simbolik
berperanan sebagai tonggak kepada simbol perpaduan antara kaum. Peranan Yang
Dipertuan Agong sebagai Ketua Negara seperti yang termaktub dalam Perkara 32
Perlembagaan Persekutuan. Ketua Negara menjadi lambang kedaulatan, ketaatan,
perpaduaan, kebesaran dan kemuliaan negara. Pemilihan Agong dipilih dari sembilan
orang Sultan yang memerintah Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan,
Johor,Pahang, Terengganu dam Kelantan. Tambahan itu, Ketua Negara juga perlu
mengikuti undang-undang di dalam undang-undang Malaysia Perlembagaan
Persekutuan yang merujuk bahagian IV Persekutuan Bab 1 iaitu Ketua Utama Negara
bagi Persekutuan dan Isterinya. Kamarool Haidi (2020), perlu difahami bahawa “Raja
Berperlembagaan” itu tidak bermakna YDPA atau Raja sahaja perlu memerintah
mengikut perlembagaan, semua pihak yang diberikan kuasa perlu perlu mematuhi
Perlembagaan termasuk Perdana Menteri, menteri-menteri, hakim-hakim dan golongan
yang terpilih. Prinsip keluhuran Perlembagaan menjadi tonggak pemerintahan Malaysia
yang menjamin kedudukan dan prerogatif YDPA dan Raja-Raja Melayu.
Intihanya, setiap negara yang memiliki rakyat yang ramai memerlukan sistem
pemerintahan yang sistematik dan teratur. Malaysia mengamalkan sistem demokrasi
berparlimen mendatangkan banyak kebaikan kepada rakyat. Selain itu, kewujudan raja
berperlembagaan secara tidak lansung dapat mengekalkan tradisi pemerintahan di
Malaysia. Dengan berbuat demikian, sistem pemerintahan dapat mewujudkan suasana
politik yang stabil, aman dan makmur.

You might also like