You are on page 1of 32

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT



1 Isi Kandungan
2 Penghargaan
3 Pengenalan
4 Objektif Kajian
5 Lokasi Kawasan Kajian
6 Kaedah Kajian
7 Hasil Kajian dan Perbincangan
8 Kesimpulan Kajian
9 Senarai Rujukan
10 Lampiran








PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah membantu dalam
menyiapkan tugasan ini. Pertama, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru
penasihat saya, Puan Che Norlia binti Ramli , iaitu guru mata pelajaran geografi, yang telah
banyak membantu, membimbing dan memberi tunjuk ajar sepanjang proses menyiapkan
kajian ini.Seterusnya, mengucapkan terima kasih kepada ahli kumpulan saya, iaitu Jonathan
Ramesh, Mohd Izzat Bin Hanif, dan Poovan a/l Subramaniam, yang banyak memberi idea
dan pandangan terutamanya dalam aspek dapatan kajian.

Ucapan terima kasih kepada kawasan penduduk Ulu Yam Bharu, Batang Kali, Hulu
Selangor, Selangor, yang terlibat sepanjang proses mendapatkan maklumat terutamanya yang
berkaitan dengan kajian mengenai kegagalan cerun di Ulu yam Bharu, Batang Kali, Hulu
Selangor, Selangor.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya
yang memberi saya pemudah cara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah
memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya
berjaya menghabiskan tugasan ini.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelajar- pelajar
Tingkatan 6 yang mengambil mata pelajaran Geografi, atas galakan dan inspirasi sepanjang
proses menyiapkan kajian ini.







1.0 PENGENALAN
Kawasan kajian yang telah dipilih ialah kawasan Ulu Yam Bharu, merupakan petempatan
kecil. Tajuk kajian ialah mengenai kegagalan cerun di Ulu Yam Bharu, Batang Kali, Hulu
Selangor, Selangor. Kawasan kajian yang telah dipilih, terletak di belakang Sekolah Menengah
Kebangsaan Sains Hulu Selangor. Saya memilih tajuk ini kerana tempat kediaman saya terletak
berhampiran dengan kawasan cerun yang hendak dikaji dan juga mudah untuk dikaji. Kawasan
kajian ini telah dikaji berkaitan dengan jenis /bentuk cerun, proses kegagalan cerun, faktor-faktor
dan kesan serta langkah-langkah. Kajian ini dibuat dalam berlandaskan kepada objektif kajian.

Tambahan pula, dapati bahawa kawasan kajian ini merupakan bentuk cerun yang bertangga.
Cerun ini mengalami beberapa masalah kegagalan cerun seperti hakisan tanah, tanah runtuh,
kesotan tanih, dan pemendapan tanah. Tujuan kajian ini ialah untuk mendapatkan data atau
maklumat secara primer. Bagi data primer kaedah yang digunakan ialah seperti pemerhatian,
temu bual, dan mengambil gambar serta mengukur ketinggian cerun tersebut. Melalui data ini
maklumat dan kumpul, disusun untuk menghasilkan satu laporan yang lengkap. Tempoh masa
yang diberi untuk menyiapkan kajian ini adalah daripada bulan Jun hingga bulan Ogos iaitu kira-
kira 1 bulan setengah.











2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat lima objektif dalam menjalankan kajian ini iaitu:
2.1 Mengenal pasti bentuk cerun yang terdapat di kawasan kajian.
2.2 Menghuraikan proses kegagalan cerun yang berlaku.
2.3 Membincangkan faktor-faktor berlakunya kegagalan cerun .
2.4 Menjelaskan kesan kegagalan cerun terhadap persekitaran fizikal dan manusia.
2.5 Mencadangkan langkah yang sesuai untuk menstabilkan cerun di kawasan
tersebut.

















3.0 LOKASI KAWASAN KAJIAN

Dalam membuat kajian, kawasan kajian adalah satu elemen yang sangat penting. Kajian
ini telah dijalankan di Ulu Yam Bharu merupakan petempatan kecil yang terletak di kawasan
tenggara pekan Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor. Lokasi kawasan kajian ini, terletak kira-
kira 40Km dari Selayang dan 30Km dari Rawang. Masa perjalanan dari Ulu Yam Bharu ke
Selayang ialah mengambil masa sebanyak 30 minit. Dan 20 minit dari Ulu Yam Bharu ke
Rawang.

Kawasan kajian iaitu Ulu Yam Bharu mempunyai terdapat beberapa aktiviti seperti dari
segi sektor pertanian contohnya menanam ladang kelapa sawit mewakili tanaman laterit, dan
menanam sayur-sayuran terletak di Jalan Ulu Yam Lama. Kawasan kajian ini juga
mempunyai berbukit-bukau dibentuk muka bumi bertanah pamah dan disalin oleh berbukit-
bukau serta sungai iaitu Sungai Sendat. Selain itu, kawasan kajian ini juga terdapat beberapa
buah sekolah seperti(Sekolah Kebangsaan Ulu Yam Bharu,SRJK(C) Kampung Gurney,
Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor,Jalan Sungai Tua, dan SRJK(C) Choong Chee); dari
segi taman perumahan seperti (Taman Desa Ulu Yam, Taman Arowana, dan Taman Desa
Kelisa); kampung seperti (Kampung Gurney, Kampung Sungai Chik Ulu Yam Bharu, Ulu
Kalung, dan Kampung Ulu Kalung Tengah); tempat peribadat seperti (Masjid Al Falah,
Taman Sri Liam, Kuil Subramiam Ulu Yam Bharu, Tokong Kampung Gurney),dan dari segi
sektor perniagaan seperti (kedai makanan Restoran, kedai YST, kedai Seven Eleven)serta
Banggunan Balai Polis. Akhir sekali, dari segi jaringan pengangkutan iaitu kawasan Ulu
Yam Bharu dihubungi dengan kawasan sekitarnya dengan menggunakan jaringan jalan raya.






3.01 PETA DAERAH HULU SELANGOR






U
Skala= 1in : 0.4696mi
Kawasan kajian (Ulu Yam Bharu)
4.0 KAEDAH KAJIAN
Untuk menghasilkan kajian ini, terdapat dua kaedah telah dikaji iaitu:
4.1 Kaedah untuk memperolehi data primer
4.1.1 melalui kaedah pemerhatian
Kaedah pemerhatian adalah kaedah yang merupakan alternatif yang ada dalam
pengumpulan maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temubual. Aspek
pemerhatian yang diberi penekanan ialah ciri-ciri fizikal dan budaya kawasan kajian, jenis cerun,
faktor-faktor penyebab kegagalan cerun, proses berlakunya kegagalan cerun dan kesan
kegagalan cerun. Beberapa gambar foto telah diambil sebagai bukti kaedah pemerhatian
dijalankan.
4.1.2 melalui kaedah temubual
Kaedah ini merupakan kaedah yang paling efektif dan berkesan untuk memastikan setiap
maklumat yang diperoleh mempunyai bukti yang kukuh. Dalam penyelidikan ini saya telah
menemuramah seorang pegawai dari Jabatan Kerja Raya(JKR), Encik. Azizul Bahari bin Abdul
Mutalib. Beliau telah memberi kerjasamanya untuk menjelaskan kegiatan kegagalan cerun
seperti kesan berlaku kegagalan cerun, faktor-faktor menyebab kegagalan, langkah-langkah yang
sesuai untuk menstabilkan cerun di kawasan tersebut. Banyak maklumat yang telah diperolehi
melalui temubual tersebut.
4.1.3 melalui kaedah pengukuran
Kaedah pengukuran juga digunakan dalam kajian luar. Secara kumpulan telah melakukan
aktiviti mengukur bentuk cerun yang terletak di lokasi kajian dengan mengenal pasti nilai
kecerunan. Nilai kecerunan dikenalpasti dengan menggunakan alat-alat pengukuran seperti alat
aras abney, pita ukur, roda pengukur, katu pancang dan kamera digital.



4.2 Kaedah untuk memperolehi data sekunder
4.2.1 Rujukan
Penyelidik menggunakan kemudahan buku rujukan untuk mencari maklumat mengenai
bentuk-bentuk cerun seperti cerun cembung, cekung dan bertangga. Selain itu, penyelidik juga
menggunakan buku rujukan untuk mencari maksud-maksud cerun dan huraian kegagalan cerun.
Bukan itu sahaja, penyelidik juga mencari proses, faktor, kesan dan langkah yang berkaitan
dengan kagagalan cerun. Maklumat-maklumat tersebut mencari dalam buku-buku rujukan seperti
buku ilmiah, majalah, dan lain-lain buku rujukan untuk menghasilkan dapatan kajian yang padat
dan tepat.
4.2.2 Sumber internet
Kajian ini juga telah dipermudahkan dengan bantuan dari sumber internet dengan melayari
beberapa laman web serta blogspot melalui pautan carian untuk mencari istilah-istilah berkaitan
tajuk kajian,
4.2.3 Laporan/data sedia ada
Penulis juga telah meneliti beberapa laporan daripada pihak Majlis Daerah Hulu Selangor
terutama berkaitan contoh-contoh laporan kegagalan cerun yang pernah diatasi.

5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Kajian ini dilakukan di kawasan kajian Ulu Yam Bharu, Batang kali, Hulu Selangor, Selangor.
Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat cerun di kawasan ini dilihat mengalami kegagalan
cerun seperti tanah runtuh.

5.1 Mengenal pasti bentuk cerun dan ciri-ciri cerun yang terdapat di kawasan kajian
Pengukuran dibuat untuk mengenal pasti jenis cerun dan bentuk cerun yang terdapat di
kawasan kajian. Pengukuran diukur dengan menggunakan alat-alat pengukuran seperti alat aras
abney, pita ukur, roda pengukur, kayu pancang dan kamera digital. Setelah membuat pengukur,
cerun yang dikaji ialah cerun bertangga ialah keadaan lebih landai dan cerun cekung adalah
keadaan lebih curam. Pengukuran dibuat dengan bantuan daripada kakitangan Jabatan Kerja
Raya(JKR) iaitu Encik. Azizul Bahari bin Abdul Mutalib.
Cerun bertangga mempunyai ciri-ciri seperti susunan kontur yang rapat dan berselang
dengan kontur yang jarang. Bagi garisan kontur yang jauh jaraknya menggambarkan ia adalah
cerun landai. Seterusnya cerun curam pula, garis-garis konyur yang rapat atau dekat antara satu
sama lain menggamberkan kawasan itu adalah cerun curam.
Satu keratan rentas cerun telah Berjaya dihasilkan seperti gambarajah (5.1.1) dan gambar foto
(5.1.2), (5.1.3) dan (5.1.4) .












Gambar rajah 5.1.1: keratan rentas kegagalan cerun di Ulu Yam Bharu.

Gambar foto 5.1.2:Gambar Jauh Kegagalan Cerun di Ulu Yam Bharu


Gambar foto 5.1.2: Gambar Bahagian Hadapan Kegagalan Cerun di Ulu Yam bharu




.

Gambar Foto 5.1.3: Gambar Sisi Tepi Kegagalan Cerun di Ulu Yam Bharu




5.2 Menghuraikan proses kegagalan cerun yang berlaku

Sebagai menggunakan kaedah pemerhatian, untuk menghasilkan kajian ini dengan
mendapatkan maklumat tentang kegagalan cerun daripada Pegawai JKR. Kajian ini dijalankan di
kawasan Ulu Yam Bharu, Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor. Kawasan ini berlaku kegagalan
cerun yang semakin giat. Kegagalan cerun merupakan satu fenomena kejadian cerun turun secara
tiba-tiba. Kegagalan cerun berlaku disebabkan oleh beberapa faktor fizikal dan manusia. Punca
berlaku kegagalan cerun ialah bukit yang dilitupi. Hutan telah diterakui untuk di tanam dengan
tanaman kelapa sawit di kawasan kajian. Kawasan tersebut telah digondolkan dari permukaan
tanah telah terdedah kepada aliran air hujan.
Air hujan akan meresap ke dalam tanah. Air hujan selebihnya akan mengalir sebagai
larian air permukaan. Struktur tanah akan menjadi longgar dan akhirnya menjadi kejadian
kegagalan cerun. Tumbuh-tumbuhan berfungsi sebagai cegatan silara yang menghalang air hujan
turun terus ke permukaan tanah tetapi melalui daun, ranting, dahan dan pokok serta lakar dahulu.
Seterusnya, akhirnya air hujan ini masuk ke dalam tanah. Keadaan ini akan melambatkan
pergerakan air hujan. Apabila ketiadaan tumbuh-tumbuhan, air hujan tersebut akan jatuh terus ke
permukaan tanah lalu menangkul partikel-partikel tanih longgar. Kawasan terdedah tersebut akan
membenarkan air hujan menyusup masuk ke dalam tanih dan menjadi air bawah tanah dalam
kuantiti air yang banyak dan air hujan selebihnya akan menjadi larian air pemukaan. Apabila
larian air permukaan barlaku, ia mengakibatkan daya tarikan graviti untuk pergerakan regolit
berlaku dari atas cerun ke bahagian bawah tanah. Seterusnya, penyusupan air hujan secara
perlahan-lahan ke dalam tanah mewujudkan satu konduit bagi membolehkan tanah dilonggarkan
oleh luluhawa bergerak ke bawah cerun. Apabila barlaku proses-proses tadi, akhirnya hakisan
dan tanah runtuh akan berlaku serta ia juga membari kesan terhadap alam persekitaran.
Kesan-kesan berlaku daripada kegagalan cerun ialah berlakunya pergerakan jisim iaitu
tanah runtuh. Apabila berlaku kegagalan cerun juga berlaku kemusnahan kawasan pertanian
dilereng bukit, bawah cerun dan sebagainya. Kawasan pertanian di bawah cerun ditimbusi tanah.
Terdapat di kawasan kajian berlaku kemusnahan ladang kelapa sawit yang berlaku kegagalan
cerun. Kejadian ini boleh dilihat gambar fotonya di bahagian lampiran.
5.3 Membincangkan faktor yang menyebabkan berlakunya kegagalan cerun

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya kegagalan cerun di kawasan kajian
iaitu kawasan Ulu Yam Bharu, Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor. Faktor dikaji dari segi
faktor fizikal dan faktor manusia. Antaranya:

5.3.1 Alam Sekitar Fizikal
(i) Geometri cerun
Antara faktor alam semula jadi yang menyebabkan berlakunya proses kegagalan cerun di
kawasan kajian adalah faktor geometri cerun. Menyentuh kepada faktor geometri cerun pula,
geometri cerun adalah dimana keadaan yang melibatkan keadaan rupa bentuk cerun tersebut.
Menurut Dahal et al. (2008) dan Avanzi et al. (2004) mengkategorikan kecerunan cerun kepada 4
kumpulan: 3035, 35-40, 40-45 dan lebih daripada 45; setelah diperhatikan, secara amnya
daripada keputusan analisis ianya menunjukkan bahawa kecerunan cerun antara 40-45
mempunyai kekerapan yang tinggi terhadap kejadian tanah runtuh. Geometri cerun pula
merangkumi ketinggian cerun, ketinggian lereng, lebar setiap lereng dan juga bilangan lereng
yang terdapat pada cerun tersebut. Justeru itu, setiap aspek geometri cerun ini akan
mempengaruhi kestabilan cerun tersebut.
(ii) Kurang litupan tumbuhan
Tumbuhan semula jadi memainkan peranan penting dalam mengurangkan berlakunya
tanah runtuh di kawasan cerun. Akar tumbuhan berfungsi untuk memegang dan mencengkam
tanah di cerun. Ketiadaan tumbuhan menyebabkan tanah di cerun hilang daya pegangan lalu
menjadi tidak stabil dan mudah runtuh.Kekurangan litupan tumbuh- tumbuhan menjadi salah
satu faktor berlakunya kekegagalan cerun di kawasan kajian tersebut. Ini kerana kekurangan
tumbuh-tumbuhan, kawasan cerun akan mudah terhakis dan menyebabkan proses kegagalan
cerun berlaku. Kesannya kadar hakisan larian air permukaan cerun adalah tinggi.


5.3.1 Alam Sekitar Manusia
(i) Aktiviti pertanian
Antara faktor alam sekitar manusia yang menyebabkan berlakunya proses kegagalan cerun
di kawasan kajian adalah faktor aktiviti pertanian. Menyentuh kepada faktor aktiviti pertanian
pula, kerja-kerja pembajahan dan perataan cerun untuk tanaman kelapa sawit menjadi faktor
peningkatan kadar hakisan cerun di kawasan kajian. Amalan pertanian tanpa teres, tanpa
tanaman litupan bumi dan tanpa membina sistem peparitan yang baik memudahkan pergerakan
larian air permukaan secara meluas untuk menghakis permukaan cerun secara basar-besaran.
Lapisan yang subur diangkut oleh larian air permukaan dan dimendapkan di kawasan tanah
rendah. Kesannya, bersuburan tanih di kawasan cerun semakin merosot dan cerun-cerun tersebut
menjadi tidak stabil dan akhirnya berlaku menjadi kegagalan cerun. Rujuk gambar di lampiran
11.

(ii) Aktiviti penyahutanan
Aktiviti penyahutanan yang terdapat di kawasan kajian pembalakan dan pembukaan
kawasan pertanian fenomena penyahutanan secara besar-besaran akan meningkatkan kadar
hakisan oleh percikan air hujan dan larian air permukaan. Tumbuhan semula jadi yang musnah
tidak dapat berfungsi lagi untuk memintas setiap titisan hujan yang turun kerana kawasan yang
tiada akar(akar benir) tidak mampu menyekat pergerakan larian air permukaan. Apabila struktur
permukaan tanih yang terdedah kepada jatuhan hujan dilonggarkan,pertikel dicangkil, serta
dihakis sangkut oleh larian air permukaan menuju ke sistem sungai kesan daripada hakisan air
larian tersebut menyebabkan sungai menjadi seaman cetek dan pencemaran kelodak. Ketiadaan
tumbuhan juga menyebabkan kaki cerun tidak stabil dan memudahkan hakisan galur serta larian
air permukaan bertindak untuk menghakis dimana ia mengangkut serta menipiskan lapisan tanih
di permukaan cerun berkenaan. Lama-kelamaan struktur tanah longgar dan dihakis berlaku tanah
runtuh di kawasan berkenaan iaitu kawasan kajian Ulu Yam Bharu, Batang kali, Hulu Selangor,
Selangor. Rujuk gambar di lampiran 11.


5.3 Menjelaskan kesan kegagalan cerun terhadap persekitaran fizikal dan manusia
Melalui kaedah temubual daripada seorang Pegawai Jabatan Kerja Raya(JKR) iaitu Encik Azizul
Bahari bin Abdul Mutalib, mendapatkan lebih jelas tentang kesan kegagalan cerun terhadap
persekitaran fizikal dan manusia di kawasan kajian iaitu kawasan Ulu Yam Bharu, Batang Kali,
Hulu Selangor, Selangor.
5.4.1 Kesan Terhadap Alam Sekitar Fizikal
(i) Gangguan ekosistem
Ekosistem merupakan satu komuniti organisma yang berinteraksi antara dengan lain dan
alam sekitarnya. Pada pandangan ahli biologi, komuniti ialah satu kombinasi yang jelas antara
haiwan dan tumbuhan(termasuk manusia) yang hidup di dalam sesebuah ekosistem. Sebarang
kompenen yang menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem merupakan gangguan ekosistem
misalnya, kegagalan cerun yang berlaku di kawasan kajian iaitu kawasan Ulu Yam Bharu,
Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor. Keruntuhan cerun di kawasan kajian tersebut
menyebabkan keseimbangan ekosistem terganggu dan berlaku gangguan ekosistem, seperti di
dalam hutan akan diancam kepupusan dan kemusnahan flora dan fauna akibat aktiviti manusia.
Apabila hutan dimusnahkan fungsi pokok sebagai pengeluar utama akan turut mengalami
kemusnahan, kehidupan yang bergantung kepada tumbuh-tumbuhan seperti herbivor akan
kehilangan sumber-sumber makanan. Keadaan ini juga berlaku di kawasan kajian iaitu kawasan
Ulu Yam Bharu, Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor.

Bukan sahaja flora dan fauna musnah, tetapi sistem sungai juga akan terjejas akibat
berlaku gangguan ekosistem. Apabila hujan yang turun di sekeliling kawasan kajian akan
menyebabkan larian air tanah yang menuruni cerun bukit membawa regolit dan kelodak ke
dalam air sungai dan menyebabkan air sungai akan tercemar. Kesannya ekosistem akuatik akan
musnah dan menyebabkan spesies hidupan akuatik dan tumbuhan air mati akibat BOD air
meningkat. Seterusnya, air sungai yang tercemar, juga mengakibatkan daripada hakisan tanah
akan menyebabkan cahaya matahari tidak menembusi air. Kesannya, hidupan akuatik seperti
zooplankton dan phytoplankton tidak boleh menjalankan proses fotosintesis dan mati. Keadaan
ini juga berlaku di kawasan kajian dan boleh rujuk gambar di bahagian lampiran 11.
(iii) Kehilangan lapisan atas tanah yang subur
Tanah yang subur ialah penting bagi aktiviti pertanian yang dijalankan oleh manusia.
Manusia menanam tanaman di bahagian lapisan atas cerun bukit, supaya lapisan atas cerun bukit
ada litupan tumbuhan untuk mempercepatkan proses tumbuhan. Contoh menanam seperti kelapa
sawit.

Apabila berlakunya kegagalan cerun akan menyebabkan cerun tersebut kehilangan lapisan
atas tanah yang subur dan juga litupan tumbuhan akan musnah. Apabila berlaku kekurangan
litupan tumbuhan, hal ini telah memusnahkan cegatan silara dan mempercepatkan aliran air
hujan apabila hujan turun bawah tanah. Air hujan terus jatuh ke permukaan tanah lalu
mencungkil partikel-pertikel tanih dan juga nutrien-nutrien tanih. Hal ini akan menghakis tanah
dan nutrient-nutrien tanah dengan cepat. Kesannya, kawasan yang berlaku keadaan seperti tadi,
akan mengalami kehilangan nutrien tanih. Akhirnya, kawasan tersebut kehilangan lapisan atas
tanah yang subur untuk manusia menjalankan aktiviti pertanian. Keadaan seperti tadi, berlaku di
kawasan kajian di Ulu Yam Bharu, Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor. Di kawasan tersebut
kemusnahkan tanaman lading kelapa sawit akibat berlaku kegagalan cerun di kawasan tersebut.
Rujuk gambar di lampiran 11.

5.4.1 Kesan Terhadap Alam Sekitar Manusia
(i) Merosakkan harta benda
Kegagalan cerun di kawasan kajian juga akan berlaku menyebabkan merosakkan harta
benda manusia. Apabila berlaku tanah runtuh, akan menurunkan partikel-partikel tanih ke dalam
sungai. Tanih tersebut akan mencetekkan kedalaman sungai dan menyebabkan aliran sungai dan
yang berdekatan dengan tersumbat. Lama-kelamahan, partikel-partikel tanih yang masuk ke
dalam sungai dan dasar sungai menjadi cetek bila hujan turun ke dalam sungai atau longkang di
belakang Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Selangor(kawasan kajian) tidak dapat
menampung jumlah air yang banyak. Akhirnya berlaku paras air sungai akan meningkat dan
airnya melimpahkan keluar dari sungai. Ia mengakibatkan banjir kilat di kawasan tersebut.
Kerosakan harta benda akan berlaku seperti kerosakan ke atas jalan raya, kenderaan, bangunan,
longkang dan lain-lain. Begitu juga, kawasan Sekolah Menengah Sains hulu Selangor, Selangor
juga berada berdekatan dengan kawasan berlaku kecerunan. Apabila berlaku banjir kilat di
kawasan tersebut aktiviti pembelajaran pelajar akan terganggu, dan bangunan sekolah akan
berlaku kejadian merosak. Rujuk gambar di lampiran 11.

(ii) Merosakkan kemudahan infrastruktur
Kesan berikutnya yang berlaku di kawasan kajian adalah kerosakan kemudahan infrastruktur.
Apabila berlaku kegagalan cerun akan merosakkan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya,
bekalan elektrik dan bekalan air serta sistem perhubungan jalan raya.apabila berlaku kejadian
merosakkan jalan raya, ia mengganggu perjalanan seharian penduduk setempat akibat berlaku
kegagalan cerun. Keadaan ini juga berlaku di kawasan kajian Ulu Yam Bharu, Batang Kali, Hulu
Selangor, Selangor akibat berlaku kegagalan cerun.rujuk gambar di lampiran 11.


5.5 Mencadangkan langkah yang sesuai untuk menstabilkan cerun di kawasan yang
dikaji.

Kajian ini dijalankan di kawasan Ulu Yam Bharu, Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor.
Kajian ini melakukan dengan kaedah temubual daripada Pegawai Jabatan Kerja (JKR) iaitu
Encik Azizul Bahari bin Abdul Mutalib untuk mendapatkan langakah yang lebih sesuai untuk
menstabilkan cerun di kawasan yang dikaji.

5.5.1 Tanaman tutup bumi
Langkah ini bertujuan untuk memulihara tanih di samping mengawal hakisan.di
kawasan tarsebut iaitu tanaman tutup bumi seperti pokok, rumput sera bertanam. Langkah
ini melalui kaedah ini, bukan sahaja dapat mengamal kadar runtuhan tanah malahan juga
dapat meningakatkan pertumbuhan pokok, rumput dengan mengekalkan kehijauan di
kawasan tersebut. Jikalau cerun tersebut ditanam dengan tanaman tutup bumi, maka
kawasan tersebut juga dapat membekalkan gas-gas oksigen dan menyerap karbon dioksida
serta dapat membina ekosistem yang baharu di kawasan cerun tersebut. Kadar hakisan
larian air permukaan dapat dikurangkan dan struktur tanah bahagian cerun bertanam yang
ditanam rumput mennjadi semakin kejab. Apabila menanam rumput di kawasan tersebut
akar cerun akan mencengkam struktur tanah dan cerun menjadi lebih stabil. Rujuk gambar
di lampiran 11.

5.5.2 Membina benteng
Langkah ini juga amat sesuai untuk menstabilkan cerun di kawasan tersebut.
Benteng konkrit biasanya didirikan di kawasan cerun curam yang bersudut tegak 90. Paip
bagi saluran air dipasang air di tembok ini supaya air yang bertakung di belakang tembok
dapat dikeluarkan. Penggunaan simen konkrit simen berbentuk hexagon yang disusun
bertingkat-tingkat juga berupaya untuk mengawal hakisan air di cerun. Melalui kaedah ini
air dalam tanih akan keluar melalui sisi-sisi konkrit tersebut. Pembinaan amat penting
sebagai penguat kaki cerun dan sekaligus membekalkan kestabilan cerun tersebut di
kawasan kajian Ulu Yam Bharu, Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor. Rujuk gambar di
lampiran 11.

5.5.3 Sungkupan
langkah yang ketiga yang dicadangkan ialah menggunakan sungkupan plastik. Langkah ini
sesuai untuk digunakan untuk kesan jangka pendek dan hanya bersifat sementara sahaja
bagi kawasan yang dikaji. Sungkupan plastik akan dibentengkan atas cerun yang
mengalami kegagalan cerun. Air hujan yang turun ke permukaan tanah akan menyebabkan
larian air permukaan akibat tiada litupan tumbuhan. Hal ini dapat diatasi dengan
menggunakan sungkupan plastik. Air larian permukaan dapat dikurangkan dengan
membiarkan air tersebut mengalirkan atas sungkupan plastik. Kadar hakisan akibat larian
air permukaan dan air hujan dapat dikurangkan dan sekaligus dapat mencegah berlakunya
kegagalan cerun. Rujuk gambar di lampiran 11.

5.5.4 Sistem longkang dan peparitan
Selain itu, kaedah ini juga amat berguna bagi mencegah kegagalan cerun di kawasan
tarsebut iaitu sistem longkang dan peparitan. Air larian disebabkan oleh air hujan akan
segara dialirkan ke sungai melalui sistem longkang dan peparitan yang dibina dan
bahagian atas cerun hingga ke bawah. Hal ini bagi mencegah air larian permukaan
daripada meresap masuk ke dalam cerun dan seterusnya dapat mencegah berlakunya
kegagalan cerun. Tambahan pula, melalui sistem peparitan, air juga tidak akan bartakung
di atas permukaan tanah. Paras air bawah tanah yang tinggi boleh dikurangkan serta
dikawal dengan adanya sistem peparitan mengukur pada cerun dimana air bawah tanah
yang bertambah semasa hujan akan dialirkan keluar menerusi parit tersebut. Rujuk gambar
di lampiran 11.















6.0 KESIMPULAN KAJIAN

kajian yang telah dijalankan selama 1 bulan setengah ini telah memenuhi objektif
yang ingin dicapai. Antara objektif yang saya dikaji ialah mengenalpasti bentuk-bentuk cerun
yang terdapat di kawasan kajian, menghuraikan proses kegagalan cerun yang berlaku,
membincangkan faktor yang menyebabkan kegagalan cerun, menjelaskan kesan kegagalan
cerun terhadap persekitaran fizikal dan manusia dan mencadangkan langkah yang sesuai
untuk menstabilkan cerun dikawasan yang dikaji. Kajian ini dijalankan di kawasan Ulu Yam
Bharu, Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor.

Bentuk cerun yang terdapat di kawasan kajian ialah cerun bertangga mempunyai
susunan kontur yang rapat dan berselang dengan kontur yang jarang. Proses kegagalan cerun
di kawasan kajian akibat berpunca daripada aliran air hujan. Seterusnya, faktor yang
menyebabkan berlakunya kegagalan cerun seperti dari segi faktor fizikal ialah geometri
cerun, kurang litupan tumbuhan dan faktor manusia pula aktiviti pertanian dan aktiviti
penyahutanan. Kesan yang dialamiakibat kegagalan cerun terhadap persekitaran fizikal dan
manusia di kawasan kajian kepada manusia terutamanya gangguan ekosistem, kehilangan
lapisan atas tanah yang subur, merosakkan harta benda dan merosakkan kemudahan
infrastruktur. Langkah-langkah yang sesuai untuk menstabilkan cerun di kawasan kajian
yang dicadangkan ialah tanaman tutup bumi, membina benteng, sungkupan dan sistem
longkang dan peparitan.

Melalui kajian yang telah dijalankan, saya juga dapat bersyukur menikmati nilai
patriotisme serta nilai-nilai murni. Saya juga dapat bekerjasama dalam kumpulan saya,
mengorganisasi tugas, dan bekerja sebagai satu pasukan dalam menyiapkan kajian ini. Ini
juga mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan rakan sekumpulan saya. Kumpulan
saya berani dan mempunyai keyakinan diri untuk berkomunikasi dengan seorang Pegawai
Jabatan Kerja Raya(JKR) iaitu Encik Azizul Bahari bin Abdul Mutalib untuk mendapatkan
maklumat tentang kegagalan cerun dengan lebih jelas.

7.0 SENARAI RUJUKAN
i. Kementierian Sains, Teknologi dan Inovasi, 28 Jun 2006, Estidotmy, Utusan
Malaysia Edisi 52 tahun ke-51 (PP 362/12/2006).
ii. Kamus Dewan Edisi Keempat, tahun 2010, Hajah Noresah bt Baharom, BSC (UM),
dicetak oleh Dawama Sdn. Bhd, Selangor Darul Ehsan.
iii. Orang Sumber, Encik Azizul Bahari bin Abdul Mutalib, beralamat Jabatan Kerja
Raya, Hulu Selangor, Selangor, Taman Tamu Hill.
iv. Buletin, JKR (Januari 2010), Guidelines for slope design, slope engineering Branch,
Public works department Malaysia.





















8.0 LAMPIRAN
Lampiran 9




























Lampiran 10
BORANG TEMU BUAL KERJA KURSUS
Tajuk: Kajian mengenai kegagalan cerun di Ulu Yam Bharu, Batang Kali, Hulu Selangor,
Selangor.
Arahan:
Maklumat Am dan Soalan-soalanTemu bual ini dikemukakan kepada Pegawai JKR secara lisan
dan dirakam menggunakan digital recorder.

MAKLUMAT AM


Nama Penyelidik : Kumaravelan a/l Genason
Nama Pegawai : Encik. Azizul Bahari bin Abdul Mutalib
Tarikh TemuBual : 10 Jun 2013
Tempat TemuBual : Tempat kegagalan cerun di Ulu Yam Baharu , Batang
Kali, Hulu Selangor, Selangor.


SOALAN TEMU BUAL KEGAGALAN CERUN
1. Dari segi Pegawai JKR, apakah maksud kegagalan cerun; dan bagaimana proses berlaku
kegagalan cerun di kawasan kajian tersebut?
Jwpn : Maksud kegagalan cerun ialah semua tarikan graviti ke bawah semua butiran
bahan bumi. Akibat berlaku kegagalan cerun ialah air hujan akan meresap ke
dalam tanah. Air hujan selebihnya akan mengalir sebagai larian air
permukaan. Struktur tanah akan menjadi longgar dan akhirnya menjadi
kejadian kegagalan cerun

2. Mengikut lokasi kajian ini, bentuk-bentuk cerun yang pernah dikendalikan oleh pihak
anda?

Jwpn : Bentuk-bentuk cerun yang terdapat di kawasan kajian ialah cerun curam,
cerun landai dan cerun bertangga.

3. Berdasarkan lokasi yang dipilih, apakah punca serta merta berlakunya proses kegagalan
cerun di kawasan ini?
Jwpn : Puncanya ialah berlaku dari segi faktor fizikal dan manusia, iaitu faktor
fizikal ialah hujan yang lebat dalam jangka masa yang singkat, kadar larian
air permukaannya adalah tinggi kerana tidak berkesempatan untuk meresap
ke dalam tanah, dan akhirnya berlaku kegagalan cerun. Seterusnya bagi faktor
manusia pula berlaku aktiviti penyahutanan dan aktiviti pertanian iaitu ladang
kelapa sawit.





4. Apakah kesan serta merta yang berlaku akibat kegagalan cerun?
Jwpn : Kesan yang berlaku akibat kejadian kegagalan cerun ialah kerosakan cerun.
Larian air permukaan yang mengalir akan membawa bersama dengan tanah
ke sungai yang berdekatan. Hal ini akan merosakkan kualiti air sungai
tersebut dan merosakkan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan
elektrik, dan longakang serta merosakkan harta benda

5. Soalan yang terakhir, apakah tindakan selanjutnya atau serta merta yang dilaksanakan?
Jwpn : Pada pandangan saya, langkah yang terdapat untuk menstabilkan cerun
tersebut ialah boleh melakukan aktiviti tanaman tutup bumi, membina
sungkapan dan membina benteng serta membina longkang dan peparitan
untuk menstabilkan cerun dan tidak akan berlaku lagi kejadian tanah runtuh.

8.2 Senarai orang sumber.
Nama orang sumber : Encik Azizul Bahari bin Abdul Mutalib
Pekerjaan : Juruteknik Awam di Jabatan Kerja Raya, Hulu Selangor, Selangor

Lampiran 11

Berlaku proses air larian permukaan


Faktor aktiviti pertanian(kelapa sawit)

Faktor berlaku penyahutanan


Kesan berlaku pencamaran sungai

Bukti pencemaran sungai


Kehilangan lapisan atas tanah yang subur



Merosakkan harta benda(longkang, bangunan sekolah)



Merosakkan kemudahan infrastruktur(jalan raya, bekalan elektrik)


Tanaman tutup bumi

Membina sungkupan

Membina benteng



Sistem longkang dan peparitan

Alat-alat pengukuran kegagalan cerun

Menjalankan aktiviti mengukuran cerun di kawasan kajian tersebut

You might also like