You are on page 1of 8

Doktrin Pengasingan Kuasa di Malaysia

http://kemayangambai.blogspot.my/2013/04/doktrin-pengasingan-kuasa-di-malaysia.html

Doktrin Pengasingan Kuasa di Malaysia

Maran Ramping

PENGENALAN

Malaysia adalah antara puluhan negara yang mengamalkan konsep feudalisme yang lahirnya daripada
sifatnya sebagai Negara Persekutuan (federation). Sejak negara merdeka tahun 1957, konsep
federalisme yang mendokong idea penggabungan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan
Sabah telah mencetuskan idealisme kewujudan Kerajaan Pusat (central government) dan Kerajaan
Negeri (state government). Namun, perpisahan Singapura pada 1965 dan penarikan Negara Brunei Darul
Salam dalam Persekutuan Malayia pada 16 September 1963 bukan menjadi pokok perbincangan dalam
tugasan ini, khususnya bagi membincangkan aspek Doktrin Pengasingan Kuasa di negara ini.

Perkara yang menjadi keunikan Malaysia adalah lahirnya sebuah negara persekutuan. ‘Persekutuan’,
bermaksud persatuan yang mempunyai sebuah kerajaan pusat (central government) serta beberapa
buah kerajaan negeri. Hal ini bermakna persekutuan mengamalkan konsep federalisme yang unggul
berkaitan dengan penyelesaian konflik di dalam negara. Menurut Azmah Abdul Manaf (1994), sesebuah
negara persekutuan seperti Malaysia mempunyai hak dan kuasa yang diagihkan kepada kerajaan
tempatan (negeri) manakala sebahagian lagi diagihkan kepada institusi Persekutuan.

Selain itu, K. Ramanathan (1988), juga mentakrifkan konsep federalisme yang akhirnya melahirkan
doktrin pengasingan kuasa di Malaysia sebagai;

‘Suatu bentuk pemerintah di mana terdapat sebuah kerajaan pusat yang mewakili wilayah-wilayah yang
lain. Ia bertindak mewakili wilayah-wilayah tersebut dalam hal ehwal luar negeri. Tetapi, negeri-negeri
atau wilayah-wilayah yang lain mempunyai dartjah yang sama dan bebas. Dengan adanya kuasa politik
ini, ia membolehkan semua wilayah ini berkongsi dalam membuat keputusan’

Menurut beliau lagi, dalam bukunya Konsep Asas Politik telah menggariskan beberapa ciri politik
federalisme (persekutuan) yang seharusnya ada bagi sesebuah negara federal seperti Malaysia.

(i) Terdapat pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan wilayah-wilayah lain.

(ii) Pemisahan kerajaan antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri dari segi institusi politik
seperti badan perundangan (legislative), kehakiman (judiciary), dan eksekutif (executive).

(iii) Mempunyai perlembagaan (undang-undang) bertulis yang dipersetujui bersama.

(iv) Mempunyai perlembagaan yang jelas.

(v) Mempunyai badan kehakiman yang bebas untuk menjamin keadilan.

Jelas, ciri-ciri di atas memperlihatkan satu perkongsian kuasa yang ideal dalam sesebuah Negara
Persekutuan seperti Malaysia. Tanpa ciri-ciri di atas, kewujudan sesebuah negara yang mengamalkan
konsep federalisme mungkin dapat dipersoalkan (Azmah Abdul Manaf, 1994).

Selaras dengan Malaysia sebagai negara yang berdaulat dan merdeka juga, sudah tentu ianya
mempunyai ciri-ciri politik yang kuat dan jitu. Menurut Raminah Hj Sabran et al (2010), Malaysia
mempunyai sempadan politik yang jelas, penduduk, sistem kerajaan telah menjadikan negara ini
Negara Persekutuan yang unik. Sistem kerajaan demokrasi berparlimen telah membentuk
Perlembagaan Persekutuan yang mantap. Keadaan ini sekaligus telah mencorakkan Malaysia sebagai
negara demokrasi yang unggul dan ternama di dunia kini. Selanjutnya, aspek yang dibincangkan dalam
tugasan ini adalah berkisar akan doktrin pengasingan kuasa yang menjadi platform dalam menangani
pemusatan kuasa yang melampau di tangan sesetengan pihak atau pemimpin bagi melahirkan Malaysia
sebagai sebuah negara yang terkenal dan unggul.

KONSEP DOKTRIN PENGASINGAN KUASA

Dalam konteks Malaysia sebagai negara demokrasi, pengamalan doktrin pegasingan kuasa sangat
penting dan berguna bagi mentadbir urus negara ke landasan yang betul dan berjaya. Konsep doktrin
pengasingan kuasa ini merupakan idea yang dikemukakan seorang pemikir barat iaitu John Locke dan
dikembangkan oleh Montenquieu, seorang ahli falsafah terkemuka Perancis pada abad ke-18 (dalam
Syed Ahmad Hussein, 1994) yang mengutarakan pembahagian kuasa kepada tiga badan bebas iaitu
badan perundangan (legislative), kehakiman (judiciary), dan eksekutif (executive). Ketiga-tiaga badan ini
di Malaysia menjalankan bidang kuasa masing-masing dan tidak menjalankan kuasa badan-badan lain.

Perundangan (legislative)

Kehakiman

(judiciary)

Eksekutif

(executive)
Menggubal undang-undang

Mengadili serta menegakkan undang-undang

Menguatkuasa dan melaksana undang-undang serta dasar-dasar awam

Jadual 1 : Konsep Pengasingan Kuasa

Sumber : Lezza (2008). Pengajian Am Kertas 1 STPM. Kuala Lumpur : Penerbit SAP.

Tujuan utama konsep pengasingan kuasa ini adalah untuk mengelakkan pemusatan kuasa dalam tangan
satu pihak di mana berkemungkinan pihak terbabit akan terlibat dengan penyalahgunaan kuasa. Secara
praktisnya, kuasa ditakrifkan sebagai kebolehan untuk mempengaruhi tingkah laku orang lain mengikut
naluri atau kehendak seseorang. Kuasa juga boleh didefinisikan sebagai kebolehan seseorang memaksa
orang atau negara lain untuk berbuat sesuatu melalui pujukan, pemberian, janji atau paksaan walaupun
mereka enggan berbuat demikian.

Dalam disiplin politik, kuasa merupakan alat untuk mencapai sesuatu matlamat atau kehendak
seseorang; menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapat sokongan daripada rakyat atau
negara-negara lain atau untuk melaksanakan sesuatu dasar atau untuk mencapai kepentingan sesebuah
negara (Azmah Abdul Manaf, 1994). Dari sudut pandangan yang lain, kuasa yang bertindih bakal
mengeruhkan keadaan dan memberi kesan ke atas pentadbiran sesebuah negara. Justeru itu, doktrin
pengasingan kuasa ini dalam konteks perundangan, pentadbiran dan kehakiman wajar diberi perhatian
serius dan penting bagi mengelakkan pemusatan kuasa berlaku dalam sesebuah negara.

AMALAN DOKTRIN PENGASINGAN KUASA DI MALAYSIA

Doktrin pengasingan kuasa di Malaysia berbeza dengan doktrin asal kerana menekankan kuasa secara
relatif (kebergantungan) antara ketiga-tiga badan bebas ini. Situasi ini memberi ruang dan peluang
supaya badan-badan ini bergerak bebas di samping mempunyai peranan tersendiri. Dalam sistem
demokrasi berparlimen Malaysia, Perlembagaan Persekutuan telah mengasingkan tiga badan yang
terlibat dalam pemerintahan negara, iaitu badan perundangan (legislative), badan pentadbiran
(executive) dan badan kehakiman (judiciary). Menurut Ranjit Singh Malhi (2000), idea terpenting
mengenai pengasingan kuasa ialah orang yang sama tidak harus bertanggungjawab bagi membuat
undang-undang, menguatkuasakannya dan menghukum orang-orang yang melanggarnya. Ini bermakna
doktrin tersebut melibatkan pembahagian kuasa pemerintahan yang jelas antara badan-badan
perundangan, eksekutif dan kehakiman tanpa sebarang pertindihan. Yang di-Pertuan Agong (YDPA)
merupakan Ketua Negara yang berkuasa dalam ketiga-tiga badan tersebut.

(a) Legislatif

(b) Judisiary

(c) Eksekutif

( Doktrin Pengasingan Kuasa Di Malaysia)

Doktrin ini juga menjelaskan bahawa badan yang membuat undang-undang hanya dibenarkan membuat
dan tidak boleh menyerahkan kuasa itu kepada badan-badan lain serta tidak boleh mempunyai kuasa-
kuasa lain. Badan yang memerintah hanya dibenar menjalankan pemerintahan negara dan tidak boleh
membuat undang-undang dan menjalankan kuasa kehakiman. Begitu juga dengan badan kehakiman
yang hanya dibenarkan melaksana kuasa kehakiman dan tidak boleh membuat undang-undang atau
menjalankan kuasa pemerintahan. Matlamat doktrin pengasingan kuasa ialah untuk mengelakkan
pemusatan kuasa di dalam tangan mana-mana pihak.

Menurut Ruslan Zainuddin (2004), struktur pemerintahan di Malaysia mengandungi ketiga-tiga badan di
dalam sistem pemerintahan iaitu badan perundangan, badan pentadbiran dan badan kehakiman. Kuasa
tertinggi di atas ketiga-tiga badan itu terletak pada Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Ini
bermakna Yang di-Pertuan Agong adalah sekaligus merupakan ketua kepada ketiga-tiga cabang
kerajaan. Menurut Perlembagaan Malaysia, baginda bukan sahaja memegang kuasa eksekutif malahan
juga kuasa perundangan. Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan iaitu kuasa memerintah Persekutuan
dan Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan iaitu kuasa perundangan Persekutuan.

Dari segi perundangan, Bab 4, Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan meletakkan ‘Kuasa Legislatif
Persekutuan adalah terletak pada Parlimen yang mengandungi Yang di-pertuan Agong dan dua Majlis
yang dinamakan Dewan Negara dan Dewan Rakyat.’ Dalam hal ini, fungsi dua dewan dan Yang di-
pertuan Agong yang sifat anggotanya adalah berlainan orang adalah satu ciri yang menarik kerana ada
pengasingan kuasa dan kawalan dalam meluluskan satu-satu undang-undang itu mengikut Perkara 49
dan Perkara 66, Perlembagaan Malaysia. Pentadbiran perundangan di peringkat persekutuan lazimnya
diletakkan di bahu Perdana Menteri, ahli-ahli kabinet serta ahli-ahli Parlimen yang terlibat dalam proses
penggubalan undang-undang. Manakala, di peringkat kerajaan negeri, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
serta Ahli Dewan Undangan Negeri menjalankan tugas pentadbirannya. Ini merupakan satu lagi contoh
doktrin pengasingan kuasa dalam aspek perundangan di Malaysia.

Badan Perundangan
(a) Persekutuan (Parlimen - Dewan Rakyat dan Negara)

(b) Negeri (Dewan Undangan Negeri

(Badan Perundangan (Legislative))

Dalam Perlembagaan Persekutuan Bab 3, Perkara 39 ada memetik ‘Kuasa pentadbiran (executive) bagi
Persekutuan adalah terletak pada Yang di-pertuan Agong dan tertakluk kepada peruntukan mana-mana
undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, kuasa itu boleh dijalankan olehnya atau
oleh mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri, tapi Parlimen boleh dengan undang-
undang memberi tugas-tugas pemerintahan kepada orang-orang lain’. Dalam hal ini, kuasa eksekutif
kini boleh dijalankan oleh jemaah Menteri atau Menteri Kabinet yang dilantik. Tapi pada setiap ketika
mereka melaksanakan kuasa itu mereka melaksanakan atas nama ‘Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong’. Di peringkat persekutuan, kuasa tertinggi bagi ketiga-tiga badan terletak pada Yang di-Pertuan
Agong manakala di peringkat negeri pula pada Sultan (Raja) atau Yang di-Pertuan Negeri sebagai pemilik
kuasa eksekutif tertinggi.

Badan Eksekutif

(a) Persekutuan (Kabinet)

(b) Negeri (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri)

( Badan Pentadbiran (Executive))

Bagi bidang kehakiman pula, doktrin pengasingan kuasa meletakkan badan kehakiman ada kebebasan
dari campur tangan. Kebebasan kehakiman tentang jawatan dan pendapatan adalah terjamin mengikut
perlembagaan, walaupun pada dasarnya hakim-hakim Mahkamah Tertinggi dilantik oleh Yang di-
Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja Melayu.
Jaminan ini ada diperuntukkan dalam Perkara 125 dan Perkara 127. Dari segi perlembagaan, doktrin
pengasingan kuasa bidang kehakiman ini menuntut supaya Peguam Negara mempunyai kebebasan
dalam bidang kehakiman serta hal-hal perundangan.

Dalam hal ini kuasa telah diberi oleh Parlimen Malaysia. Bagi pentadbiran kehakiman di peringkat
persekutuan para jemaah menteri atau menteri-menteri perlu mendapat nasihat Peguam Negara dalam
soal-soal undang-undang negara. Bagi melaksanakan peranannya, badan kehakiman terdiri daripada
badan mahkamah atasan, rendah, khas dan tribunal dan badan pengadilan lain (Raminah Hj Sabran, et
al. 2010).
KEBAIKAN DOKTRIN PENGASINGAN KUASA

Doktrin pengasingan kuasa di Malaysia mempunyai kekuatan dan nilai tambahnya (add values)
tersendiri terutama yang berkaitan dengan pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri. Memang tidak dinafikan lagi bahawa sistem ini mempunyai kebaiknya. Dalam sistem
Kerajaan Persekutuan, wujud pembahagian kuasa yang jelas. Sebagai contoh, Kerajaan Persekutuan
berkuasa membuat undang-undang melalui Parlimen manakala Kerajaan Negeri pula berkuasa membuat
undang-undang melalui Dewan Undangan Negeri masing-masing.

Menurut Raminah Hj Sabran et al, (2010), pembahagian kuasa yang terdapat di Malaysia dalam Senarai
Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Maksudnya di sini, Kerajaan Persekutuan
bertanggungjawab ke atas perkara-perkara dalam Senarai Persekutuan, Kerajaan Negeri
bertanggungjawab ke atas perkara dalam Senarai Negeri, dan kedua-dua Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri bertanggungjawab ke atas perkara-perkara dalam Senarai Bersama. Keadaan ini dapat
mengelakkan pertindihan dan pemusatan kuasa bagi kedua-dua kerajaan tersebut.

Selain itu, Konsep Organisasi dan Struktur di Malaysia turut memberi kebaikan kepada negara. Unit ini
dikatakan sebagai badan sosial bagi membentuk dan mencapai tujuan yang dipersetujui bersama
melalui pembahagian tugas yang telah ditetapkan. Tujuan utama organisasi pentadbiran kerajaan ini
untuk;

(i) Mencapai objektif kerajaan yang ditetapkan;

(ii) Membahagikan tugas-tugas kerajaan agar dilaksanakan dengan cekap dan berkesan;

(iii) Menguruangkan pertindihan kerja dalam penyelarasan pentadbiran; dan

(iv) Mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan memudahkan kawalan badan eksekutif dengan
menetapkan bidang kuasa dan tanggungjawab unit-unit pentadbiran.

Sumber : Raminah Hj. Sabran et al, (2010). Teks STPM Pengajian Am Kertas 1 & 2. (Edisi ke-2).

Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Struktur Kerajaan Malaysia turut bersifat birokratik di mana merangkumi fungsi, kuasa, penyelarasan,
perhubungan kawalan dan tanggungjawab. Selaras dengan kepentingan sifat birokratik ini dalam doktrin
pengasingan kuasa ini maka pembahagian dan pengkhususan kerja turut ditekankan. Wujudnya juga
hierarki, yakni lapisan kuasa bertingkat-tingkat, peraturan, prosedur rasmi, penyelenggaraan fail serta
rekod, dan perlantikan kakitangan awam bagi mendominasi perkhidmatan yang baik dan berkesan.
Justeru itu, doktrin pengasingan kuasa di Malaysia hari ini sememangnya wajar dan baik bagi
mengelakkan pertindihan serta pemusatan kuasa pada sesetengah pihak atau pemimpin. Keadaan ini
sekaligus menjadikan sistem Kerajaan Malaysia antara yang terbaik di dunia dan menjadi pujian dan
contoh bagi kebanyakan negara.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan dapatlah dikatakan bahawa doktrin pengasingan kuasa ini wajar dan sesuai
diamalkan dalam sistem pemerintahan negara Malaysia masa kini. Sebagai negara Demokrasi
Berparlimen, konsep pengasingan kuasa yang berteraskan pembahagian kuasa kepada tiga komponen
iaitu perundangan, pentadbiran dan kehakiman bagi mengelakkan pemusatan kuasa di tangan
sesetengah pihak atau pemimpin. Sifat relatif (kebergantungan) dan unsur penyesuaian yang fleksibel
bagi ketiga-tiga unsur ini dalam pentadbiran negara juga dilihat sebagai kekuatan yang luar biasa dalam
politik negara ini. Ciri-ciri saling bergantungan yang bebas turut memberi impak kepada kuasa
‘legitimate’ yang kukuh dari segi undang-undang. Oleh yang demikian, sekali lagi saya menegaskan
bahawa doktrin pengasingan kuasa di Malaysia patut diteruskan bagi melahirkan Malaysia sebagai
sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa kini dan selamanya.

RUJUKAN

Azmah Abd Manaf. (1994). Modul Sejarah Politik Malaysia Moden. Pulau Pinang : Pusat

Pengajian Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia.

Leeza, D. ( 2008). Pengajian Am Kertas 1 STPM. Selangor : SAP Publications (M) Sdn. Bhd.

Ramanthan, K. (1992). Konsep Asas Politik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ranjit Singh Malhi. (2000). Pengajian Am: Kenegaraan Malaysia. Kuala Lumpur: Federal

Publications.

Raminah Hj. Sabran, et al.(2010). Teks STPM Pengajian Am Kertas 1 & 2. (Edisi Ke-2.) Selangor : Oxford
Fajar Sdn. Bhd.

Ruslan Zainuddin. (2004). Sejarah Malaysia. (Edisi ke-2). Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.

Bhd.
Syed Ahmad Hussein (1994). Pengantar Sains politik. Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like