You are on page 1of 51

JABATAN PENDIDIKAN

NEGERI MELAKA

MODUL PUNCAK
SEJARAH STPM

KERTAS 1
SEJARAH DUNIA
(1500-1955)

SEMESTER 1
Edisi 2019
Sejarah STPM Semester 1 : STPM 2019
Negeri Melaka

Ahli Panel Modul Puncak Sejarah STPM Semester 1, STPM 2019

1. Encik Jaafar b. Sahat SMK Tun Tuah


2. Puan Khatijah bt. Arwan SMK Munshi Abdullah
3. Puan Ruhaya bt. Ismail SMK(A) Sultan Muhammad
4. Puan Siti Suhana bt. Tumin SMK(A) Sultan Muhammad
5. Encik Paramasivam a/l Raman SMK Bukit Baru
6. Encik Jumali b. Rasikun SMK Seri Tanjong
7. Encik Bahari b. Drus SMK Tun Haji Abdul Malek
8. Cik Sim Swee Neo SMK Tinggi Melaka
9. Encik Sufi b. Kahar SMK Tinggi Melaka
10. Puan Aidah bt. Md. Said SMK Seri Mahkota
11. Encik Shah Jehan b. Abdul Rashid SMK Seri Mahkota
12. Puan Norazizah bt. Mohd. Khalid SMK Datuk Bendahara
13. Encik Khairil Anuar b. Yahya SMK Sultan Iskandar Shah
14. Puan Khadijah bt. Baharudin SMK Sultan Iskandar Shah
15. Puan Marsyitah bt, Abdul Rahim SMK Sultan Alauddin
16. Encik Nordin b. Ambon SMK Lubuk Cina
17. Encik Abd. Rashid b. Mohd Salleh SMK Pulau Sebang
18. Puan Norhayati bt. Rambeli SMK Dato Haji Talib Karim
19. Puan Dayang Kursiah bt. Mohd. Hasan SMK Tun Syed Zahirudin
20. Encik Bakhtiar b. Bahir SMK Durian Daun
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

RUBRIK PENSKORAN SEJARAH STPM

8 6-7 4-5 2-3 0-1

P
PENGETAHUAN
Penguasaan subjek
soalan luas dan
mendalam.
Penguasaan subjek
soalan agak luas tetapi
kurang mendalam.
Menguasai subjek
soalan, tetapi keluasan
dan kedalamannya
terbatas
Hanya mengetahuai
subjek soalan secara kabur
Tiada pengetahuan
subjek soalan

Gagal menyediakan
Fakta, Idea, Konsep, Menyediakan Menyediakan
maklumat utama dan
Tema maklumat utama, maklumat utama, bukti Maklumat utama, bukti
Maklumat utama, bukti bukti sokongan. Hanya
bukti sokongan dan sokongan dan sokongan sangat terhad
sokongan dan membuat kenyataan
pendetailan amat pendetailan agak dan tidak mendasar,
pendetailan terbatas, umum, banyak tidak
memadai, tepat, memadai, majoritinya ada yang kurang tepat,
hanya sebahagiannya tepat, tidak relevan,
relevan, dan amat tepat, relevan, dan kurang relevan, dan tidak
tepat, relevan, dan gagal
membantu calon membantu menjawab membantu calon
menyumbang kepada menyediakan
menjawab soalan soalan secara menjawab soalan secara
kedalaman jawapan. maklumat yang
secara terperinci dan mendalam. memuaskan.
diperiukan bagi
mendalam.
menjawab soalan.
Kesilapan fakta Kesalahan amat
Kesilapan fakta amat Kesilapan fakta kurang Kesilapan agak ketara.
minimum, tidak ketara, dan
minimum, sama sekali ketara, tetapi agak sehingga banyak
mencacatkan mencacatkan
tidak mencacatkan mencacatkan kecacatan dari segi
ketepatan keseluruhan ketepatan keseluruhan
ketepatan jawapan ketepatan jawapan ketepatan jawapan
jawapan jawapan

i
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

6 5 4 3 0-2

T
Membina hujahan
teras secara logical
merujuk Membina hujahan
Pembinaan hujahan Tiada hujahan
sepenuhnya teras merujuk Hujahan teras tidak
teras merujuk secara teras, kenyataan
TAAKULAN kepada kehendak kepada kehendak jelas dan hanya
soalan - idea yang longgar kepada kabur dan tidak
soalan-kupasan merujuk secara longgar
Kefahaman, dikembangkan kehendak soalan- jelas dan tidak
menggunakan kepada soalan-
aplikasi, analisis, sebagaj respon kupasan idea yang merujuk kepada
beberapa contoh, kupasan idea hanya
sintesis, evaluasi terhadap soalan, dikembangkan kehendak soalan -
kupasan isu fakta dan berdasarkan sedikit
berdasarkan bukti kupasanidea yang
disandarkan pada pendetailan yang bukti
terbatas, tetapi dikembangkan
banyak contoh, menyumbang menyebabkan hujahan
hujahan agak tidak didasarkan
fakta, pendetailan kepada taakulan kurang koheren
koheren bukti.
yang relevan yangagak mantap
menyebabkan
penaakulan sangat
mantap
Eviden dalam
Eviden dalam Ada eviden yang Tiada eviden yang
hujahan Sebahagian kecil
hujahan amat relevan, tetapi relevan dalam
kebanyakannya eviden kurang relevan
relevan kebanyakannya lemah hujahan
relevan

ii
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

6 5 4 3 0-2

K
Susunan idea secara Susunan idea kurang
Susunan idea amat Susunan idea logikal, Susunan idea tidak
deskriptif, kurang logical, sangat deskriptif
logikal, analitikal, agak analitikal dan logikal, dan tidak
logical , tetapi dan tidak tersusun
teratur dan sesuai tersusun sesuai tersusun lari dari
tersusun dan tidak lari tetapi tidak lari dari
KOMUNIKASI kehendak soalan kehendak soalan kehendak soalan
dari kehendak soalan kehendak soalan

Susunan wacana, Penyampaian idea Penyampaian idea Penyampian idea Penyampaian idea Idea yang
binaan tesis, amat jelas dan licin jelas dan licin, tetapi kurang jelas dan kabur, ada disampaikan
penyampaian isi, menerusi ayat dan ada kesilapan ayat melompat, kesilapan pengulangan dan menyimpang,
fokus tatabahasa yang dan tatabahasa ayat dan tatabahasa kesilapan ayat dan dipenuhi kesilapan
perbincangan, kemas. yang minimum. agak ketara. tatabahasa ketara ayat dan tatabahasa
penegasan
wacana, rumusan Idea-idea utama
Idea utama dalam Idea utama dalam Idea utama dalam Perenggan tiada
dan kesimpulan dalam perenggan
perenggan perenggan bertalian, perenggan banyak idea utama, hanya
terangkai secara
terangkai secara tetapi sebahagianya yang tidak bertalian kenyataan umum
bertalian
bertalian kurang berkaitan dan kurang membantu yang tidak terangkai
membentuk idea
membentuk idea membentuk idea pembentukan idea dan binaan idea
keseluruhan yang
keseluruhan yang keseluruhan yang keseluruhan secara keseluruhan tidak
padu
kemas agak teratur lancar teratur
Wacana terfokus Wacana tidak
Wacana terfokus Wacana kurang
pada tesis : Wacana tidak banyak terfokus pada tesis :
pada tesis : terfokus pada tesis :
menunjukkan terfokus pada tesis : menunjukkan
menunjukkan menunjukkan
kefahaman menunjukkan ketiadaan
kefahaman kefahaman tidak
mendalam kefahaman rendah kefahaman terhadap
tertiadap sepenuhnya terhadap
terhadap terhadap pengetahuan pengetahuan dan
pengetahuan dan pengetahuan dan
pengetahuan dan dan kehendak soalan kehendak soalan
kehendak soalan kehendak soalan
kehendak soalan
Mensintesis idea Sintesis idea
Sintesis idea Sintesis idea
keseluruhan secara Sintesis idea keseluruhan keseluruhan sangat
keseluruhan agak jitu keseluruhan kurang
jitu sehingga longgar sehingga longgar sehingga
sehingga rumusan jitu menyebabkan
rumusan dan rumusan dan rumusan dan
dan kesimpulan rumusan dan
kesimpulan amat kesimpulan tidak jelas. kesimpulan tidak
agak padu. kesimpulan longgar.
padu. relevan.

iii
Sejarah STPM Semester 1 : STPM 2019
Negeri Melaka

SEJARAH DUNIA
1500-1955

TEMA 1
MASYARAKAT

1. Bandingkan ciri-ciri
ciri sistem Feudal di England dan Jepun pada abad ke-
ke 16
hingga 17 Masihi.

2. Sejauhmanakah kemajuan yang dicapai oleh masyarakat Belanda dalam


sains dan teknologi menggalakkan perkemb
perkembangan
angan masyarakat agraria pada
abad ke- 16 hingga 17 Masihi.

3. Sejauhmanakah kemajuan dalam teknologi pelayaran dan perkapalan


membantu kemunculan masyarakat maritim di Jepun pada abad ke
ke- 16
hingga ke- 17 Masihi.
asihi.

4. Sejauhmanakah kemajuan yang dicapai dalam b bidang


idang pertanian
merangsang pertumbuhan industri di Jerman pada abad ke
ke- 18 hingga 19
Masihi.

1
Sejarah STPM Semester 1 : STPM 2019
Negeri Melaka

1. Bandingkan ciri-ciri sistem Feudal di England dan Jepun pada abad ke- 16
hingga 17 Masihi.

Jawapan :

Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan politik tempatan


yang ditakbirkan oleh individu-individu tertentu dan bukan wakil
oleh kerajaan pusat. Dalam sistem feudal, kedudukan seseorang
individu adalah mengikut sistem kelas. Feudalisme di Eropah
terbentuk selepas kejatuhan empayar Charlemagne dan Pendahuluan
berlanjutan hingga abad ke-14 Masihi. Zaman kemuncak
pemerintahan berasaskan feudalisme di England adalah semasa
Dinasti Tudor tahun 1485 hingga 1603. Feudalisme di Jepun pula
telah berakar umbi sejak Zaman Kamakura lagi.
Persamaan Dari Segi Pembinaan Masyarakat Fakta
Pembinaan masyarakat kedua-dua negara ini adalah
dibina atas dasar keturunan atau sistem kelas. Golongan
bangsawan akan berada di atas, diikuti oleh tentera
Huraian dan
dan petani. Misalnya, jika dilahirkan seorang anak
Isi 1 Contoh
petani maka dibesarkan sebagai petani, sedangkan
anak-anak bangsawan akan tetap menjadi golongan
bangsawan.
Hal ini membawa kepada kurangnya perubahan status Penegasan
dalam masyarakat feudal atau kurangnya mobiliti sosial Fakta
Persamaan Dari Segi Kekerapan Dilanda Peperangan Fakta
Keadaaan ini menyebabkan golongan knight di Eropah
dan samurai di Jepun mempunyai peranan yang amat
penting sebagai hulubalang pada zaman feudal.
Huraian dan
Kedua-duanya berkhidmat dengan golongan
Contoh
bangsawan dan terikat dengan undang-undang feudal.
Isi 2 Knight terikat dengan konsep chivalry manakala
samurai terikat dengan konsep bushido di Jepun.
Jelaslah, peperangan adalah fenomena biasa dalam
kalangan masyarakat di England dan Jepun. Keadaan
Penegasan
ini menyebabkan golongan knight di Eropah dan
Fakta
Samurai di Jepun mempunyai peranan yang penting
pada zaman feudal .
Persamaan Daripada Segi Peralatan Peperangan Fakta

Persamaan juga dapat dilihat daripada segi peralatan


peperangan yang digunakan oleh knight dan samurai.
Kedua-duanya menggunakan kuda, pedang dan baju
Isi 3 perisai. Baju perisai Eropah diperbuat daripada besi atau Huraian dan
disadur dengan besi. Baju perisai Jepun pula diperbuat Contoh
daripada logam atau sutera atau saduran logam.
Knight amat memerlukan bantuan untuk menaiki kuda
kerana baju perisai yang berat sedangkan samurai tidak
memerlukan bantuan untuk menaiki kuda

2
Sejarah STPM Semester 1 : STPM 2019
Negeri Melaka

Sehubungan dengan itu, peralatan peperangan lebih


Penegasan
berbentuk tradisional memperlihatkan persamaan
Fakta
penggunaannya dikedua-dua negara.
Terdapat Perbezaan yang Paling Ketara Ialah Pemilikan
Fakta
Tanah

Di England golongan knight mendapat tanah sebagai


bayaran memberi perkhidmatan ketenteraan. Knight
juga mengawal golongan petani atau serf yang
Huraian dan
Isi 4 berkerja di tanah-tanah mereka. Manakala di Jepun,
Contoh
samurai tidak mempunyai tanah. Hal ini kerana daimyo
mengenakan cukai ke atas petani untuk membayar gaji
samurai dalam bentuk beras.

Keadaan ini memperlihatkan perbezaan yang jelas Penegasan


dalam sistem feudal di kedua buah negara tersebut. Fakta

Kesimpulannya, terdapat beberapa persamaan dan perbezaan di


antara sistem feudal Eropah dan Jepun dari pelbagai aspek.
Kesimpulan
Namun, sistem fedual tetap memperlihatkan golongan atasan lebih
berkuasa dan memonipulasikan golongan bawahan

3
Sejarah STPM Semester 1 : STPM 2019
Negeri Melaka

2. Sejauhmanakah kemajuan yang dicapai oleh masyarakat Belanda dalam


sains dan teknologi menggalakkan perkembangan masyarakat agraria
pada abad ke- 16 hingga 17 Masihi.

Jawapan :

Konsep Masyarakat agraria ialah masyarakat yang


bergantung kepada kegiatan pertaniaan sebagai sumber
kehidupan mereka. Masyarakat agraria Belanda telah memberi
keutamaan kepada aktiviti bercucuk tanam dan penternakan
sebagai sumber ekonomi mereka. Pada abad ke-16 dan ke-17,
masyarakat Belanda telah menggunakan pelbagai kaedah dan Pendahuluan
teknik pertanian yang lebih maju berbanding dengan negara-
negara Eropah lain. Dengan itu, kemajuan sains dan teknologi,
telah menggalakkan perkembangan masyarakat agraria di
Belanda. Namun, terdapat pelbagai aspek lain yang turut
membantu perkembangan ini.
Kemajuan Sains dan Teknologi Fakta
Masyarakat agrarian Belanda telah mencapai
kemajuan dalam sains dan teknologi khususnya
teknologi pertanian. Mereka mencipta pelbagai jenis
peralatan untuk kegunaan pertanian secara skala
besar. Sebagai contoh, penciptaan tugal dan tenggala
beroda adalah untuk memugar dan membajak tanah
pertanian.Terdapat juga mesin untuk menampi bijirin.
Selain itu, mereka juga melakukan aktiviti penambakan
tanah laut untuk dijadikan kawasan pertanian dengan
Huraian dan
mengeringkan kawasan tambakan laut menggunakan
Contoh
kincir angin dan daik seperti yang berjaya dijalankan
Isi 1 oleh Jan Adriaanszoon pada tahun 1600-an. Menjelang
abad ke-17, 49% wilayah Zeeland ditebus guna untuk
pertanian. Pada tahun 1612, Tasik Beemster telah
berjaya dikeringkan membentuk sebuah dataran
baharu yang dikenali sebagai Beemster Polder.
Terdapat kajian pertanian seperti kajian penanaman
rumput jenis Clover, Lucerne dan Burnet untuk ternakan
pada tanah-tanah rang.
Tegasnya, banyak kaedah pertanian yang diamalkan di
Belanda telah di sebar luas ke negara-negara lain.
Penegasan
Antara perkembangan yang berlaku dalam bidang
Fakta
teknologi pertanian ini adalah Kajian Mengenai Sistem
Pertanian Belanda dan Sistem Pinggiliran Tanaman.
Kemahiran dan Pengetahuan Dalam Aspek Pertanian. Fakta
Masyarakat agraria di Belanda juga memiliki kemahiran
dan pengetahuan dalam aspek pertanian. Masyarakat
Isi 2 petani menggunakan kuda dalam pertanian khususnya Huraian dan
pertanian ladang. Penggunaan kincir angin Contoh
membolehkan air yang berlebihan di kawasan rendah
digunakan di kawasan pertanian. Penambakan laut

4
Sejarah STPM Semester 1 : STPM 2019
Negeri Melaka

dan tebus guna tanah dilaksanakan bagi membolehkan


masyarakat agraria di Belanda menambah keluasan
kawasan pertanian. Kaedah tanaman bergilir
diusahakan bagi membolehkan kegiatan pertanian
dijalankan sepanjang musim tanaman.
Sehubungan dengan, kemahiran dan pengetahuan
dalam aspek pertanian ini membolehkan masyarakat Penegasan
agraria di Belanda menjalankan kegiatan pertanian Fakta
secara intensif
Pemasaran Pengeluaran Hasil Pertanian. Fakta
Masyarakat agaria di Belanda juga mahir berkaitan
dengan pemasaran pengeluaran hasil pertanian. Hasil
pengeluaran digunakan untuk keperluan tempatan dan
pasaran domestik. Bagaimanapun, masyarakat agraria
Huraian dan
di Belanda turut terlibat dalam kegiatan ekonomi
Contoh
mekantilisme. Ekonomi mekantilisme ini kemudiannya
Isi 3
membolehkan Belanda menguasai perdagangan
antarabangsa. Barangan import seperti lada hitam dan
rempah-ratus dikawal sepenuhnya oleh Belanda di
pasaran Eropah.
Hal ini menyebabkan, berlakunya peningkatan hasil
Penegasan
pertanian yang bukan sahaja memenuhi keperluan
Fakta
dalam negara malah turut dieksport ke luar negara.
Pengenalan Kaedah Pertanian Baru Fakta
Kaedah pertanian yang dijalankan ialah menjalankan
kegiatan pemugaran tanah pertanian bagi
mengekalkan kesuburan tanah. Peralatan tenggala
baru telah dicipta.
Kaedah penggiliran tanaman juga mula dipraktikkan
pada abad ke-16 dan 17 bagi mengekalkan kesuburan Huraian dan
tanah. Antara tanaman yang digilirkan ialah menanam Contoh
Isi 4
tanaman sengkuang dan kekacang berselang dengan
tanaman bijirin.
Sistem ini dipraktikkan dengan meluas di Wilayah Wales
pada tahun 1644. Sistem ini terus diamalkan di selatan
Edegem di wilayah Brabant pada tahun 1800.
Impak pengenalan sistem pengiliran tanaman telah
Penegasan
menyebabkan sistem tanah rang yang diamalkan
Fakta
sebelum ini dimansuhkan
Kesimpulannya Kemajuan dalam teknologi dan kaedah
pertanian menyebabkan berlaku peningkatan dalam pengeluaran
hasil pertanian. Perkembangan ini menyebabkan Belanda muncul Kesimpulan
sebagai negara yang maju dalam bidang pertanian di Eropah
pada abad ke 16 hingga 17 masihi.

5
Sejarah STPM Semester 1 : STPM 2019
Negeri Melaka

3. Sejauhmanakah kemajuan dalam teknologi perkapalan dan pelayaran


membantu kemunculan masyarakat maritim di Jepun pada abad ke- 16
hingga ke 17 masihi.

Jawapan :

Masyarakat maritim ialah masyarakat yang bergantung kepada


aktiviti berasaskan kelautan. Masyarakat ini terlibat dalam
perdagangan, perikanan, pengumpulan hasil laut, perkapalan,
penerokaan, dan penjelajahan. Pedagang-pedagang Jepun telah
menjalinkan hubungan perdagangan dengan China, Vietnam dan
Korea. Di samping itu, pedagang Jepun juga menjalankan kegiatan
perdagangan dengan pelabuhan lain di Asia Tenggara. Menjelang
Pendahuluan
abad ke-16, Jepun mengamalkan dasar buka pintu dengan
menggalakkan kehadiran pedagang Barat ke negara tersebut.
Kehadiran pedagang Barat menyebabkan pedagang Jepun
bangkit sebagai sebuah kuasa maritime di Asia. Selain kemajuan
dalam teknologi pelayaran dan perkapalan terdapat faktor-faktor
lain yang mendorong kemunculan Jepun sebagai sebuah kuasa
maritime pada abad ke-16 dan ke-17 Masihi.

Kemajuan Pesat Dalam Teknologi Perkapalan dan


Fakta
Pelayaran
Menjelang abad ke-16, muncul pusat pembinaan dan
baik pulih kapal-kapal di Jepun. Masyarakatnya juga
mempunyai kemahiran dalam pembinaan kapal-kapal
besar yang sesuai untuk pelayaran jauh. Buktinya, kapal
mohor merah Shuinsen merupakan kapal layar
bersenjata atau bertindak sebagai dwifungsi yang
digunakan pedagang Jepun untuk belayar ke Asia Huraian dan
Isi 1 Tenggara, Korea dan China pada zaman Kesyogunan Contoh
Tokugawa. Jepun melahirkan ramai pelayar yang
mempunyai kemahiran dalam ilmu pelayaran serta
pengetahuan dalam ilmu nautika, kartografi dan
perkapalan. Antara tahun 1600 hingga 1635 telah
direkodkan, sebanyak 350 buah kapal Jepun melakukan
pelayaran ke luar negara.
Kemajuan yang dicapai dalam teknologi binaan kapal
Penegasan
dan pelayaran menjadikan negara Jepun berjaya
Fakta
muncul sebagai masyarakat maritim yang maju.

Kemajuan Dalam Teknologi Perkapalan Fakta


Menjelang abad ke-16, muncul pusat pembinaan dan
baik pulih kapal-kapal di Jepun. Masyarakatnya juga
Isi 2 mempunyai kemahiran dalam pembinaan kapal-kapal Huraian dan
besar yang sesuai untuk pelayaran jauh. Buktinya, kapal Contoh
mohor merah Shuinsen merupakan kapal layar
bersenjata yang digunakan pedagang Jepun untuk

6
Sejarah STPM Semester 1 : STPM 2019
Negeri Melaka

belayar ke Asia Tenggara, Korea dan China pada


zaman Kesyogunan Tokugawa.
Kemajuan dalam teknologi perkapalan ini jelas dilihat
sebagaimana ia direkodkan, sebanyak 350 buah kapal Penegasan
Jepun melakukan pelayaran ke luar negara antara Fakta
tahun 1600 dan 1635.

Perkembangan Pelabuhan Fakta


Perkembangan pelabuhan di Jepun juga merangsang
pertumbuhan masyarakat maritim. Hal ini seiring dengan
perkembangan pesat perdagangan di Jepun dan
kewujudan pelabuhan entrepot. Antara pelabuhan
entrepot terpenting pada abad ke-16 ialah Kyushu,
Nagasaki, Hokodate dan Shimoda yang juga menjadi
tumpuan pedagang Jepun dan pedagang luar negara. Huraian dan
Menjelang pertengahan abad ke-16, kapal pedagang Contoh
Isi 3 Portugal berlabuh di pelabuhan Kyushu. Kehadiran
mereka juga turut mendapat galakan daripada
golongan bangsawan Jepun. Para pedagang Jepun
pada abad ke-16 telah mengeskport perak, berlian,
tembaga, pedang dan barang-barang lain. Jepun juga
mengimport sutera China dan produk-poduk Asia
Tenggara seperti gula dan kulit rusa.
Aktiviti perdagangan yang bergiat rancak di
Penegasan
pelabuhan-pelabuhan Jepun menggalakkan lagi aktiviti
Fakta
maritim dalam masyarakat Jepun.

Perkembangan perdagangan Fakta

Perkembangan perdagangan juga menyumbang


kepada kemunculan masyarakat maritim di Jepun.
Perkembangan perdagangan telah bermula sejak
zaman Ashikaga lagi yang mana perdagangan telah
berkembang pesat di Jepun. Para pedagang Jepun
menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara
di rantau Asia Tenggara. Menjelang zaman
pemerintahan Tokugawa pula, hubungan perdagangan Huraian dan
Isi 4 terjalin dengan China, Korea dan Vietnam. Malahan, Contoh
para pedagang asing seperti dari Portugal juga datang
ke Jepun. Hubungan perdagangan ini terus
berkembang pada zaman Nobunaga dan lebih ramai
pedagang dari Portugal telah datang berdagang di
Jepun. Pengasas Kesyogunan Tokugawa iaitu Ieyasu
(1603-1616), telah menerima kedatangan para
pedagang Portugis dan Belanda.

Kedatangan pedagang asing ini telah membawa Penegasan


kepada kemunculan masyarakat maritim di Jepun. Fakta

7
Sejarah STPM Semester 1 : STPM 2019
Negeri Melaka

Kesimpulannya, disamping perkembangan pelayaran dan


perkapalan, keterbukaan pemerintah Jepun yang menggalakkan
kedatangan pedagang-pedagang asing telah memberikan
gambaran bahawa masyarakat maritim di Jepun bukanlah
masyarakat yang statik, sebaliknya mereka telah menerima unsur-
Kesimpulan
unsur yang positif sehingga mampu dapat menyesuaikan diri
dengan bangsa asing. Namun disebabkan ia tidak dapat dikawal
telah memaksa pemerintah Kesyogunan Tokugawa mengisytiharkan
dasar tutup pintu sehingga aktiviti perdagangan luar dihadkan di
Pulau Deshima yang terletak di pelabuhan Nagasaki

8
Sejarah STPM Semester 1 : STPM 2019
Negeri Melaka

4. Sejauhmanakah kemajuan yang dicapai dalam bidang pertanian


merangsang pertumbuhan industri di Jerman pada abad ke- 18 hingga 19
Masihi.

Jawapan :

Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang terlibat


dalam bidang perindustrian. Masyarakat industri adalah mereka
yang terlibat dalam pengeluaran barangan serta perkhidmatan
dengan menggunakan mesin. Masyarakat ini terdiri daripada dua
golongan iaitu pengusaha industri dan pekerja industri. Masyarakat
industri di Jerman muncul semasa tercetusnya Revolusi Perindustrian
tahap kedua iaitu pada 1860-an hingga 1914. Pada era ini, muncul
Pendahuluan
industri-industri baru seperti elektrik, kimia, petroleum dan logam
ringan. Sebenarnya kemajuan dalam bidang pertanian telah
merangsang kepada pertumbuhan industri di Jerman pada abad
ke 18 hingga 19 Masihi. Walau bagaimanapun terdapat juga faktor-
faktor lain seperti kekayaan bahan mentah, pengenalan Sistem
Guild, penghijrahan penduduk dari kawasan luar bandar, dasar
kerajaan dan lain-lain lagi.

Kemajuan dalam bidang pertanian Fakta


Sebenarnya kemajuan dalam bidang pertanian
memainkan peranan dalam merangsang pertumbuhan
industri di Jerman. Perkembangan pesat dalam
pertanian disebabkan oleh kemajuan dalam teknologi
pertanian. Penemuan kaedah-kaedah saintifik
menyebabkan berlakunya peningkatan dalam Huraian dan
pengeluaran. Contoh
Isi 1 Contohnya Humpry Davy telah menerbitkan sebuah
buku mengenai Ilmu kimia dengan fisiologi tumbuh-
tumbuhan. Begitu juga Justus von Leibig telah menemui
formula baru bagi menghasilkan baja tiruan atau baja
kimia pada tahun 1840.
Amat jelas sekali, dengan adanya kemajuan dan
kaedah pertanian saintifik telah merangsangkan dan Penegasan
mencetuskan pertumbuhan industri di Jerman pada Fakta
abad ke 18 hingga 19 masihi.
Kekayaan Bahan Mentah Fakta
Bahan mentah juga adalah faktor yang
merangsang pertumbuhan industri di Jerman. Ini
disebabkan Jerman kaya dengan arang batu dan bijih
Isi 2 besi. Kawasan perlombongan arang batu dan bijih besi
Huraian dan
banyak di Lembah Ruhr, Lorainne dan Silesia. Tahun 1875
Contoh
Jerman mengeluarkan 25 juta tan arang batu dan terus
meningkat kepada 287 juta tan tahun 1913. Begitu juga
dengan bekalan bijih besi yang banyak terdapat di
Breman, Hamburg, Stettin dan Elby. Semuanya ini

9
Sejarah STPM Semester 1 : STPM 2019
Negeri Melaka

menjadi perangsang kepada pertumbuhan industri di


Jerman kerana bahan mentah ini amat diperlukan di
kilang-kilang yang muncul begitu banyak di bandar-
bandar utama
Tegasnya selain daripada kemajuan dalam bidang
pertanian kekayaan bahan mentah juga menjadi Penegasan
perangsang kepada pertumbuhan perindustrian di Fakta
Jerman pada abad ke 18 hingga 19 Masihi.

Penghijrahan Penduduk dari Kawasan Luar Bandar Fakta

Penghijrahan penduduk dari kawasan luar bandar ke


bandar juga telah membawa kepada pertumbuhan
industri di Jerman. Penghijrahan penduduk telah
membawa kepada pertambahan penduduk bandar.
Kebanyakan daripada penduduk yang tinggal di Huraian dan
Isi 3 bandar ini membolehkan penawaran buruh yang Contoh
murah untuk bekerja dalam sektor perindustrian.
Contohnya muncul bandar-bandar industri di Jerman,
iaitu Ruhr, Saxony, Selisia dan Berlin. Akhirnya pada abad
ke-19, jumlah penduduk Jerman telah meningkat dari 23
juta orang kepada 56 juta orang.
Tegasnya penghijrahan ini juga telah merangsangkan Penegasan
pertumbuhan industri di Jerman. Fakta

Dasar Kerajaan Fakta


Akhirnya jika kita lihat dasar kerajaan juga telah
membawa kepada pertumbuhan industri di Jerman ini.
Pada tahun 1879, Jerman bertindak menamatkan dasar
perdagangan bebas. Dalam hal ini, kerajaan mula
Huraian dan
memberi perlindungan kepada sektor perindustrian.
Isi 4 Contoh
Contohnya perubahan dalam dasar ini turut melahirkan
ramai golongan pekerja industri di Jerman kerana
mereka terbela malah diberi bantuan kewangan lagi
dalam penubuhan institusi koperatif.
Tegasnya selain daripada kemajuan pertanian dasar
Penegasan
kerajaan juga telah merangsang perindustrian di Jerman
Fakta
pada abad ke 18 hingga 19 Masihi.
Kesimpulannya sememangnya kemajuan yang dicapai dalam
bidang pertanian dan juga disokong dengan faktor-faktor lain, telah
merangsang kepada perindustrian di Jerman pada abad ke 18
Kesimpulan
hingga 19. Akhirnya bidang ini telah memberi impak kepada
Jerman untuk mengungguli berbanding negara-negara lain dalam
bidang perindustrian.

10
Sejarah STPM Semester 1 : STPM 2019
Negeri Melaka

SEJARAH DUNIA
1500-1955

TEMA 2
PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

1. Bincangkan peranan yang dimainkan oleh pembesar dalam sistem


pemerintahan monarki m
mutlak
utlak Dinasti Ching di China pada abad ke-
ke 16
hingga 20 Masihi

2. Sejauh manakah dasar Manifesto Oktober 1905 yang diperkenalkan oleh Tsar
Nicholas II membawa kepada keruntuhan sistem Maharaja di Rusia.

3. Huraikan faktor-faktor
faktor yang menyebabkan kemunculan pem
pemerintahan
monarki berperlembagaan di England pada tahun 1688.

4. Bincangkan ciri-ciri
ciri sistem pentadbiran kerajaan Persekutuan Amerika
Syarikat pada abad keke-18 hingga abad ke-19.

11
Sejarah STPM Semester 1 : STPM 2019
Negeri Melaka

1. Bincangkan peranan yang dimainkan oleh pembesar dalam sistem


pemerintahan monarki mutlak Dinasti Ching di China pada abad ke- 16
hingga 20 Masihi.

Jawapan :

Pembesar merujuk kepada pegawai-pegawai kerajaan


yang dilantik oleh maharaja untuk menjawat jawatan tertentu dan
melaksanakan tugasnya dalam bidang kuasa yang diberikan.
Pembesar pada abad ke-16 hingga ke-20 melaksanakan tugas
pemerintahan dan merupakan orang kedua terpenting selepas
kedudukan raja. Pembesar China terdiri daripada pembesar di
peringkat pusat dan peringkat wilayah. Didominasi oleh golongan
cerdik pandai (pegawai sarjana) dan golongan bangsawan. Pendahuluan
Pembesar golongan sarjana merupakan pegawai yang dilantik
oleh maharaja berdasarkan kelulusan yang dicapai dalam Sistem
Peperiksaan Awam. Tegasnya peranan pembesar dalam sistem
pemerintahan monarki mutlak Dinasti Ching di China pada abad
ke 16 hingga 20 Masihi dapat dilihat daripada aspek pentadbiran,
perundangan, kehakiman, ketenteraan, ekonomi, agama dan
pendidikan.

Membantu dalam pentadbiran Fakta


- Pada dasarnya peranan pembesar dalam sistem
monarki mutlak Dinasti Ching adalah membantu
maharaja dalam menjalankan pentadbiran di
peringkat pusat dan wilayah. Mereka memegang
jawatan penting dalam jabatan-jabatan kerajaan di
Huraian dan
peringkat pusat dan wilayah.
Contoh
Isi 1 - Contohnya pembesar dilantik oleh maharaja sebagai
Gabenor untuk mengetuai pentadbiran di peringkat
provinsi.
- Selain itu mereka dilantik sebagai majistret daerah
untuk menerajui pentadbiran di peringkat daerah
Tegasnya peranan pembesar amat penting dalam
melicinkan lagi perjalanan pentadbiran negara dan ini Penegasan
memantapkan lagi pemerintahan monarki Dinasti Fakta
Ching.
Membantu memajukan ekonomi negara Fakta
- Seterusnya peranan pembesar dalam pemerintahan
Dinasti Ching ialah dalam bidang ekonomi. Pembesar-
pembesar akan memberi nasihat kepada Maharaja
Isi 2 dalam aspek kewangan dan percukaian untuk
Huraian dan
meajukan ekonomi negara.
Contoh
- Pembesar berperanan mengutip cukai daripada
penduduk tempatan dan menguruskan pendaftaran
tanah.
- Mereka menyerahkan sebahagian daripada hasil

12
Sejarah STPM Semester 1 : STPM 2019
Negeri Melaka

kutipan cukai kepada Maharaja.


- Pembesar dilantik untuk menguruskan hal ehwal
kewangan di peringkat provansi dan daerah.
Oleh itu peranan pembesar amat penting dalam
memantapkan lagi ekonomi dan kekukuhan Penegasan
pendapatan negara. Peranan pembesar ini Fakta
mengukuhkan lagi kedudukan Maharaja di China.
Berperanan dalam bidang kehakiman Fakta
- Selain daripada itu, pembesar juga memainkan
peranan dalam bidang kehakiman.
- Berkuasa membicarakan kes-kes di peringkat pusat
dan wilayah. Huraian dan
- Mereka menganggotai lembaga keadilan yang Contoh
Isi 3 ditubuhkan untuk mengendalikan hal ehwal
kehakiman. Antara tugasnya menjatuhkan hukuman,
memberi pengampunan dan membicarakan kes-kes
rayuan.
Sejajar dengan peranannya ini maka bidang
kehakiman dan perundangan negara berjalan lancar Penegasan
dan keamanan pemerintahan monarki Dinasti Ching Fakta
terjamin kerana rakyat merasakan keadilannya.
Menguruskan bidang ketenteraan Fakta
- Di bidang ketenteraan pula pembesar memainkan
peranannya di peringkat pusat dan wilayah.
- Pembesar pusat dilantik sebagai anggota lembaga
peperangan yang menguruskan perlantikan dan Huraian dan
Isi 4 pemecatan pegawai tentera. Mereka juga dilantik Contoh
sebagai komander tentera di setiap wilayah.
- Mereka berperanan memulihkan keamanan dan
kestabilan politikdi wilayah masing-masing.
Tegasnya peranan pembesar akan memantapkan lagi
Penegasan
bidang ketenteraan dan keamanan negara di bawah
Fakta
kuasa monarki Dinasti Ching di China ini.
Kesimpulannya, tidak dapat dinafikan bahawsa peranan
pembesar amat penting dalam menjadikan kedudukan
pemerintahan monarki mutlak Dinasti Ching di China pada abad
ke 16 hingga 20 masihi semakin mantap. Pembesar dianggap
Kesimpulan
sebagai tulang belakang maharaja dan terus berkuasa. Namun,
apabila pembesar mula tidak bekerjasam dan memainkan
peranannya maka akhirnya jatuhlah sistem monarki di China ini
pada tahun 1842 setelah tewas dalam Perang Candu 1.

13
Sejarah STPM Semester 1 : STPM 2019
Negeri Melaka

2. Sejauhmanakah dasar Manifesto Oktober 1905 yang diperkenalkan oleh Tsar


Nicholas II membawa kepada keruntuhan sistem Maharaja di Rusia.

Jawapan :

Tsar Nicholas II merupakan pemerintah Rusia yang terakhir,


dilahirkan pada 18 Mei 1868 di Alexander Palace, St. Petersburg dan
telah meninggal dunia pada 17 Julai 1918 ketika berumur 50 tahun.
Nama sebenar baginda ialah Nicholas Alexandrovich Romanov
iaitu anak kepada Tsar Alexander III Rusia. Baginda merupakan
pemerintah yang lemah dan tidak berusaha untuk melaksanakan
kemodenan Rusia. Pada tahun 1917, baginda telah digulingkan.
Pendahuluan
Ini semua adalah dari dasar Manifesto Oktober 1905 yang
diperkenalkan oleh baginda sendiri. Oleh itu tidak dapat dinafikan
dasar ini telah membawa kepada keruntuhan sistem Maharaja di
Rusia. Walau bagaimanapun terdapat juga faktor-faktor lain yang
menyumbang ke arah tersebut. Antaranya ialah perkembangan
dalam bidang politik, perkembangan fahaman Marxisme dan juga
disebabkan tercetusnya perang Rusia-Jepun 1905.

Pembentukan Manifesto Oktober 1905 Fakta


- Sebenarnya Nicholas II telah mengisytiharkan manifesto
pada 17 Oktober 1905 atau dikenali sebagai Manifesto
Oktober 1905 untuk menghentikan kritikan terhadap
pemerintahannya. Manifesto tersebut mengiktiraf hak
asasi manusia atau memberikan kebebasan kepada
individu seperti kebebasan bercakap, menerbit,
menubuhkan persatuan dan mengadakan
perhimpunan.
- Duma ditubuhkan secara sistem pengundian dan
diberikan kepada semua lapisan masyarakat. Pilihan
raya diadakan bertujuan menentukan hala tuju
empayar dan rakyat diberi peluang untuk mentadbir Huraian dan
empayar. Dengan ini, kuasa Tsar telah dihapuskan dan Contoh
Isi 1
undang-undang hanya boleh diluluskan oleh Duma.
- Baginda berusaha melakukan pelbagai strategi untuk
menyelamatkan pemerintahannya. Antaranya cuba
memansuhkan Duma tetapi Duma ingkar dan terus
bersidang serta menuntut Nicholas II supaya turun
takhta. Pada 15 Mac 1917, Nicholas II telah bersetuju
untuk turun takhta dan menggantikan saudara
kandungnya Grand Duke Michael, tetapi Grand Duke
Michael belum bersedia untuk menjadi Tsar. Maka
berakhirlah pemerintahan Tsar dan Rusia menjadi
republik pada 17 Mac 1917.
Tegasnya pembentukan Manifesto 1905 ini telah
Penegasan
membawa padah dan meruntuhkan sistem Maharaja di
Fakta
Rusia.

14
Sejarah STPM Semester 1 : STPM 2019
Negeri Melaka

Perkembangan Dalam Bidang Politik Fakta


- Perkembangan politik juga sebenarnya memberi kesan
kepada keruntuhan sistem Maharaja di Rusia. Zaman ini
telah muncul parti politik seperti Parti Buruh Demokrat
Rusia, Parti Revolusioner Sosial dan Parti Liberal.
- Kesannya, pekerja-pekerja mula mengadakan mogok
dan tunjuk perasaan di Rusia terutama sekali selepas
Huraian dan
penubuhan Parti Buruh Demokrat Rusia di bawah
Isi 2 Contoh
pimpinan Vladimir Ulianov (Lenin).
- Tsar Nicholas II yang bimbang telah menguasai dan
menangkap pemimpin-pemimpin tersebut dan ini telah
membawa kemarahan golongan pekerja dan cuba
sedaya upaya untuk menggulingkan pemerintahan
baginda
Jelas sekali perkembangan politik yang tidak
Penegasan
stabil juga akhirnya telah membawa kepada
Fakta
keruntuhan sistem Maharaja di Rusia.

Tercetusnya Perang Rusia-Jepun 1905 Fakta


- Semasa pemerintahan Tsar Nicholas II, tercetus
peperangan antara Rusia dan Jepun pada tahun 1904
kerana ingin mempertahankan kepentingan ekonomi
dan pertahanan di Manchuria serta Korea. Pada Jan
1905, tentera Jepun berjaya menakluki Port Arthur.
Laksamana Togo berjaya memusnahkan angkatan laut
Rusia. 90,000 tentera Rusia terkorban dan 40,000 berjaya
Huraian dan
ditawan. Manakala pada bulan Mei 1905 pula, seluruh
Contoh
angkatan laut Rusia dari Laut Baltik Rusia telah
ditumpaskan oleh Jepun dalam peperangan di Selat
Isi 3 Tsushima.
- Tahun 1905 juga, Jepun dan Rusia (diwakili oleh Sergei
Witte) menandatangani Perjanjian Portsmouth. Kesan
perjanjian ialah Jepun telah berjaya menguasai Port
Arthur dan Korea, manakala Rusia pula telah menarik
keluar tenteranya dari Manchuria.
Tegasnya kekalahan Rusia menyebabkan rakyat
Rusia mempersoalkan kekuatan tentera Rusia.
Kewibawaan Tsar Nicholas II terjejas. Ini telah Penegasan
membangkitkan semangat rakyat untuk menghapuskan Fakta
pemerintahan autokratik Tsar di Rusia dan akhirnya
berjaya juga digulingkannya pada tahun 1917.

Perkembangan Fahaman Marxisme Fakta


- Keruntuhan sistem Maharaja di Rusia juga adalah
Isi 4 berpunca dari penyebaran fahaman Marxisme.
Huraian dan
Tokoh yang membawa fahaman ini ialah Vildamir Lenin.
Contoh
Pengaruh ini tidak dapat dibendung walaupun Lenin
telah dipenjarakan. Beliau telah menghabiskan

15
Sejarah STPM Semester 1 : STPM 2019
Negeri Melaka

masanya dalam penjara dengan mendalami teori Karl


Marx, membaca hasil penulisan Chernyshevsky dan
Nechaev.
- Apabila keluar dari penjara, beliau telah menyebarkan
fahaman Marxis melalui terbitan akhbar yang bernama
lskra. Dengan cara ini, propaganda dapat disebarkan
kepada generasi muda Rusia secara sulit untuk
membenci sistem maharaja dan feudalisme. Mereka
berusaha dengan gigih untuk meruntuhkan
pemerintahan Tsar Nicholas II.
Amat jelas sekali perkembangan fahaman marxisme ini
Penegasan
juga telahmembawa kepada keruntuhan sistem
Fakta
maharaja di Rusia.

Kesimpulannya dasar Manifesto Oktober 1905 yang diperkenalkan


oleh Tsar Nicholas II dan ditambah dengan faktor-faktor lain telah
membawa kepada keruntuhan sistem Maharaja di Rusia. Akhirnya Kesimpulan
Rusia membentuk sebuah republik berkerajaan sistem komunisme
yang dipimpin pula oleh Vildamir Lenin.

16
Sejarah STPM Semester 1 : STPM 2019
Negeri Melaka

3. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan kemunculan pemerintahan


monarki berperlembagaan di England pada tahun 1688.

Jawapan :

Sistem monarki mutlak kukuh di England semasa pemerintahan


Diasti Tudor seperti pemerintahan Raja James I, Raja Charles I, Raja
James II dan Raja Charles II. England mengamalkan pemerintahan
monarki mutlak, tetapi berpegang kepada prinsip perbatasan
pemerintah dalam Magna Carta. Raja Dinasti Tudor mengawal House Pendahuluan
of Commons dan House of Lords dengan berkesan. Semasa
pemerintahan beraja dalam Dinasti Stuart telah berlaku ketegangan
antara pemerintah dengan parlimen dan ini telah meletakkan asas
bagi keunculan pemerintahan beraja berpelembagaan di England.
Raja James I menaikkan cukai . Fakta
Semasa pemerintahan Raja James II, Parlimen England
menghadkan bidang kuasa raja. Baginda telah
mengalami masalah kewangan dan menghadapi
Huraian dan
kesukaran memujuk parlimen meluluskan peruntukan
Isi 1 contoh
tambahan. Ini telah menyebabkan baginda bertindak
dengan menaikkan cukai kepada rakyat dengan sesuka
hati
Jelaslah bahawa tindakan Raja James I telah
Penegasan
menyebabkan parlimen melaksanakan penegasan
Fakta
dalam tindakan baginda.
Hubungan Raja Charles I dengan parlimen yang tegang.
Fakta

Semasa pemerintahan Raja Charles I, hubungan


baginda dengan parlimen semakin tegang. Ini telah
menyebabkan baginda sukar mendapatkan peruntukan
Huraian dan
tambahan daripada parlimen. Baginda telah memaksa
Isi 2 contoh
rakyat membayar sagu hati kepadanya dan bertindak
memenjarakan sesiapa yang enggan memberikan sagu
hati kepadanya.
Jelaslah bahawa hubungan institusi raja dengan
Penegasan
parlimen yang tidak baik ini mengundang kepada
Fakta
punca kemunculan monarki berpelembagaan.
Berlakunya Perang Saudara Fakta
Tindakan parlimen menyebabkan Raja Charles I menjadi
tidak puas hati. Ini telah menyebabkan baginda ingin
menangkap pemimpin parlimen. Perkembangan ini telah
mencetuskan perang saudara yang telah berlangsung
Isi 3 Huraian dan
dari tahun 1642 hingga 1649. Namun, kemenangan telah
contoh
berpihak kepada parlimen dibawah pimpinan Cromwell.
Raja Charles I telah kalah dalam perang saudara ini dan
dijatuhi hukuman pancung oleh parlimen.

17
Sejarah STPM Semester 1 : STPM 2019
Negeri Melaka

Jelaslah bahawa perang saudara juga punca Penegasan


kemerosotan monarki. Fakta
Penggantungan Clarendon Code. Fakta
Raja Charles II telah meluluskan undang-undang
mengikis fahaman puritan daripada England. Baginda
menentang Cladenron Code dan mengisytiharkan
Anglican sebagai agama rasmi England. Pada tahun
1972, Raja Charles II menggantung kod agama tersebut. Huraian dan
Isi 4 Kod ini menindas penganut agama khatolik dan contoh
protestan. Cladenron Code terpaksa ditarik balik
pelaksanaannya kerana mendapat tentangan hebat
daripada rakyat England.

Jelaslah bahawa tindakan perundangan yang berat Penegasan


sebelah menyebabkan kemerosotan monarki Fakta

Pengenalan Habeas Corpus Act. Fakta


Pada tahun 1679, parlimen England meluluskan Habeas
Corpus Act iaitu undang-undang hak asasi manusia.
Undang –undang ini mensyaratkan seseorang yang Huraian dan
ditangkap mesti dibawa ke muka pengadilan dan contoh
Isi 5 menyekat kuasa raja memenjarakan tahanan politik
dengan sesuka hati.

Jelaslah bahawa perundangan yang diperkenalkan


untuk mengekang institusi raja dari terus menerus Penegasan
menindas rakyat. Fakta

Masalah perwarisan tahta. Fakta


Raja James II beragama khatolik telah berkahwin
dengan isteri pertamanya yang beragama protestan
dan dikurniakan anak perempuan bernama Mary dan
telah dikahwinkan pula dengan Raja William dari
Huraian dan
Holland. Raja James II telah berkahwin kali kedua pula
Isi 6 contoh
dengan wanita beragama Khatolik. Baginda telah
dikurniakan anak lelaki dari isteri kedua dan dilantik
sebagai pemerintah England. Ini telah mendapat
tentangan hebat daripada rakyat England.
Jelaslah bahawa masalah perwarisan tahta dalam
Penegasan
institusi raja telah merumitkan keadaan dan faktor
Fakta
penarik kemerosotan monarki
Revolusi Cemerlang. Fakta
Rakyat England tidak puas hati dengan tindakan Raja
James II yang melantik pewaris tahta dari anak isteri
Isi 7 kedua beliau yang beragama khatolik. Ini telah
Huraian dan
menyebabkan rakyat England memohon Willian of
contoh
Orange kembali ke England untuk menuntut tahta. Raja
William dan Mary telah berangkat ke England dengan
15,000 angkatan tentera. Ini telah menyebabkan Raja

18
Sejarah STPM Semester 1 : STPM 2019
Negeri Melaka

James II melarikan diri ke Perancis. Revolusi yang


dilaksanakan adalah cemerlang kerana tidak
menumpahkan darah
Jelaslah bahawa Revolusi Cemerlang menjadi Penegasan
perangsang keruntuhan monarki. Fakta
Pengisytiharan Hak. Fakta
Revolusi Cemerlang yang berjaya dicapai oleh Raja
William telah membawa kepada pengisytiharan
beberapa undang-undang oleh parlimen. Ini telah
menyebabkan undang-undang toleransi beragama
diperkenalkan. Undang-undang Pengiystiharan Hak juga Huraian dan
telah diperkenalkan iaitu parlimen mesti bersidang dari contoh
Isi 8 semasa ke semasa, rakyat berhak menghadapkan raja
ke muka pengadilan, orang yang berbangsa khatolik
Rom tidak boleh menjadi pewaris tahta dan parlimen
boleh mengenakan cukai.
Jelaslah bahawa kemerosotan monarki menonjolkan
beberapa prinsip monarki berpelembagaan yang Penegasan
memperlihatkan England ke arah demokrasi Fakta
berperlembagaan.
Kesimpulannya, kejatuhan kerajaan monarki mutlak di England
berpunca daripada sikap raja yang menekan rakyat jelata dan
parlimen. Revolusi Cemerlang adalah asas kepada kejatuhan Kesimpulan
monarki mutlak di England dan munculnya pemerintahan raja
berperlembagaan.

19
Sejarah STPM Semester 1 : STPM 2019
Negeri Melaka

4. Bincangkan ciri-ciri sistem pentadbiran kerajaan Persekutuan Amerika


Syarikat pada abad ke-18 hingga abad ke-19.

Jawapan :

Istilah persekutuan berasal dari perkataan Greek iaitu foedus


yang membawa maksud perjanjian. Persekutuan merupakan
gabungan beberapa buah negeri atau wilayah yang dahulunya
bebas tetapi kemudian menjadi negara bersekutu di bawah satu
perlembagaan pusat. Pentadbiran Persekutuan menekankan
pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan negeri. Setiap
peringkat pentadbiran diberi kebebasan untuk mentadbir mengikut Pendahuluan
kuasa yang diperuntukkan. Selepas mencapai kemerdekaan,
perlembagaan baharu untuk Amerika Syarikat telah digubal pada
tahun 1789. Perlembagaan ini memperuntukkan penubuhan sebuah
kerajaan persekutuan yang merangkumi pembahagian kuasa,
pemerintahan demokrasi, bidang eksekutif, badan perundangan
dan juga kehakiman.
Wujud pembahagian kuasa Fakta
- Sistem pentadbiran Persekutuan Amerika Syarikat
menekankan pembahagian kuasa antara kerajaan
pusat dan negeri. Setiap peringkat pentadbiran diberi
kebebasan untuk menguruskan pentadbiran mengikut
Huraian dan
kuasa yang diperuntukkan.
Contoh
Isi 1 - Kerajaan pusat berkuasa dalam perkara seperti
pertahanan, percukaian, mata wang, dan dasar luar
negara. Kerajaan negeri berkuasa dalam menguruskan
hal ehwal tempatan di negeri masing-masing.
Tegasnya pembahagian kuasa antara pusat dan negeri
Penegasan
memudahkan lagi perjalanan sistem pemerintahan baru
Fakta
di Amerika Syarikat.

Pemerintahan demokrasi Fakta


- Perlembagaan Persekutuan Amerika Syarikat 1789
menetapkan pembentukan kerajaan persekutuan
menerusi amalan demokrasi. Pemilihan presiden dan
anggota kongres dilakukan menerusi sistem pilihanraya.
Huraian dan
- Amalan demokrasi yang dilaksanakan memberi kuasa
Contoh
kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang bakal
Isi 2 mentadbir negara. Pilihanraya untuk memilih presiden
dan anggota kongres pernah diadakan pada tahun
1796 dan 1800.
Jelas sekali pemerintahan bercorak demokrasi
memantapkan sistem pentadbiran kerajaan
Penegasan
Persekutuan Amerika Syarikat pada abad ke-18 hingga
Fakta
abad ke-19 malah menjadi contoh kepada negara-
negara lain.
Isi 3 Mempunyai Badan eksekutif Fakta

20
Sejarah STPM Semester 1 : STPM 2019
Negeri Melaka

- Badan eksekutif diketuai oleh seorang Presiden yang


dipilih melalui pilihanraya. Presiden boleh dilantik semula
untuk penggal kedua selama empat tahun selepas
tamat tempoh.
Huraian dan
- Semua undang-undang yang diluluskan oleh Kongres
Contoh
mesti ditandatangani oleh Presiden. Namun begitu,
Presiden boleh menolak daripada menandatangani
sesuatu undang-undang. Keistimewaan presiden ialah
boleh membatalkan undang – undang dengan kuasa
veto dan boleh mengawasi kongres.

Tegasnya dengan adanya badan eksekutif yang


diterajui olah seorang Presiden maka sistem pentadbiran
Penegasan
kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat pada abad ke-
Fakta
18 hingga abad ke-19 menjadi semakin kukuh dan
semakin kebal apabila kuasa veto menjadi tunjangnya.

Wujud Badan Perundangan Fakta


- Badan perundangan Amerika Syarikat dikenali sebagai
Kongres dan ahlinya turut dipilih melalui pilihan raya.
Menggubal undang-undang adalah tugas utama
Kongres.
Huraian dan
- Kongres terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan
Contoh
Isi 4 Senat. Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Senat dipilih oleh
rakyat. Setiap negeri akan memilih dua ahli Dewan
Senat dan memilih ahli Dewan Rakyat mengikut jumlah
penduduknya
Oleh itu dengan adanya badan perundangan maka
perjalanan pemerintahan negara semakin kukuh Penegasan
apabila kongres mudah untuk membentuk dan Fakta
meminda sebarang undang-undang yang dikehendaki.

Wujudnya Bidang Kehakiman Fakta

- Terdiri daripada Mahkamah Tinggi dan mahkamah-


mahkamah lain. Mahkamah merupakan sebuah badan
bebas dan tidak menerima campur tangan daripada
ahli-ahli kongres. Huraian dan
- Bukti kebebasan dan ketelusan badan ini ialah jika Contoh
Isi 5 Presiden dan ahli kongres melanggar perlembagaan,
mahkamah boleh mengambil tindakan terhadap beliau
dan ahli kongres.

Amat jelas, bidang kehakiman ini melengkapkan ciri-ciri


sebuah pemerintahan sistem pentadbiran kerajaan Penegasan
Persekutuan Amerika Syarikat pada abad ke-18 hingga Fakta
abad ke-19.

21
Sejarah STPM Semester 1 : STPM 2019
Negeri Melaka

Kesimpulannya Perlembagaan Persekutuan Amerika Syarikat telah


menggariskan secara terperinci badan-badan yang memerintah
Amerika Syarikat. Pembahagian kuasa telah memastikan
Kesimpulan
pentadbiran dijalankan dengan teratur. Sistem pentadbiran
kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat telah turut mempengaruhi
negara-negara lain di dunia.

22
Sejarah STPM Semester 1 : STPM 2019
Negeri Melaka

SEJARAH DUNIA
1500-1955

TEMA 3
KEMAJUAN DA
DAN PEMBANGUNAN

1. Bincangkan idea dan sumbangan yang dikemukakan oleh Charles Louis


Montesquieu dalam karya “ The Spirit of the Laws” pada abad ke
ke-17 M.

2. Bincangkan faktor-faktor
faktor yang menyebabkan Portugal membina empayar
perdagangan pada abad ke 16 h hingga 18 M.

3. Huraikan langkah-langkah
langkah yang diambil oleh kerajaan Jerman untuk
melahirkan sistem pendidikan kebangsaan pada abad ke
ke-18
18 -19 masihi.

4. Sejauh manakah gerakan pengaruh Renaisans mempengaruhi


perkembangan zaman pencerahan di England mulai abad ke 17.

23
Sejarah STPM Semester 1 : STPM 2019
Negeri Melaka

1. Bincangkan idea dan sumbangan yang dikemukakan oleh Charles Louis


Montesquieu dalam karya “ The Spirit of the Laws” pada abad ke-17 M.

Jawapan :

Charles Louis Montesquieu dilahirkan di Chateau de la Brede,


barat daya Perancis pada tahun 1689. Beliau merupakan lulusan
undang-undang dari Universiti Bordeaux dan merupakan tokoh
pemikir politik Perancis yang banyak memberi sumbangan dan Pendahuluan
idea semasa zaman Pencerahan (Enlightenment) di Eropah. Salah
satu karyanya yang berjaya mempengaruhi pembentukan politik
dunia ialah Spirit of the Laws.
Beliau telah memperkenalkan Teori Pengasingan Kuasa
Fakta
dalam bukunya The Spirit of the Laws.

- Beliau menjelaskan bahawa konsep pengasingan


kuasa adalah terbahagi kepada tiga buah badan
bebas iaitu badan perundangan, badan eksekutif dan
badan kehakiman . Beliau mengemukakan idea yang
menentang pemerintahan secara mutlak .
- Ketiga-tiga badan tersebut mempunyai bidang kuasa
tersendiri dan setiap cabang pemerintahan adalah
berasingan tanpa mencampuri urusan bidang lain.
Beliau berpendapat perlu ada pembahagian antara
pembentuk undang-undang, perundangan, Huraian dan
perlaksanaan keputusan perwakilan rakyat atau kabinet contoh
dan bidang kehakiman supaya rakyat memiliki
Isi 1
kebebasan sekiranya ketiga-tiga badan ini menjalankan
tugas secara berasingan.
- Sebagai contoh, kuasa pemerintahan di Perancis perlu
dibahagikan antara parlimen, golongan bangsawan,
estet provinsi, majlis perbandaran dan pihak gereja bagi
membataskan pemusatan kuasa raja yang berlaku
secara berleluasa kerana pada ketika itu raja
mempunyai bidang kuasa yang tidak terbatas.

Tegasnya, beliau menekankan bahawa pengasingan


kuasa perlu dijalankan dalam pemerintahan untuk Penegasan
mengekang penyalahgunaan kuasa oleh sesuatu pihak Fakta
yang tidak terbatas.

Selain itu, beliau juga menekankan dalam buku ini idea


dan kaedah baru untuk membentuk sebuah negara Fakta
yang baik khususnya di Perancis.

24
Sejarah STPM Semester 1 : STPM 2019
Negeri Melaka

- Beliau menegaskan bahawa sesuatu pemerintahan


perlu mengambil kira adat kebiasaan, masalah ekonomi,
permasalahan agama , kebiasaan masyarakat dan iklim
di sesuatu tempat bagi mewujudkan sistem
Isi 2 pemerintahan yang baik.
- Sebagai contoh, beliau mencadangkan pemerintahan Huraian dan
mutlak adalah sesuai untuk empayar yang luas dalam contoh
iklim yang panas sementara pemerintahan bercorak
demokrasi pula adalah sesuai bagi negara kota yang
kecil.

Jelaslah bahawa, dalam penulisan buku ini, beliau


mengkritik bentuk pemerintahan yang dijalankan di
Penegasan
negara Perancis yang baru mengalami kejatuhan sistem
fakta
pemerintahan beraja mutlak pada tahun 1715.

Selain itu, dalam buku tersebut juga mengkritik soal


amalan adat lama yang menyekat kemajuan
Fakta
masyarakat Perancis

- Beliau menegaskan dalam sistem monarki harus wujud


penguasa yang mematuhi hukum, menghormati rakyat
dan hak kaum bangsawan. Hal ini boleh memperbaiki
pemerintahan negara. Dengan itu, penganiyaan
agama, perhambaan dan perdagangan boleh
Huraian dan
digalakkan. Setiap warganegara mesti meningkatkan
Isi 3 contoh
kebebasan dan maruah masing-masing. Sebagai
contoh, idea ini mengkritik kemerosotan akhlak
masyarakat Perancis yang memberi taat setia
keterlaluan di era pemerintahan Raja Louis XIV dan Raja
Louis XV.

Jelaslah bahawa, kewujudan semangat kebangsaan di


kalangan rakyat Perancis sekitar tahun 1789 – 1795 yang Penegasan
menuntut kedaulatan, kebebasan dan persamaan yang Fakta
akhirnya mencetuskan Revolusi Perancis.

Kesimpulannya, sumbangan Charles Louis Montesquieu amatlah


besar dalam kemajuan intelektual di Perancis dan Eropah. Hasil
penulisan beliau telah mempengaruhi masyarakat Eropah dalam
zaman pencerahan untuk mencipta kehidupan baru yang selesa Kesimpulan
dan ideal. Di Perancis , idea beliau terhadap konsep pengasingan
kuasa menyebabkan berlakunya Revolusi Perancis dan
berakhirnya sistem pemerintahan beraja mutlak.

25
Sejarah STPM Semester 1 : STPM 2019
Negeri Melaka

2. Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan Portugal membina empayar


perdagangan pada abad ke-16 hingga 18 Masihi.

Jawapan :

Menjelang abad ke-16, Portugal muncul sebagai negara


perdagangan yang penting di Eropah dan berjaya membina
empayar perdagangan terbesar di Asia dan Amerika. Kejayaan
pelayar-pelayarnya berjaya menguasai laluan perdagangan ke
timur yang meningkatkan kuasa perdagangannya hingga ke Pendahuluan
merata tempat di dunia. Terdapat pelbagai faktor yang menjadi
pendorong kejayaan Portugal dalam bidang perdagangan iaitu
kestabilan politiknya, kesan Perang Salib, perkembangan ekonomi
kapitalisme dan pengaruh gerakan Renaisans di Eropah.

Kestabilan politik Portugal telah menggalakkan


Fakta
perkembangan perdagangan Portugal.

- Raja-raja Portugal telah memberikan galakan kepada


rakyat mereka untuk melibatkan diri dalam bidang
pelayaran, perkapalan dan perdagangan. Hal ini telah
menggalakkan perkembangan pesat dalam
penjelajahan dan penerokaan ke serata pelosok dunia.
Pada masa yang sama, negara-negara lain di Eropah
berada dalam situasi politik yang tidak stabil. Hal ini
memberikan peluang kepada Portugal muncul sebagai
Huraian dan
kuasa perdagangan yang hebat di Eropah.
contoh
Isi 1 - Sebagai contoh, Raja-raja Portugal dari Dinasti Avis
yang memerintah dari tahun 1383 hingga tahun 1577
telah melahirkan ramai pemimpin yang berkaliber.
Penubuhan Akademi Laut di Sagres hasil galakan Putera
Henry telah melahirkan ramai pelayar terkemuka dunia
seperti Vasco da Gama , Bartholomew Diaz dan Alfonso
de Albuquerque yang berjaya menakluki jalan
perdagangan antarabangsa.

Jelaslah bahawa, kestabilan politik Portugal telah


menjadi pemankin kepada pemimpin-pemimpin
negaranya untuk melahirkan golongan peneroka dan Kesimpulan
penjelajah yang menguasai laluan perdagangan dunia
ketika itu.

Faktor kejayaan Portugal sebagai kuasa perdagangan


Isi 2 Fakta
dunia ialah kesan Perang Salib.

26
Sejarah STPM Semester 1 : STPM 2019
Negeri Melaka

- Melalui Perang Salib, orang Portugal dan orang Eropah


lain mula mengenali peradaban dan kebudayaan
masyarakat Timur. Perang ini melahirkan masyarakat
Eropah yang berfikiran terbuka dan mempunyai
pandangan baru. Bangsa Eropah mulai cenderung
untuk merantau dan belayar ke tempat-tempat baharu.
- Selain itu, pertembungan antara kedua-dua
kebudayaan juga melahirkan semangat ingin tahu yang
tinggi dalam kalangan masyarakat Eropah. Sebagai
Huraian dan
contoh, penaklukan wilayah Islam di Sepanyol telah
contoh
mendedahkan ilmu pelayaran dan perdagangan Islam
kepada bangsa Eropah.
- Masyarakat Eropah juga berpeluang mempelajari ilmu
astronomi, matematik, perubatan, sains, geometri
daripada orang Islam yang akhirnya membentuk
masyarakat Portugal yang berkaliber, berani, tahan
cabaran untuk menjadi pedagang, wizurai, pelaut yang
memonopoli perdagangan rempah di Timur dan aktif
dengan kegiatan penjelajahan.

Jelaslah bahawa, pertembungan budaya dan


perkembangan pelbagai kemahiran melalui Perang
Penegasan
Salib, melahirkan bangsa Portugal yang mempunyai
Fakta
kecenderungan untuk belayar dan berdagang ke
tempat-tempat baharu di dunia.

Perkembangan kapitalisme juga telah mendorong


Fakta
kemajuan sektor perdagangan di Portugal.
- Sistem ekonomi kapitalisme menggalakkan kegiatan
pengumpulan modal, hak milik persendirian, persaingan
dan perdagangan. Raja-raja negara bangsa Eropah
memberikan galakan kepada pelayar mereka untuk
mencari kekayaan kerana mereka ingin mengaut
keuntungan dan ingin mengukuhkan kedudukan dalam
negara. Kekayaan melalui perdagangan akan
menambahkan kehebatan pemimpin. Huraian dan
- Sebagai contoh, negara-negara bangsa Eropah seperti Contoh
Isi 3 Portugal, Belanda dan Sepanyol berlumba-lumba untuk
menguasai kekayaan melalui konsesi perdagangan di
kawasan baharu. Perjanjian–perjanjian diadakan
dengan pemimpin tempatan untuk komoditi yang
membawa keuntungan tinggi seperti usaha Portugal
untuk menyaingi Venice dalam perdagangan rempah
yang mendapat permintaan tinggi di Eropah.
Persaingan mencari kekayaan antara negara bangsa di
Eropah sememangnya jelas menjadi punca Raja
Penegasan
Portugal memberikan galakan kepada pelayar dan
Fakta
menaja pelayaran ke seberang laut untuk menguasai
perdagangan antarabangsa.

27
Sejarah STPM Semester 1 : STPM 2019
Negeri Melaka

Seterusnya, perkembangan perdagangan di Portugal


juga berkait dengan Gerakan Renaisans yang berlaku di Fakta
Eropah.

- Gerakan Renaisans menyebabkan perubahan dalam


pemikiran bangsa Eropah yang melahirkan semangat
ingin tahu dan semangat kritikal yang radikal. Hal ini
menolak sistem yang sedia ada dan mengkritik sistem
lama yang mengongkong pemikiran masyarakat serta
menyemai ciri-ciri individualisme, sekularisme, sifat kritikal,
humanisme dan nasionalisme serta menekankan
kepentingan sains dan teknologi serta kebebasan Huraian dan
manusia untuk berfikir. Contoh
Isi 4 - Melalui kemajuan dalam bidang sains dan teknologi,
masyarakat Portugal berjaya mencipta pelbagai
peralatan pelayaran seperti carta pelayaran, kapal
moden dan kompas magnetik.
- Kemajuan ini memberikan keyakinan kepada orang
Portugal untuk meneroka kawasan-kawasan baharu
bagi memajukan sektor perdagangannya.
Jelaslah bahawa , penguasaan perdagangan Portugal
adalah seiring dengan perkembangan sifat inkuiri orang
Eropah yang menghasilkan sifat berani dan tahan Penegasan
cabaran untuk bergiat aktif dalam kegiatan Fakta
perdagangan antarabangsa.

Kesimpulannya, perkembangan perdagangan Portugal


melahirkan penduduk Portugal yang menguasai pelbagai
kemahiran pelayaran, mempunyai semangat inkuiri, suka
meneroka dan menjelajah serta yakin dengan cabaran di lautan
Kesimpulan
dan kawasan perdagangan baharu. Walau bagaimanapun,
penaklukan Sepanyol ke atas Portugal telah mengurangkan kuasa
perdagangannya dan semakin beransur-ansur lemah menjelang
abad ke-18.

28
Sejarah STPM Semester 1 : STPM 2019
Negeri Melaka

3. Huraikan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan Jerman untuk


melahirkan sistem pendidikan kebangsaan pada abad ke-18 -19 masihi.

Jawapan :

Menjelang akhir abad ke-18, berlaku perubahan ketara dalam


sistem pendidikan di Jerman iaitu kerajaan pusat mula
mengambilalih pengurusan dan pentadbiran sepenuhnya. Sistem
pendidikan Jerman diseragamkan meliputi penguasaan terhadap
kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Seterusnya Pendahuluan
penerapan tegas terhadap etika, disiplin, tugas dan ketaatan.
Penyeragaman pendidikan kebangsaan ini meliputi perubahan
dalam dasar pendidikan, institusi pendidikan, latihan perguruan
dan kurikulum.
Pengubalan Dasar Pendidikan adalah aspek terpenting
bagi menjayakan sistem pendidikan kebangsaan di Fakta
Jerman.

- Bagi melahirkan keseragaman dalam pengurusan


sekolah, kerajaan telah mengisytiharkan Kod Undang-
undang Pendidikan pada tahun 1713 bagi sekolah-
sekolah Latin dan sekolah kendalian mubaligh. Undang-
undang yang diperkenalkan menyentuh hal pengurusan,
pentadbiran pendidikan, pengendalian sekolah dan
arahan kepada ibu bapa agar menghantar anak-anak
mereka ke sekolah. Hal ini, menunjukkan kerajaan
Huraian dan
Jerman menitikberatkan usaha pembinaan banyak
Isi 1 contoh
sekolah baru serta bantuan kewangan bagi kemudahan
prasarana sekolah.
- Sebagai contoh, pada 23 September 1763, Julius
Hecker telah menggubal General Land-Schule
Reglement dan menjadi undang-undang persekolahan
pertama bagi seluruh Prussia yang mengandungi
maklumat terperinci tentang pembinaan sekolah, yuran
pengajian, bantuan kerajaan dan gaji guru.

Tegasnya, penggubalan dan penguatkuasaan dasar


pendidikan oleh kerajaan Jerman merupakan asas Penegasan
meletakkan sistem pendidikan kebangsaan yang Fakta
seragam dan berkualiti.

Sistem pendidikan kebangsaan Jerman juga


Isi 2 merangkumi penyusunan fungsi dan peringkat-peringkat Fakta
institusi-institusi pendidikan.

29
Sejarah STPM Semester 1 : STPM 2019
Negeri Melaka

- Menjelang abad ke-19, terdapat beberapa peringkat


sistem pendidikan iaitu peringkat rendah, menengah,
teknikal dan universiti. Kerajaan menubuhkan ribuan
sekolah rendah dan memantapkan pendidikan rendah
dengan mewajibkan semua kanak-kanak bersekolah.
- Selain itu, kerajaan menentukan piawaian sekolah
menengah, memberi keutamaan kepada sekolah-
sekolah menengah awam untuk melahirkan pelajar yang
dapat menjalani kehidupan seharian dengan teratur.
Sistem pendidikan teknikal pula diperkenalkan bagi
membangunkan sektor perindustrian dan perdagangan
Huraian dan
melalui penubuhan sekolah perdagangan dan
Contoh
politeknik. Peringkat seterusnya ialah penubuhan
universiti yang menekankan pengkhususan dalam
pelbagai lapangan ilmu seperti Kimia dan Fizik. Sebagai
contoh, Jerman berusaha memantapkan sistem
pendidikan rendahnya yang dikenali sebagai
Volksschulen iaitu terbuka kepada semua penduduk.
- Dasar kerajaan yang mewajibkan kanak-kanak
bersekolah telah berjaya menurunkan kadar buta huruf
di Jerman. Penubuhan Universiti Berlin pula menjadi
universiti terbesar di Jerman yang mempunyai 200 orang
professor dan 5000 orang pelajar.

Jelaslah bahawa, penubuhan sistem pendidikan


Penegasan
berperingkat berupaya membentuk pendidikan Jerman
Fakta
yang lebih tersusun dan sistematik.

Selain itu, sistem pendidikan kebangsaan turut


menekankan kandungan kurikulum dalam setiap Fakta
peringkat pendidikan.

- Kandungan kurikulum di setiap peringkat pendidikan


dirangka sesuai dengan tahap institusi tersebut.
Kurikulum sekolah rendah diasaskan oleh Teori Pestalozzi
yang menekankan perkembangan mental kanak-kanak
dan latihan menggunakan deria. Bagi peringkat sekolah
menengah pula, terdiri daripada pengajaran Bahasa
Isi 3 Latin, Greek, Jerman, Matematik, Sejarah, Geografi ,
Agama dan Sains. Pendidikan di university pula
Huraian dan
menekankan pengkhususan dalam bidang Psikologi,
contoh
Sejarah, Falsafah, Undang-undang, Anatomi, Kimia dan
Fizik.
- Sebagai contoh, penekanan dalam pendidikan muzik
diberikan kepada pelajar sekolah rendah bagi
melahirkan pelajar yang berupaya menyanyikan lagu-
lagu patriotik. Secara tidak langsung, menjadi medium
melahirkan generasi Jerman yang mempunyai
semangat patriotisme kepada negara.

30
Sejarah STPM Semester 1 : STPM 2019
Negeri Melaka

Tegasnya, sistem pendidikan kebangsaan


menitikberatkan penyeragaman dalam kurikulum yang
Penegasan
diajar di sesuatu tahap pendidikan, sesuai dengan
Fakta
matlamat asal pendidikan tahap tersebut dibentuk di
Jerman.
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang tersusun
turut dirangka bagi melahirkan sistem pendidikan Fakta
kebangsaan di Jerman.

- Menjelang tahun 1808, Jabatan Pendidikan awam


telah ditubuhkan di Jerman untuk mengendalikan hal
ehwal pendidikan. Guru-guru Jerman diberi peluang
mempelajari idea dan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang dikemukakan oleh Pestalozzi. Malah,
guru-guru yang menerima latihan di Switzerland dilantik
Isi 4 sebagai pengarah institut latihan perguruan.Tokoh-tokoh Huraian dan
yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman Contoh
dalam kaedah pengajaran baharu turut diundang untuk
melatih guru-guru di Jerman.
- Sebagai contoh, pada tahun 1809, Carl August Zellar
telah dijemput oleh kerajaan Jerman untuk
mengendalikan bengkel kaedah pengajaran dan
pembelajaran Pestalozzi kepada guru-guru.

Jelaslah bahawa, dalam usaha memantapkan sistem


pendidikan di Jerman, kerajaan berusaha menerapkan Penegasan
idea dan kaedah pengajaran terbaharu bagi Fakta
menjayakan sistem pendidikan kebangsaannya.

Kesimpulannya, Jerman berjaya menubuhkan satu sistem


pendidikan berperingkat mulai abad ke-19. Walaupun pada
asasnya, pendidikan Jerman merupakan satu kawalan minda Kesimpulan
kepada rakyatnya, dan juga menekankan soal menanam
ketaatan sosial dalam kalangan rakyatnya.

31
Sejarah STPM Semester 1 : STPM 2019
Negeri Melaka

4. Sejauh manakah gerakan pengaruh Renaisans mempengaruhi


perkembangan zaman pencerahan di England mulai abad ke 17.

Jawapan :

Renaisans telah bermula di Eropah semenjak abad ke 17 dan


terus berkembang. Pada abad ke 18 muncul zaman enlightment
atau zaman pencerahan. Zaman Renaisans telah menyebabkan Pendahuluan
kemunculan beberapa gerakan intelektual yang dipelopori oleh
John Locke, Voltaire, Montesquieu dan Rousseau.

Pengaruh gerakan Renaisans Fakta


- Renaisans telah melahirkan semangat ingin tahu
dan pemikiran kritikal dalam kalangan masyarakat.
Keadaan ini telah menyebabkan berlaku kemajuan
Huraian dan
yang pesat dalam ilmu pengetahuan seperti sains,
Isi 1 contoh
seni lukis dan seni bina. Perkembangan dalam
penerokaan dan pelayaran sehingga muncul
ekspedisi penjajahan.
Jelaslah, perkembangan ini melahirkan masyarakat
Penegasan
yang bersedia untuk menghadapi perubahan yang
Fakta
besar.
Pengaruh Reformasi Fakta
- Gerakan reformasi memainkan peranan penting
dalam kemunculan zaman pencerahan di Eropah.
Gerakan ini menyebabkan wujudnya institusi yang
Huraian dan
Isi 2 mempunyai kuasa autonomi dan bebas dari
contoh
pengaruh gereja. Hal ini telah membolehkan idea
baharu seperti rasionalisme, sekularisme dan
humanisme berkembang.
Jelaslah, sekali gus meletakkan asas bagi kelahiran Penegasan
revolusi intelaktual di Eropah. Fakta

Pengaruh Ahli Falsafah Fakta

- Golongan ahli falsafh turut memainkan peranan


dalam perkembangan zaman pencerahan di
Eropah. Golongan ini terdedah dengan pemikiran
Huraian dan
dan idea kritis serta semangat ingin tahu yang kuat.
Isi 3 contoh
Mereka menekankan pemikiran bersifat rasionalistik
dan saintifik. Antaranya seperti Rousseau dan John
Locke.

Jelaslah perkembangan ini menyebabkan lahirnya Penegasan


pemikir-pemikir pelbagai ilmu. Fakta

32
Sejarah STPM Semester 1 : STPM 2019
Negeri Melaka

Revolusi Sains Fakta

- Revolusi sains telah menyebabkan penekanan


terhadap ilmu dan akal yang membawa kepada Huraian dan
Isi 4
kemunculan idea-idea baharu serta penyelidikan contoh &
bercorak sainstifik. Keadaan ini melahirkan ramai Penegasan
tokoh sains terkenal seperti Spinoza, Francis Bacon Fakta
dan Isaac Newton.

Penerokaan dan Penjelajahan Fakta

- Kegiatan penerokaan dan penjelajahan


menyebabkan lahir keinginan yang kuat dalam
kalangan orang Eropah untuk memperolehi
maklumat dan idea tentang bangsa dan budaya
lain. Perkembangan ini melahirkan corak pemikiran Huraian dan
Isi 5 baharu yang berasaskan empiris dan sebab contoh
musabab. Justeru, mereka peneroka dan menjajah
beberapa negara seperti Britian menjajah Amerika,
Burma, India dan Tanah Melayu dan Belanda pula
menjajah Indonesia.

Jelaslah bahawa kuasa-kuasa besar saling bersaing


Penegasan
antara satu sama lain bagi memastikan emperikal di
Fakta
bawah kekuasaan mereka

Peranan Kelas Pertengahan Fakta

- Golongan terpelajar daripada kelas pertengahan


mula meninggalkan tabiat lama yang tidak sesuai
dengan zaman baharu. Mereka terdedah dengan
Huraian dan
perkembangan semasa melalui surat khabar dan
Isi 6 contoh
majalah. Perkembangan ini menyebabkan
permintaan yang tinggi untuk kamus, ensiklopedia,
dan karya-karya pelbagai disiplin ilmu pengetahuan.

Jelaslah bahawa kelas pertengahan yang muncul


Penegasan
telah menjadi faktor penyumbang zaman
Fakta
pencerahan

Kesimpulannya, perkembangan ini telah menjadikan Eropah


sebagai sebuah tempat yang menyediakan pelbagai disiplin
Kesimpulan
ilmu dan idea-idea baharu. Sekaligus menjadi asas bagi
kelahiran zaman pencerahan di Eropah pada abad ke 18.

33
Sejarah STPM Semester 1 : STPM 2019
Negeri Melaka

SEJARAH DUNIA
1500-1955

TEMA 4
NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN
NEGARA BANGSA

1. Bincangkan Gerakan Pembaharuan Ching pada 1901 hingga 1911 yang


merupakan usaha kerajaan Manchu bagi mempertahankan negara daripda
imperialisme Barat.

2. Huraikan faktor-faktor
faktor yang mendorong penubuhan Perjanjian Atlantik Utara
(NATO) pada tahun 1949.

3. Bincangkan kesan
an P
Perang Dunia Kedua yang berlaku
erlaku pada tahun 1939-1945
1939
di Eropah
ropah dalam bidang politik.

4. Bincangkan faktor-faktor
faktor y
yang menyebabkan tercetusnya
ercetusnya Perang Dunia
Kedua pada tahun
ahun 1939
1939-1945.

34
Sejarah STPM Semester 1 : STPM 2019
Negeri Melaka

1. Bincangkan Gerakan Pembaharuan Ching pada 1901 hingga 1911 yang


merupakan usaha kerajaan Manchu bagi mempertahankan negara daripda
imperialisme Barat

Jawapan :

Pemberontakan Boxer telah memberi kesedaran kepada


kerajaan Manchu tentang pentingnya gerakan pembaharuan.
Golongan cerdik pendai telah mendesak kerajaan Manchu
melaksanakan pembaharuan yang menyeluruh dan diketuai oleh
Kang Yu Wei. Pada 29 Januari 1901, Maharani Dowegar Tzu Hsi
mengumumkan Gerakan Pembaharuan yang berteraskan ciri-ciri
Pendahuluan
baik peradaban Barat. Kerajaan Manchu telah memulakan
gerakan pembaharuan sebagai langkah menguatkan diri bagi
menghadapi ancaman kuasa-kuasa Barat seperti pembaharuan
pendidikan, pembaharuan ketenteraan, memperkenalkan
perlembagaan, menyusun semula ekonom, pembaharuan dalam
sosial dan pentadbiran.

Pembaharuan Pendidikan Fakta

- Kerajaan Manchu telah melatih pegawai-pegawai


kerajaan yang lebih cekap. Pada tahun 1904,
kerajaan Manchu memperkenalkan model
pendidikan Jepun yang merangkumi 4 tahap iaitu
sekolah rendah selama 4 tahun, sekolah menengah
selama 5 tahun, sekolah tinggi/maktab selama 3
Huraian dan
tahun dan Universiti Peking selama 3 tahun.
Isi 1 contoh
- Pembaharuan pada tahun 1905 iaitu peperiksaan
perkhidmatan awam kerajaan yang berdasarkan
kitab klasik Cina dimansuhkan. 1906 pula kerajaan
Manchu telah menubuhkan Kementerian Pendidikan
untuk menguruskan pelaksanaan sistem pendidikan
dan menyelia sekolah-sekolah.

Jelaslah bahawa pembaharuan dalam pendidikan Penegasan


telah munculnya ramai golongan cerdik pandai Cina. Fakta

Pembaharuan Ketenteraan Fakta


Kerajaan Manchu melakuan pembaharuan dalam
ketenteraan bagi mengukuhkan sistem pertahanan
negara yang diketuai oleh Yuan Shih Kai. Antara
Isi 2
pembaharuan ketenteraan yang diperkenalkan Huraian dan
seperti merombak struktur angkatan tentera contoh
berdasarkan model Barat, membesarkan dan
memodenkan angkatan tentera darat,
memperkenalkan senjata moden dari Barat dan

35
Sejarah STPM Semester 1 : STPM 2019
Negeri Melaka

memperkenalkan pasuka kerahan tentera. Pada


1906, Kementerian Pertahanan telah ditubuhkan untuk
menguruskan hal ehwal tentera dan pada tahun 1909,
seramai 700 pegawai tentera China dihantar ke Jepun
untuk menjalani latihan ketenteraan.

Jelaslah, pembaharuan ketenteraan China lebih


Penegasan
efisian dan mengambil gaya ketenteraan dan
Fakta
ketahanan dari Barat.

Sistem pemerintahan berperlembagaan Fakta

- Kerajaan Manchu telah mengambil langkah


memperkenalkan sistem pemerintahan
berpelembagaan bagi menyekat penjajahan kuasa-
kuasa asing. Sebuah jawatankuasa yang mengkaji
perlembagaan negara-negara asing ditubuhkan dan
terdiri 5 orang yang diketuai oleh Tsai Tse.
Huraian dan
Jawatankuasa tersebut telah dihantar ke Jepun,
Isi 3 contoh
Britian, Perancis, Belgium, Austria dan Itali untuk
mengkaji perlembagaan negara tersebut.
- Pada 1908, kerajaan Manchu telah meluluskan
undang-undang penubuhan Majlis Perhimpunan
Wilayah dan telah bersidang kali pertama pada 1909
serta berjaya menubuhkan sebuah parlimen

Jelaslah bahawa bentuk pemerintahan Barat telah


Penegasan
diterapkan dalam kerajaan Manchu buat kali
Fakta
pertama.

Menyusun semula ekonomi. Fakta

- Pada tahun 1903, Kerajaan Manchu telah


menubuhkan Kementerian Perdagangan di Peking
dan menukar nama kepada Kementerian Pertanian,
Perindustrian dan Perdagangan. Kerajaan Manchu
Huraian dan
Isi 4 telah menubuhkan Maktab Teknikal untuk meberi
contoh
latihan kepada rakyat dalam bidang perusahaan,
menggalakkan penubuhan kilang-kilang, Kesannya
sebanyak 130 buah kilang telah didirikan oleh
pengusaha tempatan China.
Jelaslah bahawa penyusunan semula ekonomi oleh Penegasan
kerajaan Manchu telah merancakkan ekonomi Cina. Fakta
Pembaharuan Sosial Fakta
Kerajaan Manchu telah melaksanakan pembaharuan
Isi 5 sosial seperti larangan ke atas perkahwinan antara
Huraian dan
orang Manchu dengan orang China telah ditarik balik
contoh
pada tahun 1902, larangan terhadap amalan
menghisap candu dalam kalangan kakitangan

36
Sejarah STPM Semester 1 : STPM 2019
Negeri Melaka

kerajaan dan orang awam yang berumur di bawah 60


tahun dilaksanakan pada tahun 1906 dan
penghapusan amalan mengikat kaki dalam kalangan
wanita Cina.
Jelaslah bahawa kerajaan Manchu telah
memansuhkan mana-mana amalan yang mendatang Penegasan
kemudaratan kepada Cina dan melaksanakan Fakta
peraturan sosial yang menguntungkan Cina.

Pembaharuan Pentadbiran Fakta


- Kerajaan Manchu telah melaksanakan
pembaharuan dalam pentadbiran. Beberapa
kementerian baharu telah ditubuhkan untuk
menjalankan pemerintahan secara birokratik dan
Huraian dan
teratur. Antara kementerian yang ditubuhkan seperti
contoh
Kementerian Luar Negeri pada tahun 1901,
Isi 6
Kementerian Polis pada tahun 1905, Kementerian
Angkatan Tentera Darat dan Kementerian Kewangan
pada tahun 1906
Jelaslah bahawa pembaharuan dalam pentadbiran
yang mengikut corak Barat diperkenalkan bagi Penegasan
memastikan sistem pentadbiran Cina teratur dan Fakta
sistematik

Kesimpulannya, Gerakan Pembaharuan Ching yang berlaku dari


tahun 1901 sehingga 1911 telah menjadikan Cina sebuah negara
moden dalam politik, ekonomi, pendidikan dan sisoal. Zaman ini Kesimpulan
juga merupakan suatu peralihan ke arah republik yang berlaku
pada tahun 1911 dalam Revolusi Cina.

37
Sejarah STPM Semester 1 : STPM 2019
Negeri Melaka

2. Huraikan faktor-faktor yang mendorong Penubuhan Perjanjian Atlantik Utara


(Nato) pada tahun 1949.

Jawapan :

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara yang dikenali sebagai NATO


ditubuhkan pada 4 April 1949. NATO ditubuhkan untuk
mewujudkan sistem pertahanan bersama yang melibatkan semua
negara anggota. Pertubuhan ini juga berperanan memelihara Pendahuluan
kedaulatan negara-negara anggota dan membendung
pengaruh komunis yang disebarkan oleh Soviet Union. Terdapat
beberapa faktor yang mendorong penubuhan NATO.

Faktor pertama ialah menyekat fahaman komunis. Fakta

- Ini adalah kerana fahaman komunis mula tersebar


secara meluas di Eropah yang diterajui oleh Rusia.
Huraian
NATO diharap menjadi benteng untuk menyekat
pengaruh komunis.

- Sebagai contoh,Rusia telah berjaya menyebar dan


Isi 1 mengukuhkan pengaruh komunis di negara-negara
Eropah Timur. Perkembangan komunis di negara- Contoh
negara Eropah Timur menimbulkan kebimbangan
kepada Amerika Syarikat dan Britain.

Tegasnya dapat dikatakan bahawa menyekat


pengaruh komunis di Eropah merupakan salah satu Penutup Isi
faktor yang mendorong terbentuknya NATO.

Faktor kedua ialah menyekat dasar ketenteraan Rusia. Fakta

- Ini adalah kerana Rusia mula menjalankan dasar


ketenteraan dan perluasan pengaruh di Eropah.
Huraian
Perkembangan ini telah menimbulkan kebimbangan
kepada Amerika Syarikat.

- Sebagai contoh, Rusia berjaya mengukuhkan


Isi 2 kedudukan dan kekuatan ketenteraan di negara- Contoh
negara Eropah Timur yang prokomunis.

Tegasnya dapat dikatakan bahawa NATO diwujudkan


bagi membentuk pakatan untuk menghadapi Penutup Isi
ancaman Rusia.

38
Sejarah STPM Semester 1 : STPM 2019
Negeri Melaka

Faktor ketiga ialah menghalang kebangkitan Jerman. Fakta

- Ini adalah kerana selepas tamatnya PD2, Jerman


masih menjadi ancaman kepada dunia terutama
Eropah. Kebangkitan Jerman melahirkan kebimbangan Huraian
dalam kalangan negara Eropah terutama Britain dan
Perancis.

Isi 3 - Sebagai contoh, negara-negara Eropah mahu


menyekat kebangkitan Jerman yang dikhuatiri akan
mencetuskan pergolakan dunia. Dalam konteks ini,
Contoh
pakatan ketenteraan seperti NATO dapat menyekat
kebangkitan Jerman sebagai kuasa tentera yang akan
mengancam kestabilan politik di benua Eropah.

Tegasnya dapat dikatakan bahawa ancaman


kebangkitan Jerman dalam bidang ketenteraan Penutup Isi
merupakan salah satu faktor penubuhan NATO.

Faktor keempat ialah penglibatan Amerika Syarikat Fakta

- Ini adalah kerana penubuhan NATO bertujuan


melibatkan secara langsung Amerika Syarikat dalam
hal ehwal ketenteraan dan politik di benua Eropah.
Huraian
Penyertaan Amerika Syarikat dalam NATO bertujuan
untuk memastikan pertubuhan ini memainkan peranan
Isi 4 yang lebih efektif.

Sebagai contoh, tentera Amerika Syarikat ditempatkan


di Jerman dan Turki selepas PD2 supaya komunis dapat Contoh
disekat.
Tegasnya dapat dikatakan bahawa melibatkan
Amerika Syarikat secara langsung di Eropah Penutup Isi
merupakan salah satu faktor penubuhan NATO.

Faktor terakhir ialah mengambilalih peranan


Fakta
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

- Ini adalah kerana penubuhan NATO bertujuan


mengatasi ketidakyakinan Eropah terhadap
kemampuan PBB dalam menangani konflik dunia. PBB
Isi 5 tidak berupaya memainkan peranan sebagai Huraian
pertubuhan yang boleh mengekang sebarang konflik
dengan berkesan. Kelemahan utama PBB ialah badan
dunia itu tidak memiliki pasukan tentera sendiri.

Sebagai contoh, NATO memiliki tentera sendiri bagi


menjamin keselamatan dan kedaulatan negara Contoh
anggota.

39
Sejarah STPM Semester 1 : STPM 2019
Negeri Melaka

Tegasnya dapat dikatakan bahawa mengambilalih


peranan PBB merupakan salah satu faktor utama yang Penutup Isi
mendorong penubuhan NATO.

Sebagai kesimpulan dapatlah dikatakan bahawa terdapat


beberapa faktor penubuhan NATO. Keadaan politik yang tidak
menentu era Perang Dingin menyebabkan kerjasama dalam
bidang kententeraan dianggap perlu. Selepas Perang Dingin Kesimpulan
berakhir, NATO tidak dibubarkan. NATO terus menyusun strategi
bersaing sesama sendiri bagi mengukuhkan pengaruh masing-
masing.

40
Sejarah STPM Semester 1 : STPM 2019
Negeri Melaka

3. Bincangkan kesan perang Dunia Kedua yang berlaku pada tahun 1939-1945
di Eropah dalam bidang politik.

Jawapan:

PD2 tercetus apabila Jerman melancarkan serangan terhadap


Poland pada tahun 1939. Dalam peperangan tersebut Britain,
Rusia, Perancis dan Amerika Syarikat membentuk pakatan yang
dikenali sebagai Pihak Berikat. Jerman, Itali dan Jepun pula Pendahuluan
mewujudkan pakatan yang dikenali sebagai Kuasa Paksi. PD2
telah meninggalkan kesan yang amat mendalam di Eropah
terutama dalam bidang politik.

Kesan politik pertama ke atas Eropah selepas


Fakta
tamat PD2 ialah PBB ditubuhkan.
- Ini adalah kerana selepas tamatnya PD2, timbul
keperluan untuk menubuhkan sebuah badan
antarabangsa yang berperanan memelihara
Huraian
keamanan dunia. PD2 telah menbuktikan bahawa
Liga Bangsa gagal memainkan peranan yang
berkesan bagi menghalang peperangan.
Isi 1
- Sebagai contoh, antara matlamat utama PBB
ialah mengekalkan keamanan dunia,
menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam Contoh
bidang sosial dan ekonomi, bantuan kemanusiaan
dan mencegah wabak penyakit.
Tegasnya dapat dikatakan bahawa kesan utama
PD2 ialah penubuhan PBB bagi menggantikan Liga Penutup Isi
Bangsa.
Kesan kedua ialah Eropah terbahagi kepada 2
Fakta
blok.
- Ini adalah kerana selepas tamat PD2, Amerika
Syarikat dan Rusia telah muncul sebagai kuasa
besar dunia. Hubungan antara kuasa besar Huraian
tersebut semakin tegang sehingga mencetuskan
Perang Dingin.

Isi 2 - Sebagai contoh, Amerika Syarikat


memperjuangkan penubuhan kerajaan bercorak
demokrasi di Eropah Barat. Manakala Rusia Contoh
mengasaskan pemerintahan komunis di Eropah
Timur.
Tegasnya dapat dikatakan bahawa perpecahan
Eropah kepada 2 blok iaitu blok demokrasi dan
Penutup Isi
blok komunis merupakan salah-satu kesan penting
PD2.

41
Sejarah STPM Semester 1 : STPM 2019
Negeri Melaka

Kesan ketiga ialah Jerman berpecah. Fakta

- Ini adalah kerana selepas tamat PD2 Jerman


telah dibahagikan kepada 4 zon. Zon-zon itu
dibawah penguasaan Britain, Perancis, Amerika
Syarikat dan Soviet Union. Pada 1946, Britain,
Huraian
Perancis dan Amerika Syarikat bertindak
menggabungkan zon mereka dalam satu zon
ekonomi. Soviet Union telah membangunkan
Isi 3
Jerman Timur sebagai zon komunis.

- Kesannya pada tahun 1949, Persekutuan Republik


Jerman ditubuhkan dengan ibukotanya di Bonn.
Contoh
Republik Demokratik Jerman ditubuhkan dengan
ibukotanya Berlin.

Tegasnya dapat dikatakan bahawa perpecahan


Jerman kepada Jerman Barat dan Jerman Timur Penutup Isi
merupakan salah-satu kesan PD2.
Kesan keempat ialah perubahan sempadan
Fakta
negara-negara Eropah.
- Ini adalah kerana Soviet Union telah meluaskan
sempadannya hingga meliputi wilayah-wilayah
Jerman, Finland, Poland, Czechoslovakia dan
Huraian
Romania. Soviet Union juga berusaha menubuhkan
kerajaan yang berasingan di wilayah yang
dikuasainya.
Isi 4 - Sebagai contoh, Soviet Union telah menguasai
tiga negara yang tidak memihak kepada mana-
mana pihak dalam PD2 iaitu Estonia, Latvia dan Contoh
Lithuania. Perancis mendapat Wilayah Saar dan
Poland mendapat Silesia dari Jerman.
Tegasnya dapat dikatakan bahawa perubahan
sempadan negara-negara Eropah adalah salah- Penutup Isi
satu kesan penting PD2.

Kesan terakhir ialah berlaku proses dekolonisasi. Fakta

- Ini adalah kerana telah bangkit semangat


kebangsaan dalam kalangan penduduk negara-
negara di Asia dan Afrika. Kemusnahan yang
dialami oleh negara-negara Eropah telah
Isi 5
menjatuhkan maruah negara-negara tersebut
Huraian
dalam kalangan penduduk tanah jajahan. Kos
peperangan yang tinggi telah menyebabkan
negara-negara Eropah mengalami masalah
kewangan. Negara -negara Eropah memulakan
proses dekolonisasi.

42
Sejarah STPM Semester 1 : STPM 2019
Negeri Melaka

- Sebagai contoh, India dan Pakistan mencapai


kemerdekaan dari Britain, Indonesia mencapai
Contoh
kemerdekaan dari Belanda dan IndoChina
mencapai kemerdekaan dari Perancis.
Tegasnya dapat dikatakan bahawa proses
dekolonisasi merupakan salah-satu kesan utama Penutup Isi
PD2.

Sebagai kesimpulan dapatlah dikatakan bahawa PD2


meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam bidang politik
di Eropah. Perang ini telah menyebabkan Amerika Syarikat dan
Rusia muncul sebagai kuasa besar dunia. Hubungan tegang
antara kedua-dua kuasa besar dunia itu telah menyebabkan Kesimpulan
tercetusnya Perang Dingin di Eropah yang berlarutan sehingga
tahun1989. Akhirnya muncul persaingan dalam penciptaan
senjata canggih dan berbahaya dalam mempertahankan kuasa
masing-masing.

43
Sejarah STPM Semester 1 : STPM 2019
Negeri Melaka

4. Bincangkan Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Tercetusnya Perang Dunia


Kedua Pada Tahun 1939-1945.

Jawapan :

PD1 tamat pada tahun 1918 dan Perjanjian Versailles telah


ditandatangani. Dua dekat selepas itu meletus PD2 yang lebih
meluas dan dahsyat. PD2 tercetus apabila Jerman melancarkan
serangan terhadap Poland pada tahun 1939. Dalam peperangan
tersebut Britain, Rusia, Perancis dan Amerika Syarikat membentuk Pendahuluan
pakatan yang dikenali sebagai Pihak Berikat. Jerman, Itali dan
Jepun pula mewujudkan pakatan yang dikenali sebagai Kuasa
Paksi. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan tercetusnya
PD2.

Faktor pertama berlakunya PD2 ialah kelemahan


Fakta
Perjanjian Versailles.

- Ini adalah kerana syarat-syarat yang ditetapkan


dalam perjanjian ini menimbulkan rasa tidak puas
hati dalam kalangan pemimpin dan rakyat
Huraian
Jerman. Pemimpin Jerman juga tidak diberi
peluang menyuarakan pandangan berhubung
syarat-syarat yang ditetapkan.

- Sebagai contoh, sebahagian besar daripada


Isi 1 wilayah dan semua wilayah takluk Jerman telah
diserahkan kepada pihak yang menang. Jerman
dikehendaki membayar sejumlah besar pampasan
Contoh
kepada Pihak Berikat, menghadkan jumlah dan
kuasa angkatan tentera laut dan darat serta tidak
dibenarkan memiliki kapal selam dan tentera
udara.

Tegasnya dapat dikatakan bahawa rasa tidak


puas hati pemimpin dan rakyat Jerman antara Penutup Isi
faktor utama tercetusnya PD2.

Faktor kedua ialah kemunculan ideologi baru. Fakta


- Ini adalah kerana selepas tamatnya PD1 telah
muncul ideologi-ideologi baru seperti Fasisme dan
Nazisme di Eropah. Perkembangan ini merupakan Huraian
cabaran kepada negara-negara yang
mengamalkan demokrasi
Isi 2 - Sebagai contoh, gerakan politik radikal yang
diasaskan oleh Benito Mussolini di Itali dinamakan
Gerakan Fasis. Gerakan ini percaya kepada
nasionalisme yang melampau termasuk Contoh
menjalankan peperangan bagi mengharumkan
nama negara. Fahaman Nazi di Jerman telah
diasaskan oleh Adolf Hitler.

44
Sejarah STPM Semester 1 : STPM 2019
Negeri Melaka

- Beliau membangkitkan semangat kebangsaan


untuk memulihkan Jerman dan melanggar syarat-
syarat Perjanjian Versailles.

Tegasnya dapat dikatakan bahawa kemunculan


ideologi-ideologi baru ini telah melahirkan sentimen
Penutup Isi
kebangsaan dalam kalangan negara-negara di
Eropah yang akhirnya mencetuskan PD2.

Faktor ketiga ialah kegagalan Liga Bangsa. Fakta

- Ini adalah kerana Liga Bangsa gagal memainkan


peranan dengan aktif dan berkesan bagi
menyekat peperangan. Hal ini jelas apabila
Huraian
negara-negara seperti Jerman, Itali dan Jepun
bertindak meluaskan kuasa serta menakluki
negara-negara lain.
Isi 3
- Sebagai contoh, Jerman menawan Austria
manakala Jepun menakluki Manchuria. Disamping
Contoh
itu Itali telah bertindak menyerang dan menakluki
Abyssinia.

Tegasnya dapat dikatakan bahawa kegagalan


Liga Bangsa merupakan antara sebab utama Penutup Isi
tercetusnya PD2.

Faktor keempat ialah berlaku kemelesetan


Fakta
ekonomi.
- Ini adalah kerana PD2 telah menyebabkan
berlaku kemelesetan ekonomi yang teruk ke atas
Jerman dan Itali. Keadaan ini telah menyebabkan
berlaku masalah pengangguran dan kadar inflasi
Huraian
yang tinggi. Perkembangan ini telah
menyebabkan pemimpin-pemimpin berfahaman
melampau di Jerman dan Itali meraih sokongan
rakyat.
Isi 4
- Sebagai contoh, pemimpin Jerman dan Itali
menjalankan dasar perluasan kuasa bagi
mengatasi masalah ekonomi. Melalui dasar
Contoh
perluasan kuasa mereka mendapat pasaran,
bahan mentah dan makanan bagi keperluan
penduduk tempatan.

Tegasnya dapat dikatakan bahawa kemelesetan


ekonomi telah merangsang Jerman dan Itali untuk Penutup Isi
mencetuskan PD2.

Isi 5 Faktor terakhir ialah kemunculan Adolf Hitler. Fakta

45
Sejarah STPM Semester 1 : STPM 2019
Negeri Melaka

- Ini adalah kerana kemunculan Adolf Hitler telah


lembaran baru dalam sejarah Jerman. Selepas
tamat PD1, keadaan politik Jerman tidak stabil.
Berlaku perebutan kuasa oleh pergerakan Huraian
pelampau nasionalis. Perkembangan ini memberi
peluang kepada beliau untuk mengukuhkan
kedudukan dan kuasa di Jerman.

- Sebagai contoh, beliau telah menubuhkan Parti


Sosialis Kebangsaan dan membentuk kerajaan
baru Jerman. Beliau berjaya mengatasi masalah
pengangguran, ekonomi dan memulihkan
Contoh
semangat kebangsaan rakyat Jerman. Beliau telah
membangunkan Jerman sebagai kuasa besar
dengan menubuhkan angkatan tentera darat, laut
dan udara yang dilengkapi senjata canggih.

Tegasnya dapat dikatakan kemunculan Adolf Hitler


dan tindakannya telah menimbulkan
Penutup Isi
kebimbangan negara-negara Eropah seperti
Perancis dan Britain. Akibatnya berlaku PD2.

Sebagai kesimpulan dapatlah dikatakan terdapat beberapa


faktor yang mencetuskan PD2. Kemunculan golongan Nazi di
Jerman, golongan Fasis di Itali dan golongan tentera di Jepun
Kesimpulan
meletakkan asas kepada tercetusnya PD2. Namun begitu
kegagalan Liga Bangsa menyekat dasar imperialisme Jerman,Itali
dan Jepun juga menyebabkan berlakunya PD2.

MODUL TAMAT

46

You might also like