You are on page 1of 7

CONTOH CADANGAN PENYELIDIKAN

TEMA: SEJARAH EKONOMI

TAJUK :

PERSATUAN NELAYAN KUALA KEDAH (PNKK): PERANAN DALAM


MENINGKATKAN TARAF HIDUP NELAYAN DI KUBANG ROTAN, KUALA
KEDAH (1980 – 1990)

PENGENALAN

Perikanan merupakan salah satu kegiatan ekonomi yang penting bagi penduduk negeri

Kedah amnya dan Kuala Kedah khususnya. Sebagai salah satu sumber ekonomi utama,

kegiatan perikanan amat dititikberatkan oleh kerajaan. Bagi mencapai hasrat tersebut,

penubuhan pelbagai agensi dan organisasi untuk membantu golongan nelayan amatlah penting.

Oleh yang demikian terdapat banyak persatuan ditubuhkan bagi membantu golongan nelayan

untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Antaranya adalah Persatuan Nelayan Kuala Kedah

(PNKK). Organisasi yang berpusat di Kuala Kedah ini adalah sebuah persatuan yang berjaya

membantu golongan golongan nelayan di kawasan Kuala Kedah terutamanya di perkampungan

nelayan Kubang Rotan. Oleh itu kajian ini menumpukan kepada peranan yang telah dilakukan

oleh PNKK di Kampung Kubang Rotan, Kuala Kedah dalam membantu golongan nelayan

dalam tempoh masa 1980 hingga 1990.

OBJEKTIF KAJIAN

Pada umumnya terdapat tiga objektif utama kajian ini. Secara dasarnya, kajian ini

bertujuan untuk menjelaskan latar belakang penubuhan Persatuan Nelayan Kuala Kedah

(PNKK). Sejarah penubuhan PNKK amat penting untuk dikaji bagi membantu memahami

pentingnya penubuhan organisasi ini kepada golongan nelayan di Kuala Kedah khususnya bagi
masyarakat nelayan di Kampung Kubang Rotan dalam membantu meningkatkan taraf hidup

mereka

Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti peranan PNKK dalam

membantu golongan nelayan di Kampung Kubang Rotan dari tahun 1980 hingga 1990.

Pengkajian aspek ini perlu bagi menjelaskan peranan PNKK dalam membantu golongan

nelayan dalam tempoh kajian bagi mencapai matlamat penubuhannya untuk membantu

golongan nelayan terutamanya di kawasan kajian.

Malah dengan penghasilan kajian ini bertujuan untuk menjelaskan kejayaan PNKK

dalam membantu golongan nelayan meningkatkan taraf hidup di Kampung Kubang Rotan dari

tahun 1980 hingga 1990. Aspek ini dikaji bagi memahami usaha yang dilakukan oleh PNKK

telah berjaya dalam usaha membantu golongan nelayan kawasan kajian dalam meningkatkan

taraf hidup mereka.

PERMASALAHAN KAJIAN

Permasalahan kajian adalah fokus utama dalam dalam penulisan ilmiah. Dalam kajian

ini terdapat tiga permasalahan yang ingin dikaji. Kajian ini cuba untuk mengupas kepentingan

penubuhan PNKK. Justeru, kajian tentang latar belakang adalah penting bagi membolehkan

pemahaman tentang apakah tujuan dan bagaimana perkembangan organisasi ini dalam

membantu golongan nelayan di Kampung Kubang Rotan lebih jelas dan mendalam.

Kajian ini juga untuk mengenalpasti signifikan dan peranan PNKK dalam membantu

golongan nelayan di Kampung Kubang Rotan dari tahun 1980 hingga 1990. Aspek ini dikaji

bagi memahami apakah dan bagaimana aktiviti yang dijalankan oleh PNKK sebagai

organisasi perikanan dalam membantu golongan nelayan di Kampung Kubang Rotan dengan

lebih terperinci.
Selain itu, kajian ini akan turut mengungkapkan persoalan tentang sejauhmana

kejayaan PNKK dalam meningkatkan taraf hidup golongan nelayan di Kampung Kubang

Rotan dalam tempoh masa 1980 hingga 1990. Persoalan ini menarik untuk dikaji bagi

membolehkan masyarakat luar dapat memahami serta menilai peranan PNKK dapat membantu

meningkatkan taraf hidup penduduk nelayan di kawasan ini.

SKOP KAJIAN

Terdapat tiga aspek yang perlu dijelaskan dalam bahagian skop kajian. Skop yang

pertama adalah kawasan kajian (geografikal). Dalam aspek ini, kajian ini fokus kepada

kawasan sebuah perkampungan nelayan di daerah Kuala Kedah iaitu Kampung Kubang Rotan.

Ia adalah sebuah petempatan yang majoriti penduduknya menjalankan kegiatan yang

berkaitan dengan perikanan. Kedudukannya yang berdekatan dengan kawasan perikanan sesuai

dikaitkan dengan matlamat penubuhan PNKK dalam membangunkan sektor perikanan di

Kedah khasnya penduduk kampung tersebut.

Dari segi tempoh masa kajian, ia melibatkan tempoh jangka masa selama sepuluh

tahun iaitu dari tahun 1980 hingga 1990. Tempoh masa ini dipilih memandangkan dalam

tempoh tersebut berlaku perkembangan dan perubahan taraf hidup golongan nelayan di

Kampung Kubang Rotan. Malah dalam tempoh tersebut juga dapat dilihat aktiviti dan bentuk

bantuan yang telah dilaksanakan PNKK dalam membantu meningkatkan taraf hidup golongan

nelayan terutamanya di kawasan kajian

Manakala dari segi aspek kajian (fungsional), terdapat tiga isu yang dikaji. Kajian ini

cuba untuk mengupas latar belakang penubuhan PNKK sebagai sebuah organisasi bukan

kerajaan yang membantu meningkatkan golongan nelayan di Kuala Kedah terutamanya di

Kampung Kubang Rotan. Malah ia juga mengupas aktiviti dan bentuk bantuan yang disediakan
oleh PNKK dalam membantu golongan nelayan di kawasan kajian. Aspek ini dipilih

memandangkan persatuan ini memainkan peranan yang penting kepada golongan nelayan di

kawasan kajian dalam meningkatkan taraf hidup mereka.

SOROTAN KAJIAN LEPAS Commented [MRAR1]: Dalam melakukan sorotan kajian


lepas, perlu difahami bahawa kajian-kajian terhampir
dengan tajuk kajian adalah keutamaan bagi penulisan.
Terdapat banyak kajian ilmiah yang berkaitan dengan kegiatan ekonomi di Malaysia Namun, dari segi format, kandungan ini boleh diterima
pakai

telah dihasilkan. Antara kajian berkenaan adalah kajian yang berkait rapat dengan organisasi

dan institusi yang terlibat dalam kegiatan yang berkaitan dengan perikanan. Hasil kajian yang

dapat dikaitkan dengan tajuk ini adalah kajian yang bertajuk “Komuniti Nelayan Di Pulau

Pangkor: Beberapa Aspek ekonomi dan sosial” yang dihasilkan oleh Hashim Haji Wan Teh

pada tahun 1980 di bawah penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kajian ini menjelaskan

kedudukan sosioekonomi masyarakat nelayan di Pulau Pangkor. Hasil pembacaan artikal ini

menarik minat penulis untuk membuat kajian tentang organsasi persatuan yang berkaitan

dengan perikanan iaitu PNKK dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat nelayan di

Kampung Kubang Rotan.

Selain itu penulisan yang bertajuk “Faktor Peramal Minat Belia Untuk Menjadi

Nelayan: Satu Kajian di Mukim Besut, Terengganu yang dihasilkan pada tahun 2009. Kajian

ini dihasilkan oleh Wan Mohd Zaifurin Wan Nawang dan Wan Ahmad Ibrahim. Penulisan ini

menjurus kepada sebab – sebab golongan belia di Mukim Besut Terengganu tidak mahu

menceburi bidang perikanan sebagai mata pencarian. Dari kajian ini menarik minat penulis

untuk merintis kajian yang belum lagi dilakukan terhadap aktiviti dan bentuk bantuan PNKK

dalam meningkatkan taraf hidup golongan nelayan di Kampung Kuala Rotan dalam tempoh

masa 1980 hingga 1990.


Kajian ilmiah yang lain adalah “Tanggapan Komuniti Nelayan Pantai Di Kuala

Dungun Terengganu Terhadap Aktiviti Penangkapan Ikan Yang Dijalankan Dalam

Meningkatkan Pendapatan” oleh Mohd. Anwar Ibrahim pada tahun 2007 melalui penerbitan

Universiti Teknologi Malaysia. Ia membicarakan tanggapan masyarakat nelayan pantai di

Kuala Dungun Terengganu terhadap aktiviti penangkapan ikan yang mampu meningkatkan

meningkatkan pendapatan dan seterusnya taraf hidup mereka. Kajian yang telah dilakukan ini

dapat dikaitkan dengan kajian yang ingin dilakukan dari segi aktiviti yang dilakukan melalui

PNKK dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat nelayan di Kampung Kubang Rotan dalam

tempoh kajian

KAEDAH KAJIAN Commented [MRAR2]: Keutamaan adalah kepada


sumber bertulis (primer dan sekunder). Sumber lisan adalah
pelengkap sahaja
Dalam menghasilkan karya ilmiah, penulis menggunakan tiga kaedah bagi

mendapatkan maklumat. Penulis menggunakan sumber lisan pada awalnya. Dalam kaedah ini,

penulis menemubual beberapa orang yang memainkan peranan penting dalam PNKK di

samping penduduk kampung kawasan kajian. Antara tokoh yang ditemubual adalah pengerusi

dan setiausaha PNKK, Ketua Kampung Kubang Rotan. Tokoh yang ditemubual ini adalah

tokoh yang terlibat secara langsung dalam PNKK dalam membantu golongan nelayan di

kawasan kajian

Penulis juga menggunakan kaedah kajian kepustakaan. Kaedah ini digunakan bagi

mendapat maklumat dari sumber primer dan sumber sekunder. Antara sumber yang digunakan

adalah Laporan Tahunan, Minit Mesyuarat, majalah dan surat khabar. Sumber ini diperolehi

sama ada dari perpustakaan dan organisasi PNKK sendiri.

Penulis juga menjalankan kerja lapangan. Kaedah ini dilakukan bagi memboleh

penulis melihat dengan sendiri pembangunan yang telah dilakukan PNKK bagi membantu

meningkatkan taraf hidup golongan nelayan di kampung berkenaan.


PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Secara umumnya penulisan kajian ini terbahagi kepada tiga bahagian utama. Dalam

bahagian pengenalan, penulis akan menjelaskan secara umum persatuan nelayan yang

terdapat di negeri Kedah dalam membantu perkembangan kegiatan perikanan dan golongan

yang terlibat dalam kegiatan tersebut. Seterusnya penulis menjelaskan latar belakang kawasan

kajian iaitu Kampung Kubang Rotan dan mengaitkan kepentingan PNKK dalam

meningkatkan taraf hidup nelayan di kampung berkenaan.

Pada bahagian isi pula, ia merungkaikan tiga persoalan yang dikaji. Aspek pertama

yang dikaji adalah latar belakang penubuhan PNKK sebagai sebuah organisasi bukan kerajaan

dalam membantu meningkatkan taraf hidup golongan nelayan. Selain itu penulis juga

merungkaikan aktiviti – aktiviti dan bentuk bantuan yang disediakan oleh PNKK dalam

menbantu meningkatkan taraf hidup golongan nelayan di Kampung Kubang Rotan dalam

tempoh kajian.

Manakala di bahagian kesimpulan pula, penulis akan membuat rumusan berdasarkan

hasil kajian yang telah dibuat.

PENUTUP

Penulis berharap dengan penghasilan karya ilmiah ini masyarakat akan dapat

pemahaman tentang perkembangan penubuhan PNKK sebagai sebuah organisasi yang

membela nasib golongan nelayan di Kampung Kubang Rotan. Malah ia sekali gus dapat

memaparkan kepentingan dan kejayaan PNKK dalam meningkatkan taraf hidup golongan

nelayan di kampung berkenaan.


BIBLIOGRAFI

Sumber Primer

Laporan Tahunan Persatuan Nelayan Kuala Kedah

Minit Mesyuarat Persatuan Nelayan Kuala Kedah

Temubual
Nama : Encik Ahmad b Jaafar
Tempat lahir: Kuala Kedah, Kedah
Umur : 56 tahun
Pekerjaan : Bersara
Pengalaman : Menjadi Pengerusi PNKK selama 10 tahun (1979 hingga 1989)
Tempat temubual :Ibu pejabat PNKK

Sumber Sekunder

Noorashela Shafizi, “Peranan Persatuan Nelayan dalam pembangunan sosioekonomi nelayan:


Kajian kes Persatuan Nelayan Kuala Kedah”, Universiti Utara Malaysia, 2011

You might also like