You are on page 1of 1

Gerakan Menguatkan Diri (1861-1895) merupakan satu usaha untuk membangunkan semula

kedaulatan China tetapi telah menemui kegagalan . Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan
gerakan tersebut gagal .

A.PENGENALAN

1.Kekalahan China dalam Perang Candu dengan British telah memeberi kesan besar kepada China. Lni
menyebabkan timbul kesedaran dalam kalangan pembesar China untuk memodenkan dan melindungi
kedaulatan China .
2. Langkah pemodenan diusahakan dikenali sebagai Gerakan Menguatkan Diri . Walaupun pelbagai
langkah pemodenan diambil , namun rancangan ini menemui kegagalan kerana pelbgai faktor.

B. ISI-ISI

1. Ketiadaan pemimpin yang cekap dan dinamik menyebabkan uasaha pemodenan gagal dicapai
sepenuhnya .
- terdapat pemimpin yang disingkirkan daripada istana kerana bimbang akan mengugat kedudukan raja
seperti Putera Kung pada tahun 1875.
-Kerajaan pusat juga tidak memberi bantuan dan kerjasama kepada gabenor wilayah untuk menjalankan
pemodenan kerana Maharani Dowager yang memegang pemerintahan ketika itu bersifat antipemodenan
.

2. Mendapat tentangan daripada golongan konsevatif di istana Ching . Mereka menentang selepas
Putera Kung disingkirkan dan tidak menyokong sikap Maharani Dowegar yang membelanjakan wang
untuk kepentingan diri . Dalam masa yang sama , golongan pegawai kerajaan tidak menyokong
pemodenan kerana masih dikongkong dengan adat resam dan ajaran Confucius .

3. Kegagalan juga disebabkan factor kewangan. China menghadapi masalah ini akibat bencana alam
seperti kemarau dan banjir pada tahun 1840-an . Dalam masa yang sama memperuntukan kewangan
menangani peperangan dan pemberontakan dalam negeri . Kerajaan juga terbeban dengan
pembanyaran gantirugi kepada kuasa barat selepas kalah dalam peran Candu l dan ll . Oleh itu ,
pemodenan tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya .

4. Pemodenan yang terhad membawa kepada kegagalan gerakan ini . Kerajaan China tidak bersedia
melakukan pembaharuan radikal dan tidak bersedia melakukan rombakan serta menyusun semula
institusi-institusi tradisonal bagi memodenkan negara secara keseluruhannya. Pemodenan hanya
meminjam teknologi barat. Ini menyebabkan hasil pemodenan hanya terhad dalam bidang ketenteraan
dan teknologi sahaja.

5. Faktor terakhir kegagalan Gerakan ini ialah kelemahan kerajaan Manchu sendiri .Kerajaan tidak
mempunyai sistem pentadbiran yang teratur dan sistematik malah tidak dapat mengawal amalan rasuah
dan penyelewengan dalam kalangan pegawai kerajaan . Kerajaan Manchu juga terlibat dengan penyalah
gunaan dana yang diperuntukkan oleh kerajaan pusat bagi melaksanakan program pemodenan

C. KESIMPULAN

Usaha memajukan negara melalui Gerakan Menguatkan Diri bagi menjamin kedaulatan China telah
menemui kegagalan disebabkan beberapa faktor. Kegagalan tersebut menyebabkan masyarakat China
mula mengubah tanggapan kepada kepimpinan Manchu dan akhirnya membawa kepada kejatuhan
Manchu dalam Revolusi 1911.

You might also like