You are on page 1of 2

NAMA : NURFATIHA IWANI BT MOHD YATIM KELAS : 6S1 TANJUNG

LANGKAH-LANGKAH RAJA LOUIS XIV MENGUKUHKAN SISTEM BERAJA MUTLAK DI PERANCIS


Sistem pemerintahan beraja mutlak bermaksud satu sistem kerajaan yang corak pemerintahan raja tidak
dikawal oleh Parlimen. Dalam sistem ini, titah raja ialah undang-undang. Menjelang abad ke-17, Raja Louis
XIV ditabalkan sebagai pemerintahan Perancis. Baginda juga dikenal sebagai Grand Monarch. Dengan
adanya sokongan padu daripada semua pihak, kedudukan Raja Louis XIV sebagai pemerintah monarki
mutlak diperkukuhkan. Oleh itu, terdapat pelbagai langkah yang telah dilakukan oleh Raja Louis XIV untuk
mengukuhkan sistem beraja mutlak di Perancis.
Antara langkah-langkah Raja Louis XIV mengukuhkan sistem beraja mutlak di Perancis ialah Raja Louis
menyusun semula pentadbiran pusat negara kepada empat majlis iaitu Majlis Negara, Majlis Despatcher,
Majlis Kewangan dan Majlis Privy. Baginda juga telah melantik menteri-menteri yang berkebolehan untuk
melicinkan pentadbiran pentadbiran. Raja Louis XIV menggunakan intendent iaitu pegawai-pegawai untuk
melaksanakan dasar-dasar diraja di provinsi. Baginda mendirikan istana di Jersailles dan di beberapa
tempat lain. Golongan bangsawan sentiasa berada di istana raja untuk mendapatkan sokongan dan sumber
kewangan daripada Raja Louis XIV. Perkhidmatan awam dikendalikan oleh orang-orang berkebolehan
seperti Colbert, Louvios dan Vauborn. Oleh itu, strategi ini telah membuatkan Raja Louis XIV berjaya
mengukuhkan kekuasaan monarki mutlak di Perancis sehingga 1715.
Selain itu, Raja Louis XIV juga melaksanakan dasar ketenteraan untuk memusatkan kuasa. Baginda
mendapat bantuan Menteri Perang iaitu Louvios untuk melakukan reformasi ketenteraan. Baginda
mempunyai kawalan penuh ke atas angkatan tentera. Raja dapat menghapuskan kekuasaan golongan
bangsawan ke atas bidang ketenteraan dan mendapat kawalan langsung ke atas ketenteraan. Pegawai-
pegawai tentera yang dilantik adalah berdasarkan kelayakan. Kerajaan pusat bertanggungjawab untuk
merekrut askar, menyediakan perumahan dan bekalan makanan untuk mereka. Angkatan tentera darat
pada masa itu terdiri daripada 4000 tentera. Raja Louis XIV berjaya membina angkatan tentera laut yang
kuat. Angkatan tentera ini berjaya menyekat kekuasaan laut oleh tentera laut England. Pada zaman Raja
Louis XIV, tentera Perancis muncul sebagai tentera yang terkuat di Eropah. Oleh itu, Perancis muncul
pasukan tentera terkuat di Eropah pada masa itu dan kedudukan raja semakin kukuh.
Seterusnya, Raja Louis XIV juga mengambil langkah dengan melaksanakan dasar agama untuk
mendapatkan sokongan penduduk yang memaksa golongan bukan Katolik iaitu Huguenot yang beraliran
Calvinisme untuk menerima agama Katolik. Sebelum pemerintahan Raja Loris XIV pada tahun 1598, Edirt of
Nantes ditandatangani yang memberikan kebebasan kepada Huguenot untuk menganut agama pilihan
mereka. Pada masa yang sama, golongan ini juga dibenarkan memegang jawatan dalam kerajaan.
Sebenarnya Edict ini menafikan kebebasan kepade golongan Huguenot. Pada tahun 1685, Raja Louis XIV
membatalkan Edict of Nantes ini. Pembatalan ini bermaksud kumpulan ini tidak ada kebebasan dalam
aspek agama. Tindakan raja menyebabkan seramai 200 000 Huguenot meninggalkan negara Perancis dan
berpindah ke England, Holland dan Amerika. Walaupun ramai berpindah keluar, penduduk tempatan
menyokong tindakan raja. Oleh itu, langkah Raja Louis ini telah mendapat sokongan daripada rakyat dan
seterusnya mengukuhkan kedudukan monarki mutlak di Perancis.
Di samping itu, Raja Louis XIV juga melaksanakan dasar ekonomi merkantilisme untuk menambahkan
kekayaan negara agar Perancis muncul sebagai sebuah negara yang kuat dan agung. Colbert, Menteri
Kewangan, melaksanakan dasar ini secara bersungguh-sungguh. Beliau memulakan industri-industri
baharu, memansuhkan tarif tempatan, mengurangkan kadar bunga ke atas hutang kerajaan, mengawal
upah dan harga kebanyakan barangan. Dengan semua langkah-langkah ini, Colbert berjaya meningkatkan
pendapatan kerajaan. Pada masa yang sama, perbelanjaan perang juga meningkatkan pendapatan
kerajaan dengan pesat. Oleh itu, Raja Luois XIV dapat mengukuhkan kedudukannya sebagai raja berkuasa
mutlak di Perancis.
Sehubungan dengan itu, Raja Louis XIV juga melaksanakan dasar iuar negara Perancis, Baginda
mengamalkan dasar perluasan kuasa untuk mengukuhkan kedudukannya dan menguatkan negara
Perancis. Wilayah Perancis diperluaskan ke Sungai Rhine. Perancis berjaya menguasai wilayah-wilayah yang
diperintah oleh Putera-putera Jerman, negara Spanish, Netherlands (Belgium Moden), dan United Province
(Belanda Moden). Oleh itu, usaha Raja Louis XIV ini telah meningkatkan kekuatan dan sokongan rakyat
terhadap pemerintahan beraja mutlak di Perancis.
Kesimpulannya, Raja Louis XIV dapat mewujudkan keamanan dan kemakmuran dalam negara melalui
dasar- dasarnya. Perkembangan pemerintahan mutiak di Perancis telah menyebabkan Perancis muncul
sebagai negara yang kuat dengan mempelopori sistem ekonomi merkantilisme dan menggalakkan
pelayaran ke seberang iaut untuk menguasai tanah jajahan. Menjelang abad ke-17, Perancis muncul
sebagai pemimpin dalam pelbagai seni di benua Eropah.

You might also like