You are on page 1of 13

PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAMPUNG PADANG BONGOR KOTA BHARU , KELANTAN.

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana telah diizikan olehnya maka telah dapat juga saya menyiapkan tugasan Kerja Kursus Geografi PMR 2011 dengan jayanya semoga tugasan kerja kusus ini memperoleh banyak manfaat kapada saya dari segi pengetahuan dan pengalaman dalam kajian luar ini . Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasihdan setinggi-tinggi pengahargaan kepada Tuan Pengetua iaitu Ustaz Azhar bin Salleh dan guru pembimbing saya iaitu En . Yuszaina Bin Yusoff dan guru-guru geografi yang lain kerana tidak jemu-jemu memberi bimbingan , dorongan , dan tunjuk ajar tentang cara-cara membuat kajian mengikut criteria yang ditetapkan . Mereka turut membantu menyemak data , laporan , membuat teguran agar memperoleh hasil kajian dengan cemerlang . Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya yang turut membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini . Tanpa sokongan mereka mungin saya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini . Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan kerja kursus ini memerlukan tenaga , buah fikiran , dan kos .

Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan kumpulan saya iaitu ammar , zulhilmi , wan mohd anuar dan ahmad afham yang sangat setia dengan kerjakerja dan mempunyai semangat setiakawan yang utuh dalam kerja-kerja meninjau pada kawasan kajian .

Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk Kampung Padang Bongor dan lain-lain yang menjadi responden atau orang sumber kerana banyak menolong saya memberi pelbagai maklumat terkini tentang penduduk kawasan ini . Sekian , terima kasih . Salam hormat daripada saya : Muhammad Zulhilmi bin Makhtar

4.1

Nama Kawasan Kajian

Saya menjalankan kajian tentang pencemaran alam sekitar di Kampung Padang Bongor , Kota Bharu , Kelantan

4.2

Mengapa Kawasan Kajian Dipilih

Kawasan kajian ini dipilih oleh saya atas sebab-sebab berikut :(i) Mepunyai banyak maklumat tentang tajuk yang saya kaji .

( ii ) Kawasan ini berhampiran dengan tempat tinggal saya dan memudahkan kerja-kerja kajian yang perlu saya jalankan . ( iii ) Kos kajian murah kerana saya tidak perlu menaiki bas atau teksi untuk pergi ke kawasan kajian sebaliknya , saya hanya ke kawasan kajian dengan

menaiki basikal sahaja . ( iv ) Sambutan dan sokongan penduduk tempatan di sini agak baik , peramah , dan mudah mesra . Mereka memberi galakan dan perhatian kepada saya dalam kajian ini .

4.3

Tempoh Masa Kajian Dijalankan


Kajian yang dijalankan melibatkan tempoh ( masa ) kira-kira 1 bulan . Kajian dibuat secara berkumpulan untuk mempercepatkan masa supaya kajian dapat dihasilkan secepat mungkin . (i) Saya menjalankan kerja-kerja pemerhatian selama seminggu .

( ii ) Saya menjalankan kerja-kerja temu bual dengan penduduk , imam , penghulu , bilal bagi mengambil maklumat mengenai pencemaran alam di kawasan kajian dengan lebih jelas selama seminggu . ( iii ) Saya telah mengambil masa selama dua minggu untuk menaip data kerja kursus dan semakan terakhir untuk diserahkan kepada guru penilai . ( iv ) Saya menjalankan kerja-kerja menulis isi-isi kajian kerja kursus selama seminggu dengan dibantu oleh guru . ( v ) Saya membuat rujukan , kerja-kerja lakaran , menanda , mengumpul data , merumus data dan membina peta .

Objektif utama kajian ini dibuat adalah untuk :-

5.1

Untuk mengenal pasti jenis-jenis pencemaran alam sekitar yang terdapat di kawasan kajian saya iaitu Kampung Padang Bongor 15400 Kota Bharu , Kelantan .

5.2

Untuk menghuraikan dengan lebih jelas faktor-faktor yang mempengaruhi pencemaran alam di kawasan kajian .

5.3 5.4 5.5

Untuk mengetahui dengan lebih jelas tentang fungsi pencemaran alam di kawasan kajian . Untuk mengenal pasti masalah pencemaran alam di kawasan kajian . Untuk mengenal pasti langkah-langkah yang perlu diambil mengatasi masalah yang dihadapi di kawasan kajian .

Melalui kajian ini saya berasa bersyukur kerana dapat mengetahui dengan lebih jelas mengenai Pencemaran Alam Sekitar yang terdapat di kawasan kajian saya seperti jenisjenis pencemaran alam yang ada dan sebab-sebab ia wujud .

6.1

Keterangan Kawasan Kajian

Kajian ini dijalankan di Kampung Padang Bongor yang terletak di daerah Kota Bharu , Kelantan Darul Naim . Kawasan ini terletak lebih kurang 4 km dari bandaraya Kota Bharu iaitu menghala ke arah utara jalan raya utama yang digunakan untuk menghubungkan kawasan kajian dengan bandaraya Kota Bharu . Luas kawasan kajian adalah tanah pamah yang luas dan rata .

6.2

Peta Daerah Kawasan Kajian ( Kampung Padang Bongor )

Peta Daerah Kawasan Kajian ( Kota Bharu ) Sumber : Internet

6.3

Peta Kawasan Kajian ( Kampung Padang Bongor )

Petunjuk :-

Sumber : Pemerhatian

6.4

Peta Zon Kawasan Kajian ( Kampung Padang Bongor )

Pelbagai kaedah kajian telah dibuat untuk mengkaji pencemaran alam sekitar di kawasan kajian antaranya ialah :-

7.1

Kaedah Pemerhatian

Pemerhatian dibuat dengan cara membuat tinjauan dan penglihatan kawasan kajian . Kaedah ini penting untuk melihat apa yang ada di kawasan kajian seperti seperti jenis-jenis pencemaran alam , bentuk muka bumi , dan lain-lain yang berkaitan dengan kajian saya . Semua yang dilihat akan dicatat di dalam buku catatan untuk digunakan semasa membuat laporan kajian nanti .

7.2

Kaedah Temu Bual

Temu bual ini dibuat dengan cara bertanya atau mengemukakan soalan , meminta pandangan atau pendapat daripada orang tertentu . Ini dilakukan secara langsung atau secara tidak langsung apabila bertemu seseorang . Temu bual sering dibuat di rumah responden , kedai kopi , dan lain-lain tempat yang difikirkan boleh mendatangkan faedah . Biasanya temu bual ini dibuat dengan imam ,b ilal , penggawa , penghulu ,orang tua , dan penduduk-penduduk kawasan ini .

7.3

Kaedah Rujukan
Kaedah rujukan ialah dengan cara membaca pelbagai bahan bacaan , menggunakan maklumat yang terdapat dalam peta , atlas , rujukan peta di pejabat penggawa dan rumah penghulu . Bahan-bahan bacaan yang dibaca ialah buku teks , majalah , buku rujukan , akhbar , dan jurnal . Orang sumber seperti penggawa , penghulu , dan imam juga digunakan untuk memperoleh maklumat yang terkini tentang kawasan kajian . Maklumat yang diperoleh itu akan dicatat dan kemudian dianalisis untuk dijadikan bahan dan isi kandungan kerja kursus . Rujukan daripada orang sumber amat penting dan banyak membantu untuk mengenali latar belakang kawasan kajian secara lebih terperinci .

8.1

Jenis Petempatan

Jenis pencemaran alam di kawasan kajian saya adalah pencemaran

You might also like