You are on page 1of 4

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN KERJA KURSUS

SEJARAH STPM 940/4


TEMA : 3-SEJARAH SENI DAN BUDAYA

NAMA :
NO. KP :
NO. ANGKA GILIRAN :

TAJUK :

Perkembangan Budaya Rewang dalam Perkahwinan Masyarakat Melayu Jawa di Kampung Parit
Puteri Menangis, Pontian, Johor dari Tahun 1998 hingga 2008.

PENGENALAN:

Asal usul budaya rewang Masyarakat Melayu Jawa

Rewang merupakan perkataan yang sinonim dalam masyarakat Melayu Jawa sejak dahulu
lagi. Amalan rewang merupakan amalan yang telah diwarisi turun temurun dalam masyarakat
Melayu Jawa. Amalan rewang adalah bermaksud amalan gotong-royong dan seumpama
dengannya. Budaya rewang dalam masyarakat Melayu Jawa di Kampung Parit Puteri Menangis,
Benut telah diamalkan sejak ... kerana wujudnya persefahaman dalam kalangan masyarakat di
kampung tersebut. Rewang dianggap sebagai acara wajib untuk disertai semua ahli keluarga dan
penduduk kampung. Sebagai contoh, rewang bagi perkahwinan masyarakt Jawa akan dirancang
beberapa bulan sebelum majlis perkahwinan tersebut berlangsung hal ini akan memudahkan
urusan semua pihak.

OBJEKTIF KAJIAN:

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejarah awal amalan rewang dalam masyarakat
Melayu Jawa di Kampung Parit Puteri Menangis, Benut, Johor. Selain itu, kajian ini adalah
untuk menilai perkembangan amalan rewang yang diamalkan masyarakat Melayu Jawa di
Kampung Parit Puteri Menangis, Benut, Johor selama beberapa tahun dari tahun 1998 hingga
tahun 2008. Impak / kesan kepada masyarakat setempat
PERMASALAHAN KAJIAN:

Kajian ini akan mengenal pasti sejauh manakah perkembangan amalan rewang di Kampung
Parit Puteri Menangis, Benut, Johor dalam tempoh 10 tahun dari tahun 1998 hingga tahun 2008.
Selain itu, masyarakat Melayu Jawa di Kampung Parit Puteri Menangis, Benut, Johor. Apakah
impak....

SKOP KAJIAN:

Skop kajian dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama merujuk kepada isu yang
dikaji iaitu perkembangan amalan rewang di Kampung Parit Puteri Menangis, Benut, Johor .
Bahagian kedua merujuk kepada perkembangan amalan rewang masyarakat Melayu Jawa di
Kampung Parit Puteri Menangis, Benut, Johor. Bahagian ketiga tempoh kajian selama 10 tahun
iaitu dari tahun 1998 hingga tahun 2008.

SOROTAN KAJIAN LEPAS:

Kajian ini tidak pernah dilaksanakan oleh mana-mana pengkaji terdahulu. Walau
bagaimanapun terdapat kajian-kajian lain yang berkaitan dengannya. Sebagai contoh, kajian
yang dilakukan oleh Vivien WC Yew dalam kajiannya yang bertajuk Amalan Rewang Dalam
Masyarakat Jawa di Malaysia. Kajian ini diterbitkan pada tahun 2017. Kajian ini
membincangkan... Dapatan kajian beliau adalah perubahan yang di alami oleh penduduk
Kampung Jawa Lenga, Muar, Johor dari segi pembagunan dan kemodenan, warisan budaya
rewang ini masih diamalkan oleh penduduk kampung tersebut.

KAEDAH KAJIAN:

Bagi melaksanakan kajian ini pengkaji menggunakan dua kaedah untuk mendapatkan
maklumat iaitu kaedah kajian lapangan yang melibatkan kaedah temu bual. Antara yang terlibat
ialah penduduk Kampung Parit Puteri Menangis, Benut, Johor. Seterusnya kaedah kajian
lapangan berbentuk pemerhatian juga digunakan untuk mendapatkan maklumat tambahan seperti
melawat ke lokasi kajian.

Kaedah seterusnya pula adalah rujukan sumber termasuk penyelidikan buku-buku, ilmiah
jurnal, majalah, Internet atau laman web.
PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI:
Pengenalan : Bahagian ini akan menjelaskan maksud rewang dan sejarah awal amalan rewang
dalam masyarakat Melayu Jawa di Kampung Parit Puteri Menangis, Benut, Johor.

Isi-isi : Bahagian ini akan berfokus perkembangan amalan rewang dari beberapa aspek ......
masyarakat Melayu Jawa di Kampung Parit Puteri Menangis, Benut, Johor.

Kesimpulan – Pada keseluruhannya, bahagian ini akan merumuskan hasil kajian, khususnya
kesan amalan rewang di Kampung Parit Puteri Menangis, Benut, Johor dalam memupuk
semangat perpaduan antara masyarakat di sekitar kawasan tersebut.

PENUTUP:
Pada keseluruhan kajian, diharapkan kajian ini dapat memberi maklumat tentang sejarah
awal amalan rewang dan perkembangannya di Kampung Parit Puteri Menangis, Benut, Johor.

BIBLIOGARAFI:

Sumber Primer

Temu ramah:

Puan Salmah Binti Salim, Penduduk Kampung Parit Puteri Menangis, Benut, Johor

Sumber Sekunder

Buku rujukan:

Laman Sesawang

http://ejournal.ukm.my/gmjss/article/download/20272/6419 “Amalan rewang dalam masyarakat


Jawa di Malaysia” oleh Vivien WC Yew pada 2017 diakses pada 25/1/2018

You might also like