You are on page 1of 9

MODUL NOTA KECEMERLANGAN SEMESTER 1, 2021

BAB 3: SISTEM DAN STRUKTUR PEMERINTAHAN

KANDUNGAN

 Kerajaan Malaysia
 Konsep Raja Berpelembagaan
 Konsep Demokrasi Berparlimen
 Yang di-Pertuan Agong
 Majlis Raja-Raja
 Jawankuasa Pengampunan
 Ketua Audit Negara

YANG DIPERTUAN
AGONG

MAJLIS RAJA-RAJA

PEGUAM NEGARA KETUA AUDIT NEGARA

BADAN
BADAN EKSEKUTIF BADAN KEHAKIMAN
PERUNDANGAN

KONSEP DEMOKRASI BERPARLIMEN

 Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan


dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) sebagai Ketua Negara.

1. Kerajaan Demokrasi bermaksud pemerintahan demokrasi yang dijalankan secara


perwakilan. Perwakilan dilakukan melalui proses pilihan raya.
2. Parlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan dua
Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

PENGENALAN YANG DI-PERTUAN AGONG

 Gelaran rasmi baginda ialah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
 Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Agama Islam bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Sabah, Sarawak, Melaka dan Pulau
Pinang dan negeri baginda sendiri.
 Baginda juga mempunyai kuasa pengampunan atas nasihat Jemaah Pengampunan di Mahkamah Awam
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
 Yang di-Pertuan Agong lambang perpaduan dan kedaulatan negara.
 Kedudukan baginda mengatasi semua orang dalam Persekutuan, iaitu keutamaan baginda mengatasi
semua orang.
 YDPA tidak boleh didakwa atas apa-apa kesalahan dalam mana-mana mahkamah kecuali dalam
Mahkamah Khas Raja-Raja dengan keizinan Peguam Negara. Dalam MKRR pula, baginda boleh
didakwa jika melakukan kesalahan atas sifat peribadi baginda sahaja, bukan atas sifat rasmi.
 YDPA merupakan komponen badan perundangan persekutuan tetapi baginda tidak mengambil
bahagian dalam persidangannya.
 Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa pemerintahan tetapi kuasa itu tertakluk kepada peruntukan
dalam Perlembagaan Persekutuan.
 YDPA merupakan pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan.

SALMIAH RAMLI (RASAHATI) 32


MODUL NOTA KECEMERLANGAN SEMESTER 1, 2021

Konsep Raja Berpelembagaan

1. Bermaksud Sistem beraja mengikut Perlembagaan dan YDPA bertindak mengikut nasihat Jemaah
Menteri. Raja sesebuah negeri pula bertindak mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri
(EXCO)
2. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) sebagai Ketua Negara. Perdana Menteri
merupakan ketua kerajaan dan ketua badan eksekutif. Di peringkat negeri, Sultan atau Yang di-
Pertua Negeri ialah Ketua Negeri manakala Menteri Besar atau Ketua Menteri sebagai Ketua Kerajaan
Negeri.

Pemilihan Yang Dipertuan Agong

 Mana-mana raja daripada sembilan buah negeri beraja di Malaysia layak dipilih sebagai YDPA kecuali
jika:

o Baginda masih mentah dan tidak cukup umur.


o Baginda tidak mahu dipilih
o Baginda didapati tidak waras
o Majlis Raja-Raja (MRR) mengambil ketetapan dengan undi sulit bahawa baginda tidak sesuai
untuk menjalankan tugas-tugas YDPA disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuhnya atau
oleh sebab-sebab lain.

 Syarat pemilihan YDPA adalah:-

 Mesti beragama Islam


 Cukup umur dan matang
 Waras pemikiran
 Dilantik daripada keturunan diraja
 Dipilih mengikut undian Majlis Raja-Raja antara sembilan Raja Melayu.

 YDPA memegang jawatan selama lima tahun dan dibantu oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
 Jika YDPA mangkat, timbalan YDPA tidak secara automatik dilantik sebagai YDPA. Pemilihan semula
akan dilakukan oleh Majlis Raja-Raja
 Saraan YDPA dan Timbalan YDPA ditanggung oleh Kumpulan Wang Persekutuan yang Disatukan.
 Pemilihan YDPA perlu mendapat sokongan 5 orang daripada 9 orang anggota Majlis Raja-Raja. Apabila
raja yang ditawarkan jawatan YDPA itu menerima jawatan itu, MRR hendaklah mengistiharkan raja itu
sebagai dipilih.
 Kemudian, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selaku Setiausaha Majlis Raja-Raja, hendaklah
memberitahukan keputusan itu secara bertulis kepada Dewan Rakyat dan Dewan Negara (Majlis
Parlimen). Kemudian, baginda perlu mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan di hadapan
Majlis Raja-Raja dan Ketua Hakim Negara.
 YDPA boleh meletakkan jawatan baginda bila-bila masa tetapi secara bertulis kepada Majlis Raja-Raja
 Pemecatan YDPA hanya boleh dilakukan oleh Majlis Raja-Raja dengan undi sulit 5 daripada 9 orang
raja.

SALMIAH RAMLI (RASAHATI) 33


MODUL NOTA KECEMERLANGAN SEMESTER 1, 2021

Kuasa Yang di-Pertuan Agong

Kuasa
Kuasa-kuasa Eksekutif Kuasa
lain
Perundangan

Kuasa
Kuasa
Sekatan
YDPA Kuasa
Kehakiman

Kuasa
Budibicara

Kuasa Eksekutif / Fungsi Eksekutif YDPA

 Kuasa pentadbiran negara dilaksanakan oleh kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri dibawah
naungan YDPA.
 Kuasa eksekutif negara adalah dalam tangan Yang di-Pertuan Agong tetapi kuasa eksekutif
dilaksanakan oleh Perdana Menteri dan Kabinet.
 YDPA akan memilih ketua parti politik yang memperoleh kerusi terbanyak (undi majoriti 2/3 melalui
proses pilihan raya) di Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri.
 Baginda melantik ahli-ahli Kabinet dan Timbalan-Timbalan Menteri atas nasihat Perdana Menteri
 Walaupun baginda tidak mentadbir negara, namun baginda berhak meminta dan mendapatkan apa-apa
maklumat tentang pentadbiran negara daripada kabinet.
 YDPA mengistiharkan darurat demi keamanan negara atas nasihat kabinet atau atas budibicaranya
sendiri.

Melantik Perdana
Menteri

Meminta mesyuarat Majlis


Raja-Raja diadakan semata- Kuasa Tidak mempersetujui
mata untuk membincangkan Budibicara permintaan untuk
keistimewaan, kedudukan, YDPA membubarkan Parlimen
kemuliaaan dan kebesaran
raja

Kuasa Perundangan YDPA/ fungsi perundangan YDPA

Kuasa
Perundangan
YDPA

SALMIAH RAMLI (RASAHATI) 34


MODUL NOTA KECEMERLANGAN SEMESTER 1, 2021

 YDPA merupakan sebahagian daripada komponen Parlimen.


 Mempunyai kuasa untuk mendengar perbicaraan pembentukan rang undang-undang.
 Jika YDPA tidak memperkenankan rang undang-undang tersebut dalam tempoh 30 hari, rang undang-
undang tersebut tetap dijadikan undang-undang.
 Rang undang-undang yang telah diperkenankan oleh YDPA akan diwartakan dalam Warta Kerajaan
dan dicapkan dengan mohor Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.

 YDPA berkuasa melantik Senator bagi Dewan Negara:-


o Dua orang dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
o Seorang dari Wilayah Persekutuan Putrajaya 44 orang
o Seorang dari Wilayah Persekutuan Labuan semuanya
o 40 orang senator dari semua negeri
o Senator merupakan tokoh dari bidang ikhtisas seperti perdagangan, pertanian, memberi
sumbangan kebajikan, kebudayaan, mewakili kaum minoriti dan tokoh penting dalam
perindustrian dan perdagangan.

 Setiap kerajaan negeri juga akan melantik dua orang senator masing-masing bagi menganggotai
Dewan Negara. (2 orang setiap negeri x 13 negeri = 26 orang)

Kuasa Kehakiman YDPA/ Fungsi kehakiman YDPA

Melantik Ketua
Hakim Negara
Mahkamah
Persekutuan

Melantik sesiapa sahaja yang Melantik Presiden


dianggap layak sebagai Mahkamah Rayuan
Pesuruhjaya Kehakiman atas
nasihat PM + Ketua Hakim
Negara
Kuasa
Lantikan YDPA Hakim Besar
dalam badan Mahkamah Tinggi
kehakiman Malaya dan Sabah
Melantik Hakim-Hakim dan Sarawak
Mahkamah Tinggi atas
nasihat PM + MRR

Melantik Hakim-
Melantik Hakim- Hakim Mahkamah
Hakim Mahkamah Agung
Rayuan

 Baginda boleh melanjutkan tempoh perkhidmatan seorang hakim melebihi umur 65 tahun atau 66
tahun untuk tempoh masa 6 bulan lagi.
 YDPA atas nasihat Perdana Menteri yang telah berunding dengan Ketua Hakim Negara boleh
menyingkirkan seorang Hakim Mahkamah Persekutuan atas alasan :-

1. berkelakuan tidak senonoh atau


2. mempunyai masalah kesihatan atau
3. tidak waras atau
4. alasan-alasan lain.

SALMIAH RAMLI (RASAHATI) 35


MODUL NOTA KECEMERLANGAN SEMESTER 1, 2021

Baginda melaksanakan kuasa pengampunan dengan nasihat Jemaah Pengampunan atas nasihat
Peguam Negara.

Kuasa mengampun dan menangguhkan hukuman bagi semua kesalahan yang telah
Pengampunan dibicarakan di Mahkamah Tentera
YDPA
Mengampun segala kesalahan dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan
dan Putrajaya

Mengampun, menangguh atau mengurangkan hukuman penjara yang dijatuhkan


oleh Mahkamah Awam, Mahkamah Tentera, Mahkamah Syariah di negeri-negeri
Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Putrajaya dan Labuan

Kuasa-Kuasa lain YDPA

Mengistiharkan
Darurat

Melantik diplomat YDPA sebagai Ketua


Malaysia di luar negara Agama Islam bagi
dan menerima negeri tidak beraja dan
mengadap diplomat Kuasa- Wilayah Persekutuan
asing Kuasa lain
YDPA

Menjaga Hak
Istimewa orang Pemerintah
Melayu dan Tertinggi Angkatan
Bumiputera Sabah Tentera
dan Sarawak

 Kuasa lantikan YDPA yang lain ialah melantik:-

Jawatan- Jawatan lain yang Atas nasihat Melalui kerjasama/ selepas


dilantik oleh YDPA berunding dengan..
Peguam Negara Perdana Menteri -

Ketua Audit Negara Perdana Menteri Majlis Raja-Raja

Ketua Turus Angkatan Bersenjata Majlis Angkatan Tentera -


Ketua Polis Negara dan Perdana Menteri Suruhanjaya Perkhidmatan Polis
Timbalan Ketua Polis Negara
Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Perdana Menteri Majlis Raja-Raja
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Perdana Menteri Majlis Raja-Raja
Suruhanjaya Perkhidmatan
Pendidikan
Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Perdana Menteri Majlis Raja-Raja
Suruhanjaya Pilihanraya
Ketua Setiusaha Kementerian, Perdana Menteri Suruhanjaya Perkhidmatan
Timbalannya, Ketua Jabatan dan berkenaan
Timbalannya

SALMIAH RAMLI (RASAHATI) 36


MODUL NOTA KECEMERLANGAN SEMESTER 1, 2021

Had Kuasa YDPA/ Kuasa Sekatan YDPA

Tidak boleh menjalankan tugas dan


tanggungjawab sebagai raja di negeri baginda
sendiri, KECUALI menjadi Ketua Agama Islam

Had
Kuasa
YDPA

Tidak boleh Melantik pemangku raja atau


ahli jemaah pemangku raja sebagai ganti Tidak boleh Meminda
pemangku raja atau ahli, mengikut mana perlembagaan negeri baginda
yang berkenaan, yang telah mangkat atau
yang tidak berupaya

 YDPA juga tidak dibenarkan/ dilarang :-

o Bergiat aktif dalam perniagaan.


o Memegang apa-apa jawatan lain yang diberi saraan.
o Menerima apa-apa juga jenis pendapatan yang kena dibayar kepadanya sebagai raja
negerinya.
o Meninggalkan Persekutuan lebih daripada lima belas hari tanpa persetujuan Majlis Raja-
Raja, kecuali atas lawatan rasmi negara.
o Melakukan kesalahan seperti mana yang dicatatkan dalam Kanun Keseksaan atas sifat
peribadi baginda.
o Tidak mempunyai kuasa mengampunkan kesalahan permaisuri dan putera-puteri baginda
sendiri.
o Tidak berkuasa membenarkan permaisuri mempunyai kuasa seperti raja.

SALMIAH RAMLI (RASAHATI) 37


MODUL NOTA KECEMERLANGAN SEMESTER 1, 2021

MAJLIS RAJA-RAJA

Pengenalan

 Terdapat 9 orang raja dan 4 orang Yang di-Pertuan Negeri dalam pembentukan Majlis Raja-Raja
 Majlis Raja-Raja berkumpul untuk membincangkan hal ehwal raja-raja Melayu dan Yang di-Pertuan
Negeri
 Majlis Raja-Raja merupakan satu komponen penting kerajaan demokrasi berparlimen
 Keahlian Majlis Raja-Raja terdiri :-

Penyimpan
Duli-duli Yang Yang di-
Yang di- Mohor Besar
Maha Mulia Pertuan Negeri
Pertuan Besar Raja-Raja
Raja-Raja Pulau Pinang,
Negeri sebagai
(sultan) dan Melaka, Sabah
Sembilan setiausaha
Raja Perlis dan Sarawak
Majlis Raja-Raja

o YDPA bukan ahli Majlis Raja-Raja


o Wakil raja akan menggantikan raja yang tidak dapat hadir

 Tugas Majlis Raja-Raja:-

o Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan.
o Mempersetujui atau tidak mana-mana pelantikan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-
Raja
o Menimbang soal-soal mengenai dasar negara.
o Menyetujui atau tidak berkenaan undang-undang berikut :-
 Menyentuh keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.
 Kedudukan orang Melayu daripada aspek ekonomi (kuota)
 Perubahan sempadan negeri
 Kebesaran raja
 Upacara agama sebelum membuat perubahan dasar tentang tindakan pentadbiran
dan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak
o Merunding pelantikan anggota :-
 Mahkamah Khas atas nasihat Perdana Menteri.
 Pengerusi, timbalan dan ahli suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya
Pendidikan dan Suruhanjaya Pilihanraya.
o Melantik seorang anggota menduduki Majlis Angkatan Tentera untuk mewakili mereka.
o Memberi ampun, menangguh atau membatalkan, reprief, respit atau meremit hukuman
o Menggantung atau meringankan hukuman

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

 Merupakan Setiausaha Majlis Raja-Raja


 Mohor Besar Raja-Raja disimpan dan dibawah jagaan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
 Beliau memegang jawatan selama diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja

SALMIAH RAMLI (RASAHATI) 38


MODUL NOTA KECEMERLANGAN SEMESTER 1, 2021

 Tugas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja :-

oMengumumkan keputusan
oMemanggil mesyuarat
Majlis Raja-Raja,
Majlis Raja-Raja atas arahan
oMenyimpan minit mengistiharkan anak bulan
Yang di-Pertuan Agong atau
mesyuarat Majlis Raja-Raja. syawal sebelum berpuasa
tidak kurang 3 ahli Majlis
dan menentukan tarikh hari
Raja-Raja
raya puasa.

oMenandatangani dan oMenerima dan


menurunkan cap Mohor mengedarkan kertas-kertas
Besar bagi setiap dokumen kerja yang hendak
rasmi yang di keluarkan oleh dikemukakan dalam
Majlis Raja-Raja mesyuarat Majlis Raja-Raja

Jemaah Pengampun

 Jemaah pengampun ditubuhkan disetiap negeri


 Keanggotaan terdiri daripada :-
o Peguam Negara
o Ketua Menteri Negeri berkenaan
o Dan tidak lebih daripada tiga ahli lain yang dilantik raja atau Yang di-Pertuan Negeri.
o Pengerusi mesyuarat ialah Raja atau Yang di-Pertua Negeri berkenaan.

Ketua Audit Negara

 Ketua Audit Negara dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis
Raja-Raja.
 Ketua Audit Negara tidak tertakluk kepada kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
 Wang saraannya ditanggung oleh Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
 Boleh bila-bila masa meletakkan jawatannya tetapi tidak boleh dipecat daripada jawatannya kecuali
atas alasan dan cara yang sama seperti seorang Hakim Mahkamah Persekutuan. (melalui tribunal)
 Bebas daripada daripada pengaruh badan eksekutif.

Tugas dan tanggungjawab Ketua Audit Negara

1. Tugas utamanya ialah mengaudit dan mengesahkan penyata kewangan dan melaporkan hasil
pemeriksaannya kepada Yang di-Pertuan Agong, sultan-sultan atau Yang di-Pertuan Negeri yang akan
memperkenankan laporan tersebut dibentangkan di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
2. Mengaudit dan melapor terus kepada badan perundangan.
3. Ketua Audit Negara boleh memeriksa, menyiasat, dan mengaudit :-

Akaun-akaun
Kerajaan Persekutuan
dan Kerajaan Negeri

Akaun mana-mana Akaun-akaun mana-


Badan termasuk mana Badan atau
syarikat di bawah Akta Tugas
Pengauditan Pihak Berkuasa
Syarikat yang mererima Awam
geran atau pinjaman

Akaun Kumpulan Wang yang


ditubuhkan secara berasingan
oleh Persekutuan dan Negeri

SALMIAH RAMLI (RASAHATI) 39


MODUL NOTA KECEMERLANGAN SEMESTER 1, 2021

Tugas Pelaporan Ketua Audit Negara:-

1. Menghantar laporan-laporannya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong


• Yang akan mengarahkan laporan-laporan itu dibentangkan dalam Dewan Rakyat

2. Laporan mengenai akaun-akaun sesuatu negeri atau pihak berkuasa awam negeri
• Hendaklah di hantar kepada Raja atau Yang di-Pertuan Negeri bagi negeri itu yang akan
mengarahkan laporan itu dibentangkan dalam Dewan Negeri.

3. Perkara-Perkara yang dilaporkan kepada Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri
• akan dibincangkan oleh Jawatan kuasa Kira-Kira Wang Negara atau Jawatan kuasa Kira-Kira
Wang Negeri mengikut mana yang berkenaan

Pejabat Ketua Audit Negara


Yang di-Pertuan
(tanggungjawab diberi
Agong kepada Ketua Audit Negara)

Kerajaan
Persekutuan/Kerajaan Negeri
Hasil Pengauditan
(YDPA/Raja atau Yang di-
Pertuan Negeri)

Perundangan
Hasil Pelaporan (Dewan Parlimen/Dewan
Undangan Negeri )

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)

 Dilantik oleh Dewan Rakyat.


 Keanggotaannya: wakil-wakil rakyat daripada kalangan parti-parti politik utama yang berada di
Parlimen.

SALMIAH RAMLI (RASAHATI) 40

You might also like